Penulis Blog ini, Hisemudin Kasim juga merupakan Pengarang Bahasa Mandarin. Menerbitkan DVD Asas Belajar Bahasa Mandarin

Klik sini http://www.ebookmandarin.com/ untuk mendapatkan keterangan lanjut
”smile”/
Terdapat 8 keping DVD
Dengan 80 bab pelajaran
Harga RM90.00

Wednesday, October 22, 2014

Puting beliung melanda Malaysia : penjelasan dari sudut sains dan meteorologi


Gempar Malaysia dilanda puting beliung !

Pada 14hb Oktober yang lalu, kita digemparkan dengan kejadian puting beliung kecil di Pendang, Kedah. Diikuti oleh kejadian yang sama di Bintulu, Sarawak pada 18hb. Dalam saat-saat kegembiraan penganut Hindu yang akan menyambut Deepavali, satu kejadian puting beliung kecil terjadi di Pandamaran, Kelang pada 21hb Oktober.

Sudah lengkap “1Malaysia” terjadinya puting beliung. 

Perhatian Berita terbaru 15/11/2014. 


Kedah dilanda puting beliung sekali lagi. Sila lihat video ini.


Dalam artikel kali ini, saya akan mengupas isu puting beliung dari sudut ilmu sains fizik dan meteorologi. Sudah tentunya kejadian puting beliung di Amerika Syarikat dijadikan topik asas perbincangan kerana kejadian puting beliung di sana adalah satu fenonema alam yang berlaku beberapa kali dalam setahun. Malah ia menjadi lumrah di Amerika Syarikat.

Para ahli sains banyak mengetahui tentang aspek-aspek dan ramalan mengenai ribut taufan. Tetapi kejadian puting beliung masih belum lagi terungkai sepenuhnya. 

Sebenarnya antara ribut taufan khususnya ribut taufan tropika dengan puting beliung adalah fenomena yang berlainan. 

Malah apabila berlaku puting beliung, para ahli sains akan berkejar ke tempat kejadian dengan peralatan seperti radar dan sebagainya. Ia bertujuan untuk mengumpulkan data-data bagi kajian seterusnya.  

Kejadian puting beliung di Amerika Syarikat sering dipaparkan dalam filem dokumentari National Geographic.

Kesamaan antara kedua-dua ribut taufan dengan puting beliung ialah mempunyai corong (atau tiub) angin kencang dan ribut angin kencang. Tetapi ribut taufan mempunyai satu "mata" yang menjadi pusat putarannya.

Dari segi terma dan perubahan di atmosfera, ribut taufan khususnya taufan tropika adalah satu sistem cuaca yang pasti akan berlaku dan berulang-ulang mengikut “path” ataupun “laluannya”.  Ia akan memberi kemusnahan yang dahsyat di kawasan yang di laluinya.

Ribut taufan mengambil masa beberapa hari untuk “membesar dan membina kekuatan” serta boleh dijangkakan laluannya dan tahap kekuatannya. Ia kadang-kadang mengambil masa beberapa hari untuk mengikuti “laluannya”. Ia biasanya akan reda setelah “mendarat” di daratan yang besar. Kerana sumber kekuatan ribut taufan tropika adalah dari air laut yang panas.

Sebagai panduan, anda boleh membaca artikel saya mengenai kejadian ribut taufan Haiyan di Filipina dalam blog ini.





Manakala puting beliung adalah sebahagian daripada sistem ribut petir. Kemusnahan yang dilakukan oleh puting beliung adalah lebih kecil dan hanya setempat sahaja. Puting beliung hanya memerlukan masa sesingkat 30 minit untuk mengumpulkan kekuatan sebelum membadai dalam masa yang singkat juga. 

Seterusnya, kita akan mengetahui dengan lebih spesifik dari sudut ilmu sains fizik dan meteorologi tentang asas-asas kejadian puting peliung. Walaupun ia dianggap tertalu saintifik, namun saya akan cuba memberikan penjelasan dengan bahasa yang mudah anda fahami. Dengan itu saya akan sertakan dengan ilustrasi agar lebih mudah kita memahaminya.
                                                                                               
Apa itu pemelowapan air dan kelembapan tinggi ?
















Sila teliti gambarajah ini, ia adalah fenomena alam semulajadi bagi eko sistem di permukaan bumi.

Matahari akan memancarkan cahaya ke segenap lapisan permukaan bumi. Maka punca air seperti laut, sungai, tasik dan sebagainya akan terdedah kepada proses pemelowapan. Yakni air akan menyejat dan bertukar kepada wap air serta naik ke udara.

