Saturday, August 2, 2014

Pintar Matematik Bersama Hisemudin : Siri 2 - Mencontohi bagaimana kaum Cina belajar Matematik


Kita sering bertanya bagaimana anak-anak kaum Cina lebih bijak dalam Matematik. Sedangkan anak-anak kita juga belajar dalam sukatan pelajaran yang sama. Ini lebih menyerlah apabila disatukan dalam kelas yang sama terutamanya di sekolah menengah. Anak-anak kaum Cina lebih pintar dalam ilmu Matematik.

Pada sesetengah kita berpandangan bahawa anak-anak Cina memangnya begitu, lantaran sejak kecil diajar berniaga dan menolong ahli keluarga dalam pengurusan di kedai-kedai. Sudah tentunya mereka begitu rapat dengan Matematik.

Namun mungkin ia ada kebenarannya, tetapi tidaklah menjadi faktor yang utama.

Dalam artikel kali ini, saya akan mengupas isu-isu bagaimana kaum Cina belajar Matematik. Ini adalah rumusan daripada diri saya sendiri yang seolah-olah berada dalam kelompok kaum Cina itu. Lantaran keseluruhan pendidikan formal saya adalah berteraskan pendidikan Cina sejak dari tadika hingga ke peringkat universiti.


< Klik > di sini untuk ke www.cikgumatematik.com.my

Dalam siri 1, kita telahpun mengetahui bahawa tamadun Cina juga sememangnya telah maju dengan ilmu Matematik. Mereka banyak menyumbangkan kepada perkembangan ilmu Matematik. Selain itu, faktor genetik yang diturunkan dari satu generasi ke satu generasi telah membentuk satu gen yang sememangnya berada dalam kebanyakan sel-sel otak kaum Cina.

Namun ia juga bukanlah penyumbang utama kepada kepintaran kaum Cina dalam Matematik. Ia hanya berlaku dalam kebanyakan kes tetapi tidak menyeluruh.

Promo bagi artikel yang berkaitan :

 Kini ramai di kalangan orang-orang Melayu yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah rendah Cina. Selain daripada untuk belajar bahasa Mandarin, mereka juga tertarik agar anak-anak mereka juga pintar dalam ilmu Matematik.
 
Jadi apakah kaitan antara belajar bahasa Mandarin dengan pintar ilmu Matematik ?

Ia terletak dari bagaimana pengucapan angka-angka Cina itu sendiri. Inilah RAHSIAnya.

Kebanyak anak-anak kita begitu malas untuk menghafal sifir. Ironinya jika “tergagap” atau lemah dalam sifir maka “jawapannya” ialah “lemah Matematik”. 

Tiada kompromi, jika mahu anak-anak anda pintar dalam Matematik, maka kelancaran dalam sifir adalah PERKARA MUTLAK.

Kita juga terfikir, anak aku juga pandai sifir tetapi mengapa kurang “cepat”pengiraan dengan anak-anak kaum Cina.

Anak-anak kita menghafal dalam bahasa Melayu tetapi anak-anak Cina menghafal dalam bahasa Cina atau bahasa Mandarin.

Apa pula bezanya jika dalam bahasa Melayu lebih lambat dan dalam bahasa Mandarin lebih cepat ?

Ia berkaitan dengan sebutan suka-kata bahasa Mandarin itu sendiri. Ini adalah kuncinya.

Kita perhatikan dulu suku-kata bahasa Mandarin bagi angka-angka dari satu sehingga sepuluh seperti berikut :

Nombor
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
Tulisan Cina
Sebutan dalam Hanyu Pinyin
Èr
Sān
Liù
Jiǔ
Shí

Hanyu Pinyin adalah satu sistem penyebutan dan pengejaan dalam Rumi Cina ataupun Romanization Chinese. Ia bukanlah dieja dalam bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris.

Contohnya “” dibunyikan dalam bahasa Melayu sebagai “ci” iaitu nombor 7. Begitu juga bagi “” disebut sebagai “pa” dalam bahasa Melayu bagi nombor 8.

Yang uniknya setiap angka-angka Cina ini disebut dalam satu kutu-kata.  

Cuba kita bandingkan pula angka-angka yang sama dalam bahasa Melayu.

Nombor
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
Ejaan
Sa-tu
Du-a
Ti-ga
Em-pat
Li-ma
E-nam
Tu-juh
La-pan
Sem-bi-lan
Se-pu-luh
Suku-kata
2
2
2
2
2
2
2
2
3
3

Dalam bahasa Melayu, kita sekurang-kurangnya memerlukan antara 2 hingga 3 suku-kata bagi menyebut sesuatu angka. Berbanding dalam bahasa Mandarin hanya memerlukan satu suku-kata sahaja.

Kita bandingkan pula dalam penyebutan sifir-sifir. Perkataan “darab” atau “kali” dan “jadi” atau “bersamaan” dikecualikan.

Sifir
7 x 8 = 56
9 x 5 = 45
Ejaan
Tu-juh la-pan li-ma pu-luh e-nam
Sem-bi-lan li-ma em-pat pu-luh li-ma
Suku-kata
10
11

Sifir
7 x 8 = 56
9 x 5 = 45
Ejaan
Qi ba wu shi liu
Jiu wu si shi wu
Suku-kata
5
5


Kita dapati penyebutan sifir dalam bahasa Mandarin adalah separuh daripada suku-kata dalam bahasa Melayu.

Jika diadakan satu penyelesaian Matematik, sudah tentu mereka yang menggunakan sifir dalam bahasa Mandarin lebih cepat dapat menyelesaikannya. 

Sudah tentulah di dalam dewan peperiksaan, kebanyakan pelajar-pelajar Cina akan menjawab soalan lebih pantas daripada pelajar-pelajar Melayu. Ini adalah dari pengalaman saya sendiri yang menggunakan sifir dalam bahasa Mandarin.
  
Ada pula yang berfikiran, dalam bahasa Inggeris juga mempunyai suku-kata yang pendek seperti bahasa Mandarin. Apakah kita boleh menggunakan sifir dalam Inggeris untuk tujuan ini. Ia bergantung kepada kesesuaian anda.

Bukanlah bermakna ada kecacatan dalam bahasa Melayu, tetapi ia hanya sebagai perbandingan bagi menjawab mengapa kaum Cina lebih cepat dalam pengiraan berbanding kita yang menggunakan bahasa Melayu.

Namun demikian, belajar ilmu Matematik memerlukan banyak latihan. Bukan untuk menempelak guru-guru di sekolah kebangsaan, tetapi secara realitinya guru-guru di sekolah rendah Cina lebih menitik-beratkan pembelajaran ilmu Matematik.

Di SJKC memang dibebankan dengan latihan ilmu Matematik yang banyak. Pengalaman saya sendiri sejak dari bangku sekolah rendah lagi, apabila balik dari sekolah akan diberikan latihan harian. Begitu juga dengan latihan mingguan. Malah dalam cuti penggal juga dibekalkan dengan latihan.

Alah bisa tegal biasa ! Jika belakang parang diasah akhirnya akan tajam juga.


Ditulis oleh : Hisemudin Kasim
02.08.2014

Jika anda suka dengan artikel ini, sila berikan "Like". Ia akan tersimpan di Recent Activity Facebook anda. Ia amat berguna untuk rujukan kemudian hari


Perhatian ! Anda boleh SHARE artikel ini kepada rakan-rakan Facebook anda. Klik Send


Komen anda dalam Facebook atau Blog haruslah kemas dan bernas serta bertanggungjawab. Ulasan yang tidak menepati isu atau yang bersifat tidak sopan akan dipadamkan.


Post a Comment