Penulis Blog ini, Hisemudin Kasim juga merupakan Pengarang Bahasa Mandarin. Menerbitkan DVD Asas Belajar Bahasa Mandarin

Klik sini http://www.ebookmandarin.com/ untuk mendapatkan keterangan lanjut
”smile”/
Terdapat 8 keping DVD
Dengan 80 bab pelajaran
Harga RM90.00

Monday, November 9, 2015

Pertemuan Xi Jinping dan Ma Ying-Jeou terhadap hubungan dua daratan Selat Taiwan


Tajuk tulisan saya kali ini adalah bertepatan dengan terlakarnya satu sejarah pertemuan antara Presiden China, Xi Jinping dengan Presiden Taiwan, Ma Ying-Jeou atas usaha diplomatik Singapura sebagai tuan rumah pada 7hb November, 2015.

Saya namakan tajuknya, ”Pertemuan Xi Jinping dan Ma Ying-Jeou terhadap hubungan dua daratan Selat Taiwan” atau ditulis dalam bahasa Cina sebagai, “习马会对海峡两岸的关系“.

Dalam memperkatakan hubungan antara China dan Taiwan, dalam bahasa Cina sering hanya menulis sebagai “两岸“(disebut liang – an) yang bermakna “dua daratan”. Secara umum mengetahui bahawa terma “dua daratan” adalah Negara China dan Wilayah Taiwan yang dipisahkan oleh Selat Taiwan.

Apakah signifikan dan asas-asas kepada pertemuan bersejarah ini setelah China dan Taiwan berpisah selama 66 tahun sejak tahun 1949 lagi. Ia akan dihuraikan dalam segmen sejarah perang saudara antara Parti Komunis China dan parti Nasionalis, iaitu Parti Kuomintang.

Dalam pertemuan yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di Singapura pada 7hb November, Presiden China Xi Jinping dan Presiden Taiwan, Ma Ying-Jeou telah ditemukan tepat pada pukul 3.00 petang waktu Singapura.

Kedua-dua pemimpin ini telah berjabat-tangan buat pertama kali bagi mewakili dua parti yang berbeza ideologi. Kali terakhir pertemuan bagi pemimpin parti Komunis China dan Parti Kuomintang diadakan pada tahun 1945 antara Mao ZeDong dan Chiang Kai-Seek. Namun pertemuan itu didakwa “gagal” dan membawa kepada perang saudara.

Dalam ucapan alu-aluan oleh Presiden China, Xi Jinping, beliau telah menuturkan bahawa,”两岸打断骨头连着筋“ yang bermakna,”hubungan dua daratan sekalipun patah tulang disambungkan dengan daging”.

Selain itu, diucapkan,”两岸血浓于水“ yang bermakna, “hubungan dua daratan dengan darah yang lebih kental daripada air”.

Pertemuan bersejarah ini diiringi oleh protes sebilangan rakyat Taiwan dan diselubungi oleh ketidaktentuan masa depan parti pemerintah, iaitu Parti Kuomintang.

Ini kerana pada bulan Januari tahun depan (2016) akan diadakan Pilihanraya Presiden. Namun, Presiden Ma Ying-Jeou akan tamat dua penggal pentadbirannya sejak tahun 2008 lagi.

Kini rating bagi parti pemerintah dan bakal calon Presiden dari parti Kuomintang dikatakan tidak cukup kuat untuk mengimbangi populariti dari parti pembangkang, iaitu Parti Progresif Demokratik (DPP).

Dikatakan Ma Ying-Jeou akan menggunakan kesempatan pertemuan dengan Presiden China, Xi Jinping sebagai platform meraih sokongan dari rakyat.

Presiden China pula telah menekankan bahawa pertemuan ini dan hubungan akan datang adalah berteraskan kepada “Konsensus 1992”, iaitu yang mengiktiraf “Satu China”. Namun kedua-dua pihak mempunyai tafsiran yang berbeza mengenai konsensus ini.

Sebenarnya, Singapura telah merintis jalan bagi menghubungkan antara China dan Taiwan. Pada tahun 1993, Singapura telah mengatur pertemuan tidak rasmi antara delelasi China dan Taiwan. Kemudian disusuli dalam beberapa pertemuan yang membawa kepada peringkat yang lebih tinggi.

Maka kali ini, adalah kemuncak kepada pertemuan bersejarah itu.

Singapura yang selayaknya mengaturkan pertemuan ini, memandangkan ia dikatakan sebagai “negara China ketiga selepas China dan Taiwan”.

Ia juga memberi manfaat yang sangat besar dari aspek ekonomi dan perdagangan bagi Singapura, China dan Taiwan. China, kini adalah rakan dagang terbesar bagi Taiwan. Pelaburan Taiwan di China begitu besar sehinggakan kini bank China telahpun beroperasi di Taiwan.

Singapura dan Taiwan banyak mendapat manfaat daripada dasar kapatalisma China terhadap beberapa wilayah selatan dan tenggara negara itu pada eza Deng Xiao Ping.

Ketika itu telah diwujudkan “satu negara, dua sistem”, di mana wilayah-wilayah selatan dan tenggara telah dibenarkan untuk membangun serta menerima pelaburan asing yang berasaskan kapatalisma.

Maka kini, salah satu wilayah yang paling menonjol ialah Wilayah Guangdong yang banyak menerima pelaburan Taiwan dan Singapura.

Ibu negeri Wilayah Guangdong ialah Guangzhou, yang dulunya dikenali sebagai Canton.

Kini Guangzhou telah menjadi syurga bagi warga asing, termasuk dari Malaysia untuk membeli barangan buatan China dengan harga yang murah.

Setelah Hong Kong dikembalikan kepada China pada tahun 1977, maka kerancakan pembangunan sistem kapatalisma semakin menyerlah.

Oleh itu, China tidak dapat bertahan lagi dengan dasar komunis eza Mao ZeDong. Ia terpaksa menerima hakikat bahawa dunia kapatalisma telah menguasai ekonomi China.

Maka, China terpaksa mengakui bahawa Taiwan walaupun dianggap sebagai “pemberontak” dalam istilah politik mereka, tetapi ia adalah yang melonjakkan ekonomi China. Peranan Taiwan dalam pembangunan China tidak dapat dinafikan.

Oleh itu keputusan Presiden Xi Jinping untuk bertemu dengan Presiden Taiwan juga dibayangi dengan kuasa ekonomi Taiwan.

 Sejarah perang saudara dan era perang dingin China - Taiwan
 

Selepas Peperangan Dunia Ke II di tahun 1945, Jepun menyerah kalah dan keluar dari negara China. Namun, berlaku peperangan saudara antara Parti Komunis China yang diketuai oleh Mao ZeDong dan parti pemerintah, iaitu Parti Kuomintang yang diketuai oleh Jeneral Chiang Kai-Seek.

