Friday, May 16, 2014

Apa itu fenomena El Nino dan kesannya terhadap sumber air di Malaysia



Masyarakat Malaysia terutamanya di Lembah Kelang baru sahaja berasa “bernafas” dan lega dengan catuan air ditamatkan pada 1hb Mei, 2014 yang lalu. Namun ianya dikejutkan pula dengan fenomena El Nino yang bakal melanda Asia Tenggara dan beberapa bahagian di dunia bermula dari bulan Jun atau Julai ini. Kini tumpuan mengarah kepada persiapan jika benar-benar fenomena ini akan berulang lagi seperti yang diramalkan. 


Dalam artikel kali ini, saya akan mengupas El Nino dari sudut teknikal dan ilmiah. Bagaimanapun saya akan sedaya-upaya menggunakan bahasa serta ilustrasi yang lebih mudah difahami oleh pembaca.

Menyingkap sejarah El Nino yang pernah melanda negara kita beberapa tahun lalu, ianya dianggap serius di tahun 1998. Ketika itu negara sedang dalam persiapan untuk menganjurkan Sukan Komanwelth tahun 1998 di Bukit Jalil. Catuan air hampir di seluruh negara serta mengakibatkan tanah kering kontang dan kemusnahan terhadap penanaman padi serta komuditi lain.

Akhirnya kerajaan mengambil pendekatan untuk membuat kajian melalui EPU di Jabatan Perdana Menteri tentang kemungkinan bekalan air di sebelah Pantai Barat Semenanjung diperolehi daripada Pantai Timur. Maka lahirlah idea untuk menyalurkan air dari Sungai Semantan, iaitu anak Sungai Pahang ke Selangor melalui Banjaran Titiwangsa. Melalui kajian seterusnya maka kini terbinalah Projek Langat 2 yang dalam pembinaannya.

Namun oleh kerana birokrasi dan kepentingan politik yang tidak sealiran antara kerajaan negeri dengan kerajaan Persekutuan, maka Projek Langat 2 terpaksa ditangguhkan selama hampir 6 tahun. Jika Projek Langat 2 tidak mengalami penangguhan, maka kita di Lembah Kelang tidak akan terasa kesan El Nino ini.
 



Apa itu El Nino

Perkataan El Nino berasal dari bahasa Sepanyol yang bermakna “budak lelaki” di mana ianya mula-mula dikesan oleh masyarakat Amerika Selatan yang bertutur dalam bahasa Sepanyol seperti di Peru, Uruguay, Chile dan sebagainya.

Sebelum kita membaca dengan lebih terperinci mengenai El Nino, sila perhatikan dahulu peta dunia ini. Ianya menggambarkan keadaan di mana kawasan tropika iaitu kawasan yang mengalami iklim khatulistiwa di bahagian tengah dan sub-tropika di antara garisan jadi di selatan dan garisan sartan di utara.



Ia digambarkan dengan warna oren kekuningan. Ini melambangkan suhu yang panas di kawasan ini. Manakala di bahagian hemisfera utara menuju artik dan bahagian hemisfera selatan menuju antartika ditandakan dengan warna biru turkois adalah kawasan sejuk.

Kejadian El Nino adalah berlaku di kawasan yang bertanda oren kekuningan.

Cuba kita perhatikan pula gambarajah ini. Ia adalah kawasan Lautan Pasifik. Di sebelah kiri ialah kawasan Tropika yang menganjur antara Kepulauan Indonesia dan Timur Australia. Di sebelah kanan pula ialah pantai barat Amerika Selatan.



Pada waktu-waktu biasa, aliran tiupan angin adalah dari pantai barat Amerika Selatan melalui Lautan Pasifik menuju ke timur Kepulauan Indonesia dan Australia. Ia akan membentuk satu putaran angin yang disebabkan oleh tekanan udara yang berbeza. Ketika itu hujan lebat akan turun ke kebanyakan tempat di tropika serta dibayangi oleh ribut taufan Tropika. Ini sering berlaku antara bulan April hingga September setiap tahun. Kejadian ribut taufan Haiyan yang melanda Filipina tahun lepas adalah salah satu daripada kejadian ini. 

