Monday, March 16, 2015

Kinrara Damansara Expressway (KIDEX) : Sistem penyuraian trafik Lembah Kelang

Prakata :-

Pada 11hb Mac 2015, saya dijemput oleh pengurusan Kinrara-Damansara Expressway (KIDEX) untuk sesi taklimat mengenai projek lebuhraya bertingkat ini yang baru saja dibatalkan pembinaannya oleh Menteri Besar Selangor, Azmin Ali.

Taklimat disampaikan sendiri oleh Pengarah Komunikasi Strategik, Datin Hasnah Abd Rahman dan wakil dari Jurutera Perunding HSS Engineering Sdn Bhd. Ia lebih berkisar kepada skop kejuruteraan dan teknik pembinaan lebuhraya ini yang dibina keseluruhannya secara bertingkat.

Penulisan dalam blog ini akan menekankan aspek-aspek kejuruteraan, namun saya akan menggunakan bahasa yang semudah mungkin agar dapat difahami oleh kebanyakan pembaca.

Sebagai seorang bekas jurutera awam yang pernah terlibat dalam pembinaan Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) dan Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), maka saya akan cuba untuk memberikan gambaran yang sebaik mungkin mengenai KIDEX dari pandangan disiplin ilmu kejuruteraan.

Hisemudin Kasim.


Dalam “Greater Kuala Lumpur Master Plan”  telah menggariskan penstrukturan intergrasi sistem pengangkutan darat yang meliputi sistem rel iaitu MRT, LRT dan Komuter di mana ia disokong oleh sistem pengangkutan awam lain seperti bas dan teksi yang lebih efisien. Ia dianggap sebagai pemangkin kepada sistem pengangkutan awam yang ideal.

Namun senario semasa penduduk Lembah Kelang yang lebih gemar untuk memandu sendiri kendera mereka di atas jalanraya menyebabkan kesesakan jalanraya yang kronik terutamanya di waktu puncak.

Mengikut kajian yang dibuat oleh kerajaan, nisbah kenderaan pengangkutan awam berbanding kenderaan persendirian ialah 17 : 83 di mana kerajaan berhasrat untuk mengecilkan nisbah itu kepada 50 : 50 dalam tahun 2030

Nisbah jumlah kenderaan berbanding dengan kemudahan jalanraya pula ialah 1.66. Ini bermakna telah terdapat lebihan 66% kenderaan yang “menyesakkan” jalanraya.
 
Dalam modul yang dibuat berdasarkan kajian ini, bahawa penduduk Lembah Kelang memerlukan sebanyak 33 jalur (lane) tambahan ataupun bersamaan dengan 11 buah lebuhraya.

Ini bermakna walaupun kita menambahbaik prasarana kemudahan pengangkutan awam, namun kita perlu penambahan bagi pembinaan lebuhraya.

Jika kita teliti dengan pembinaan lebuhraya di Lembah Kelang kebanyakannya adalah dari arah timur ke barat. Ia adalah mengikut jalur selari dengan Lebuhraya Persekutuan yang menyambungkan Bandaraya Kuala Lumpur dengan Kelang.

Setelah Lebuhraya Persekutuan tidak mampu untuk menyokong pertambahan kenderaan dan telah dibina pula Lebuhraya KESAS, juga selari dengan Lebuhraya Persekutuan.

Ia dikuti oleh pembinaan Lebuharaya Pantai Baru (NPE) yang menyambungkan Subang Jaya dengan Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Dengan kehadiran sebuah lebuhraya yang mengarah dari selatan ke utara iaitu Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), sekurang-kurangnya telah menyuraikan trafik dari arah yang bertentangan dengan lain-lain lebuhraya-lebuhraya yang dari timur ke barat itu.

Namun apa dah jadi dengan kepadatan LDP hari ini ? Ia mencatatkan kepadatan yang amat tinggi berbanding dengan lebuhraya yang lain. Ini menunjukkan pengaliran trafik dari arah selatan ke utara tidak punyai laluan alternatif.