Akhirnya kerajaan yang dikuasai oleh Parti Kuomintang terpaksa berundur ke Taiwan dalam tahun 1949 bersama hampir dua juta pengikutnya. Maka Jeneral Chiang Kai-Seek telah menjadikan Taiwan sebagai benteng pertahanannya dan mengistiharkannya sebagai Presiden Taiwan.

Sehingga hari ini, penduduk Taiwan masih memisahkan antara “imigran” semasa pengunduran perang  dari China ke Taiwan dalam tahun 1949 dengan “penduduk asal” Taiwan.

Orang-orang yang “pindah” dari Tanah Besar China serta keturunannya biasanya adalah penyokong parti Kuomintang. Mereka dikategorikan sebagai “外省人“ iaitu “orang dari wilayah lain”, yang bermakna dari Tanah Besar China.

Manakala penduduk asal Taiwan dikenali sebagai “本省人“ iaitu “orang wilayah ini”, iaitu dimaksudkan orang-orang asal Taiwan. Mereka adalah penyokong tegar kepada parti pembangkang, iaitu Parti Progresif Demokratik.

Penulis Blog ini, Hisemudin Kasim juga merupakan Pengarang Bahasa Mandarin.
Menerbitkan DVD Asas Belajar Bahasa Mandarin

Klik sini http://www.ebookmandarin.com/ untuk mendapatkan keterangan lanjut
Terdapat 8 keping DVD
Dengan 80 bab pelajaran
Harga RM90.00


Sejak pengunduran tentera dan kerajaan Parti Kuomintang dalam tahun 1949, Taiwan mengisytiharkan undang-undang tentera. Ini kerana peperangan dengan Parti Komunis China masih belum berakhir. Ia dianggap sebagai “era perang dingin”.

Malah sehingga kini, antara China dan Taiwan masih belum termeterai Perjanjian Damai yang berkekalan.

Bagaimanapun transformasi politik di Taiwan tidak dapat dibendung dengan undang-undang tentera lantaran “kemarahan” dari penduduk asal Taiwan terhadap parti pemerintah, Parti Kuomintang.

Maka undang-undang tentera ditarik balik dalam tahun 1986. Selepas itu, barulah tertubuhnya banyak parti-parti politik yang secara amnya menentang parti pemerintah, parti Kuomintang.

Sejak tahun 1986 sehingga sekarang, parti yang memerintah Taiwan silih berganti antara Parti Kuomintang dan Parti Progresif Demokratik.

Dalam tahun 1983 – 1987, ketika itu saya berada di Taiwan kerana melanjutkan pengajian di bidang kejuruteraan di National Cheng Kung University, Tainan, Taiwan.

Saya sempat melihat dua era iaitu era perang dingin dan era transformasi politik Taiwan.
 

Pengalaman melihat era perang dingin dan era transformasi politik
 
Walaupun kehidupan rakyat dikatakan aman, tetapi di pihak tentera sentiasa bersiap-siaga terhadap ancaman perang dari China. Perkara yang saya ingati ialah setiap dalam beberapa bulan akan ada sebuah jet pejuang tentera udara China yang “mencari kekebasan” 投奔自由“mendarat di lapangan terbang Taiwan.

Di pihak China akan mengecamnya sebagai pengkhianat revolusi, manakala di pihak Taiwan pula menganggap sebagai “pencari kebebasan” dari belenggu sistem Komunis.

Maka ia akan menjadi satu berita besar dan suasana “yang dingin” menjadi “panas”.

Manakala politik di Taiwan ketika itu amatlah “huru-hara”. Ia adalah kemuncak sebelum undang-undang darurat dihapuskan dalam tahun 1986.

Gerakan bawah tanah yang menuntut kemerdekaan Taiwan semakin lantang. Maka dengan terhapusnya undang-undang darurat dalam tahun 1986, maka semua gerakan ini telah ditransformasikan dalam bentuk parti-parti politik.

Maka sebab itulah parti-parti pembangkang di Taiwan yang kebanyakannya adalah penyokong penduduk asal Taiwan memegang gagasan “Taiwan Merdeka”. Ia adalah motto bagi Parti Progresif Demokratik.

Namun ia bertentangan dengan dasar parti Kuomintang yang inginkan penyatuan “Satu China” dengan Tanah Besar China melalui konsep demokrasi ala Taiwan.

Tetapi China pula mempunyai dasar yang sama iaitu penyatuan dengan Taiwan melalui “Satu China” dengan konsep Komunis.

Saya sempat melihat pilihanraya pertama yang diadakan di Taiwan dalam tahun 1987. Oleh kerana ia selama ini diperintah oleh tentera, dan hanya baru mendapat “suara rakyat”, maka suasana “hiruk-pikuk” politik dan tiada kematangan berpolitik secara demokrasi.

Maka tidak hairanlah, kita sering melihat di kaca TV “adegan” tumbuk-menumbuk dan membaling kerusi yang berlaku di Dewan Perwakilan Rakyat atau parlimen Taiwan. Antara wakil rakyat Parti Kuomintang dengan Parti Progresif Demokratik tidak pernah boleh “duduk semeja minum teh” seperti yang berlaku di lobi parlimen negara kita.

Di akhir tahun 1987 saya kembali ke tanahair dengan segulung ijazah sebagai graduan jurutera.

Taiwan, yang saya tinggalkan dulu selama 28 tahun, tidak seperti yang dahulu. Ia semakin gah dengan kepesatan ekonomi dan kemajuan teknologinya.

Walaupun saiz Tanah Besar China yang begitu besar dengan kelengkapan ketenteraan yang hebat, dan Taiwan hanyalah sebuah pulau yang kecil dan dipencilkan pula di pentas politik dunia kerana dibayangi oleh Beijing.

Namun kuasa ekonomi Taiwan telah menggerunkan China, maka pertemuan antara Presiden China, Xi Jinping dengan Presiden Taiwan, Ma Ying-Jeou dilihat sebagai satu percaturan politik dan ekonomi bagi satu keadaan menang-menang bagi kedua-dua pihak.

Untuk masa datang, apakah akan terjadi dengan China ? Apakah ia mampu untuk menguasai Taiwan dengan “Satu China” melalui dasar Komunis ?

Atau Taiwan mampu untuk menyatukan China melalui “Satu China” dengan demokrasinya ?

Hanya masa menentukan segalanya.

 
Ditulis oleh :
Hisemudin Kasim
9/11/2015

Jika anda suka dengan artikel ini, sila berikan "Like". Ia akan tersimpan di Recent Activity Facebook anda. Ia amat berguna untuk rujukan kemudian hari


Perhatian ! Anda boleh SHARE artikel ini kepada rakan-rakan Facebook anda. Klik Send


Komen anda dalam Facebook atau Blog haruslah kemas dan bernas serta bertanggungjawab. Ulasan yang tidak menepati isu atau yang bersifat tidak sopan akan dipadamkan.


