Penulis Blog ini, Hisemudin Kasim juga merupakan Pengarang Bahasa Mandarin. Menerbitkan DVD Asas Belajar Bahasa Mandarin

Klik sini http://www.ebookmandarin.com/ untuk mendapatkan keterangan lanjut
”smile”/
Terdapat 8 keping DVD
Dengan 80 bab pelajaran
Harga RM90.00

Friday, August 29, 2014

Pintar Matematik Bersama Hisemudin : Siri 4 - Membina PETA MINDA

Ramai di antara kita yang rajin membaca dan mentelaah buku, tetapi hasilnya tak sebeberapa. Ada pula yang hanya membaca sepintas lalu tetapi telah dapat menangkap apa yang dibacanya. Segelintar orang pula hanya diberikan sedikit klue tetapi dah dapat menjawab atau menyelesaikan persoalan.

Mengapa terjadi begini ?

Ini adalah kerana setiap orang mempunyai corak berfikir yang berlainan. Jika ia telah menjadi kelaziman dalam dirinya, maka ia akan menggunakan cara tersebut dalam apa jua bidang. Mungkin dalam pembelajaran, menyelesaikan masalah peribadi, kerjaya, perniagaan bahkan dalam hubungan sosial serta yang lebih besar seperti pentabdiran negara.

Salah satu teknik yang akan saya perkatakan dalam siri kali ini ialah PETA MINDA. Walaupun PETA MINDA ini agak luas, tetapi saya kecilkan skopnya dalam ilmu Matematik sahaja.

Sebelum saya mengetahui adanya ilmu peta minda ini, saya sebenarnya dari kecil telahpun mempraktikkan cara peta minda mengikut acuan sendiri. Lama-kelamaan saya mempelajari daripada buku-buku bagaimana untuk mempertajamkan skil kita dengan teknik PETA MINDA.
 

< Klik > di sini untuk ke www.cikgumatematik.com.my


Saya akan huraikan serba-sedikit apa itu PETA MINDA mengikut kata oleh pakar-pakar. Di akhir tulisan, saya akan huraikan apakah peta minda yang saya gunakan sejak dari kecil. Ianya amat berguna terutama apabila kita sedang berada di dewan peperiksaan.

PETA MINDA mengikut istilah pakar-pakar

Peta minda adalah sistem berfikir yang sesuai dengan cara kerja semulajadi otak manusia dan mampu membuka serta memfaatkan seluruh potensi dan kapasitinya.

Peta Minda secara sistematik dicipta oleh Tony Buzan, pakar pengembangan otak, kreativiti dan pendidikan pada awal tahun 1970an.

Dalam bidang pendidikan, peta minda mempunyai kegunaan yang besar terutamanya bagi pembelajaran dan pengajaran. Ia amat berguna bagi meringkaskan, mencatat dan mengulangkaji pelajaran.

Otak kita sebenarnya luar biasa ! Cuma kita perlu tahu bagaimana untuk mengoptimumkan penggunaannya. Otak manusia terdiri daripada 100 bilion sel otak. Jumlah sel otak kita adalah sama dengan jumlah sel otak seorang genius, hatta seperti Albert Einstein sekalipun. Tetapi pengkajian mengenai otak manusia adalah satu ilmu yang kompleks.

Sel Otak Adalah satu Jaringan

Kehebatan otak kita tidak hanya ditentukan oleh jumlah sel, tetapi oleh kemampuan setiap sel otak membentuk jaringan dengan sel otak yang lain.

Setiap kali kita belajar sesuatu atau memasukkan maklumat baru ke dalam otak kita, maka akan terbentuklah jaringan otak baharu. Kehebatan otak manusia juga terlihat pada kemampuan setiap sel otak yang mampu membentuk sehingga 20,000 jaringan ke sel otak lain yang dikenali sebagai Dendrites.

Semakin banyak jaringan yang terbentuk, kita menjadi semakin cerdas dan kreatif. Oleh itu apabila kita dapati seseorang dapat menyelesaikan masalah dengan mudah dan cepat adalah kerana otaknya mempunyai jaringan yang banyak.

Begitu juga dalam pembelajaran ilmu Matematik.
Bagaimana otak kita bekerja ?

Otak kita terbahagi kepada dua belah atau hemisfera, iaitu otak kiri dan otak kanan. Kedua-dua belah otak ini mempunyai fungsi yang berbeza.