Maka perancangan untuk membina sebuah lagi lebuhraya dari arah selatan ke utara telah dimulakan pada tahun 2009. Selain daripada menyuraikan trafik dari zon-zon tertentu, ia akan memindahkan kepadatan kenderaan yang melalui LDP di mana kepadatan di LDP dapat diturunkan sehingga 30%.

Pencarian satu jajaran atau alignment adalah satu perkara yang amat sukar dilakukan lantaran ia terpaksa melalui kawasan yang kini telah pesat membangun. Tidak seperti pembinaan Maju Expressway (MEX) yang menyambungkan Bulatan Kampung Pandan, Kuala Lumpur sehingga Putrajaya yang masih boleh dijalankan di atas tanah dan sebahagiannya membuat lebuhraya bertingkat.
 

Penulis Blog ini, Hisemudin Kasim juga merupakan Pengarang Bahasa Mandarin. Menerbitkan DVD Asas Belajar Bahasa Mandarin
Klik sini http://www.ebookmandarin.com/ untuk mendapatkan keterangan lanjut
Terdapat 8 keping DVD
Dengan 80 bab pelajaran
Harga RM90.00



Maka trend pembinaan lebuhraya di Lembah Klang haruslah lebih menumpukan kepada teknik pembinaan bertingkat. Lebih-lebih lagi apabila lebuhraya sedia ada adalah dari arah timur ke barat, manakala lebuhraya baru akan dibina dari arah selatan ke utara.

Kedudukan bersilang pada sesetengah tempat memang tidak dapat dielakkan. Ini bermakna di bawah ada jalan, di atas jalan ada sebuah lebuhraya, manakala di atas lebuhraya akan dibina sebuah lagi lebuhraya. Ia akan ada 3 tingkat, bayangkan berapa tinggi lebuhraya baru yang perlu dibuat ?

Malaysia tidak kurang kepakaran dalam kejuruteraan awam dalam pembinaan lebuhraya sama ada di atas tanah mahupun cara bertingkat.

Mengambil contoh dalam pembinaan Lebuhraya AKLEH yang menyambungkan Jalan Tun Razak dengan Ampang. Siapa sangka di bawahnya ialah jajaran Sungai Kelang manakala di atasnya ialah sebuah lebuhraya.

Dalam pencarian jajaran bagi tujuan pembinaan lebuhraya alternatif ini, maka dua buah syarikat pembinaan dan infrastruktur iaitu Emrail Sdn Bhd dan Zabima Sdn Bhd telah bergabung bagi membentuk satu entiti khusus bagi melaksanakan lebuhraya ini.

Lebuhraya ini dinamakan sebagai Kinrara Damansara Expressway atau singkatan KIDEX.

Secara amnya KIDEX adalah selari dengan LDP iaitu dibina bagi menyuraikan trafik dari arah selatan ke utara.  Ia dibina dengan cara bertingkat sejauh 14.9km, manakala jalan susur pula ialah 11.2 Km. Keseluruhannya berjumlah 26.1 km.

Berbanding dengan lebuhraya-lebuhraya lain, KIDEX akan dibina mengikut jajaran jalan sedia ada.Ia akan dibina secara bertingkat. Maka sudah tentulah kos pembinaannya juga lebih tinggi.

Menyedari laluan Lebuhraya Lembah Kelang Baru (NKVE) telah mengalami kepadatan yang tinggi terutamanya dari Kelana Jaya ke susur Bukit Lanjan, maka trafik yang melalui zon ini haruslah disuraikan.

Kini Plaza Tol Damansara walaupun telah mengalami beberapa kali pembesaran , tetapi ia tidak mampu untuk menyuraikan trafik lantaran jalan keluar dari lebuhraya NKVE yang melalui  plaza tol tidak dapat disuraikan dengan kadar segera. Kesesakan semakin memuncak di waktu pagi dan petang ketika warga kota pergi dan pulang dari kerja.
  