Friday, October 30, 2015

Mencongak kemenangan Barisan Nasional dalam PRU14


Apakah terlalu awal untuk menulis dan mencongak kemenangan Barisan Nasional dalam PRU14 nanti ?
Memandangkan rakyat Malaysia berpolitik setiap hari dengan setiap isu “dibakar” agar kehangatannya dibawa hingga ke PRU14.

Namun demikian, ada isu yang “sejuk” dan “tenggelam” di pertengahan jalan.
Maka, tulisan ini adalah berdasarkan senario dan status-quo semasa yang mungkin menjadi impak kepada keputusan PRU14 nanti.

Sebelum kita membincangkan senario dan keputusannya, eloklah kita melihat prestasi Barisan Nasional dalam PRU13 dahulu dan mencongak tarikh bilakah akan diadakan PRU14.

Dalam PRU13, Barisan Nasional (BN) telah memperolehi 133 kerusi berbanding PAS 21 kerusi, PKR 30 kerusi dan DAP 133. Ia membentuk jumlah kerusi di Parlimen sebanyak 222 kerusi.
Ini tidak termasuk perubahan jumlah kerusi bagi setiap parti apabila terdapat kemenangan atau kekalahan bagi parti-parti yang bertanding dalam beberapa siri pilihanraya kecil (PRK).
Secara jelasnya BN tidak mengungguli dua pertiga majoriti sejak pentadbiran Pak Lah dahulu. Maka apakah BN akan memperolehi dua pertiga majoriti dalam PRU14 nanti. Jika ia menjadi kenyataan, ia adalah hadiah yang paling manis untuk menidakkan kata-kata Tun Dr. Mahathir bahawa BN akan KALAH dalam PRU14.

Berdasarkan mandat penggal pentadbiran kerajaan yang memerintah ditentukan dalam perlembagaan ialah selama lima tahun. Maka tarikh akhir pembubaran parlimen ialah di bulan Mei 2018.
Mengikut tradisi penggal pemerintahan parti yang memerintah, kebiasaannya PRU akan dilakukan ketika penggal masih berbaki setengah tahun. Ini bermakna, PRU 14 bakal diadakan antara penghujung tahun 2017 sehingga Mei 2018.

Kini kita telah melalui 29 bulan dalam penggal PRU13. Ianya berbaki 31 bulan lagi untuk diadakan PRU mengikut perlembagaan.
Namun demikian, jika PRU14 diadakan cepat dua bulan, iaitu pada bulan Mac 2018. Maka kita masih ada 29 bulan bulan lagi sebelum PRU14.

Ini bermakna kini kita berada dalam PERTENGAHAN PENGGAL.

 

Dalam membincangkan unsur-unsur yang mungkin dan kebarangkalian yang muncul dalam setiap kali piliharaya umum ialah perubahan senario parti-parti politik.
Ia diikuti oleh perubahan ekonomi dalam dan luar negara.

Sentimen rakyat dalam penerimaan perubahan ekonomi makro dan ekonomi mickro serta pembangunan yang mapan akan menentukan siapakah yang akan diundi dalam PRU.
Kerana rakyat yang secara terus menerima impak itu daripada perubahan itu.

Saya hanya membincang dari dua sudut, iaitu perkembangan parti-parti politik dan ekonomi serta pembangunan sahaja.

1.       perkembangan parti-parti politik

2.      ekonomi
 

Perkembangan parti-parti politik

UMNO adalah teras bagi BN, maka jika UMNO berada pada kedudukan yang selesa dari “atas” hingga ke “bawah” maka ia adalah “kepala treler” yang membawa parti-parti komponen dalam arus yang lebih lancar.
Namun jika dalam 29 bulan akan datang, UMNO berada dalam kucar-kacir, sudah “ditentukan” dimanakah kedudukan BN dalam PRU14 nanti.

Kini menampakkan tiada isu yang besar atau perpecahan dalam kalangan parti-parti komponen Barisan Nasional.
Maka isu utama yang harus diselesaikan oleh pentadbiran DS Najib ialah kes 1MDB. Jika ia dapat diselesaikan dalam jangkamasa yang singkat. Ia akan mengunci mulut Tun Dr. Mahathir dan mereka yang “mengebang” dengan fitnah yang boleh menghancurkan negara.

Untuk mendapatkan gambaran yang jelas mengenai 1MDB, sila baca tulisan saya mengenai isu 1MDB
 
 
Berbanding dengan pihak lawan iaitu parti-parti pembangkang kini berada dalam keadaan yang amat tenat.

Pakatan Rakyat yang diwar-warkan akan mengambilalih Putrajaya dalam PRU13 dahulu tidak menjadi kenyataan. Malah kini Pakatan rakyat telah terkubur.
Dengan DAP, PKR dan Amanh membentuk Pakatan Harapan. Apakah ia benar-benar membawa satu harapan kepada rakyat, setelah PAS membawa diri cara solo.

Ketidaksepakatan antara parti-parti pembangkang juga menjadi bukti bahawa mereka sebenarnya bukanlah PENTADBIR yang bagus tetapi BERSATU hanya untuk menumbangkan Barisan Nasional tanpa mempunyai satu agenda dalam pemerintahan.
Mana boleh antara ideologi sosiolisme DAP, liberal PKR dan Islam PAS dapat disatukan dalam satu gagasan atau Buku Jingga yang boleh direalisasikan.

Begitu juga PAS hanya menjadi kuda tunggangan kepada DAP dan seperti melukut di tepi gantang. Sila baca tulisan dalam blog saya sebaik sahaja selepas PRU13 dahulu.

Resapan oleh kader-kader Anwar dalam PAS yang membentuk akar tunjang dalam AJK PAS terdahulu, maka ia telah mengkucar-kacirkan PAS dan membawa aliran yang berbeza dengan aliran asal PAS.
Dengan membuat pukulan “K.O” dalam pemilihan PAS yang lalu kepada kumpulan Anwarinas, telah memperlihatkan bahawa PAS ingin kembali ke landasan asal.
Kumpulan yang kalah atau dikenali sebagai G18 akhirnya membentuk Parti Amanah yang diketuai oleh Mat Sabu.

Maka Pakatan Harapan yang hanya dapat “diiktiraf” di Pulau Pinang tetapi tidak di Selangor. Menteri Besar Selangor, Azmin Ali masih memilih PAS lantaran kelangsungan politik pentadbiran Selangor.
Kecamukan ideologi, ketidakselarasan kuasa pentadbiran telah menyerlahkan kelemahan pembangkang.
 

