Penulis Blog ini, Hisemudin Kasim juga merupakan Pengarang Bahasa Mandarin. Menerbitkan DVD Asas Belajar Bahasa Mandarin

Klik sini http://www.ebookmandarin.com/ untuk mendapatkan keterangan lanjut
”smile”/
Terdapat 8 keping DVD
Dengan 80 bab pelajaran
Harga RM90.00

Friday, August 1, 2014

Pakatan Rakyat gali kubur sendiri ekoran krisis Menteri Besar Selangor


Retak menanti belah ! Itulah ungkapan yang paling sesuai untuk menggambarkan keadaan Pakatan Rakyat (PR) ketika ini. 

Jika silap haribulan, PR gali kubur sendiri….!!! Selangor terlepas ke tangan kepada Barisan Nasional. Dan Selamat Tinggal Putrajaya bagi Dato’ Sri Anwar Ibrahim.

Dalam kamus berpolitik, mengejar kekuasaan dan kedudukan dalam parti adalah realiti yang tidak boleh disangkal, tidak kira di pihak mana sekalipun. Jika dahulunya PR mengatakan kerajaan BN diterajui oleh mereka yang hanya mengejar kedudukan dan kuasa yang boleh mengenyangkan kroni-kroni masing-masing, tetapi ungkapan itu telah berbalik kepada PR sendiri.

Melihat kepada asas-asas dokongan parti-parti yang menganggotai PR iaitu PAS, DAP dan PKR, kesemuanya persis tiga bujang yang tidur sebantal tetapi mengimpikan yang lain-lain. Sudah tentunya PAS akan tidur sendirian dan menjaga tidurnya. Manakala DAP dan PKR, apa peduli LGBT, tak taulah ………..!!

Dalam senario ini, di manakah terletaknya satu impian, satu strategi dan satu kesepakatan. Kini semuanya hampir punah. Ia adalah gara-gara Langkah Kajang yang diideakan oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli. Dari mulut Dato’ Sri Anwar Ibrahim (DSAI) sendiri mengatakan bahawa Langkah Kajang memang ada kecacatan dan kini menemui jalan buntu. Seterusnya menjadi punca kemelut yang paling serius dalam hubungan ketiga-tiga parti itu.


Langkah Kajang yang bermatlamat untuk menobatkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor tidak menjadi kenyataan lantaran dikenakan hukuman penjara (yang belumpun dilaksanakan) atas kes liwatnya.


< Klik > di sini untuk ke www.cikgumatematik.com.my

 
Maka Pilihanraya Kecil (PRK) Kajang diteruskan atas dasar, “sayangkan adinda maka kekanda calonkan “kerusi” Kajang kepada adinda”. Ini bagi membalas, ”sayangkan kekanda maka adinda berikan kerusi Permatang Pauh untuk kekanda”. Sudah jelas ianya dibuat atas dasar laki bini, keluarga, nepotisma serta menjaga keuntungan dan kantung sendiri. Itukah “keadilan” dalam Parti “Keadilan” Rakyat ?

Sesudah “adinda” menjadi YB Kajang, langkah seterusnya ialah “menolak” Khalid gagap ke tepi agar Kak Wan boleh jadi MB. Siapalah Kak Wan dengan kipas “ajaib”nya boleh mentadbir Negeri Selangor. Kononnya yang dicanangkan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim ialah agar dapat membetulkan pentadbiran Negeri Selangor.

Apa yang tak betul oleh Tan Si Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor maka Dato’ Sri Anwar Ibrahim mahu menukarkannya. Rakyat Selangor selesa dengan pentadbiran MB sekarang mengapa pula DSAI mahukan bininya pula duduk ke kerusi panas MB tu ? Tak lain dan tak bukan ialah agar DSAI boleh main “kereta kontrol” dari luar hatta dari dalam sel jeriji Sg. Buluh.