Oleh itu peranan untuk menyuraikan trafik sebahagiannya akan terletak kepada KIDEX. Sila lihat gambar 3 dimensi yang melakarkan bagaimana KIDEX dapat mengurangkan kadar kesesakan di NKVE dan plaza tol Damansara.


KIDEX bermula dari persimpangan bulatan NKVE Damansara di mana kendera boleh memasuki KIDEX dari arah selatan dan utara NKVE melalui susur masuk bertingkat yang dibina selari dengan jalan susur sedia ada ke tol plaza Damansara.

Sebuah tol plaza baru bertingkat bakal didirikan di kiri dan kanan plaza tol Damansara. Ia dibuat bagi kutipan tol PLUS untuk kenderaan yang masuk dan keluar ke NKVE.

Secara tidak langsung sebahagian trafik telah dialihkan ke KIDEX sama ada di laluan NKVE ataupun yang melalui tol plaza Damansara. Ia telah mengurangkan kesesakan yang dialami oleh pengguna lebuhraya selama ini.

Seterusnya pengguna lebuharaya boleh memasuki KIDEX dari dua tempat, iaitu persimpangan Bandar Utama / Kg Sungai Kayu Ara dan persimpangan SPRINT berdekatan dengan Seksyen 17, Petaling Jaya.

Lihat lakaran 3 dimensi SPRINT Interchange yang terletak di Seksyen 17, Petaling Jaya.



Kini pengguna jalanraya hanya mempunyai jalan utama yang menuju Plaza Tol SPRINT dan kemudiannya berpecah kepada beberapa arah seperti terus ke Kuala Lumpur melalui Pusat Bandar Damansara ataupun melalui lencungan ke Kerinchi Link yang mengarah ke Lebuhraya Persekutuan di sebelah kanan ataupun mengarah ke kiri melalui Mont Kiara dan bersambung dengan Tol Plaza Jalan Duta.

Dalam sistem penyuraian trafik ibu kota, peranan jalan susur masuk dan keluar adalah satu elemen yang amat penting bagi mendapatkan keseimbangan kepenggunaan kemudahan jalanraya.

Dengan kehadiran KIDEX maka sebahagian trafik dapat dialihkan ke selatan melalui beberapa jalan susur masuk dan keluar di SPRINT Interchange.

Sebuah plaza tol bertingkat akan dibina di SS2, Petaling Jaya. Konsep pembinaannya adalah menyamai tol plaza SPRINT yang terletak bersebelahan dengan Universiti Malaya. Ia akan dibina secara dua lapis bagi meminimumkan kepenggunaan tanah.

Dari tol plaza SS2 akan menyusuri Jalan Semangat di Seksyen 14, Petaling Jaya menuju bersebelahan dengan Masjid Bulat, Petaling Jaya dan bertemu dengan Jalan Utara.

Petaling Jaya yang kini mengamalkan sistem jalan satu hala iaitu lingkaran jalanraya berbentuk cincin telah memaksa jajaran KIDEX dipecahkan mengikut keadaan jalanraya sedia ada.


Maka lingkaran cincin yang terdiri daripada Jalan Utara, Jalan Barat, Jalan Timur dan Jalan Sultan adalah satu keunikan dalam pembinaan lebuhraya dimana ia melingkungi sebuah pusat bandaraya.  Tambahan pula ia dibina secara bertingkat.

Terdapat dua jalan susur keluar dan dua jalan susur masuk yang dibina melingkari bulatan cincin ini iaitu di Jalan Utara, Jalan Barat dan Jalan Sultan. Penduduk tempatan Petaling Jaya yang telah mengalami kesesakan yang berterusan sekian lama boleh menarik nafas lega. Perjalanan keluar masuk ke Petaling Jaya dari arah Damansara di utara dan Kinrara di selatan dapat dipendekkan.  

