Penulis Blog ini, Hisemudin Kasim juga merupakan Pengarang Bahasa Mandarin. Menerbitkan DVD Asas Belajar Bahasa Mandarin

Klik sini http://www.ebookmandarin.com/ untuk mendapatkan keterangan lanjut
”smile”/
Terdapat 8 keping DVD
Dengan 80 bab pelajaran
Harga RM90.00

Monday, October 20, 2014

Belajar bahasa Mandarin dalam versi internet

你好吗 ? Nǐ hǎo ma

Apa khabar anda ?

Itulah maknanya, "ni hao ma".

Mungkin anda membacanya dalam sistem fonetik bahasa Melayu, maka ia dibacakan secara mendatar sahaja. 

Tetapi sebenarnya ia tidak seharusnya dibacakan secara mendatar, kerana ia ditulis dalam Rumi Cina, bukan ejaan Rumi Melayu atau bahasa Inggeris.


< Klik > di sini untuk ke www.ebookmandarin.com

Dalam bahasa Mandarin setiap huruf mempunyai intonasinya tersendiri yang dipanggil sebagai 4 nada. 

Dalam huruf  terdapat satu tanda di atas huruf "i" yang berbentuk seperti tanda "v" yang melambangkan nada ke 3. Begitu juga dengan hǎo dan ma tidak punyai tanda.


Sebab itu dalam sebutan huruf-huruf Cina mempunyai keseniannya yang tersendiri. Dalam pembelajaran sistem Rumi Cina atau Chinese Romanisation akan diajarkan kesemuanya.

Andakah anda ingin belajar bahasa Mandarin ?

Ada yang kata, “saya dah tua, susah nak sebut perkataan Cina, bergulung lidah”.

Ada yang kata,”mana ada masa nak belajar, nak pergi kelas tuisyen Mandarin kot !”

Ada pula yang berkata begini,”buku-buku bahasa Mandarin kan ada di kedai, baca sajalah.”

Bagi yang lebih smat pula berkata,”bukankah sekarang kerajaan dah galakkan belajar bahasa Mandarin, macam di Uitm hampir kesemua pelajar kena belajar bahasa asing ketiga. Kelas bahasa Mandarin sentiasa fullhouse.”

Jangan pula anda terkejut,  kini nak pergi interview jawatanpun ditanya adakah anda boleh bercakap lain-lain bahasa selain daripada bahasa Melayu dan Inggeris ?

Bagi yang pernah belajar bahasa Mandarin di IPT bolehlah “kecek sikit” yang mereka dah pernah ambil subjek Mandarin, walaupun untuk satu atau dua semester. Tapi untuk bercakap secara lancar, masih lagi perlu diasah.

Tetapi kini ramai yang “main” Facebook seharian. Chit-chat dengan whatsApp dan telegram. Semuanya guna telefon pintar, tablet, labtop dan desktop. Mengapa tidak kesemua alat-alat ini digunakan untuk mempelajari bahasa Mandarin.


Lihat saja CEO Facebook, Mark Zuckerberg yang bercakap dalam bahasa Mandarin semasa majlis soal-jawab di Universiti Tsinghua, Beijing baru-baru ini. Walaupun tidak fasih tetapi dia telah membuat yang terbaik.

Apakah Mat Salleh seperti beliau yang tersangat sibuk dengan urusan berbilion dollar boleh belajar bahasa Mandarin, tetapi tidak anda ?



Zaman belajar dengan buku-buku juga telah diambil oleh teknologi ICT.


Malah semasa saya belajar di sekolah Cina pada awal tahun 1970an dahulu, sistem pengejaan huruf-huruf Cina masih menggunakan sistem zhujin (注音)。Ia adalah seperti kita menulis huruf-huruf kanji Jepun. Hanya mereka yang bersekolah Cina sebelum dan ketika itu (kini dah dikatakan order lamalah !) mampu untuk mengeja sebutan huruf-huruf Cina.

Tetapi setelah kerajaan Repablik Rakyat China memperkenalkan sistem Romanisation Chinese atau Rumi China yang lebih dikenali sebagai Hanyu Pinyin (汉语拼音)dalam tahun 1958 dan diperakui di peringkat antarabangsa dalam tahun 1979, maka kini di seluruh dunia mempelajari bahasa Cina / Mandarin menggunakan sistem ini.

Ia adalah satu transformasi ke "alaf baru". Kini di sekolah rendah Cina di Malaysia masih mempelajari tulisan Cina di samping diajar cara-cara pengejaan sebutan dalam Rumi Cina.

Sebagai contoh, jika ingin menulis perkataan Malaysia. Mereka masih menulis dalam tulisan Cina iaitu 马来西亚 di samping pengejaan dalam Rumi Cina.

马来西亚 ditulis dalam pengejaan Rumi Cina sebagai Mǎláixīyà

Bagi anda yang tidak bersekolah Cina, maka memadailah hanya belajar Rumi Cina. Jika berpeluang, maka eloklah belajar tulisannya sekali.