Kononnya dengan meletakkan Presiden kereta kontrol yang lemah akan dapat mengimbangi pengaruh kem Tan Sri Khalid Ibrahim dan kem Azmin Ali dalam perebutan kuasa di Selangor. Biarlah kedua-duanya “duduk diam-diam” dan bagi bini aku “dok kat situ”. Percaturannya masih kepada “pemusatan kuasa keluarga Anwar Ibrahim” tetapi rakyat Selangor menjadi percaturan. Inilah dinamakan pemimpin yang memperjudikan nasib rakyat agar kepuasan diri dan keluarga menjadi keutamaan.

Begitu juga dikatakan sejak Tan Sri Khalid Ibrahim menjaga Negeri Selangor, para kroni parti tak banyak dapat habuan khususnya dari PKR. Sedangkan kita lihat senario ramai yang masuk parti adalah inginkan sesuatu khususnya pelbagai projek-projek yang boleh diagihkan kepada para penyokong. 


Promo bagi artikel yang berkaitan :

Kini ramai antara ketua-ketua cabang tidak sealiran dengan Tan Sri Khalid Ibrahim bahkan sebahagian daripada ADUN PKR sendiri dengan terang-terang menyanggah MB mereka sendiri. Tidak dapat dinafikan bahawa “anak buah” di cabang sukar nak dapatkan “kek” Negeri Selangor sejak Tan Sri Khalid Ibrahim jadi MB. Jadi inilah antara punca mengapa rakan-rakan ADUN sendiri yang menyebelahi DSAI untuk menjatuhkan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Namun rakyat Selangor telah merasai “kek” Negeri Selangor diagihkan dengan begitu baik tetapi tidak kepada kroni-kroni. Sebab itulah rakyat Selangor tidak begitu selesa dengan pertukaran MB lantaran akan merosakkan program kesejahteraan rakyat. Secara tidak langsung mandat Tan Sri Khalid Ibrahim adalah dari rakyat Selangor dan bukannya dari parti PKR. Tambahan pula baginda Sultan Selangor selesa dengan Tan Sri Khalid Ibrahim. Mengapa harus mengeruhkan hubungan dengan istana dan mencelarukan corak pentadbiran sedia ada ?
  
Sejak dari dahulu lagi, isu air di Selangor tidak pernah reda. Konco-konco DSAI mengatakan jika diberikan kebenaran perlaksanaan Projek Langat 2 dan penstrukturan air di Lembah Kelang, maka tarif air akan naik. Serta kroni-kroni BN sahaja yang dapat habuan.

Setelah rakyat Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur dihambat dengan krisis air maka barulah semua mata memandang perlunya isu air ini diselesaikan. Maka Tan Sri Khalid Ibrahim telah "melangkah" bosnya tanpa memberitahu DSAI tentang MOU dengan Kerajaan Pusat. Kini perjanjian dasar penstrukturan air telahpun ditandatangani. Tiada kenaikan tarif air buat 3-4 tahun akan datang.

Tan Sri Khalid Ibrahim sudah kebal dengan tekanan dari rakan-rakan ADUN PKR dan bahkan oleh DSAI sendiri agar beliau melepaskan jawatan MB Selangor. Beliau tidak gusar lantaran sokongan rakyat Selangor dan perkenan oleh baginda Sultan Selangor.

Maka dengan pencalonan “persendirian” oleh DSAI yang mahukan isterinya Datin Sri Wan Azizah sebagai MB Selangor yang baru dipandang sinis oleh Tan Sri Khalid Ibrahim. Dari segi akauntibiliti dan keterbukaan dalam menyuarat, apakah wajar seorang penasihat parti mempengerusikan mesyuarat parti bagi melantik ahli keluarga sendiri untuk mendapatkan kepentingan parti. Sedangkan masa itu kehadiran Datin Sri Wan Azizah dan anaknya Nurul Izzah ada bersama dalam mesyuarat. 