Perhatian ! Ini adalah artikel yang berkaitan dengan bacaan anda sekarang  : 

Jajaran KIDEX ke selatan disambung bermula dari Jalan Pencala. Mengikut sejarah, di sinilah bermulanya pembinaan bandar Petaling Jaya yang menjadi bandar satelit kepada Kuala Lumpur ketika itu.

Kawasan ini yang juga dikenali sebagai PJ Old Town merupakan zon yang sangat padat penduduknya tetapi tidak dapat disusun sistem jalanraya yang sistematik lantaran sejarah penempatannya.

Antara jalan-jalan yang ditakrifkan sebagai “bottleneck” ialah Jalan Templer dan Jalan Gasing di mana semua kenderaan akan bertemu di satu bulatan yang menghubungkan PJ New Town melalui PJ Old Town menghala ke Jalan Klang Lama atau NPE.

Malah sebahagian pengguna jalanraya akan mencelah memasuki kawasan-kawasan perumahan bagi meloloskan diri dari kesesakan jalanraya. Ini amat tidak disenangi oleh penduduk tempatan. Ia amat kritikal terutama ketika waktu puncak. Kesesakan ini juga banyak disumbangkan oleh pengguna jalanraya yang menjadikan Jalan Templer dan Jalan Gasing sebagai “transit” untuk ke lain-lain destinasi.

Dengan kehadiran KIDEX, maka para pengguna jalanraya yang sering menjadi Jalan Templer dan Jalan Gasing sebagai “jalan potong” akan memilih KIDEX untuk meneruskan perjalanan ke utara ataupun selatan. Secara tidak langsung, ia akan mengurangkan kadar ketumpatan “kenderaan per jumlah kawasan jalanraya” di Jalan Templer dan Jalan Gasing.

Jajajarn KIDEX melangkaui Lebuhraya Pantai Baru (NPE) berhampiran dengan tol NPE.  Antara NPE dan KIDEX akan membentuk satu persilangan 90 darjah di mana NPE adalah dari arah timur ke barat, manakala KIDEX adalah dari selatan ke utara (atau utara ke selatan).

Sebuah tol plaza akan dibina berhampiran dengan Taman Dato' Harun dan Taman Medan Baru, ia dinamakan sebagai Plaza Tol Kinrara. 

Bagi menyambungkan KESAS dengan KIDEX akan terdapat sebuah jalan susur masuk ke utara dan jalan susur keluar ke selatan.






Sebelum jajaran KIDEX yang berakhir berhampiran dengan GIANT, Kinrara yang akan dibina jalan susur masuk dan keluar yang disambungkan pula dengan Lebuhraya Bukit Jalil, para pengguna lebuhraya juga boleh keluar dan masuk melalui Bandar Kinrara Seksyen 2

Apakah perancangan masa depan kerajaan selepas tamatnya KIDEX di Kinrara ?

Dijangkakan sebuah lagi lebuhraya akan menyambungkan Kinrara dengan Serdang dan terus ke Putrajaya yang kini dikatakan dalam proses penyiapan dokumentasi bagi pelaksanaannya.

Lebuhraya baru ini dinamakan sebagai Serdang Kinrara Putrajaya Expressway atau singkatannya SKIP. Sesungguhnya ia telah dirancang secara menyeluruh bagi satu sistem penyuraian trafik yang bersepadu bagi Lembah Kelang.

Sistem penyuraian trafik ini tidak akan berjaya jika tanpa penglibatan pakar-pakar jururunding yang terlibat dalam pelbagai kategori.

Antara kajian asas yang dilakukan ialah dengan membentuk modul bagi aliran trafik. Ia dinamakan sebagai “Origin Destination Study” ataupun “Origin Destination Survey” dengan singkatannya O-D Survey.

