Penulis Blog ini, Hisemudin Kasim juga merupakan Pengarang Bahasa Mandarin. Menerbitkan DVD Asas Belajar Bahasa Mandarin

Klik sini http://www.ebookmandarin.com/ untuk mendapatkan keterangan lanjut
”smile”/
Terdapat 8 keping DVD
Dengan 80 bab pelajaran
Harga RM90.00

Thursday, July 24, 2014

Pintar Matematik Bersama Hisemudin : Siri 1 - Sejarah dan perkembangan ilmu Matematik


Saya berusaha untuk menjadikan ilmu Matematik sebagai satu subjek yang digemari oleh pelajar-pelajar sama ada yang di peringkat sekolah rendah maupun sekolah menengah. 

Oleh itu bermula dari siri 1 ini, saya akan menulis mengenai ilmu Matematik yang bermula dengan topik sejarah ilmu Matematik. 

Sebahagian daripada cara-cara yang akan saya gunakan dalam tulisan pembelajaran Matematik ini kemungkinan besar tidak sama dengan pendekatan yang diajar oleh guru-guru di sekolah.  Bagaimanapun ia lebih berbentuk "skil" tertentu yang mana telah saya praktikkan dalam mengajar anak-anak saya di rumah.

Ia juga mengambil kira latar-belakang saya yang mendapat pendidikan di sekolah Cina sejak dari peringkat tadika, sekolah rendah, menengah sehinggalah di peringkat universiti di Republic of China.

Sebagai mukadimah bagi siri 1 ini, saya akan membicarakan tentang sejarah dan perkembangan ilmu Matematik yang bermula dari tamaddun manusia di Babylon, Mesir, Greek, India, Arab, China dan sebagainya.

Ilmu Matematik Babylon

Sejarah ilmu Matematik terawal dikesan di Babylon yang dikenali sebagai Babylonian mathematics. Ini dengan terjumpanya artifek sejarah yang dikatakan bertarikh 1800 tahun Sebelum Masihi (SM) dikenali sebagai The Babylonian mathematical tablet Plimpton 322.

 Babylonian mathematics adalah merujuk kepada mana-mana ilmu Matematik bagi orang-orang Mesopotamia (Iraq sekarang) dari seawal orang Sumerian yang telah membina tamaddun Mesopotamia. 

Mereka telah mencipta sistem “metrology” sejak 3000 SM. Dari tahun 2500 SM mereka telah menulis mengenai “multiplication tables” di atas keratan tanah liat yang kemudiannya dibakar atau dikeraskan dengan cahaya matahari.

Mereka juga telah memperkenalkan “geometrical” dan penyelesaian mengenai “division”. Asas bagi sistem angka-angka Babylon juga dicipta pada masa ini. Ketinggian ilmu Matematik telah berjaya mencipta ilmu pecahan, algebra, quadratic dan cubic equations.  

Babylonian mathematics menggunakan sistem angka sexagesimal (base-60). Daripada itulah lahirlah di zaman moden ini penggunaan 60 saat dalam satu minit dan 60 minit dalam satu jam. Serta 360 darjah bagi satu bulatan iaitu 60x6 yang merupakan asas kepada kebanyakan ilmu geometri.

Dahulunya Babylon menjadi pusat pembelajaran ilmu Matematik. Kemudiannya di bawah Empayer Arab, Mesopotamia, terutamanya Baghdad, sekali lagi telah menjadi pusat bagi pembelajaran ilmu Matematik Islam.
 

< Klik > di sini untuk ke www.cikgumatematik.com.my


Ilmu Matematik Mesir

Ilmu Matematik Mesir menggunakan tulisan Mesir Kuno. Selepas itu Mesir berada dalam Empayar Islam dan akhirnya ilmu Matematik Mesir menjadi sebahagian daripada ilmu Matematik Islam yang menggunakan tulisan Arab.

 Antara cipta ilmu Matematik orang-orang Mesir ialah formula pengiraan keluasan, cara-cara mendarab, membahagi dan pecahan. Selain itu terdapat ilmu-ilmu bagi composite, prime numbers, arithmatic, geometric dan harmonic means.

