Penulis Blog ini, Hisemudin Kasim juga merupakan Pengarang Bahasa Mandarin. Menerbitkan DVD Asas Belajar Bahasa Mandarin

Klik sini http://www.ebookmandarin.com/ untuk mendapatkan keterangan lanjut
”smile”/
Terdapat 8 keping DVD
Dengan 80 bab pelajaran
Harga RM90.00

Friday, August 29, 2014

Pintar Matematik Bersama Hisemudin : Siri 4 - Membina PETA MINDA

Ramai di antara kita yang rajin membaca dan mentelaah buku, tetapi hasilnya tak sebeberapa. Ada pula yang hanya membaca sepintas lalu tetapi telah dapat menangkap apa yang dibacanya. Segelintar orang pula hanya diberikan sedikit klue tetapi dah dapat menjawab atau menyelesaikan persoalan.

Mengapa terjadi begini ?

Ini adalah kerana setiap orang mempunyai corak berfikir yang berlainan. Jika ia telah menjadi kelaziman dalam dirinya, maka ia akan menggunakan cara tersebut dalam apa jua bidang. Mungkin dalam pembelajaran, menyelesaikan masalah peribadi, kerjaya, perniagaan bahkan dalam hubungan sosial serta yang lebih besar seperti pentabdiran negara.

Salah satu teknik yang akan saya perkatakan dalam siri kali ini ialah PETA MINDA. Walaupun PETA MINDA ini agak luas, tetapi saya kecilkan skopnya dalam ilmu Matematik sahaja.

Sebelum saya mengetahui adanya ilmu peta minda ini, saya sebenarnya dari kecil telahpun mempraktikkan cara peta minda mengikut acuan sendiri. Lama-kelamaan saya mempelajari daripada buku-buku bagaimana untuk mempertajamkan skil kita dengan teknik PETA MINDA.
 

< Klik > di sini untuk ke www.cikgumatematik.com.my


Saya akan huraikan serba-sedikit apa itu PETA MINDA mengikut kata oleh pakar-pakar. Di akhir tulisan, saya akan huraikan apakah peta minda yang saya gunakan sejak dari kecil. Ianya amat berguna terutama apabila kita sedang berada di dewan peperiksaan.

PETA MINDA mengikut istilah pakar-pakar

Peta minda adalah sistem berfikir yang sesuai dengan cara kerja semulajadi otak manusia dan mampu membuka serta memfaatkan seluruh potensi dan kapasitinya.

Peta Minda secara sistematik dicipta oleh Tony Buzan, pakar pengembangan otak, kreativiti dan pendidikan pada awal tahun 1970an.

Dalam bidang pendidikan, peta minda mempunyai kegunaan yang besar terutamanya bagi pembelajaran dan pengajaran. Ia amat berguna bagi meringkaskan, mencatat dan mengulangkaji pelajaran.

Otak kita sebenarnya luar biasa ! Cuma kita perlu tahu bagaimana untuk mengoptimumkan penggunaannya. Otak manusia terdiri daripada 100 bilion sel otak. Jumlah sel otak kita adalah sama dengan jumlah sel otak seorang genius, hatta seperti Albert Einstein sekalipun. Tetapi pengkajian mengenai otak manusia adalah satu ilmu yang kompleks.

Sel Otak Adalah satu Jaringan

Kehebatan otak kita tidak hanya ditentukan oleh jumlah sel, tetapi oleh kemampuan setiap sel otak membentuk jaringan dengan sel otak yang lain.

Setiap kali kita belajar sesuatu atau memasukkan maklumat baru ke dalam otak kita, maka akan terbentuklah jaringan otak baharu. Kehebatan otak manusia juga terlihat pada kemampuan setiap sel otak yang mampu membentuk sehingga 20,000 jaringan ke sel otak lain yang dikenali sebagai Dendrites.

Semakin banyak jaringan yang terbentuk, kita menjadi semakin cerdas dan kreatif. Oleh itu apabila kita dapati seseorang dapat menyelesaikan masalah dengan mudah dan cepat adalah kerana otaknya mempunyai jaringan yang banyak.

Begitu juga dalam pembelajaran ilmu Matematik.
Bagaimana otak kita bekerja ?