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kejadian ribut taufan tropika, silakan membaca 



”smile”/
”smile”/
 

Sebenarnya air laut yang panas di permukaan juga mengikut aliran yang sama dengan pergerakan angin  menuju ke Kepulauan Indonesia dan Timur Australia. Ianya ditandakan dengan anak panah berwarna hitam.

Manakala kejadian El Nino pula ialah perubahan suhu permukaan laut yang tidak menentu. Di bahagian pertengahan lautan Pasifik akan terlalu panas yang menyebabkan pemelowapan yang tinggi. Maka akan berlakulah dua olahan tiupan angin yang berbeza.




Di bahagian pantai barat Amerika Selatan sehingga ke tengah Lautan Pasifik akan membentuk satu putaran mengikut arah jam. Ia akan membawa hujan yang lebat di sini.
 
Penulis Blog ini, Hisemudin Kasim juga merupakan Pengarang Bahasa Mandarin.
Menerbitkan DVD Asas Belajar Bahasa Mandarin

Klik sini http://www.ebookmandarin.com/ untuk mendapatkan keterangan lanjut
Terdapat 8 keping DVD
Dengan 80 bab pelajaran
Harga RM90.00


Manakala di bahagian timur Kepulauan Indonesia dan Autralia sehingga ke pertengahan Lautan Pasifik akan membentuk satu putaran angin yang melawan arah jam

Ini kerana permukan laut lebih sejuk berbanding di bahagian pantai barat Amerika Selatan. Ia akan menyebabkan tekanan udara menjadi berat dan turun ke bawah.

Manakala arah aliran permukaan air laut pula adalah mengarah dari timur Kepulauan Indonesia dan Australia menuju ke pantai barat Amerika Selatan. Ia ditandakan dengan anak panah berwarna hitam.

Fenomena ini menyebabkan ruang angkasa di pantai timur Kepulauan Indonesia dan Australia  tidak mengandungi banyak air yang terpelowap disebabkan permukaan laut yang lebih sejuk berbanding di pantai barat Amerika Selatan. Angin yang bertiup adalah kering.

Maka kita di Malaysia tidak mendapat banyak hujan yang menyebabkan suhu secara puratanya semakin tinggi. Kita pernah mencatat suhu tertinggi harian antara 330C – 34oC. Namun dalam fenomena El Nino ia akan secara relatifnya akan bertambah 3oC lagi.

Sila telitikan dahulu gambarajah ini.



Kita diramalkan akan mengalami fenomena El Nino pada bulan Jun atau Julai ini iaitu ketika tiupan angin barat daya sekarang. Secara amnya musim tiupan angin barat daya ditakrifkan sebagai musim kering lantaran angin daripada Lautan Hindi dihalang oleh Pulau Sumatera.  

Maka angin yang lemah hanya membawa air hujan dari Selat Melaka yang sempit terutamanya bagi Semenanjung.  Manakala bagi Sabah dan Sarawak pula dihalang oleh sebahagian besar kepulauan Kalimantan.

Oleh kerana fenomena El Nino, bahagian timur Filipina yang terdedah kepada Lautan Pasifik mempunyai arah angin yang menghala ke tengah-tengah Lautan Pasifik. Sudah tentu semasa El Nino tidak akan ada ribut tropika seperti yang sering berlaku setiap tahun. Keseluruhan kawasan ini ditakrifkan kering dan pemelowapan air ke udara berkurangan. Sebab itulah tidak banyak hujan.

Bagaimana pula ketika musim tengkujuh ? Sila perhatikan gambarajah ini pula.




Semasa musim tengkujuh yang berlaku antara bulan November - Februari pula, kita dijangkakan menerima hujan yang lebih sedikit daripada tiupan angin timur laut terutamanya bagi negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung. Ini kerana angin monson ini melalui Laut China Selatan yang luas.

Namun demikian, disebabkan keseluruhan Lautan Pasifik dan kawasan yang menganjur ke Laut China Selatan masih bertiup ke arah timur, serta pemelowapan wap air ke udara tidaklah terlalu banyak. Maka air hujan yang dibawa ke pantai timur Semenanjung dan Sabah serta Sarawak secara amnya amat berkurangan daripada biasa.

Secara amnya fenomena El Nino berlaku tidak menentu antara 2 hingga 7 tahun. Puratanya ialah 5 tahun sekali. Setiap kali fenomena ini terjadi ialah selama 7 hingga 9 bulan. 