Salah satu penemuan terpenting dalam ilmu Matematik Mesir ialah pengiraan isipadu frustum iaitu solid kon dan piramid. Mungkin inilah pengiraan yang digunakan oleh mereka bagi membina piramid-piramid di Mesir kuno.

Ilmu Matematik Greek

Ilmu Matematik Greek menggunakan bahasa Greek yang dianggarkan bermula dari 600 tahun SM sehingga 529 Masehi. Ianya lebih kompleks jika dibandingkan dengan beberapa ilmu Matematik yang terdahulu seperti ilmu Matematik Babylon dan Mesir kuno. Namun dikatakan ianya dipengaruhi oleh kedua-dua tamaddun tersebut.

Mengikut satu legenda, Pythagoras telah mengembara ke Mesir dan mempelajari ilmu Matematik, geometri dan astronomi daripada daripada orang-orang Mesir. Pythagoras telah mengenengahkan Pythagorean theorem. 




Manakala Archimedes pula telah menggunakan teknik “exhaustion” iaitu dengan memenuhkan sebuah bulatan dengan seberapa banyak polygon yang akhirnya menemukan pi (π). Kesimpulan daripada itu lahirlah formula bagi bulatan iaitu πr2



Nama Plato adalah sangat penting dalam sejarah ilmu Matematik di mana beliau telah mengajar ilmu Matematik serta penemuannya. Platonic Academy di Athen merupakan pusat bagi pembelajaran ilmu Matematik yang ulung pada abad ke 4 SM. Manakala Aristotle telah memberikan sumbangan yang besar terhadap penetapan asas-asas “logic”.

Sebenarnya orang-orang Greek telah begitu banyak mencipta formula-formula yang kita gunakan hari ini. Pada abad ke 3 SM dikatakan sebagai tahun keemasan bagi ilmu Matematik Greek. Salah satu penemuan mereka ialah teori trigonometry. Kemudiannya diikuti oleh algebra.


Ilmu Matematik China

Permulaan ilmu Matematik China adalah berbeza dengan lain-lain tamaddun kerana ia dianggap berkembang secara sendirian. Ianya dikatakan bermula dari 1200 SM.

Orang-orang China telah mencipta sistem nombor titik perpuluhan yang dinamakan sebagai “rod numerals”. Ketika itu dianggap begitu maju bagi beberapa abad sebelum digantikan oleh sistem nombor dari India. Ianya mendorong bagi penciptaan sempua Cina atau suan pan.





Kemudiannya orang-orang China juga telah memahirkan penciptaan beberapa teknik pengiraan yang merangkumi pelbagai aspek.

Ilmu Matematik India

Tamaddun India bermula di Lembangan Indus pada sekitar 2600 – 1900 tahun SM. Namun tidak diketahui bilakah permulaan dan perkembangan ilmu Matematik di India. 

 Bagaimanapun ianya dikatakan mendapat pengaruh daripada Babylonian mathematical. Selepas perkembangan ilmu Matematik Islam, maka kombinasi antara Matematik Arab Islam dan Hindu maka terbentuklah sistem nombor yang lebih maju.

Ilmu Matematik Islam

Empayar Islam telah berkembang melewati Parsi, Timur Tengah, Asia Tengah, Afrika Utara dan sebahagian India pada abad yang ke 8 dan telah memberikan sumbangan yang besar terhadap ilmu Matematik.

Para ahli Matematik Islam telah menulis banyak buku-buku mengenai Matematik. Mereka juga telah menyumbangkan penggunaan titik perpuluhan ke dalam sistem nombor-nombor Arab. Perkembangan moden trigonometric function, algebraic geometry dan sebagainya merupakan sebahagian daripada sumbangan yang besar terhadap ilmu Matematik moden.