Penulis Blog ini, Hisemudin Kasim juga merupakan Pengarang Bahasa Mandarin.
Menerbitkan DVD Asas Belajar Bahasa Mandarin

Klik sini http://www.ebookmandarin.com/ untuk mendapatkan keterangan lanjut
Terdapat 8 keping DVD
Dengan 80 bab pelajaran
Harga RM90.00


Berbanding dengan sebelum PRU13 dahulu, ketiga-tiga parti pembangkang masih mempunyai “idola” masing-masing.
Setelah kembalinya ke rahmatullah Allayharham Tuan Haji Nik Aziz Nik Mat dan kematian Karpal Singh dalam satu kemalangan jalanraya serta terpinggirnya DS Anwar Ibrahim di hotel Sungai Buluh. Maka di manakah synergy yang ampuh boleh diharapkan untuk menduga PRU14 nanti ?

Nak harap Kak Wan ? Oh, macam bumi dengan langit. Kita masih ingat beberapa hari yang lalu, apabila ditanya oleh pemberita, apakah komen beliau tentang Lebuhraya Pan Borneo yang bebas tol.
Sungguh jengkel sekali jawapan dari Kak Wan, “Tak pernah dengar naik train ada tol ?”

Seorang Ketua Pembangkang begitu jahil sekali untuk membezakan antara lebuhraya dangan jalan keretapi. Lain ditanya, lain pula jawapannya.
Maka apakah kita nak harapkan Ketua Pembangkang yang dikatakan nak menawan Putrajaya ?

Sedangkan PAS tidak lagi mahu berkompromi dengan Pakatan Harapan dalam pembahagian kerusi dalam PRU nanti. PAS malah akan meletakkan calon mereka di kerusi DAP.
Sejak beberapa PRU yang lalu, yang jadi Pak Pacak dan yang pacak bendera ialah ahli-ahli PAS. Jentera mereka cukup teratur. Tidak seperti PKR yang hanya tahu “baling kerusi” saja. Yang tukang “guling-guling” juga ahli PAS. Orang-orang Amanah hanya akan jadi “Pak Ampu” kepada DAP.

Setelah kedudukan PAS digantikan oleh Amanah, di mana kekuatan mereka ? Hanya pemimpin-peminpin saja yang berdegar-degar sedangkan tiada akar umbi.
Dimaklumkan bahawa PAS tidak takut pertandingan tiga penjuru, ini bermakna akan ada pertandingan antara UMNO, PAS dan Amanah. Secara tradisinya jika pertandingan UMNO / PAS, sudah tentu kemenangan lebih memihak sama ada UMNO atau PAS. Apakah kali ini kita akan melihat wang pertaruhan Amanah akan hilang ?

Apakah DAP dan PKR begitu bermurah hati nak berikan kerusi untuk Amanah sebagai lambang setiakawan ?
Berita mutakhir mengatakan yang PAS sedia bekerjasama dengan UMNO. Maka sudah jelas ada bibit-bibit “persamaan” yang ujud antara dua parti Melayu berteras Islam itu.
 

Ekonomi dan pembangunan

Krisis kewangan dunia telah meruncing sejak setahun lalu disebabkan oleh kejatuhan harga minyak mentah dunia. Walaupun Malaysia bukanlah pengeksport utama minyak, tetapi negara masih bergantung sekitar 23% dari hasil minyak dan gas.
Dengan kejatuhan harga minyak, maka pendapatan negara semakin susut. Nilai matawang Ringgit berbanding USD telah jatuh sekitar 20% berbanding sebelumnya. Namun fundamental ekonomi negara masih kukuh dan sistem perbankan telah distruktur sebegitu rupa, setelah mengambil iktibar daripada kekalutan sistem bank dalam krisis kewangan Asia dalam tahun 1998 dahulu.

Sila baca artikel saya mengenai kejatuhan harga minyak dunia terhadap ekonomi Malaysia

 
Oleh itu negara akan lebih berdaya maju jika harga komuditi utama negara dan harga minyak meningkat. Secara tidak langsung ia memberi impak terhadap pembangunan negara.

Sistem percukaian SST yang dimansuhkan dan digantikan dengan GST, yang pada awalnya dicemuh oleh pelbagai pihak terutamanya oleh pembangkang. Namun sesungguhnya, GST adalah penyelamat negara dengan membuat imbangan terhadap pendapatan negara yang susut akibat kejatuhan harga minyak dan beberapa komuditi utama negara.
Dalam Bajet 2016 memperlihatkan betapa peranan GST telah mencaturkan pembahagian kepada beberapa sektor.  Tanpa GST, apakah negara mampu untuk mencorakkan bajet berimbang dengan pendapatan yang lebih konsisten.

Yang lebih “memualkan” apabila bajet pembangkang juga memasukkan GST dalam bajet bayangan mereka. Dahulunya Rafizi adalah penentang utama GST, kini dengan “muka tak malu” memasukkan pula GST sebagai satu mekanisma untuk percukaian negara.
Maka apakah pihak pembangkang mempunyai satu modul ekonomi yang boleh menandingi apa yang diterapkan oleh kerajaan.

Apakah pembangkang di Malaysia hanya berperanan sebagai “kaki bangkang” sahaja tanpa mempunyai satu pelan tindakan alternatif ?
Jika momentum ini diteruskan sehingga bajet 2018, tidak syak lagi Barisan Nasional akan memperolehi dua pertiga majoriti sekali lagi.

 
Ditulis oleh :

Hisemudin Kasim
30/10/2015
Jika anda suka dengan artikel ini, sila berikan "Like". Ia akan tersimpan di Recent Activity Facebook anda. Ia amat berguna untuk rujukan kemudian hari


Perhatian ! Anda boleh SHARE artikel ini kepada rakan-rakan Facebook anda. Klik Send


Komen anda dalam Facebook atau Blog haruslah kemas dan bernas serta bertanggungjawab. Ulasan yang tidak menepati isu atau yang bersifat tidak sopan akan dipadamkan.


Thursday, October 15, 2015

Susahkah Belajar Bahasa Mandarin ?