Otak kita terbahagi kepada dua belah atau hemisfera, iaitu otak kiri dan otak kanan. Kedua-dua belah otak ini mempunyai fungsi yang berbeza.

Otak kiri kita gunakan untuk membuat sesuatu perhubungan dengan aktiviti berbahasa seperti menulis, membaca, bertutur dan mendengar. Manakala otak kanan pula digunakan untuk mengira ataupun mentafsir lojik dalam sesuatu perkara. Dalam membuat penyusunan tugasan atau perincian, memori otak kiri bersifat jangka pendek.

Sebaliknya apabila kita membuat sesuatu kerja secara spontan atau tugasan yang remeh, maka ia akan dilakukan oleh otak kanan. Ini termasuklah apabila kita melihat sesuatu pemandangan, lukisan,wajah seseorang atau mengungkap emosi sedih, marah, gembira dan sebagainya. Memori otak kanan bersifat jangka panjang.

Kita mudah mengingati wajah orang yang kita jumpa berbanding namanya. Mengapa hal ini terjadi ? Ini kerana nama adalah tulisan (bahasa) yang direkodkan oleh otak kiri yang bersifat memori jangka pendek.

Tetapi kita merekodkan pandangan wajah seseorang menggunakan otak kanan yang bersifat jangka panjang.

Persekitaran “Hubung kait” dalam pembentukan PETA MINDA
Cara berfikir otak adalah melalui proses hubung kait yang sering disebut sebagai pemikiran perkaitan atau radiant thinking. Ini bererti kita berfikir secara membuat hubung kait antara sesuatu perkara itu dengan yang lain. Maklumat hasil dari hubung kait itu dinamakan sebagai “gambaran fikiran”.

Sebagai contoh, sehari dua lagi kita akan menyambut Hari Merdeka yang ke 57. Fokus kita adalah MERDEKA. Maka di dalam benak atau pemikiran kita akan menjalar pelbagai rangkaian yang berkaitan dengan MERDEKA. Seperti nama Tunku Abdul Rahman, 31hb Ogos, Stadium Merdeka, sejarah penjajahan dan sebagainya. 

Persoalannya, adakah rangkaian hubung kait itu sama bagi setiap orang ? Ia bergantung kepada latar belakang, pendidikan, umur, pengetahuan am dan sebagainya. Lebih banyak yang ia ketahui, maka lebih banyaklah rantaian hubung kait yang diperolehinya.

Maka rantaian ini adalah asas kepada kita untuk membina PETA MINDA.

Bahan asas PETA MINDA

Setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk membina peta minda. Ia bergantung kepada apa yang ingin kita cacatkan atau bincangkan. Bagaimanapun secara amnya bahan-bahan yang selalu digunakan adalah seperti berikut :

a.     Kertas
# warna putih atau apa-apa warna yang menjadi kesukaan anda
# tidak bergaris
# saiz A4 ataupun kertas berbentuk stiker


b.     Pensel warna
# gunakan 2-3 jenis warna dan saiz yang berbeza


c.     Imiginasi
# menggunakan imiginasi secara kreatif berpandukan objek atau mengaitkan dengan sesuatu


d.    Otak

Anda perlu menggunakan kertas untuk membuat contengan atau catatan mengikut stail sendiri. Gunakan pelbagai jenis warna dan saiz yang berbeza. Ia akan memberikan satu gambaran kepada otak untuk direkodkan.

Perlu diingati otak kanan akan mengingati untuk jangka panjang dan sensitif terhadap warna dan saiz.

Anda disarankan juga untuk merekodkan di atas kertas yang berlainan warna. Jika menggunakan kertas stiker cuba tampalkan di tempat-tempat yang berlainan. Contohnya di dalam bilek bacaan.

Cara yang demikian adalah lebih mudah untuk anda “mengingati balik” tentang sesuatu itu berpandukan kedudukan di mana letaknya stiker itu, warnanya, perkaranya, saiz pen yang anda gunakan. Ini amat penting terutamanya semasa kita berada di dewan peperiksaan. Anda cuma bergantung harap kepada “rantaian” ini.