Kini apa yang kita gunakan dalam ilmu Matematik hari ini adalah penemuan dan penciptaan daripada ahli-ahli Matematik yang kebanyakaan terdiri daripada mereka yang bukan sahaja sebagai ahli matematik, bahkan juga ahli astronomi, fizik dan sebagainya.


Ditulis oleh : Hisemudin Kasim
24.07.2014

Jika anda suka dengan artikel ini, sila berikan "Like". Ia akan tersimpan di Recent Activity Facebook anda. Ia amat berguna untuk rujukan kemudian hari


Perhatian ! Anda boleh SHARE artikel ini kepada rakan-rakan Facebook anda. Klik Send


Komen anda dalam Facebook atau Blog haruslah kemas dan bernas serta bertanggungjawab. Ulasan yang tidak menepati isu atau yang bersifat tidak sopan akan dipadamkan.


Wednesday, July 23, 2014

Krisis Menteri Besar Selangor : Apakah Khalid masuk PAS kekalkan jawatan ?



Parti Keadilan Rakyat (PKR) melakon lawak karton sekali lagi. Ia adalah kesinambungan kepada “Langkah Kajang” yang bertujuan menggantikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Dato’ Sri Anwar Ibrahim (DSAI) telah mencalonkan isterinya, Datin Seri Wan Azizah yang juga merupakan ADUN Kajang untuk dinobatkan sebagai Menteri Besar Selangor yang baru. 

Apakah agenda atau permasalahan di sebalik isu ini ?

Ia tak bukan daripada untuk melindungi Dato’ Sri Anwar Ibrahim sendiri dan survival politik PKR dalam persada politik tanahair khususnya di negeri Selangor. Dalam hal ini apakah perhitungan survival rakyat menjadi galang ganti atau hanya ingin memenuhi nafsu politik sahaja ? Apakah rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP dan PAS hanya menjadi Pak Turut kepada nafsu DSAI sahaja ? Jikapun DAP dan PAS bersetuju dengan pencalonan itu, apakah Sultan Selangor akan memperkenankan perlantikan Menteri Besar Baru ?


Walaupun Datin Sri Wan Azizah memenuhi kriteria undang-undang asas Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 untuk dicalonkan sebagai Menteri Besar atas kapasiti sebagai ADUN Melayu dan beragama Islam, tetapi baginda Sultan mempunyai hak budi bicara sama ada menerima atau menolak pencalonan tersebut. Jika hajat DSAI itu tidak kesampaian maka krisis kepimpinan Selangor semakin parah.

Apakah sebenarnya Tan Sri Khalid Ibrahim menjadi kambing hitam dalam pergelutan mencari kuasa dalam kalangan ahli-ahli politik PKR ? Persaingan mencari pengaruh oleh kem Tan Sri Khalid Ibrahim yang mendominasi akar umbi di PKR Selangor dan kem Azmin Ali yang telah lama bertapak di seluruh negara. Di katakan kedua-dua kem ini saling mempunyai orang-orang tertentu dalam percaturan bagi merebut jawatan-jawatan penting bagi peringkat cabang dan ranting PKR.
Sementelah terbentuknya parti KeAdilan dahulu adalah melalui reformasi jalanan dan ingin mengembalikan rentak dan reform DSAI yang dipecat daripada UMNO. Maka tidak hairanlah selepas penggabungan dengan parti PSRM lalu membentuk Parti Keadilan Rakyat, maka elemen-elemen sosialis yang diperagakan oleh PSRM dan elemen memberontak dan sanggup berantakan menjadi intipati kepada sesetengah ahli-ahli PKR sendiri.
 

< Klik > di sini untuk ke www.cikgumatematik.com.my


Mungkin PKR boleh dinobatkan sebagai parti yang paling lama dalam sejarah Malaysia untuk mencari jawaban kepada jawatan Timbalan Presiden Parti. Kini telah lebih tiga bulanpun masih belum ada jawabannya. Kejadian baling kerusi, tumbuk-menumbuk telah menjadi budaya dalam mesyurat parti. Mungkin tidak keterlaluan untuk dilabelkan sebagai “Pecah Kepala Rakyat (PKR)” dengan insiden seorang anggotanya menerima 12 jahitan di kepala angkara dibelasah dengan kerusi.