Bolehkah ianya dikatakan mendapat suara majoriti, padahal ia adalah suara diktator DSAI sendiri yang mahukan kaum keluarga sendiri mendapat habuan dan kekuasaan. Apakah status “penasihat” boleh mempengerusikan mesyuarat, adakah ianya terdapat dalam pasal undang-undang PKR sendiri yang membolehkannya berbuat demikian.
Jika inipun dilanggar, apakah akan terjadi jika dibenarkan perkara yang lebih besar dibiarkan berlaku dengan “laki bini dan anak bini” mengambil bahagian dalam mesyurat dalam menetapkan sesuatu keputusan demi kepentingan “laki bini” ?

Dalam gabungan Pakatan Rakyat, seolah-olah PKR adalah “taiko” yang mana setiap ahli gabungan lain harus mendengar suara DSAI. Maka  tidak hairanlah beberapa ketetapan DSAI dilihat mendahului keputusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

Begitu juga dengan pengumuman pencalonan Datin Sri Wan Azizah sebagai MB Selangor telah mencetuskan satu suasana kelam-kabut di kalangan PR sendiri. Perbezaan pendapat mengenai kedudukan MB Selangor tidak hanya berlaku pada peringkat dalaman PKR malah telah menjalar kepada pertembungan antara PAS dengan PKR.

Ini kerana setiap parti mempunyai agenda yang berbeza dan dengan krisis MB Selangor ini pula akan menyerlahkan lagi bibit-bibit pertembungan sehingga kemuncaknya mungkin akan menyebabkan Pakatan Rakyat terjerumus dalam kancah krisis yang lebih teruk.

Dalam PKR sendiri terdapat beberapa puak yang mewakili kelompok-kelompok tertentu dan ada yang bertindih antara satu sama lain. Ada yang berada di kem DSAI, kem Tan Sri Khalid Ibrahim, kem Azmin Ali. Manakala di pihak PAS pula ada yang menyokong DSAI dikenali sebagai Anwarinas, di mana kumpulan ini diketengahkan oleh Khalid Samad dan Mat Sabu. Kumpulan lain pula yang lebih mirip ke arah golongan ulamak.

Jelas memperlihatkan PAS yang mana Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang di satu pihak manakala Timbalan Presiden pula, Mat Sabu berada di kem lain. Kecelaruan ini telah menyebabkan PAS tidak mampu untuk bersatu.

Setelah pengumuman oleh DSAI yang mencalonkan isterinya Datin Seri Wan Azizah sebagai MB Selangor yang baru, maka pergolakan ini tambah meruncing. Ini kerana Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mushridur Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz bertindak mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk kekal jawatan itu.

Dalam hal ini, DAP dilihat menyokong PKR. Secara tidak langsung berlaku pertembungan antara PKR-DAP di satu pihak manakala PAS di satu pihak yang lain. Kemelut ini telah mengundang persepsi negatif daripada rakyat Selangor terhadap Pakatan Rakyat.

Maka apakah sandaran kepada Pakatan Rakyat akan berterusan jika Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan bagi mendapatkan mandat baru dari rakyat. Dari momentum ini jelas, Pakatan Rakyat akan menemui pengakhirannya. Mungkin gali kubur sendiri….!!!

Ini memandangkan Barisan Nasional “memberikan” tiga negeri untuk ditadbir oleh PR agar rakyat dapat menilai keupayaan mereka, jika dibenarkan memerintah negara.


Kini bom jangka tersebut meletus lagi dengan tersebarnya salinan whatsApp dan beberapa perbualan dalaman AJK PAS pusat di media soasial. Ia bermula apabila whatsApp oleh Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas Pusat, Dr. Muhd Zuhdi Marzuki yang memuatnaik senario yang dijangka berlaku sekiranya PAS keluar daripada Pakatan Rakyat. Kemudiannya whataApp itu telah dibocorkan oleh orang dalaman sendiri yang kemudiannya menjadi satu isu yang hangat.

Transkript whatsApp Dr. Muhd Zuhri seperti berikut :

Kalau kita keluar PR kita boleh retain Selangor malah untuk seterusnya. Kita 15 kerusi + TSKI + seorang lagi ADUN PKR + 12 UMNO, dah bentuk simple majoriti. UMNO dalam kenyataannya mutakhir ini boleh terima TSKI jadi MB.