Bagaimana saya mencipta PETA MINDA sendiri

Dalam pembelajaran Matematik, kita harus mencipta “sesuatu” agar mudah difahami dan diingati. Ia mungkin juga dikaitkan dengan sesuatu peristiwa, gambaran, warna, angka-angka, huruf-huruf dan apa jua yang ada dalam pemikiran kita.

Dalam siri ke 3 yang lalu, saya telah memberikan cara bagaimana untuk membuat “campur” bagi 2 angka yang berjumlah “belas”. Jika anda belum membaca siri ke 3, silakan berbuat demikian.

Seperti contoh 8+5=13. Saya telah membina salah satu elemen dalam peta minda iaitu imiginasi bagi angka 8. Apabila terdapat angka 8 maka saya akan mengingati atau mengimiginasikan 8+2=10. Jika kita fokuskan angka 8 maka rantaiannya ialah 2.

Secara tidak langsung telah adanya “hubung kait” di situ. Maka “hubung kait” seterusnya ialah 5-2=3. Ini kerana ada nombor yang kena campur (8+2), maka tentu ada nombor yang kena tolak (5-2). Kesemuanya bermain dengan angka 2.

Hubung kait yang sememangnya terpahat di fikiran ialah “belas”. Saya tidak mahu berfikir apa-apa lagi. Kerana tentunya jawapan bagi kedua-dua angka ini ialah “belas”. Saya hanya berminat untuk mendapatkan angka 3 sahaja iaitu apabila 5-2=3.

Secara spontan saya akan memberikan jawaban 8+5=13 iaitu “belas 3”. Bukanlah kerana saya mengira nilai 8 yang dicampurkan dengan 5 untuk mendapatkan jawapan 13.

Cuba kita fikirkan antara hendak mengira 8+5 lebih mudah ataupun 5-2 lebih mudah. Yang pasti 5-2=3 lebih mudah.

Begitu juga dengan 7+6 lebih mudah atau 6-3 lebih mudah ?

Antara 9+8 dengan 8-1, yang mana lebih mudah ?

Tentu anda telah dapat mengaitkan kesemuanya.

Ini adalah salah satu PETA MINDA yang tidak memerlukan lagi kertas. Ia cuma bermain-main di kotak fikiran saja.

Maka bagaimana saya mengingati formula-formula yang banyak. Tidak dapat dinafikan, kita harus menghafal sebanyak mungkin formula-formula ini.

Kadang-kadang kita memerlukan sedikit “sesuatu ingatan” untuk dikaitan dengan benda-benda lain.

Ada orang yang mengingati formula ukur keliling bagi bulatan dengan berbuat begini,”tupai di ranting”. Ia akan membawa maksud “tupai” ialah “2 π “, manakala ranting diambilkan “r” sahaja. Maka jadilah formula itu 2 πr.

Ia sebagai contoh sahaja, anda boleh mencipta kaedah sendiri.

Saya menggunakan peta minda dengan kaedah tersendiri dalam banyak subjek.

Selain daripada menconteng di atas kertas-kertas, saya sering mengaaplikasikan kaedah imiginasi yang disertakan dengan deria tangan, mulut dan telinga.

Jika saya ingin menghafal sesuatu formula fizik, kimia atau matematik. Pertamanya saya akan tulis di atas kertas secara berulang-ulang. Mungkin dalam saiz yang berbeza tetapi tidaklah dibuat secara teratur, ia adalah contengan.

Sambil menulis, mulut saya akan membacakannya sama ada di dalam hati ataupun dengan suara.

Selepas itu saya akan menutup mata dan membayangkan pula apa yang telah saya tuliskan tadi. Sambil tangan dan jari bertindak seolah-olah sedang menulis.

Secara tidak langsung ia telah menggerakkan kesemua deria iaitu mata, hati, telinga, tangan untuk memfokuskan terhadap sesuatu formula itu. Maka sudah tentu dalam otak saya telah mencambahkan begitu banyak “rantaian” yang berbentuk imej, suara, tulisan dan pergerakan.

Maka jika saya terlupa tentang sebutannya, tetapi mungkin masih mengingati pergerakan tulisan. Jika terlupa sebutan tetapi mungkin masih ingatkan bagaimana imejnya.

Itulah cara saya dalam membentuk PETA MINDA sendiri.