Namun kita tertanya-tanya, di mana ketegasan,intergriti dan cengkaman seorang Presiden yang seharusnya dapat menguasai parti ? Pun begitu di manakah kenyataan-kenyataan DSAI sebagai penasihat PKR dalam menangani gangsterism yang meresap dalam tubuh parti. Apakah parti yang dianggotai oleh puak-puak sebegini harus diberi peluang untuk memerintah negeri atau negara ?

Seorang Presiden parti yang menjadi boneka kepada suaminya bagi mengemudikan parti, adakah layak pula untuk menjadi ketua eksekutif sebuah kerajaan ? Apakah ia juga dipandu bak “kereta control” dari belakang tabir bagi mentadbir Negeri Selangor, seandainya diperkenankan oleh baginda Sultan untuk menjadi Menteri Besar yang baru.

Adalah mustahil “kipas ajaib” yang selalu digunakan oleh Datin Sri Wan Azizah dapat menggantikan “pelita ajaib” Aladdin. Tidak akan muncul satu jin yang akan menjadi jelmaan bagi memenuhi kehendak rakyat Selangor. Maka apakah dengan keupayaan Datin Sri Wan Azizah sebagai ADUN Kajang boleh dijadikan rujukan untuk mengepalai Negeri Selangor.

Kita lihatlah sendiri begitu dangkalnya bagaimana Datin Sri Wan Azizah ketika berbahas di dalam Dewan Undangan Negeri Selangor. Nak dikatakan orang baru, tak patutlah pula kerana dah beberapa tahun bergelumang dengan politik serta pernah menjadi Ketua Pembangkang Parlimen pertama dari kalangan wanita. Kitapun garu kepala melihat telatah Datin Sri Wan Azizah ini apabila kesemua soalan-soalan bertulisnya ke DUN ditolak oleh Speaker lantaran soalan-soalannya melebihi 40 patah perkataan seperti yang telah ditetapkan.



Tak semena-mena ia pula akan dilantik sebagai Ketua Eksekutif Negeri Selangor sebagai Menteri Besar Selangor. Atas merit apa beliau nak dilantik sebagai Menteri Besar Selangor ? Apakah beliau pernah memegang apa-apa jawatan eksekutif dalam pentadbiran kerajaan ataupun organisasi korporat. Apa yang dia tahu tentang serba-serbi dalam birokrasi kerajaan ?

Jika dilantik sebagai Menteri Besar Selangor, sudah tentu ianya perlu merombak barisan exco sedangkan beliau sendiri tidak pernah tahu apa peranan setiap exco dalam pentadbiran kerajaan Selangor ? Maka apakah ia akan menjadikan pentadbiran Negeri Selangor menjadi lebih kelam-kabut dan kacau bilau.

Alasan DSAI dengan perlantikan Datin Sri Wan Azizah ke jawatan Menteri Besar Selangor adalah untuk melancarkan pentadbiran negeri yang dikatakan Tan Sri Khalid Ibrahim sering membelakangkan parti tetapi lebih memihak kepada kerajaan Barisan Nasional dalam sesetengah keputusannya. Salah satu daripadanya ialah tindakan Tan Sri Khalid Ibrahim menandatangani perjanjian isu air dengan kerajaan pusat tanpa melalui DSAI.

Dikatakan Tan Sri Khalid Ibrahim begitu berlembut atas isu rampasan Bible bahasa Melayu yang tidak disukai oleh DSAI dan segolongan pemimpin-pemimpin Kristian dalam Pakatan Rakyat. Namun Tan Sri Khalid Ibrahim yang telah melapazkan aku-janji 10 Perkara di hadapan Baginda Sultan Selangor harus akur dengan janji-janjinya dan beliau baru-baru ini berikrar akan menjadi Menteri Besar sehingga akhir penggal.