Saya telah menulis banyak artikel berkenaan dengan pembelajaran bahasa Mandarin di kalangan bukan Cina sama ada yang diterbitkan di akhbar-akhbar maupun di dalam blog ini.
Ini memandangkan struktur kemajmukan masyarakat Malaysia masih terikat dengan sosio budaya Cina dalam pelbagai aktiviti masyarakat, terutamanya yang melibatkan perekonomian dan perdagangan. Maka pembelajaran bahasa Mandarin dilihat sebagai satu kelebihan kepada mereka yang dapat menguasai bahasa ini.
Walaupun tidak semua orang-orang Cina boleh bertutur dalam bahasa Mandarin kerana ada yang hanya berkomunikasi dalam dialek Kontonis, Hokkien, Hakka dan lain-lain, tetapi secara majoritinya, bahasa Mandarin adalah yang menyatukan masyarakat Cina dalam satu kelompok.
Tambahan pula kepentingan bahasa Mandarin di peringkat antarabangsa dengan kebangkitan Negara China dan Taiwan sebagai kuasa ekonomi dan politik yang disegani. Maka perhubungan yang menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa perantaraan semakin menyerlah.
Mengikut sejarah, penghijrahan orang-orang Cina ke rantau Asia Tenggara secara besar-besaran adalah semasa kolonian British dahulu. Walaupun sebelum itu telah terdapat penempatan awal orang-orang Cina, namun gelombang terbesar ialah semasa Pemerintahan Dinasti Manchu di China.
Penghijrahan mereka ke luar dari China adalah disebabkan oleh keperitan hidup yang ditindas oleh pemerintahan Kerajaan Manchu. Pergolakan politik dalaman serta campur-tangan kuasa-kuasa asing seperti British, Russia, Portugal, Belanda dan beberapa lagi.
Penghijrahan orang-orang Cina ke Tanah Melayu telah membawa bersama sistem pendidikan yang diamalkan di Negara China.
Setelah negara mencapai kemerdekaan, sistem pendidikan Cina sebahagiannya diserapkan dalam pendidikan kebangsaan. Namun masih banyak sekolah-sekolah Cina terutamanya sekolah menengah enggan untuk menyertai sistem pendidikan kebangsaan lalu menubuhkan sekolah persendirian.
Oleh kerana sistem persekolahan Cina di Malaysia mempunyai sejarah yang kukuh dan punyai dana yang besar, maka ia sering menjadi fokus utama apabila isu bahasa Cina dicetuskan. Apatah lagi ia dikatakan membawa elemen ketidakpenyatuan rakyat yang berbilang kaum.
Namun demikian, kita harus realistik bahawa pembelajaran sesuatu bahasa adalah penting dalam pembentukan jati-diri dan mengejar ilmu pengetahuan. Lantaran bahasa adalah alat untuk berkomunikasi dengan orang-orang yang berlatarbelakang berbeza dengan kita.
Jika kita dapat memahami dan berkomunikasi dengan mereka, ia adalah satu bonus. Sedangkan mungkin orang-orang lain di sekitar kita tidak punyai keistimewaan tersebut.

Penulis Blog ini, Hisemudin Kasim juga merupakan Pengarang Bahasa Mandarin.
Menerbitkan DVD Asas Belajar Bahasa Mandarin

Klik sini http://www.ebookmandarin.com/ untuk mendapatkan keterangan lanjut
Terdapat 8 keping DVD
Dengan 80 bab pelajaran
Harga RM90.00

 
Jadi apakah keistimewaan jika kita dapat menguasai bahasa Mandarin ?
 
Seperti diri saya, saya mula mendapat pendidikan Cina secara total sejak dari tadika lagi. Keseluruhannya saya mendapat pendedahan selama 16 tahun secara formal dalam sistem pendidikan Cina.
Bermula dari tadika Cina, kemudian menamatkan persekolah rendah di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC). Meneruskan pendidikan di sekolah menengah persendirin Cina selama 6 tahun lagi. Akhir sekali memperolehi ijazah dalam Kejuruteraan Awam di Republic of China, Taiwan.
Itu dikira yang telah “complete” pendidikan Cina. Ikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w., “tuntutlah ilmu walaupun ke Negeri China”.
Namun tidak ramai orang-orang Melayu yang berkesempatan seperti saya untuk mengejar ilmu dalam medium bahasa Mandarin sehingga ke tahap itu.
Jadi, jika yang hanya cukup sehingga tahun 6 di sekolah rendahpun dah memadai.
Jika boleh ke sekolah menengah Cina memanglah dialu-alukan.
Untuk ke peringkat yang lebih tinggi dalam bahasa Mandarin, memang sesuatu yang mencabar.
Itu dikira yang belajar secara sistem persekolahan yang normal. Yakni belajar bahasa Mandarin dengan tulisan atau huruf Cina.
 
Bagaimana pula bagi mereka yang tidak ke  sekolah Cina ? Apakah mereka juga berpeluang untuk mempelajari bahasa Mandarin ?
 
Ya, memang boleh !!
Evolusi bahasa Mandarin telah diantarabangsakan bermula di tahun 1958 dan diperakui di peringkat antarabangsa pada tahun 1977.
Ini dengan pelancaran sistem yang dinamakan sebagai Chinese Romanization, atau Rumi Cina. Dalam bahasa Mandarin disebut sebagai “汉语拼音Hanyu Pinyin.
Untuk pengetahuan, dalam huruf Cina berbeza dengan huruf rumi Melayu atau Inggeris, atau mana-mana tulisan yang berasaskan huruf Roman.
Untuk menulis sesuatu huruf Cina ada yang mudah, dan ada yang amat sukar.
Ini kerana bentuk tulisan Cina tidak “dieja” seperti kita menulis dalam huruf rumi Melayu atau Inggeris.
Menulis huruf Cina memerlukan kita mengingati setiap “stroke” yang membina sesuatu huruf itu. Dan huruf yang sama mungkin mempunyai sebutan yang berbeza dan intonasi yang lain pula.
Sebab itulah bagi sesiapa yang belajar bahasa Cina akan “menghafal” huruf-huruf tersebut.
Seperti huruf ini, ““dibunyikan sebagai “tong” dalam ejaan bahasa Melayu. Ia bermakna “timur”.
Huruf ini pula, “西“dibunyikan sebagi “si” dalam ejaan bahasa Melayu. Ia bermakna “barat”.
Setelah digabungkan kedua-dua huruf tersebut, ia menjadi, “东西“. Jika dibunyikan dalam bahasa Melayu, ia berbunyi “tongsi”. Maknanya ialah “barang”
Begitulah sistem huruf-huruf Cina digabungkan antara huruf-huruf asas yang berlainan makna akan menjadi huruf majmuk dengan makna yang lain pula.
Bagaimana pula untuk mengaitkan antara huruf-huruf Cina itu dengan sistem Chinese Romanization ?
Huruf-huruf Roman telah digunapakai oleh kebanyakan negara-negara di dunia. Ia mempunyai sistem “fonetik” yang tersendiri.
Seperti huruf rumi bahasa Melayu A, B, C yang kita gunakan sekarang. Sistem fonetik huruf-huruf itu diadaptasikan  dari sistem fonetik bahasa Inggeris.
Tetapi huruf rumi bahasa Indonesia bagi A, B, C tidak disebut sebagaimana kita menyebut A, B, C. Kerana mereka mengadaptasikannya dari sistem fonetik bahasa Belanda.
Menggunakapakai huruf Roman juga, maka huruf-huruf Cina telah “mengRomankan” ejaannya berdasarkan sistem fonetik yang tersendiri. Ia telah bermula dari tahun 1977 dahulu. Sebelum itu ejaan tulisan Cina menggunakan sistem lain yang dinamakan sebagai “ 注音符号” zhu yin fu hao.
Semasa saya bersekolah dahulu, kami masih menggunakan sistem lama iaitu zhu yin fu hao. Tetapi kini pelajar-pelajar di sekolah Cina mempraktikkan sistem Chinese Romanization atau Rumi Cina.
Sistem Chinese Romanization berdasarkan sebutan fonetik yang seakan-akan bahasa Latin. Namun ia dikatakan telah dicipta oleh para sarjana bahasa di China.
Sebagai contoh, tulisan “东西“yang kita tulis di atas tadi.
Dalam bahasa Melayu, kita bunyikan sebagai “tongsi
Tetapi dalam Rumi Cina, kita tuliskan sebagai “dongxi”.
Ini bermakna “tongsi” dalam bahasa Melayu, sama bunyinya jika kita menulis dalam Rumi Cina sebagai “dongxi”.
Yang berbeza ialah bunyi fonetik huruf “t” adalah sama dengan huruf “d” dalam Rumi Cina.
Sama juga seperti bunyi fonetik huruf “si” adalah sama dengan huruf “xi” dalam Rumi Cina.
Sekurang-kurangnya anda telah mendapat satu gambaran, bahawa untuk belajar bahasa Mandarin bukanlah susah sangat.
Kerana anda kini diterapkan dengan sistem Rumi Cina, di mana huruf-huruf Roman yang menjadi asas kepada huruf-huruf Melayu dan Inggeris digunakan sekali.
Cuma kita harus belajar dahulu sistem fonetiknya terlebih dahulu.
Bagaimana untuk memulakan pembelajaran bahasa Mandarin dari peringkat asas terutama bagi anda yang telah dewasa.
Pada tahun lepas (2014), saya telah menerbitkan DVD Asas Belajar Bahasa Mandarin yang menggunakan teks  / skrip dalam bahasa Melayu – Mandarin.
Sebelum itu diterbitkan versi dalam bahasa Inggeris – Mandarin yang diberi tajuk Mandarin For Beginners.
Kedua-dua set DVD ini iaitu, Asas Belajar Bahasa Mandarin dan Mandarin For Beginners telah digunakan oleh para siswa di beberapa buah universiti sebagai bahan pembelajaran tambahan.
Kerana para siswa seperti di Uitm, Unisel dan beberapa universiti digalakkan mengambil satu bahasa asing dalam pelajaran mereka.