Anda mungkin punyai cara lain. Tetapi haruslah mencipta sesuatu agar lebih mudah diingati.


Ditulis oleh : Hisemudin Kasim
29-08-2014



Jika anda suka dengan artikel ini, sila berikan "Like". Ia akan tersimpan di Recent Activity Facebook anda. Ia amat berguna untuk rujukan kemudian hari


Perhatian ! Anda boleh SHARE artikel ini kepada rakan-rakan Facebook anda. Klik Send


Komen anda dalam Facebook atau Blog haruslah kemas dan bernas serta bertanggungjawab. Ulasan yang tidak menepati isu atau yang bersifat tidak sopan akan dipadamkan.


Sunday, August 17, 2014

Pelancaran DVD Bahasa Melayu-Mandarin

Setelah versi bahasa Inggeris-Mandarin dilancarkan pada bulan Julai yang lalu, kini versi yang isi kandungannya sama dengan versi Inggeris telah menemui pembaca. 

Versi bahasa Melayu-Mandarin kini telah berada di pasaran.

Kedua-dua versi ini iaitu versi bahasa Inggeris-Mandarin dan versi bahasa Malayu-Mandarin telah disusun dengan teliti bagi memberikan satu bahan rujukan pembelajaran bahasa Mandarin mengikut trend semasa.

Pertama, kini ramai yang kesibukan dan kesuntukan masa untuk membaca terutamanya buku-buku bahasa lebih-lebih lagi sesuatu bahasa yang baharu bagi mereka. Walaupun kehendak persekitaran iaitu jika kita mahir dalam sesuatu bahasa tambahan, maka ia adalah satu kelebihan. Kini bahasa Mandarin mempunyai pasaran yang tinggi di kalangan siswazah dan orang awam yang ingin berkerja dalam sektor-sektor tertentu.

Kedua, dengan kecanggihan teknologi, walaupun mereka tidak membaca tetapi boleh memperolehinya melalui alat pandang dengar. Maka pembelajaran melalui DVD Mandarin ini telah menyediakan peluang kepada anda yang tidak punyai masa tertentu untuk pergi ke kelas ataupun membaca buku-buku. 

Walaupun ia tidak menjaminkan anda boleh “pandai” dengan cepat, tetapi DVD ini memberikan tunjuk-ajar dari peringkat asas, agar anda boleh meneruskan pembelajaran secara sendirian atau mengikuti kelas-kelas peringkat yang lebih tinggi.





Sila <KLIK SINI> untuk keterangan lanjut


Bagaimana DVD ini disusun ?

DVD ini disusun bermula dengan pengantaran  bahasa Inggeris-Mandarin. Ini kerana ia bukan sahaja untuk pasaran tempatan bahkan kepada mereka yang bertutur dalam bahasa Inggeris di mana saja di seluruh dunia. Maka versi bahasa Melayu-Mandarin adalah terjemahan dari versi asal bahasa Inggeris-Mandarin.

Penyusunan DVD versi asal bahasa Inggeris-Mandarin mengambil masa selama 6 bulan untuk disiapkan. Ia telah mengambilkira rujukan kurikulum yang digunakan di pusat-pusat bahasa Mandarin di Negeri China dan Taiwan yang mengajar bahasa Mandarin kepada penuntut-penuntut asing.

Di samping itu, ia juga mengambilkira kurikulum subjek bahasa Mandarin yang diajar di IPTA & IPTS tempatan seperti di Uitm, UNISEL, UTAR dan sebagainya. Malah sebahagian besar tajuk-tajuk utama dalam buku-buku teks bagi IPTA & IPTS ini terdapat di dalam DVD ini. Maka ia amat sesuai dijadikan bahan rujukan pembelajaran bahasa Mandarin oleh para pelajar IPT yang mengambil subjek bahasa Mandari sebagai subjek pilihan.

Berdasarkan pengalaman saya selama 16 tahun dalam pendidikan Cina termasuk selama 4 tahun di Republic of China. Maka saya rangkumkan segalanya dalam 8 keping DVD yang memuatkan 80 buah bab. Ia adalah sebagai asas kepada bukan Cina khas untuk mempelajari bahasa Mandarin.