Otak kiri kita gunakan untuk membuat sesuatu perhubungan dengan aktiviti berbahasa seperti menulis, membaca, bertutur dan mendengar. Manakala otak kanan pula digunakan untuk mengira ataupun mentafsir lojik dalam sesuatu perkara. Dalam membuat penyusunan tugasan atau perincian, memori otak kiri bersifat jangka pendek.

Sebaliknya apabila kita membuat sesuatu kerja secara spontan atau tugasan yang remeh, maka ia akan dilakukan oleh otak kanan. Ini termasuklah apabila kita melihat sesuatu pemandangan, lukisan,wajah seseorang atau mengungkap emosi sedih, marah, gembira dan sebagainya. Memori otak kanan bersifat jangka panjang.

Kita mudah mengingati wajah orang yang kita jumpa berbanding namanya. Mengapa hal ini terjadi ? Ini kerana nama adalah tulisan (bahasa) yang direkodkan oleh otak kiri yang bersifat memori jangka pendek.

Tetapi kita merekodkan pandangan wajah seseorang menggunakan otak kanan yang bersifat jangka panjang.

Persekitaran “Hubung kait” dalam pembentukan PETA MINDA
Cara berfikir otak adalah melalui proses hubung kait yang sering disebut sebagai pemikiran perkaitan atau radiant thinking. Ini bererti kita berfikir secara membuat hubung kait antara sesuatu perkara itu dengan yang lain. Maklumat hasil dari hubung kait itu dinamakan sebagai “gambaran fikiran”.

Sebagai contoh, sehari dua lagi kita akan menyambut Hari Merdeka yang ke 57. Fokus kita adalah MERDEKA. Maka di dalam benak atau pemikiran kita akan menjalar pelbagai rangkaian yang berkaitan dengan MERDEKA. Seperti nama Tunku Abdul Rahman, 31hb Ogos, Stadium Merdeka, sejarah penjajahan dan sebagainya. 

Persoalannya, adakah rangkaian hubung kait itu sama bagi setiap orang ? Ia bergantung kepada latar belakang, pendidikan, umur, pengetahuan am dan sebagainya. Lebih banyak yang ia ketahui, maka lebih banyaklah rantaian hubung kait yang diperolehinya.

Maka rantaian ini adalah asas kepada kita untuk membina PETA MINDA.

Bahan asas PETA MINDA

Setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk membina peta minda. Ia bergantung kepada apa yang ingin kita cacatkan atau bincangkan. Bagaimanapun secara amnya bahan-bahan yang selalu digunakan adalah seperti berikut :

a.     Kertas
# warna putih atau apa-apa warna yang menjadi kesukaan anda
# tidak bergaris
# saiz A4 ataupun kertas berbentuk stiker


b.     Pensel warna
# gunakan 2-3 jenis warna dan saiz yang berbeza


c.     Imiginasi
# menggunakan imiginasi secara kreatif berpandukan objek atau mengaitkan dengan sesuatu


d.    Otak

Anda perlu menggunakan kertas untuk membuat contengan atau catatan mengikut stail sendiri. Gunakan pelbagai jenis warna dan saiz yang berbeza. Ia akan memberikan satu gambaran kepada otak untuk direkodkan.

Perlu diingati otak kanan akan mengingati untuk jangka panjang dan sensitif terhadap warna dan saiz.

Anda disarankan juga untuk merekodkan di atas kertas yang berlainan warna. Jika menggunakan kertas stiker cuba tampalkan di tempat-tempat yang berlainan. Contohnya di dalam bilek bacaan.

Cara yang demikian adalah lebih mudah untuk anda “mengingati balik” tentang sesuatu itu berpandukan kedudukan di mana letaknya stiker itu, warnanya, perkaranya, saiz pen yang anda gunakan. Ini amat penting terutamanya semasa kita berada di dewan peperiksaan. Anda cuma bergantung harap kepada “rantaian” ini.

Bagaimana saya mencipta PETA MINDA sendiri

Dalam pembelajaran Matematik, kita harus mencipta “sesuatu” agar mudah difahami dan diingati. Ia mungkin juga dikaitkan dengan sesuatu peristiwa, gambaran, warna, angka-angka, huruf-huruf dan apa jua yang ada dalam pemikiran kita.

Dalam siri ke 3 yang lalu, saya telah memberikan cara bagaimana untuk membuat “campur” bagi 2 angka yang berjumlah “belas”. Jika anda belum membaca siri ke 3, silakan berbuat demikian.