DVD ASAS BELAJAR BAHASA MANDARIN BERHARGA RM90.00 SAHAJA

Untuk tempahan, hubungi HISEMUDIN KASIM, whatsApp 016-3067156
 
Mungkin bagi anda tidak berkesempatan untuk menonton DVD lantaran kekangan masa.
Maka saya telah menerbitkan versi internet bagi Asas Belajar Bahasa Mandarin.
Ini bermakna, jika anda tidak memiliki DVD pun tak mengapa, kerana anda boleh memiliki versi internetnya.
Versi internet boleh dilayari dengan telefon pintar, tablet, pc atau laptop

 
Untuk keterangan lanjut, sila layari :

Laman wesite Asas Belajar Bahasa Mandarin :
www.ebookmandarin.com


Facebook Fan Page Cikgu Mandarin :
 
Ditulis oleh Hisemudin Kasim
15.10.2015

Jika anda suka dengan artikel ini, sila berikan "Like". Ia akan tersimpan di Recent Activity Facebook anda. Ia amat berguna untuk rujukan kemudian hari


Perhatian ! Anda boleh SHARE artikel ini kepada rakan-rakan Facebook anda. Klik Send


Komen anda dalam Facebook atau Blog haruslah kemas dan bernas serta bertanggungjawab. Ulasan yang tidak menepati isu atau yang bersifat tidak sopan akan dipadamkan.


Monday, May 11, 2015

Isu 1MDB : satu skandal atau pelaburan strategik ?


Hari ini (11/5/2015) terpampang di hampir semua akhbar arus perdana menyiarkan tajuk ekslusif dan gempaq. Seperti dalam Utusan Malaysia,”Najib jawab kritikan Dr. Mahathir, saya tak akan tunduk”. Manakala dalam Berita Harian pula,”Najib balas serangan Tun Mahathir”

Nampaknya isu 1MDB telah sampai ke kemuncak. Kita tidak mahu percakaran idea dan corak perlaksanaan pentadbiran negara bercelaru disebabkan oleh isu 1MDB.

Kita tidak mahu dua negarawan ini bersengkang pendapat dan nada dalam mengharungi isi ini, yang belumpun sampai ke tahap krisis seperti dalam krisis kewangan dalam tahun 1987 dahulu.

Apakah “serangan” Tun Mahathir yang mahukan DS Najib “turun” dari kerusi Perdana Menteri dan Presiden UMNO dek kerana isu 1MDB ini agak keterlaluan ?

Apakah dengan Najib “turun” maka semua orang akan “mengilai” dan tertepuk tangan. “Oh.. Rosnah-Najib dah terkapai-kapai …”

Siapakah yang akhirnya menjadi mangsa yang terkapai-kapai ?

Apakah seorang Tun Mahathir, yang telahpun menjadi bilionare hasil menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun akan “menyelamatkan” rakyat nanti ?

DS Najib dipilih oleh rakyat dalam PRU13 yang lalu mewakili parti terasnya iaitu UMNO dan parti gabungan yang mewakilinya iaitu Barisan Nasional.

Selagi parti tidak menyingkirkannya dan parlimen tidak memberikan undi tidak percaya kepada DS Najib, maka apakah suara seorang iaitu Tun Mahathir layak untuk menyuruh DS Najib “turun” dari kerusi Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Kemelut 1MDB telah disensasikan dalam Pilihanraya Kecil Permatang Pauh baru-baru ini dan kemudiannya pembelian tanah stategik seluas 0.624 hektar oleh Lembaga Tabung Haji (TH) di Tun Razak Exchange (TRX) berjumlah RM188.5 juta milik 1MDB menjadi bom jangka yang perlu dipadamkan.
 
Dalam artikel selanjutnya, saya akan mengupas dari sudut kewangan dan pelaburan strategik negara bagi melihat apakah isu 1MDB itu satu skandal ataupun satu pelaburan strategik ?

Maka kita harus jadi rasional dan mempunyai pengetahuan dalam pelaburan, tanpa hanya membaca atau mendengar dari sumber-sumber negatif lalu membuat satu kesimpulan.

Sejarah 1MDB bermula sejak dari pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi dan ketika itu DS Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan.

Tubuh-badan asal bagi 1MDB ialah TIA iaitu sebuah badan yang diwujudkan dalam tahun 2008 untuk pelaburan bagi negeri Terengganu dengan dana sejumlah RM500 juta. Kemudiannya tidak diketahui apa yang terjadi dengan TIA serta dana tersebut.