Tan Sri Khalid Ibrahim berpendirian bahawa rakyat Selangor menyokongnya walaupun parti tidak menyokong tindak-tanduknya. Kerana beliau adalah berkhidmat untuk rakyat dan manakala parti adalah platform untuknya mentadbir. Selagi ia tidak memudaratkan kepimpinan kerajaan dan kesejahteraan rakyat, mengapa pula ianya harus digantikan ?

Apakah dari kalangan pemimpin-pemimpin Melayu dalam PKR yang lain siapakah yang lebih layak untuk menggantikan beliau ? Selain daripada Azmin Ali, siapakah yang lebih arif dalam mengendalikan kerajaan Selangor ? Jika digantikan dengan Azmin Ali maka ia akan lebih menggamatkan pergolakan kedua-dua kem dalam PKR Selangor. Kalau silap haribulan, mungkin PKR Selangor boleh hancur lebur dan berpecah-belah.



Namun demikian apakah satu keputusan yang bijak dengan mencalonkan Datin Sri Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor maka isu perebutan kerusi Menteri Besar akan reda ? Ia satu keputusan yang dangkal dan hanya memandang kepada senario politik tetapi tidak mengukur keupayaan Datin Sri Wan Azizah dalam pentadbiran eksekutif kerajaan. Jadi di manakah “keadilan rakyat” yang diperjuangkan oleh Parti Keadilan Rakyat ? Sedangkan ianya hanyalah keadilan kepada golongan tertentu sahaja dalam PKR.

Dikatakan satu mesyurat Majlis Presiden Pakatan Rakyat akan diadakan selepas Sidang Khas Dewan Rakyat mengenai isu MH17 hari ini. Apakah DAP dan PAS juga akan turut serta dengan memberi restu kepada DSAI untuk meletakkan isterinya di kedudukan kerusi empuk sebagai Menteri Besar Selangor yang baru ?

Sebelum ini, PAS Selangor dan PAS Pusat tidak pernah berbincang untuk memberikan kebenaran bagi pertukaran jawatan  Menteri Besar Selangor. Maka nampaknya PAS akan mempunyai perkiraan sendiri dalam hal ini.

Sebelum ini PAS memberikan lampu hijau kepada Tan Sri Khalid Ibrahim untuk meneruskan penggal kedua dalam pentadbiran Selangor walaupun PAS lebih berhak ke atas kerusi tersebut. Ini kerana PAS mempunyai 15 kerusi, sama dengan DAP. Manakala PKR hanya ada 14 kerusi sahaja. Atas semangat setiakawan maka PAS merelakannya.

Namun kerusi Menteri Besar Selangor bukanlah hak mutlak PKR bagi menentukan siapa yang harus menduduki kerusi itu. Dengan mengheret masalah parti maka ia tidak seharusnya membabitkan jawatan eksektutif pula dimana ia harus ditentukan secara konsensus.

Jika Tan Sri Khalid Ibrahim harus digantikan dengan alasan tidak mengikut telunjuk parti, maka PAS juga boleh bersuara dan menuntut hak ke atas kerusi Menteri Besar itu. Kini di dalam PAS sendiri sudah tersedia calon-calon yag hebat-hebat untuk menduduki kerusi Menteri Besar. Mengapa harus seseorang yang baru saja masuk DUN dan tidak diketahui corak pentadbirannya ingin pula “mengajar” para exco yang otai bagaimana nak mentabdir. Tentu saja di kalangan para exco kini juga dalam kegelisahan.
 
Artikel terbaru mengenai krisis MB Selangor

Namun dalam senario sekarang, jika dipandang dari corak pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim, walaupun ia tidak menyenangkan parti tetapi rakyat masih menyokongnya lantaran rakyat yang mendapat manfaatnya. Jika kecemerlangan ekonomi dijadikan sebagai penanda aras, maka Tan Sri Khalid Ibrahim boleh diberikan tabik lantaran dapat memacukan kemajuan Selangor.

Jika diadakan pertukaran yang dilakukan tak semena-mena kerana memenuhi nafsu seseorang pemimpin tetapi membelakangkan rakyat, sudah tentu ianya akan berakhir dengan kegagalan. 