Penggunaan DVD membolehkan anda mengulangkaji setiap bab dan sebutan dengan berulang-ulang kali. Kerana saya telah membuat penyebutan yang tepat dalam bahasa Mandarin berdasarkan sebutan standard Beijing ataupun disebut sebagai Putonghua.

Ini akan memberikan kelebihan kepada anda untuk “mendengar sebutan” berbanding jika anda “membaca”. Kerana anda sesungguhnnya tidak boleh “mengeja” sebutan dalam bahasa Mandarin menggunakan sistem pengejaan bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris.

Dalam Romanization Chinese ataupun Rumi Cina, sistem penyebutannya adalah berbeza. Jika anda ingin mempelajari bahasa Mandarin, maka kita perlulah mempelajari sistem ejaannya. Oleh itu perkara utama ialah mengenali sistem phonetik setiap huruf dan pengejaannya. Sistem ini dinamakan sebagai Hanyu Pinyin.

Di dalam DVD ini telah menitikberatkan bagaimana seseorang yang bukan Cina, seperti orang-orang Melayu dewasa khasnya untuk mempelajari sistem phonetik ini.

Sebagai contoh, kita sering terjumpa perkataan “Guangzhou”. Malah di TV atau Radio akan menyebutnya berdasarkan ejaan bahasa Inggeris. Maka disebut sebagai “Guang” + “Zhou”. Tetapi ia sebenarnya tidak dibunyikan demikian.

Dalam sistem phonetik bahasa Mandarin, huruf “G” dibunyikan sebagai “ke”. Berbanding dalam sistem phonetik bahasa Melayu, huruf “G” dibunyikan sebagai “ge”.

Dalam bahasa Melayu, kita mengeja begini, “ge” +”uang” = guang.

Dalam bahasa Mandarin, kita mengeja begini, “ke”+”uang” = kuang

Begitu juga dalam sistem ejaan bahasa Melayu, tidak terdapat pengejaan bagi “Zhou”. Maka kita akan membunyikan huruf “zh”+”ou” = zhou

Tetapi dalam bahasa Mandarin, “zhou” adalah bersamaan dengan sebutan “chow” dalam bahasa Melayu.

Sebab itulah apabila kita mengeja huruf-huruf Cina, seperti Guangzhou ini dalam bahasa Melayu atau Inggeris akan menjadi “Guang + zhou”. Tetapi jika mengikut sistem phonetik bahasa Mandarin iaitu Hanyu Pinyin, perkataan Guangzhou adalah bersamaan dengan sebutan “Kuangchow” dalam bahasa Melayu.

Maka perkara asas yang dititikberatkan dalam DVD ini ialah pengejaannya. Ia adalah satu kemestian !


Apa yang terkandung dalam DVD ini ?

Ia dimulakan dengan pengenalan terhadap sejarah kewujuan tulisan Cina. Ia hanyalah sebagai pengetahuan am kepada anda.

Diterangkan bagaimana alat bantuan pembelajaran seperti Google Translate dapat membantu anda dalam pembelajaran bahasa Mandarin mengikut cara-cara yang betul.

Fokus utama ialah sistem phonetik Hanyu Pinyin yang amat dititikberatkan. Ia adalah asas pengejaan bagi Rumi Cina.

Pengenalan terhadap tata-bahasa dan struktur ayat-ayat dalam bahasa Mandarin

Phasa & perumpamaan yang digunakan sehari-hari

Perbualan & dialog dalam banyak situasi

 Perbendaharaan kata

Pengenalan bagaimana untuk menulis huruf-huruf Cina


Video contoh

Saya berikan dua contoh 2 bab untuk rujukan anda. 

Bab 1, iaitu pengenalan terhadap bahasa Mandarin. 



Bab 6, bagi permulaan sistem phonetik Hanyu Pinyin




Bagaimana untuk memperolehi DVD ini ?