Lepas ini kalau DAP, gereja dan non muslim melalak isu serbuan, kalimah Allah, kita boleh jentik saja mereka. Hujung tahun ni ubah sempadan kembalikan semuala kuasa Melayu Islam. So mana-mana suara non Muslim, gereja, kita boleh sergah macam sebelum ini.

Dalam whatsApp itu dikatakan Dr. Muhd Zuhdi “diperangkap” untuk memberikan pandangan bagaimana sekiranya PAS keluar dari Pakatan Rakyat. Ia adalah satu cetusan idea dalam perbincangan dalaman sahaja. Namun apabila ianya “keluar” maka pelbagai persepsi telah dilontarkan oleh kawan dan lawan.

Ia juga memperlihatkan bahawa ada kemungkinan kerjasama antara UMNO dan PAS dalam DUN Selangor, jika ianya berlaku maka akan terjadi DAP-PKR di sebelah pihak yang menyokong Datin Seri Wan Azizah sebagai calon MB Selangor. Manakala UMNO-PAS di pihak yang menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar.

Dalam kekalutan itu, PAS Selangor membidas sikap beberapa pemimpin PKR dan DAP yang terlalu ghairah mahu PAS mengambil tindakan disiplin terhadap Dr. Mohd Zuhdi.

Timbalan Pesuruhjaya I Pas negeri, Sallehen Mukhyi berkata, desakan PKR dan DAP tidak sepatutnya timbul apatah lagi diperbesar-besarkan sehingga menjadi polemik dalam pakatan kerana mesej terkandung dalam WhatsApp itu merupakan satu perbincangan berkumpulan tertutup yang mana masing-masing berhak memberikan pandangan mengenai sesuatu perkara.

Justeru, adalah tidak adil mana-mana pihak sama ada PKR dan DAP menyalahkan Mohd. Zuhdi tentang pandangan beliau mengenai senario jika Pas keluar daripada pakatan.

Selain itu, perbincangan dalam mesej dalam WhatsApp hanyalah satu perbincangan kumpulan semata-mata dan bukannya ketetapan rasmi yang menjadi pendirian Pas Pusat.

Jika diperhalusi sikap DAP dan PKR ini, kita boleh katakan double standard ! Ini kerana DAP melalui beberapa orang pemimpin kanannya pernah secara terang-terang "mempersilakan" PAS keluar Pakatan jika mahu meneruskan agenda Hudud. Ataupun DAP yang keluar Pakatan. Ia bukan dibuat secara senyap-senyap. Kini kalau PAS yang membicarakan melalui perbincangan tertutup whatsApp yang dibocorkan maka dikatakan sebagai pembelot atau pengkhianat pula. 

Terbaru apa kata Tony Pua kepada PAS.  Sila baca keratan akhbar di bawah. Adalah DAYUS jika PAS memohon maaf kepada DAP dan Pakatan Rakyat. PAS akan dianggap tidak bermaruah dan menggadai Melayu / Islam demi keuntungan politik. 




Sebelum ini, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dilaporkan meminta Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan tindakan disiplin yang akan diambil oleh parti itu ke atas Mohd. Zuhdi. Rafizi turut menyifatkan tindakan Mohd. Zuhdi itu adalah bercanggah dengan janji-janji yang dimeterai di antara Pas, PKR dan DAP.

Selain Rafizi, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook dilaporkan turut menggesa Pas mengambil pendirian tegas terhadap Mohd. Zuhdi selain menyifatkan cadangan Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas itu sangat tidak bertanggungjawab dan ada unsur-unsur membelot kepercayaan rakyat.

Dalam pada itu, Sallehen turut menyatakan Pas Selangor menyerahkan kepada kepimpinannya di peringkat pusat untuk memutuskan sama ada untuk mengadakan siasatan terhadap Mohd. Zuhdi atau sebaliknya. Sekiranya ada tindakan diambil, pihak yang menyebarkan mesej itu harus dikenakan tindakan tegas kerana mengeruhkan hubungan antara parti dalam pakatan.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, berkata parti itu hanya menerima maklum cadangan PKR untuk menggantikan Abdul Khalid dengan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Ismail.