Bagi mencari modul perjalanan trafik ini, satu kajian telah dilakukan pada tahun 2011 yang mengambil model perjalanan trafik yang melalui lebuhraya LDP. Ini kerana KIDEX dan LDP adalah membentuk jalur selari dari arah selatan ke utara.

Kajian ini pula diintergrasikan dengan satu modul lain yang mengambil “origin point” iaitu NKVE-Damansara Interchange dan “destination point” iaitu Kinrara dengan melalui jalan-jalan biasa sedia ada. Ia didapati mengambil masa paling lama selama 1 jam 40 minit dan minima 40 minit.

Maka jika modul aliran trafik ini menggunakan jajaran KIDEX dengan kelajuan (speed) minima 60km/j (kelajuan rekabentuk ialah 80km/j), sesebuah kendera hanya memerlukan 15 minit sahaja untuk bergerak dari NKVE-Damansara ke Kinrara.

Berbanding dengan jalan-jalan biasa, berapakah penjimatan masa, tenaga dan wang ringgit dapat diselamatkan ? Ini adalah impak ekonomi yang secara tidak langsung menggerakkan keseluruhan sektor serta individu yang menggunakan lebuhraya ini.

Kajian terhadap alam sekitar sememang menjadi syarat utama dalam setiap pembinaan lebuhraya. Ia tidak terkecuali bagi KIDEX, namun ia tentunya lebih baik daripada pembinaan lebuhraya-lebuhraya lain yang berada di atas permukaan tanah.

Lebuharaya KIDEX dengan jajaran utama sepanjang 14.9 km di mana 40% ( 6 km) jajaran mempunyai ketinggi 24 m tinggi,  40% lagi (6 Km ) mempunyai ketinggi 16 m tinggi  dan bakinya 20% (+- 3 Km) ialah 8 m tinggi.


Pelepasan asap tentunya tidak akan memberi kesan kepada persekitaran penduduk yang berada di bawah. Begitu juga rekabentuk parapet wall atau dinding konkrit bagi kedua-dua sisi lebuhraya mempunyai daya impak ketahanan yang tinggi jika berlaku apa-apa kemalangan. Begitu juga dengan ketumpatan yang tinggi pada dinding konkrit sudah tentu ia dapat mengurangkan kadar bunyi ke tahap yang lebih rendah.

Kesimpulannya, KIDEX adalah sebuah lebuhraya yang mempunyai impak ekonomi yang tinggi terhadap rakyat dan kerajaan Selangor amnya. Dengan kos pembinaan RM2.42 billion sudah tentu akan memberi manfaat kepada banyak sektor terutamanya perbekalan bahan-bahan pembinaan, kerja-kerja pakar dan gunatenaga yang ramai.

Selepas penyiapannya nanti, ia sudah pasti akan merancakkan ekonomi dan pertumbuhan sektor hartanah sepanjang laluannya.



Ditulis oleh : Hisemudin Kasim
16.03.2015




Jika anda suka dengan artikel ini, sila berikan "Like". Ia akan tersimpan di Recent Activity Facebook anda. Ia amat berguna untuk rujukan kemudian hari


Perhatian ! Anda boleh SHARE artikel ini kepada rakan-rakan Facebook anda. Klik Send


Komen anda dalam Facebook atau Blog haruslah kemas dan bernas serta bertanggungjawab. Ulasan yang tidak menepati isu atau yang bersifat tidak sopan akan dipadamkan.


Tuesday, March 3, 2015

Pelancaran Cikgu Matematik : Ke arah transformasi pembelajaran matematik sekolah menengah




Dalam pelan pembangunan pendidikan yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan, bahawa para pelajar menengah akan dan sedang melalui satu proses transformasi yang memperlihatkan pelbagai perubahan drastik dilakukan.


Ia bukan sahaja melibatkan tenaga pengajar, sistem penyampaian bahkan merombak sistem peperiksaan yang lebih berorientasikan pemikiran aras tinggi dan pentaksiran kendiri yang dilakukan di peringkat sekolah.