Seperti contoh 8+5=13. Saya telah membina salah satu elemen dalam peta minda iaitu imiginasi bagi angka 8. Apabila terdapat angka 8 maka saya akan mengingati atau mengimiginasikan 8+2=10. Jika kita fokuskan angka 8 maka rantaiannya ialah 2.

Secara tidak langsung telah adanya “hubung kait” di situ. Maka “hubung kait” seterusnya ialah 5-2=3. Ini kerana ada nombor yang kena campur (8+2), maka tentu ada nombor yang kena tolak (5-2). Kesemuanya bermain dengan angka 2.

Hubung kait yang sememangnya terpahat di fikiran ialah “belas”. Saya tidak mahu berfikir apa-apa lagi. Kerana tentunya jawapan bagi kedua-dua angka ini ialah “belas”. Saya hanya berminat untuk mendapatkan angka 3 sahaja iaitu apabila 5-2=3.

Secara spontan saya akan memberikan jawaban 8+5=13 iaitu “belas 3”. Bukanlah kerana saya mengira nilai 8 yang dicampurkan dengan 5 untuk mendapatkan jawapan 13.

Cuba kita fikirkan antara hendak mengira 8+5 lebih mudah ataupun 5-2 lebih mudah. Yang pasti 5-2=3 lebih mudah.

Begitu juga dengan 7+6 lebih mudah atau 6-3 lebih mudah ?

Antara 9+8 dengan 8-1, yang mana lebih mudah ?

Tentu anda telah dapat mengaitkan kesemuanya.

Ini adalah salah satu PETA MINDA yang tidak memerlukan lagi kertas. Ia cuma bermain-main di kotak fikiran saja.

Maka bagaimana saya mengingati formula-formula yang banyak. Tidak dapat dinafikan, kita harus menghafal sebanyak mungkin formula-formula ini.

Kadang-kadang kita memerlukan sedikit “sesuatu ingatan” untuk dikaitan dengan benda-benda lain.

Ada orang yang mengingati formula ukur keliling bagi bulatan dengan berbuat begini,”tupai di ranting”. Ia akan membawa maksud “tupai” ialah “2 π “, manakala ranting diambilkan “r” sahaja. Maka jadilah formula itu 2 πr.

Ia sebagai contoh sahaja, anda boleh mencipta kaedah sendiri.

Saya menggunakan peta minda dengan kaedah tersendiri dalam banyak subjek.

Selain daripada menconteng di atas kertas-kertas, saya sering mengaaplikasikan kaedah imiginasi yang disertakan dengan deria tangan, mulut dan telinga.

Jika saya ingin menghafal sesuatu formula fizik, kimia atau matematik. Pertamanya saya akan tulis di atas kertas secara berulang-ulang. Mungkin dalam saiz yang berbeza tetapi tidaklah dibuat secara teratur, ia adalah contengan.

Sambil menulis, mulut saya akan membacakannya sama ada di dalam hati ataupun dengan suara.

Selepas itu saya akan menutup mata dan membayangkan pula apa yang telah saya tuliskan tadi. Sambil tangan dan jari bertindak seolah-olah sedang menulis.

Secara tidak langsung ia telah menggerakkan kesemua deria iaitu mata, hati, telinga, tangan untuk memfokuskan terhadap sesuatu formula itu. Maka sudah tentu dalam otak saya telah mencambahkan begitu banyak “rantaian” yang berbentuk imej, suara, tulisan dan pergerakan.

Maka jika saya terlupa tentang sebutannya, tetapi mungkin masih mengingati pergerakan tulisan. Jika terlupa sebutan tetapi mungkin masih ingatkan bagaimana imejnya.

Itulah cara saya dalam membentuk PETA MINDA sendiri.

Anda mungkin punyai cara lain. Tetapi haruslah mencipta sesuatu agar lebih mudah diingati.


Ditulis oleh : Hisemudin Kasim
29-08-2014



Jika anda suka dengan artikel ini, sila berikan "Like". Ia akan tersimpan di Recent Activity Facebook anda. Ia amat berguna untuk rujukan kemudian hari


Perhatian ! Anda boleh SHARE artikel ini kepada rakan-rakan Facebook anda. Klik Send


Komen anda dalam Facebook atau Blog haruslah kemas dan bernas serta bertanggungjawab. Ulasan yang tidak menepati isu atau yang bersifat tidak sopan akan dipadamkan.


Post a Comment