Katanya, pendirian parti hanya akan diumumkan selepas mesyuarat Jawatankuasa Pusat pada 10 Ogos ini yang dijangka dipengerusikan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Jika benar PAS menerima keputusan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan pada 23 Julai lalu, apa gunanya PAS mengadakan mesyuarat 10 Ogos ini.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menasihatkan Abdul Hadi supaya menghormati keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Pembangkang yang bersetuju supaya Wan Azizah menggantikan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

Saifuddin dipetik berkata, keputusan PKR mencalonkan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor dibentangkan dan diterima Majlis Pimpinan Pakatan Pembangkang yang diwakili enam pemimpin tertinggi PAS iaitu Timbalan Presiden, Mohamad Sabu; Mustafa; Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Husam Musa; Ketua Pemuda, Suhaizan Kaiat, serta Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Dr Hatta Ramli.

Daripada senarai itu jelas memperlihatkan bahawa mereka yang hadir mewakili PAS adalah “orang-orang Anwar”. Maka tidak hairanlah apabila mereka juga mengangguk dengan arahan Anwar.

Yang jelasnya dengan tercetusnya krisis MB Selangor, kini Pakatan Rakyat akan menemui satu titik nokhtah dan kesimpulan.

Pertama, PAS tidak mahu lagi dianggap sebagai “adik” dan membiarkan DSAI melakukan sesuka hatinya terhadap PAS amnya dan PR khasnya. Kini dengan jumlah ahli terbanyak, PAS harus diletakkan sebagai “abang” dalam PR.

Kedua, PAS adalah “power broker” dalam PR. Suara PAS harus dihormati terutamanya dalam pemilihan MB Selangor berdasarkan kedudukan PAS yang mempunyai 15 kerusi DUN berbanding PKR hanya ada 14 kerusi. Malahan PAS “merelakan” Tan Sri Khalid Ibrahim untuk meneruskan penggal kedua sebagai kesinambungan pentadbiran. Walaupun PAS lebih layak untuk menduduki kerusi MB. Maka PKR tidak seharusnya mengkhianati “kerelaan” PAS itu.

Ketiga, PAS jika mahu meneruskan agenda keIslamannya menerusi enakmen Hudud di Kelantan maka ia harus mendapat kerjasama UMNO tetapi tidak dari PKR-DAP.

Keempat, PAS sudah muak dengan taktik DSAI yang sering mempergunakan ahli-ahli PAS untuk berdemonstrasi tetapi tidak pula kepada ahli-ahli DAP. Ia tidak lebih daripada kuda tunggangan bagi DSAI bagi mencapai cita-cita politik peribadinya sahaja.

Kelima, PAS kini telah sedar dan beberapa AJK serta biro-biro dalam PAS mulai membuat perkiraan dan senario jika mahukan perpaduan ummah maka alternatifnya ialah dengan kerjasama dengan UMNO tetapi tidak dengan PKR.

Jelas sekali, jika krisis MB Selangor semakin meruncing, maka jalan terakhirnya ialah Tan Sri Khalid Ibrahim akan menghadap Tuanku Sultan Selangor bagi perkenan untuk membubarkan DUN Selangor.

Ketika itu walaupun Tan Sri Khalid Ibrahim sudah pasti tidak akan dicalonkan oleh partinya sendiri dalam satu pilihanraya DUN namun ia tetap berbangga dengan pencapaiannya di Selangor.

Mandat diserahkan kepada rakyat, apakah Pakatan Rakyat berada dengan tiga parti seperti sekarang ataupun PAS akan berjalan sendirian. Yang pastinya, walau dalam apa keadaan sekalipun, ia akan mendatangkan banyak kerosakan kepada ketiga-tiga parti ini.

Ramalannya, jika DUN dibubarkan, yang pasti kembali berkuasa ialah Barisan Nasional.