Bagaimanapun di Malaysia, kita dijangkaan masa yang akan mengalami fenomena ini tidak terlalu lama. Ini kerana pada penghujung tahun kita akan mendapat hujan yang lebih lebat daripada angin monson timur laut. Namun demikian dari segi jumlah taburan hujan masih dikira rendah.


Mengikut kajian ahli sains yang berkaitan dengan iklim dan lautan, fenomena El Nino telah dikesan melalui beberapa tanda seperti berikut :

  1.  Kenaikan tekanan udara permukaan lautan di Lautan Hindi, Kepulauan Indonesia dan Australia.
  2. Tekanan udara berat turun di kawasan Tahiti, Amerika Tengah serta di timur Lautan Pasifik
  3. Perubahan tiupan angin di bahagian selatan Pasifik atau bergerak dari timur Kepulauan Indonesia dan Australi ke pantai barat Amerika Selatan
  4. Suhu permukaan air laut yang semakin tinggi di Peru yang mengakibatkan kawasan gurun di utara Peru mengalami hujan yang lebat.

Fenomena El Nino paling teruk dekad ini berlaku pada tahun 1988-1989. Namun sebelum dan selepasnya juga berlaku dalam tahun 1983, 1995 dan 1998-1999. El Nino dengan kesan yang sederhana juga berlaku dalam tahun 2002, 2007 dan akhir sekali tahun 2009-2010. Namun apakah fenomena El Nino yang bakal melanda Lautan Pasifik kali ini akan memberikan impak yang besar terhadap kita di Malaysia ?

Mengikut laporan dari media massa, nampaknya setiap pihak telahpun diberikan “isyarat” bahawa kita bakal menerima “catuan air” sekali lagi jika ia benar-benar terjadi. 

Bagi kerajaan Negeri Selangor yang baru saja terdedah dengan kepincangan bagi menguruskan sumber air di Selangor, maka kita mengharapkan adanya satu pelan tindakan yang progresif bagi menangani masalah ini.

Kita difahamkan bahawa terowong air yang mengalirkan sumber air dari Sungai Semantan, Pahang telah boleh digunakan untuk keperluan di Lembah Kelang. Namun pengalirannya tidaklah terus ke Loji Langat 2 kerana ia masih lagi dalam pembinaan. Maka jalan alternatif yang disarankan oleh banyak pihak ialah mengalihkannya ke logi-logi yang berhampiran terutamanya di Gombak.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sistem perbekalan air di Selangor dan Projek Langat 2, silakan membaca 


Rakyat tidak mahu lagi menerima retorik politik dalam urusan air kerana memandangkan ia adalah satu komuditi dan keperluan asasi rakyat.

Sesungguhnya pengalaman dalam catuan bekalan air selama dua bulan dahulu telah cukup untuk memberikan kita satu pengajaran.

Bertindaklah dari sekarang !


Namun bagi Menteri Besar Selangor masih lagi memandang remeh tentang kemungkinan Lembah Kelang akan menghadapi catuan air sekali lagi.

Beliau mengatakan bahawa kolam tadahan akan dipenuhi sebelum datangnya El Nino. Memanglah kini semua kolam tadahan dan air sungai di Selangor melimpah ruah sehingga banyak tempat yang banjir. 


Persoalannya tempuh El Nino adalah berlarutan sehingga beberapa bulan, apakah air di dalam kolam tadahan tidak akan kekeringan ? Tambahan pula suhu yang panas akan mempercepatkan pemelowapan wap air dan penyejatan berlaku dengan pantas. 


Anda fikirlah sendiri apakah MB Selangor ini "rasional" ataupun sebaliknya. Cuba lihat video ini 


 
Perhatian ! Ini adalah Promo untuk catatan yang berkaitan dengan tajuk yang anda sedang baca ini.  : 





Ditulis oleh : Hisemudin Kasim
16.05.2014




Jika anda suka dengan artikel ini, sila berikan "Like". Ia akan tersimpan di Recent Activity Facebook anda. Ia amat berguna untuk rujukan kemudian hari


Perhatian ! Anda boleh SHARE artikel ini kepada rakan-rakan Facebook anda. Klik Send


Komen anda dalam Facebook atau Blog haruslah kemas dan bernas serta bertanggungjawab. Ulasan yang tidak menepati isu atau yang bersifat tidak sopan akan dipadamkan.