Bahkan baginda Sultan juga akan membuat perkiraan apakah dengan pertukaran jawatan Menteri Besar akan memberi kebaikan kepada negeri dan rakyat Selangor ? Tentu Baginda tidak membuat pertimbangan tentang apa yang terjadi kepada parti, kerana ia adalah urusan rakyat. Baginda hanya mahukan pemimpin parti yang berkhidmat untuk rakyat.

Jalan keluar bagi Tan Sri Khalid Ibrahim ialah dengan menyertai PAS. Kini Tan Sri Khalid Ibrahim seolah-olah telah dikerat rotan oleh PKR, habis sudah pitih dan kemasyhurannya digunakan oleh PKR selama ini dan kini beliau dibuang, bak habis madu hampas dibuang.

Kita juga masih tertanya-tanya, apa sebenarnya yang dibincangkan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim apabila menerima kunjungan daripada Presiden PAS, Dato’ Sri Haji Hadi Awang di kediamannya baru-baru ini. Kunjungan tersebut dilakukan di waktu tengah malam pula sedangkan Presiden PAS itu baru saja keluar hospital. Takkanlah seseorang yang baru pulih sakit pergi menziarahi seorang rakan politik yang sihat-sihat pula. Jika tiada agenda tertentu, tentuya ia jarang berlaku.

 PAS harus bijak memainkan peranan, Tan Sri Khalid Ibrahim masih bernilai bagi PAS. Jika Tan Sri Khalid Ibrahim menyertai PAS maka sudah tentu dengan kedudukan 16 kerusi dan PKR berkurangan menjadi 13, maka “taiko” dalam kerajaan Selangor adalah PAS. Maka PAS tidak terlalu bersusah bagi menerapkan agenda keIslaman ke dalam kerajaan Selangor. Jika dibandingkan PAS menuntut kerusi Menteri Besar Selangor yang berpandukan 15 kerusi, maka dengan mempelawa Tan Sri Khalid Ibrahim adalah keputusan paling bijak.

Bagi orang-orang Islam di Selangor, saya percaya langkah ini adalah yag terbaik  untuk rakyat. Biarlah orang Selangor mentadbir negeri Selangor sama ada ianya dari PKR, PAS atau UMNO. Tak perlu orang Pulau Pinang yang tak pernah ada raja menjadi Menteri Besar di sebuah negeri yang punyai raja. 


Jika diperkenankan Datin Sri Wan Azizah menjadi Menteri Besar Selangor, berapa masakah diperuntukkan untuk menjadi eksekutif kerajaan ? Bolehkah dia berada setiap pagi Rabu untuk mengadap baginda di Istana bagi mempersembahkan perjalanan pentadbiran kerajaan ?

Berapa masakah yang diperuntukkan oleh Datin Sri Wan Azizah untuk mengiringi suaminya dalam rayuan terakhirnya di mahkamah ? Jika ditakdirkan DSAI akan menjadi penghuni Penjara Sungai Buloh, maka berapa kalikah dia akan mengulangi Penjara Sungai Buloh ? Apakah tidak terdetik di hati setiap masa mengenangkan suami di penjara lalu mengganggu emosi sebagai ketua eksekutif kerajaan Selangor ?

Orang Selangor harus berfikir, berapa masakah yang diperuntukkan oleh Datin Sri Wan Azizah untuk anda ? Fikir-fikirkanlah …………..!


Ditulis oleh : Hisemudin Kasim
23.07.2014


Jika anda suka dengan artikel ini, sila berikan "Like". Ia akan tersimpan di Recent Activity Facebook anda. Ia amat berguna untuk rujukan kemudian hari


Perhatian ! Anda boleh SHARE artikel ini kepada rakan-rakan Facebook anda. Klik Send


Komen anda dalam Facebook atau Blog haruslah kemas dan bernas serta bertanggungjawab. Ulasan yang tidak menepati isu atau yang bersifat tidak sopan akan dipadamkan.