Apabila kandungan air di udara (atmosfera) semakin banyak, maka ia menjadi semakin tepu. Ini dinamakan sebagai kelembapan tinggi. Seterusnya kandungan air menjadi sejuk dan semakin berat. Akhirnya turun sebagai hujan.

Bagaimana dengan kejadian puting beliung ?

Di mana-mana sahaja di dunia ini, tentu kita tidak dapat menyaingi pengetahuan dan pengalaman rakyat Amerika Syarikat dalam menghadapi puting beliung. Saban tahun rakyat Amerika Syarikat bukan sahaja berdepan dengan beberapa kali putting beliung malah akan menghadapi ribut taufan tropika.

Di Amerika Syarikat, puting beliung boleh meranapkan satu-satu penempatan dengan sekelip mata sahaja. Walaupun telah banyak radar dikerah untuk mengesan punca-punca kejadian puting beliung, tetapi para saintis tidak dapat meramalkan bila dan di mana akan berlakunya puting beliung.



















Namun demikian, secara asasnya kejadian puting beliung adalah seperti yang dijelaskan dari gambarajah ini.

Angin akan bertiup dengan kelajuan yang berbeza pada tahap ketinggian yang berlainan. Contohnya pada ketinggian 5000 meter, angin bertiup pada kadar 350 km/j. Manakala pada ketinggian 4000 meter, angin bertiup pada kelajuan 200 km/j. Kedua-dua angin bertiup dari arah yang sama.

Pada ruang antara 4000 meter ke 5000 meter adalah ruang yang memungkinkan terjadinya punca pergolakan angin. Sebahagian angin yang lebih laju akan turun ke ruang ini dan akan membentuk satu pusaran ataupun dipanggil sebagai “wind shear”.
 
Faktor kedua yang memungkinkan kejadian puting beliung ialah ribut petir yang menghasilkan angin kencang. Kebiasaannya ia terjadi dalam beberapa keadaan, tetapi yang lazimnya dinamakan sebagai Berbilang Sel dan Supersel.  
 

Berbilang sel – terdapat beberapa kelompok awan ribut petir (dikenali sebagai sel) bergabung lalu membentuk kelompok ribut petir yang lebih besar. Hasilnya terdapat dua zon udara iaitu zon udara panas naik (updraft) dan zon udara sejuk turun (downdraft).

Supersel – adalah sejenis ribut petir yang sangat besar. Ia kemungkinan akan menghasilkan putting beliung. Dengan kekuatan angin kencang melebihi 130 km/j di samping menghasilkan hujan lebat.

Di Malaysia kini terdapat 180 buah stesyen cuaca automatik yang berupaya mengesan kejadian ribut petir. Dengan kecanggihan aplikasi yang dimiliki oleh Jabatan Meteorologi Malaysia itu, sesuatu ramalan terhadap ribut petir dapat dikesan seawal 3 jam sebelum kejadian.

Dalam kedua-dua situasi, yakni, Pertama - angin bertiup secara melintang dari arah yang sama tetapi berlainan kelajuan dan yang Kedua - angin bertiup secara membujur (ke atas dan ke bawah) berkemungkinan akan menghasilkan pusaran angin.

Apabila pusaran angin ini bercantum dengan kumpulan angin yang lebih besar maka ia akan bertambah mantap dan pusingannya semakin laju. Akhirnya terbentuklah satu corong angin ataupun tiub angin

Corong angin semakin membesar dan memanjang. Di bahagian hujungnya pula akan turun ke bumi lalu mencecah permukaan air ataupun daratan. Inilah yang dinamakan sebagai puting beliung ataupun tornado.

Puting beliung yang di atasnya akan menyentuh awan kulumonimbus  sering membawa hujan lebat dan petir. Manakala bahagian bawahnya pula yang menyentuh permukaan laut atau daratan akan mengakibatkan kerosakan harta-benda dan kehilangan nyawa kepada manusia dan ternakan.

Puting beliung  biasanya mempunyai kelajuan 175 km/j dan kurang. Ada juga yag mencecah melebih 350 km/j. Ia mempunyai kelebaran sekitar 70 meter dan sehingga 1 km bergantung kepada kekuatan angin.  Kejadian puting beliung hanya terjadi dalam masa yang singkat antara 20 – 30 minit dan kemudianya akan lenyap begitu sahaja.

Di Amerika Syarikat, punca kejadian puting beliung sering dikaitan dengan ketidakstabilan atmosfera. Ini kerana Teluk Mexico menyajikan wap air  tropika yang panas manakala angin yang kering bertiup dari Banjaran Rockies dan gurun yang yang terletak di tenggara Amerika Syarikat.
 