Pada tahun lepas, heboh dengan keputusan Peperiksaan PT3 yang hambar bagi kebanyakan sekolah. Ramai yang membandingkan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) yang dimansuhkan dengan keputusan PT3.
 

< Klik > di sini untuk ke www.cikgumatematik.com.my


Namun ia adalah satu revolusi dalam pendidikan yang mementingkan pembangunan idea bagi setiap pelajar. Selain daripada itu, Kementerian Pendidikan mensasarkan tahun 2016 sebagai permulaan perluasan buku-buku digital seperti yang banyak dipraktikkan di beberapa negara-negara maju.

Ini kerana para pelajar yang berumur antara 13 hingga 15 tahun yang berada dalam menengah rendah telahpun terdedah dengan penggunaan ICT secara meluas.

Berdasarkan sasaran tersebut, saya telah merangka satu pendekatan yang lebih konprehensif dalam pembelajaran matematik.

Ia dinamakan sebagai Cikgu Matematik.

Apa itu Cikgu Matematik ?

Cikgu Matematik ialah satu sistem pembelajaran matematik bagi pelajar-pelajar menengah rendah, iaitu dari tingkatan 1 – 3 serta persediaan bagi Peperiksaan PT3.

Ia disusun dalam empat modul :

  1. Cikgu Matematik Tingkatan 1
  2. Cikgu Matematik Tingkatan 2
  3. Cikgu Matematik Tingkatan 3
  4. Cikgu Matematik Fokus PT3 

Kini modul 1, Cikgu Matematik Tingkatan 1 telahpun berada di pasaran. Manakala modul 2, Cikgu Matematik Tingkatan 2 bakal diterbitkan dalam bukan April, Cikgu Matematik Tingkatan 3 pula akan menemui para pelajar di bulan Jun.

Klimaks bagi penerbitan modul ini ialah Cikgu Matematik Fokus PT3 yang akan dilancarkan sekitar bulan Ogos nanti. Ini bagi memberi persiapan terakhir bagi para pelajar yang bakal menduduki Peperiksaan PT3 yang berlangsung pada bulan Oktober / November nanti.

Apa bezanya Cikgu Matematik dengan buku-buku rujukan atau latihan yang berselerak di pasaran ketika ini ?

Cikgu Matematik diterbitkan dengan menggunakan cakera DVD. Kesemua bahan-bahan pembelajaran dimuatkan dalam 4 – 5 keping DVD bagi setiap modul.

 
Mengapa DVD dan tidak VCD ?

DVD mempunyai kapasiti yang lebih besar dan lebih berkualiti daripada VCD. Konsep DVD ialah berbentuk digital, maka ia boleh diberhentikan sementara “pause”, dikebelakangkan “backward” atau dipercepatkan ke hadapan “forward”. Namun dalam format VCD tidak mampu dilakukan begitu.

Apakah Cikgu Matematik meniru format VCD yang biasanya juga disertakan dalam sesetengah buku rujukan ?

Oh, sudah tentu tidak !!!

Dalam VCD yang disertakan dalam buku-buku rujukan di pasaran adalah dalam format pdf, ia tidak lebih daripada helaian muka surat yang telah disimpan dalam bentuk digital.

Ia kaku !

Apakah Cikgu Matematik tidak kaku ?

Cikgu Matematik “bermain” dengan grafik dan animasi serta audio dan video.

Setiap pengucapan atau penerangan akan disertakan dengan pergerakan animasi grafik.

Mengapa timbul konsep animasi dalam pembelajaran matematik ?

Cuba kita fikirkan senario ini :

Ramai yang “boring” apabila tiba matapelajaran matematik. Ia dianggap “menyusahkan”, “kaku” dan perlukan berfikir.