Bersempena dengan pelancaran DVD bahasa Melayu-Mandarin ini di bulan kemerdekaan. Maka harganya ditawarkan RM90.00 bagi setiap set bermula dari sekarang sehingga 31hb Ogos 2014. Selepas itu ianya akan dijual dengan harga RM120.00

Penghantaran dengan Pos Laju adalah percuma dan akan sampai kepada anda dalam 2-3 hari bekerja . Pembayaran melalui akaun Maybank ke atas Megat Mohd Hisemudin no. 164182447131. Sila telefon/SMS/whatsApp ke no. 016-3067156

Bagi anda yang berada di luar negara, penghantaran adalah melalui kurier antarabangsa Pos Malaysia. Ianya mengambil masa antara 7-10 hari. Kos penghantaran adalah seperti berikut :


1.  Asia - Pasifik : RM30.00
2.  Australia & New Zealand : RM60.00
3.  Eropah & Amerika : RM60.00

Pembayaran adalah melalui kadar tukaran USD dengan menggunakan Paypal

Sila hubungi saya melalui email, megathisemudin@gmail.com

Kini DVD Mandarin ini juga boleh diperolehi di beberapa kedai buku di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Anda juga boleh memperolehinya di kedai buku Koperasi UPM, Serdang dan Uitm Shah Alam

Bagaimanapun di kedai-kedai buku tidak menawarkan diskaun !


Ditulis oleh : Hisemudin Kasim

18.08.2014


Jika anda suka dengan artikel ini, sila berikan "Like". Ia akan tersimpan di Recent Activity Facebook anda. Ia amat berguna untuk rujukan kemudian hari


Perhatian ! Anda boleh SHARE artikel ini kepada rakan-rakan Facebook anda. Klik Send


Komen anda dalam Facebook atau Blog haruslah kemas dan bernas serta bertanggungjawab. Ulasan yang tidak menepati isu atau yang bersifat tidak sopan akan dipadamkan.


Tuesday, August 12, 2014

Pintar Matematik Bersama Hisemudin: Siri 3 - Kaedah CAMPUR yang lebih praktikal


Kini telah masuk siri ketiga bagi Pintar Matematik Bersama Hisemudin. Dalam dua siri yang terdahulu, saya telah memperincikan sejarah ilmu Matematik dan bagaimana orang-orang Cina lebih cepat mempelajari ilmu Matematik. Jika anda masih belum membacanya, silalah ke siri 1 & 2.

Dalam siri kali ini, kita akan membincangkan asas-asas ilmu Matematik iaitu CAMPUR.

Setiap orang mempunyai kaedahnya tersendiri, bergantung kepada usia dan latar-belakang pendidikannya.


< Klik > di sini untuk ke www.cikgumatematik.com.my

Kupasan akan dibuat berdasarkan kaedah lazim yang digunakan oleh kebanyakan orang. Di akhir tulisan pula akan diterangkan bagaimana saya dan anak-anak saya mempraktikkan cara membuat CAMPUR agar ia lebih mudah.


Kaedah lazim yang digunakan umum :

Sejak dari kecil lagi, kita diajar menggunakan jari tangan yang jumlahnya 10 untuk mengira. Kadang-kadang jika jari tangan tak cukup maka jadi kaki juga digunakan.

Peringkat 1 :

Di sekolah tadika para pelajar menggunakan jari untuk membilang angka dan mengira. Contohnya, jika 3 campur 6 (3+6) maka mereka akan membilang jari dengan menyebut satu,dua,tiga dengan sebelah tangan. Untuk mencampurkan 6 angka lagi, maka ia akan meneruskan bilangan jari keempat bagi satu,dua sehingga penuh jari kelima. Seterusnya disambung dengan tangan yang sebelah lagi untuk tiga,empat,lima enam. Sesudah itu maka lengkaplah jawapannya 3+6=9.

Kita buat perbandingan bagi para pelajar di peringkat pra persekolah yang mengira dalam bahasa Melayu dengan bahasa Mandarin.

Bahasa Melayu
Bahasa Mandarin
Angka
Ejaan
Suku-kata
Angka
Ejaan
Suku-kata
1
2
3
1
2
3
4
5
6
Sa-tu
Du-a
Ti-ga
Sa-tu
Du-a
Ti-ga
Em-pat
Li-ma
E-nam
2
2
2
2
2
2
2
2
2
1
2
3
1
2
3
4
5
6

Yi
Er
San
Yi
Er
San
Si
Wu
Liu
1
1
1
1
1
1
1
1
1

Jumlah suku-kata
18
Jumlah suku-kata
9


Dari segi kepantasan untuk mendapatkan jawaban 9, para pelajar yang menggunakan bahasa Mandarin akan lebih cepat sekali ganda daripada yang menggunakan bahasa Melayu.