TIA diubah menjadi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada bulan Januari, 2009 yang menjadikan TIA sebagai badan kerajaan pusat yang bertujuan memperluaskan manfaatnya kepada seluruh rakyat Malaysia.

1MDB adalah sebuah syarikat pelaburan strategik milik Kementerian Kewangan Diperbadankan dengan modal berbayar RM1 juta semasa diperbadankan. DS Najib adalah Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB.

Pada tahun 2009, 1MDB dan rakan strategiknya, PetroSaudi Intenational Limited mengumumkan penubuhan syarikat usaha sama bernilai AS$2.5 billion yang bertujuan mempelopori pengaliran masuk pelaburan terus Arab ke Malaysia.

Kemudiannya syarikat usaha sama ini dibubarkan dengan 1MDB memperolehi keuntungan dalam pelaburan itu.

Sebagai sebuah syarikat milik Kementerian Kewangan yang mana pelaburannya dijamin oleh kerajaan Malaysia, menyebabkan 1MDB begitu berani untuk membuat pinjaman dari bank-bank tempatan maupun pasaran kewangan global dengan banyak serta menjual bon di dalam dan luar negara.

Hutang 1MDB termasuk jualan bon RM11 bilion pada 2013, antara terbitan bon global terbesar dari Asia Tenggara.

Dalam usia lima tahun, 1MDB telah membuat pinjaman yang jauh lebih besar daripada aliran tunainya walaupun memiliki aset yang juga sangat besar

Aset-aset ini masih belum dapat menjana aliran tunai bagi 1MDB untuk membayar pinjaman dan juga faedah pinjaman yang tinggi.

Kini dikatakan hutang 1MDB berjumlah RM42 billion. Dari manakah hutang-hutang itu ?

Fokus perniagaan teras 1MDB ialah sektor tenaga dan hartanah strategik.


Sektor Tenaga :

Memiliki 15 loji kuasa dan desalinasi (menyahmasin) dengan kapasiti penjanaan tenaga 5594MW di Mesir, Bangladesh,UAE, Sri Lanka, Pakistan dan Malaysia.

1MDB juga merupakan IPP terbesar di Mesir dan Bangladesh, dan yang kedua terbesar di Malaysia.

1MDB membina 3 lagi logi kuasa baru dengan penjanaan 2000MW Jimah East Power di Port Dickson, 2000MW loji kuasa gas di Melaka, dan 50MW loji solar di Kedah.

Dengan penstrukturan semula loji-loji yang dinamakan  Edra Energy bakal memberi satu synergi kepada 1MDB untuk mengorak langkah dalam industri tenaga yang memberikan pulangan signifikan kepada seluruh rakyat Malaysia

1MDB juga membeli 310 ekar tanah berharga RM300 juta di Pulau Indah untuk projek-projek berkaitan dengan tenaga.

Apakah implikasi terhadap pemilikan aset-aset tenaga ini ?

Kita sedia maklum, selain daripada TNB yang mengeluarkan tenaga bagi keperluan letrik di Semenanjung Tanah Melayu, terdapat beberapa pengeluar tenaga bebas (IPP) yang menjual tenaga yang dijana oleh loji-loji tersebut untuk dijual kepada TNB bagi memenuhi grid kebangsaan.

Mengikut terma perjanjian, segala tenaga yang dikeluarkan oleh IPP harus dibeli oleh TNB sama ada digunakan ataupun tidak. Ianya juga tidak menguntungkan pihak TNB. Malah ianya juga adalah lebih mahal.

Dengan pemilikan dan penstrukturan semula operasi kesemua loji-loji yang dibeli dari IPP sebelumnya, ia telah membantu mengurang kos kuasa IPP kepada TNB sehingga separuh pada tahun 2012.

Dengan ini juga telah membantu pembekuan peningkatan harga letrik yang dijadual pada bulan Julai 2014 dan Jan 2015. Secara tidak langsung membenarkan TBN untuk mengurangkan kadar letrik pada bulan Mac 2015. Ia adalah kali pertama dalam sejarah Malaysia bahawa kadar letrik dapat dikurangkan. Kemungkinan juga satu lagi pengurangan dapat dibuat pada bulan Julai 2015.

Strategi belakang tabir biasanya tidak diketahui oleh kebanyakan rakyat. Kerana mereka hanya berminat, jika kadar letrik dinaikkan setiap enam bulan, maka rakyat akan “mengamuk”. Tetapi hanya segelintir yang faham tentang apa yang berlaku di sebalik tabir.

Apa kata, jika loji-loji yang dimiliki oleh 1MDB ini mengikut “law” dan mengenakan tariff seperti IPP yang terdahulunya dan mengenepi aspek sosial kepada seluruh rakyat semenanjung amnya, sudah tentu 1MDB meraih laba yang tinggi.

Apakah kita faham falsafah ini ?


Sektor Hartanah Strategik :

Pertama, merancang dan membangunkan tanah seluas 70 ekar di Tun Razak Exchange (TRX) yang mempunyai Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM40 bilion. Dijangkakan ia menarik lebih 250 syarikat global dan mewujudkan 500,000 pekerjaan secara langsung dan tidak langsung.

Salah satu stesyen Keretapi Berkelajuan Tinggi Malaysia-Singapura akan dibina di TRX.

TRX dirancang menjadi pusat global bagi kewangan antarabangsa, perdagangan dan perkhidmatan terutamanya kewangan Islam.

Kedua, merancang dan membangunkan 495 ekar projek Bandar Malaysia (bekas tapak lapangan terbang Sungai Besi) dengan nilai pembangunan kasar RM155 bilion.

1MDB tidak melupai golongan berpendapatan rendah dengan membeli dan merancang tanah untuk pembangunan 30,000 rumah kos rendah dan mampu milik di seluruh Malaysia.



Apakah ia satu krisis ?

Inilah yang menjadi KRISIS kepada 1MDB. Bukan kerana asetnya tetapi kekangan ALIRAN TUNAI yang berjajaran sempit.

Ini kerana 1MDB banyak memfokuskan teras perniagaannya kepada industri tenaga dan hartanah strategik. Di samping sektor sosial dan kebajikan rakyat seperti perumahan kos rendah 1Malaysia.

Pelaburan dalam sektor-sektor ini memerlukan masa yang secukupnya untuk memperolehi pulangan terhadap pelaburan serta keuntungan. 

Seperti pembangunan pusat kewangan global TRX memerlukan suntikan modal asas bagi pembangunan infrastruktur dan perancangan serta pemasarannya. Ia tentunya lebih kepada penglibatan pelaburan asing. Sedangkan 1MDB sendiri terlalu sempit dengan dengan kekangan aliran tunainya.