Sistem Rumi Cina inilah yang diajar di pusat-pusat pengajian tinggi seperti di Uitm, Unisel, UIA, UUM dan sebagainya kepada para siswa bukan Cina khususnya.

Apa bezanya perkataan Malaysia yang dieja dalam bahasa Melayu atau Inggeris dengan perkataan yang sama ditulis sebagai Mǎláixīyà.

Dalam perkataan ini, yang berbeza ialah "si" dalam bahasa Melayu tetapi dieja sebagai "xi" dalam Rumi Cina.

Kita hanya perlu membuat beberapa transformasi pengejaan sistem fonetik bagi setiap huruf. 

Apakah ia dianggap sukar ? Mungkin anda perlu berguru dengan membuat latihan berterusan. Tetapi mungkin anda kesuntukan masa untuk mengikuti kelas-kelas bahasa Mandarin. Tambahan pula anda tidak berpeluang untuk mendengar sebutan dari guru-guru setiap masa jika dimahukan.
 
Jadi apakah anda boleh “transform”kan belajar bahasa Mandarin dari kelas tuisyen dan belajar sendiri dengan buku kepada teknik pembelajaran dengan cara internet.

Inilah yang saya lakukan sekarang.

Dengan berbekalkan kepandaian selama 16 tahun dalam pendidikan Cina di dalam dan luar negara serta menguasai bahasa Melayu dengan baik. Tambahan pula kerjaya sebagai seorang jurutera dan pernah berkhidmat sebagai juruanalisa komputer selama beberapa tahun.

Maka saya gabungkan kesemua pengetahuan bahasa Mandarin dan Melayu serta pengalaman saya dalam ICT bagi menghasilkan DVD Mandarin serta versi internet dalam pembelajaran bahasa Mandarin. Kesemuanya saya lakukan sendiri termasuklah menulis program website dalam bahasa html dan php.

Sebenarnya DVD Mandarin ini dihasilkan dalam versi asalnya iaitu dalam bahasa Inggeris-Mandarin. Ia adalah untuk pasaran antarabangsa dan kepada mereka yang bukan bertutur dalam bahasa Melayu serta orang-orang Melayu yang ingin belajar bahasa Mandarin melalui medium bahasa Inggeris.

Atas permintaan ramai yang ingin belajar bahasa Mandarin dengan medium bahasa Melayu, maka saya telah membuat terjemahan dari versi bahasa Inggeris-Mandarin kepada versi bahasa Melayu-Mandarin.

Syukur Alhamdulillah, kini DVD Mandarin ini telahpun memasuki pasaran di universiti-universiti tempatan serta boleh diperolehi di Kedai Buku Koperasi di Uitm Shah Alam, UKM Bangi dan UPM Serdang.


Apakah pula cerita versi internet ?

Anda yang seharian menggenggam telefon pintar dan tablet, serta membimbit labtop dan manakala ke pejabat atau balik ke rumah menggunakan desktop.

Adakah tak ada sedikit masapun untuk menggunakan kecanggihan alat komunikasi ini untuk mencuba belajar bahasa Mandarin dengan versi internet ?

Silakan klik ke sini www.ebookmandarin.com untuk mendapatkan keterangan lanjut 


Gambar bersebelahan ini adalah gambaran sebenar jika anda menggunakan telefon pintar untuk melayari internet bagi belajar bahasa Mandarin.

Tak perlu masa yang banyak ataupun di masa-masa tertentu. Malah ketika berbaring di katil juga anda boleh belajar.

Mungkin anda yang dalam perjalanan jauh dengan menaiki kenderaan seperti kereta,bas, keretapi, komuter dan lain-lain juga boleh melayari internet.

Bagi anda yang kini berada di luar negara, terutamanya bagi para pelajar yang mungkin sukar untuk memiliki versi DVD Mandarin, maka anda boleh memilih versi internet.

Anda dipersilakan untuk mengunjungi laman web belajar bahasa Mandarin ini dengan PERCUMA untuk beberapa ketika.


Apa yang ada dalam versi internet ini ?


Jika anda menggunakan labtop maupun desktop maka paparan versi internet adalah jauh lebih baik. 

Ini adalah paparan sebenar dalam versi internet. Resolusi skrin terbaik ialah 1280 x 640 pixel. Paparan lebih sesuai untuk browser Chrome, firefox dan Internet Explorer. 

Isi kandungan versi internet sebenarnya adalah sama dengan versi DVD. Cuma perbezaannya ialah versi internet dipaparkan dalam resolusi yang lebih rendah, kerana untuk mengurangkan “loading time”. Manakala versi DVD dimuatkan dalam high density (HD).

Versi internet hanya terdapat dalam bahasa Melayu sahaja. 



Versi DVD terdapat dalam dua bahasa pengantar iaitu bahasa Inggeris-Mandarin dan bahasa Melayu-Mandarin.

Bagi anda yang masih tertanya-tanya, apakah dengan cara pembelajaran kaedah milenium ini dengan menggunakan alat multimedia boleh belajar bahasa Mandarin ?

Maka saya bertanya pula, berapa banyak masa yang anda boleh peruntukkan jika anda belajar di pusat-pusat tuisyen ? Apakah tenaga pengajar di pusat tuisyen boleh menjawab setiap kali anda inginkan "sebutan" dalam bahasa Mandarin.