Jika ini berlaku, maka kesalahan haruslah diletakkan kepada PKR, khususnya  Rafizi Ramli yang mencetuskan idea Langkah Kajang. Dengan masalah dalaman yang agak tenat dan pemilihan jawatan dalam PKR yang telah memasuki tiga bulanpun masih belum ada keputusan pemenangnya. Apakah PKR mampu untuk meraih kerusi dan sekurang-kurangnya mengekalkan kerusi yang ada sekrang ?

Jika dibandingkan dengan Pilihanraya Presiden Indonesia yang memakan masa beberapa minggupun sudah meletakkan Jokowi sebagai Presiden Indonesia, tetapi pemilihan PKR yang akhirnya hanya beberapa ratus ribu ahli sahaja pun masih tak keruan. Apakah itu "kejayaan" Dato' Sri Anwar Ibrahim yang menginginkan jawatan Perdana Menteri boleh dijadikan sandaran ?

 Jika tidakpun DUN dibubarkan, bagi menjaga kesepakatan PR, mungkin juga Tan Sri Khalid Ibrahim terpaksa berundur. Sama ada dipecat dari PKR ataupun keluar parti menjadi ADUN bebas. Dengan ini membuka jalan kepada PAS untuk mengetuai kerajaan di Selangor. Berpandukan 15 kerusi bagi PAS dan 13 kerusi bagi PKR. Sudah tentu PKR tak boleh berkata apa-apa.

Jika PAS masih berlembut dengan mempelawa Tan Sri Khalid Ibrahim menganggotai PAS maka suara PAS semakin besar iaitu dengan 16 kerusi. Saya percaya percaturan ini telah ada dalam pertimbangan PAS dan begitu juga Tan Sri Khalid Ibrahim. 

Jadi kerusi Menteri Besar masih lagi di tangan Tan Sri Khalid Ibrahim. Ia bukan dari PKR tetapi mewakili PAS. Kemungkinan ini adalah lebih tinggi akan berlaku.

Inilah masa yang sesuai bagi para "diplomat" belakang tabir merencanakan sesuatu.

Namun begitu, perlu difahami bahawa jawatan Menteri Besar Selangor bukanlah dipilih oleh rakyat secara automatik, tetapi diperkenankan oleh baginda Sultan. Parti politik atau gabungan parti-parti politik yang mendapat majoriti di DUN akan mencalonkan nama-nama yang sesuai untuk pertimbangan baginda. Jika nama-nama tersebut tidak mendapat perkenan oleh sultan, maka baginda berhak untuk meminta dicalonkan yang lain.

Oleh itu sekiranyapun Pakatan Rakyat bersetuju untuk mencalonkan Datin Sri Wan Azizah sebagai MB baru, jika tidak mendapat perkenan sultan, ia hanyalah sia-sia sahaja. 

Yang mendapat malu ialah PKR. Jatuh kredibilitinya di pandangan rakyat. Muka Dato' Sri Anwar Ibrahim nak sorok ke mana ?  Yang pasti SUNGAI BULUH melambai mai Bang Non !

Kita tunggu dan lihat perkembangan terbaru ! Yang pasti ialah tanggal 10hb Ogos ini di mana PAS akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan hal-hal penting ini. 

Yang pasti suara-suara ulamak dan akar umbi PAS harus dipertimbangkan lantaran sejak akhir-akhir ini banyak "kader-kader" PKR dan DAP yang menghentam PAS bagaikan PAS tidak layak "ada suara" sendiri. PAS harus mengambil satu pendirian yang tegas dan berani.



Ditulis oleh : Hisemudin Kasim
01.08.2014



Jika anda suka dengan artikel ini, sila berikan "Like". Ia akan tersimpan di Recent Activity Facebook anda. Ia amat berguna untuk rujukan kemudian hari


Perhatian ! Anda boleh SHARE artikel ini kepada rakan-rakan Facebook anda. Klik Send


Komen anda dalam Facebook atau Blog haruslah kemas dan bernas serta bertanggungjawab. Ulasan yang tidak menepati isu atau yang bersifat tidak sopan akan dipadamkan.


Post a Comment