Penulis Blog ini, Hisemudin Kasim juga merupakan Pengarang Bahasa Mandarin. Menerbitkan DVD Asas Belajar Bahasa Mandarin
Klik sini http://www.ebookmandarin.com/ untuk mendapatkan keterangan lanjut
Terdapat 8 keping DVD
Dengan 80 bab pelajaran
Harga RM90.00


 

Apakah kejadian di Pendang, Bintulu dan Pandamaran dipanggil puting beliung ?

Gambar ini adalah kejadian yang berlaku di Pendang, Kedah baru-baru ini.

Konsep kejadian puting beliung yang berlaku di mana-mana adalah sama. Cuma yang membezakan ialah saiz corong angin dan sama ada ia membawa hujan ribut ataupun tidak.

Mengikut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia, bahawa kejadian di Pendang, Kedah dinamakan sebagai “Belalai Gajah” ataupun “landspout“.

Manakala kejadian di Bintulu dikenali sebagai “Belalai Air “ ataupun “waterspout“.

Puting beliung di Pandamaran adalah disebabkan oleh kelembahan yang tinggi di udara serta perubahan tekanan udara dan penumpuan angin di paras rendah.

Belalai Gajah dan Belalai Air

Mengapa dipanggil “bebalai” ? Tidak susah untuk difahami kerana bentuknya hampir menyerupai belalai gajah.

Belalai gajah adalah dari spesis puting beliung kecil, kejadiannya berlaku di daratan. Manakala belalai air berlaku di atas permukaan air.

Di Pendang, ianya berlaku di Kampung Alor Besar pada sekitar pukul 4.00 petang tanggal 14hb Oktober. Ia dikatakan bermula dari kawasan sawah padi yang kemudian membawa ke perkampung berhampiran. Tahap kerosakan berlaku kepada beberapa buah rumah dan sekolah di mana bumbung rumah teruk rosak diterbangkan angin.

Belalai Air yang terjadi di Bintulu berlaku kira-kira pukul 10.00 pagi pada 18hb Oktober. Ia mebentuk satu bebalai di permukaan air di pesisir Tanjung Kidurong, Bintulu. Ia tidak mengakibatkan apa-apa kerosakan.

Apa kesamaan antara ketiga-tiga kejadian ini ?


Bagi kejadian belalai gajah di Pendang dan belalai air di Bintulu adalah dari punca yang sama. Ia mungkin disebabkan oleh tiupan angin yang berbeza kelajuannya pada ketinggian yang berlainan. Ini memandangkan kedua-dua kejadian berlaku di kawasan yang lapang dan luas.


Di Pendang, ia bermula dari kawasan sawah padi yang luas. Manakala di Bintulu pula adalah dari permukaan laut. 


Kejadian puting beliung di Pandamaran kemungkinan besar terjadi kerana ribut petir yang menyebabkan angin kencang. Tambahan pula kelembapan yang tinggi (kandungan air dalam udara yang tinggi) serta ketidakstabilan tekanan udara di atmosfera.


Perubahan angin juga mungkin berlaku kerana kini kawasan pesisir pantai Semenanjung menerima angin Barat Daya yang bertiup dari Selat Melaka dengan membawa wap air yang banyak.


Apakah kejadian puting beliung ini satu petanda malapetaka kepada negara ?


Putting beliung adalah satu fenomena alam dan tidak dikaitkan dengan apa-apa malapetaka seperti yang digembar-gembur oleh sesetengah pihak.


Ini kerana kejadian puting beliung adalah lumrah bagi negara-negara di kawasan tropika. Cuma secara kebetulan ketiga-tiga kejadian ini berlaku serentak dalam masa seminggu. 

Kemungkinan besar ia adalah disebabkan oleh perubahan cuaca, tekanan udara serta tiupan angin Barat Daya. Disamping itu, ketika ini adalah masa "peralihan" antara monson Barat Daya dan monson Timur Laut. Ketidakstabilan pergerakan angin dari kedua-arah memungkin berlakunya "pusaran" yang akhirnya membentuk corong atau tiub angin. Dengan itu berlakulah puting beliung.


Ditulis oleh : Hisemudin Kasim
22.10.2014



Jika anda suka dengan artikel ini, sila berikan "Like". Ia akan tersimpan di Recent Activity Facebook anda. Ia amat berguna untuk rujukan kemudian hari


Perhatian ! Anda boleh SHARE artikel ini kepada rakan-rakan Facebook anda. Klik Send


Komen anda dalam Facebook atau Blog haruslah kemas dan bernas serta bertanggungjawab. Ulasan yang tidak menepati isu atau yang bersifat tidak sopan akan dipadamkan.