Tetapi jika anda bertanyakan kepada "mesin", maka mesin tidak akan mengatakan "tidak". Kerana "mesin" ini yakni DVD Mandarin maupun versi internet boleh anda "kerahkan" berulang kali. Anda boleh mendengar cara penyebutan saya yang lebih mirip kepada penyebutan standard Beijing.

Anda hanya membuat sekali pelaburan. DVD Mandarin maupun versi internet Mandarin adalah hak anda.

Tentunya anda tidak ada alasan untuk mencuba sesuatu yang baru ini. Ia sesungguhnya adalah teknik pertama dibuat di dalam negara bagi mempelajari bahasa Mandarin.

Ada yang berkata, saya boleh beli buku-buku belajar bahasa Mandarin di kedai-kedai. Saya tidak mengatakan "tidak boleh". Itu hak anda.

Namun selagi anda tidak "pandai" dalam sistem pengejaan Rumi Cina yakni Hanyu Pinyin, adalah sia-sia saja anda membeli buku-buku itu. Kerana cara pengejaannya bukanlah seperti kita membuat ejaan dalam bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris.

Seperti contoh, bagaimana anda menyebut perkataan ini,"Guangzhou".

Anda selalu mendengar orang-orang menyebut perkataan ini, tetapi mereka menyebut dalam sebutan yang "salah".

Mereka menyebut dalam sistem ejaan Melayu ataupun bahasa Inggeris. Ianya akan menjadi "Guang-zau". 

Tetapi perkataan "Guangzhou" ini seharusnya disebut dalam ejaan Rumi Cina. Ia sebenarnya harus disebut sebagai "Kuang-chow".

Tetapi apakah di dalam buku-buku boleh membunyikan sebutan "Kuang-chow" ? Hanya dalam audio sahaja yang boleh membunyikannya dan mengajar anda.

Di dalam DVD Mandarin dan versi internet Mandarin ini akan mengajarkan anda cara-cara pengejaan Rumi Cina. Ia adalah asas kepada pembelajaran bahasa Mandarin.

Ada yang bertanya pula,”belajar dari internet atau dari DVD boleh pandai ke ?”

Ramai yang dah mengikuti pelajaran bahasa Mandarin di Youtube yang dikendalikan oleh guru-guru dari luar negeri. Tetapi mereka hanya setakat untuk memberikan beberapa patah perkataan dan ayat-ayat yang mudah sahaja.

Apa pula DVD Mandarin atau versi internet yang saya buat ini lebih istimewa ?


Saya berikan contoh salah satu dari 80 buah bab yang terdapat dalam versi internet. Ia adalah dalam format MP4. Oleh itu jika komputer anda tidak dilengkapi dengan player yang menyokong MP4, ia mungkin tidak dapat dimainkan.

Paparan dalam versi internet adalah dalam "low density", ia bertujuan bagi mengurangkan loading time. Maka ia kelihatan agak kabur sedikit. Tetapi dalam versi DVD pula direkodkan dalam high density (HD)

video

Sebagai seorang yang telah mempelajari bahasa Mandarin sejak dari tadika sehingga ke peringkat universiti dalam medium bahasa Mandarin sama ada di dalam atau di luar negara selama 16 tahun, tentunya ada sesuatu yang ingin saya kongsikan bersama.

JIka dalam versi DVD terdapat 8 keping DVD yang mengandungi 80 buah bab, maka di versi internet juga mempunyai jumlah bab yang sama.

Secara amnya ia dibahagikan kepada beberapa bahagian. Yang terpenting ialah bagaimana kita mempelajari bahasa Mandarin mengikut sistem pengejaan Rumi Cina ataupun Hanyu Pinyin.

Ia adalah kaedah penyebutan huruf-huruf Roman dengan sistem fonetik yang berbeza dengan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.

Dibekalkan dengan tata-bahasa agar anda boleh belajar pengucapan dalam bahasa Mandarin. Selain itu terdapat lebih 600 kosa kata (perbendaharaan kata) yang boleh anda pelajari.

Apakah dengan 80 buah bab, anda tidak dapat apa-apa pun ?

Tepuk dada tanyalah pada hati,”aku nak belajar bahasa Mandarin ke tak ?”

Hati menjawab,”try le !!”

Maka anda 

klik sini www.ebookmandarin.com 


Yang pasti anda tidak ketinggalan dalam mempelajari bahasa Mandarin.



Ditulis oleh : Hisemudin Kasim

20.10.2014

Jika anda suka dengan artikel ini, sila berikan "Like". Ia akan tersimpan di Recent Activity Facebook anda. Ia amat berguna untuk rujukan kemudian hari


Perhatian ! Anda boleh SHARE artikel ini kepada rakan-rakan Facebook anda. Klik Send


Komen anda dalam Facebook atau Blog haruslah kemas dan bernas serta bertanggungjawab. Ulasan yang tidak menepati isu atau yang bersifat tidak sopan akan dipadamkan.


Post a Comment