Nombor-nombor yang ditulis oleh cikgu-cikgu di papan hitam “tidak masuk” dalam otak mereka. Jika cikgu-cikgu yag mengajar pula “tak pandai” untuk mengolah bentuk pengajaran mereka. Maka matapelajaran yang “kaku” akan lebih “kuku-kaku” !!!!

Lahirnya Cikgu Matematik adalah bagi memperbaiki keadaan ini.

Pertama, ilustrasi iaitu grafik yang disertakan animasi memberikan tumpuan kepada deria mata dengan setiap pergerakan. Ia lebih mengasyikkan dan menambah minat terhadap pelajaran.

Kedua, kombinasi antara grafik dan animasi serta audio akan menggerakkan deria mata, telinga serta jaringan saraf yang mengikut retak pengucapan bagi menghasilkan satu tindak-balas  emosi untuk lebih memahami dan mengingati sesuatu fakta.

Ketiga, ilustrasi grafik dan animasi telah mengambilkira peringkat umur bagi para pelajar. Misalnya bagi Cikgu Matematik Tingkatan 1 lebih banyak grafik animasi yang berkisar dari perubahan kanak-kanak kepada remaja. Ia juga harus menitik-beratkan perkembangan psaikologi golongan ini.

Tentunya grafik dan animasi bagi Cikgu Matematik Tingkatan 3 akan menjurus kepada kupasan dan yang penyelesaian matematik yang lebih berat. Oleh itu corak persembahan pembelajaran juga akan berubah mengikut peringkat umur mereka.

Keempat, pembelajaran cara DVD membolehkan mereka “pause” sementara jika mahu berfikir. Atau mengulang ke belakang pengucapan audio atau paparan video. Begitu juga jika ingin “forward” ke hadapan.

Kelima, Cikgu Matematik amat berguna terutamanya semasa mengulangkaji pelajaran sebelum peperiksaan. Para pelajar tidak punyai masa yang terluang untuk menyelak setiap bab atau helaian muka surat disebabkan kesuntukan masa.

Tambahan pula ramai yang sudah terlupa dengan pelajaran yang lepas-lepas. Terutamanya bagi mereka yang bakal menduduki Peperiksaan PT3, di mana mereka harus mengulangkaji matapelajaran dari tingkatan 1 – 3.

Keenam, masa untuk mengulangkaji matapelajaran matematik menggunakan Cikgu Matematik adalah lebih pendek dan lebih efisien daripada mentelaah buku-buku teks secara sendirian.

Ikutilah sebahagian sedutan daripada Cikgu Matematik. Video-video ini telah dikecilkan dalam "low density" bagi mengurangkan "loading time".

Bagaimanapun dalam video asal DVD adalah dalam "high density" atau HD.

Video Pelancaran

video


Sedutan ringkas Bab 1 - 3

video


Cikgu Matematik hanya boleh dibeli dengan membuat tempahan melalui dalam talian sahaja.

Harga-harga bagi modul Cikgu Matematik adalah seperti berikut :

Cikgu Matematik Tingkatan 1 – RM60.00

Cikgu Matematik Tingkatan 2 – RM80.00

Cikgu Matematik Tingkatan 3 – RM80.00

Cikgu Matematik Fokus PT3 – RM80.00



Sila layari  www.cikgumatematik.com.my untuk keterangan lanjut serta cara-cara pembelian.



Ditulis oleh :

Hisemudin Kasim
03 - 02 - 2015


Jika anda suka dengan artikel ini, sila berikan "Like". Ia akan tersimpan di Recent Activity Facebook anda. Ia amat berguna untuk rujukan kemudian hari


Perhatian ! Anda boleh SHARE artikel ini kepada rakan-rakan Facebook anda. Klik Send


Komen anda dalam Facebook atau Blog haruslah kemas dan bernas serta bertanggungjawab. Ulasan yang tidak menepati isu atau yang bersifat tidak sopan akan dipadamkan.