Keuntungan dari penjanaan kuasa dalam negara telah "dirasionalkan" untuk mengimbangi tariff letrik agar kadar letrik dapat diturun atau sekurang-kurang tidak dinaikkan. Ia lebih bercorak kesejahteraan sosial yang tidak "nampak" pada mata kasar. Kerana ia berbentuk "makro" ekonomi, sedangkan rakyat lebih perihatin terhadap "mikro" ekonomi mereka.

Penyata akaun 1MDB bagi tahun kewangan berakhir 31Mac 2014 mempunyai harta bernilai RM51.4 billion, hutang RM49.97 billion tetapi kerugian dicatatkan RM665.4 juta

Sekali imbas, kesemua angka-angka ini menjadi persoalan bagi mereka yang tidak memahami erti penyata kewangan dan pelaburan. Tambahan ia hanya ditunjukkan dengan angka-angka berbilion, sedangkan penyata kewangan adalah menyeluruh meliputi kesemua aspek.

Apabila ianya dieksploitasi oleh pihak-pihak tertentu bagi mencari laba politik, maka ia telah menjadi isu nasional yang sukar dibendung, apatah lagi untuk diterangkan dengan ILMU KEWANGAN yang memang sukar difahami oleh orang kebanyakan.

Penulis Blog ini, Hisemudin Kasim juga merupakan Pengarang Bahasa Mandarin.
Menerbitkan DVD Asas Belajar Bahasa Mandarin

Klik sini http://www.ebookmandarin.com/ untuk mendapatkan keterangan lanjut
Terdapat 8 keping DVD
Dengan 80 bab pelajaran
Harga RM90.00



Isu pembelian tanah oleh LembagaTabung Haji

Kita tidak menafikan penglibatan 1MDB dalam melobi Lembaga Tabung Haji (TH) agar membeli tanah di TRX kerana itulah kerja mereka untuk menjual tanah yang telah dipecahkan mengikut plot-plot. Sama ada ianya secara kebetulan penjualan ini dilakukan di saat-saat 1MDB ingin melunaskan faedah bank yang berjumlah jutaan ringgit, kita sebagai orang luar hanya boleh membuat telahan sahaja.

Kita difahamkan TH membeli plot tanah yang berkeluasan 0.624 hektar dengan harga RM188.5 juta. Ia dirancangkan untuk projek komersial yang menguntungkan para pendeposit TH.

Namun ramai yang membantah kerana menganggap bahawa wang deposit mereka dalam TH digunakan oleh urusan “menyelamatkan” 1MDB.

Kekeliruan ini timbul dan dibesar-besarkan oleh Tun Mahathir.  Namun ramai yang tidak faham bahawa Lembaga Tabung Haji mempunyai pelbagai sektor pelaburannya. Yang membuat pembelian dilakukan oleh TH Properties yang merupakan cabang pelaburan TH yang juga banyak membeli aset-aset komersial yang lain.

Pembelian tanah di TRX tidak mengganggu wang pendeposit Tabung Haji. Sekalipun apa yang tidak diingini berlaku terhadap wang pelaburan di TH, kesemua wang itu adalah dijamin oleh kerajaan dan selamat.

Mengambil sedutan dari Facebook Kelab Che Det yang berbunyi begini,”Yang Tun persoal adalah kenapa 1MDB beli RM60 sekaki persegi dan jual kat TH dan dapat keuntungan yang sangat tinggi. Kalau betul nak bantu TH.. Kenapa tak jual harga RM60 sekaki persegi kepada TH?”

Apakah admin Facebook Kelab Che Det ini buta kewangan dan buta pelaburan agaknya.

Saya berikan secara rasional jawapannya.

Kerajaan adalah seperti seorang ibu atau bapa, manakala 1MDB sebagai anak kandung.

Kerajaan menjual tanah TRX (yang dulunya tak pun dikenali begitu) kepada 1MDB yang dirancang untuk satu projek mega kewangan global. Maka 1MDB merancang begitu gah dan ada pelan yang tersendiri. Sudah tentu harga asal semasa dijual kepada 1MDB dengan harga setelah dibuat perancangan akan berlainan.

Tambahan harga asal adalah harga pukal untuk keseluruhan, manakala 1MDB menjual mengikut plot yang telah dikecilkan dan dirancang sebegitu rupa. 

Tiada siapa yang bodoh "sebodoh" admin Facebook Kelab Che Det yang membeli dan menjual dengan harga yang sama setelah dibuat perancangan dan kerja-kerja awalan. 

Kerajaan “sayang” kepada anaknya 1MDB maka diberikan dengan harga “kasih sayang”. Malah apabila kita sendiri memberikan harta kepada anak-anak juga sering didefinasikan sebagai “pemberian kasih sayang”.

Jika 1MDB telah berjaya, kerajaan juga akan berjaya. Tentu seorang ibu atau bapa ingin melihat harta yang diberikan kepada anak-anaknya berkembang. 

Apakah falsafah ini sukar dimengertikan oleh admin Facebook Kelab Che Det ?

Mengenai rasionalnya pembelian tanah seluas 0.624 hektar dengan jumlah RM188.5 juta di Segi Tiga Emas Kuala Lumpur. Saya telah melayari sebuah portal hartanah dan membuat kesimpulan seperti berikut:

1.       Satu lot tanah yang diubah kepada tanah perindustrian di Kerling, Selangor berharga RM18.00 sekaki persegi.

2.      Satu lot tanah di Jalan Gasing, Petaling Jaya berharga RM320.00 sekaki persegi

3.      Satu lot tanah di Jalan Inai, Segi Tiga Emas KL berharga RM17,000.00 sekaki persegi
       

Maka adakah rasional membeli tanah di TRX oleh TH dengan harga RM188.5 juta bagi 0.624 hektar, anda kiralah sendiri.

Bagaimanapun kini TH akan menjualnya kembali setelah mendapat bantahan yang meluas dari rakyat. Daripada laporan yang diterima bahawa TH akan mendapat sekurang-kurang RM5 juta hasil daripada transaksi pendek ini.

Untuk jangka panjang, sebenarnya pendeposit TH telah “rugi” kerana TH terpaksa menjualkannya, padahal jika ia terus dalam pemilikan TH, sudah tentu ia akan menjana pendapatan yang berlipat kali ganda di masa akan datang.



Ditulis oleh :
Hisemudin Kasim
11.05.2015






Jika anda suka dengan artikel ini, sila berikan "Like". Ia akan tersimpan di Recent Activity Facebook anda. Ia amat berguna untuk rujukan kemudian hari


Perhatian ! Anda boleh SHARE artikel ini kepada rakan-rakan Facebook anda. Klik Send


Komen anda dalam Facebook atau Blog haruslah kemas dan bernas serta bertanggungjawab. Ulasan yang tidak menepati isu atau yang bersifat tidak sopan akan dipadamkan.