Lama-kelamaan, corak kepantasan ini akan sentiasa mengikut tahap umur dan operasi Matematik yang diberikan. Sebab itulah seperti yang saya katakan dalam siri 2 yang lalu, bahawa mereka yang mengira dalam bahasa Mandarin akan sentiasa lebih cepat pengiraannya.

Peringkat 2 :

Apabila tahap pemikiran dan ingatan menjadi lebih cerdik, maka teknik pengiraan campur juga semakin berubah. Para pelajar telah boleh mengingati 3 angka pertama yang sepatutnya dikira dengan jari “dipindahkan” ke otak. Seterusnya hanya membilang baki 6 angka dengan jari.

Ini bermakna, mereka telah tersedia 3 angka di kepala dan mencampurkan jari pertama sebagai 4, jari kedua sebagai 5 dan seterusnya menggunakan kesemua 6 jari untuk mendapatkan jumlah 9.

Peringkat 3 :

Apabila kita semakin cerdik, maka angka 3 dan angka 6 telah “dipindahkan” secara serentak ke dalam otak untuk dibuat pengiraan secara congak untuk mendapatkan jawaban 9. Inilah yang idealnya.

Namun demikian, kesemua kaedah ini hanya praktikal jika jumlah CAMPUR itu adalah sekitar 10. Jika jumlahnya melebihi 10, maka ramai yang terpaksa menulis di atas kertas atau menggunakan kakulator.

Apa pula jawaban bagi CAMPUR yang melibatkan jumlahnya melebihi 10. Contohnya 8 campur 7 (8+7=15).

Bagi kita yang berada di peringkat 1, mungkin akan menggunakan 8 jari tangan, tetapi untuk mencampur 7 lagi tentunya tidak cukup kerana kesemua jari tangan hanya ada 10 sahaja jumlahnya. Maka ada pula yang terpaksa mengira dengan “tambahan” jari kaki !!

Bagi mereka yang berada di peringkat 2 lebih cerdik, mereka menyimpan 8 di kepala, kemudian mengeluarkan 7 dari jari tangannya menjadikan jumlahnya 15.

Yang lebih cerdik akan membuat perhitungan 8 dan 7 yang “dihantar” secara serentak ke otak untuk membuat perkiraan yang akhirnya memberikan jawaban 15.

 
Apakah kaedah yang saya dan anak-anak saya gunakan ?

Sejak dari kecil, saya dan anak-anak (kerana kami kesemuanya bersekolah Cina) mengira dalam bahasa Mandarin. Sehinggakan apa jua normbor, hatta nombor kad pengenalan, nombor telefon juga diingati dalam bahasa Mandarin.

Dalam pengiraan ilmu Matematik, saya mempraktikkan cara yang tersendiri. Mungkin ianya boleh dijadikan panduan kepada anda.

Saya menggunakan sifir campur yang sentiasa berlegar-legar dalam ingatan. Ianya berasaskan campur yang mempunyai jumlah 10.

Campur dari kecil ke besar
Campur dari besar ke kecil
Keterangan
1+9=10
2+8=10
3+7=10
4+6=10
5+5=10
9+1=10
8+2=10
7+3=10
6+4=10
5+5=10
Contohnya, apabila kita ingatkan nombor 8, maka akan sentiasa ingatkan nombor 2. Kerana sama ada 8+2=10 ataupun 2+8=10.

Begitu juga dengan nombor 6, maka kita akan sentiasa ingatkan nombor 4 kerana 4+6=10 ataupun 6+4=10



Dari sifir di atas ini juga lahirlah sifir tolak dengan kaedah yang sama.

Tolak dari kecil ke besar
Keterangan
10-1=9
10-2=8
10-3=7
10-4=6
10-5=5
10-4=6
10-3=7
10-2=8
10-1=9
Contohnya, jika 10-3=7

Ia mempunyai dua pengertian :

Jumlah 7 adalah hasil daripada 10 tolak 3 iaitu (7=10-3)

Untuk mencukupkan 10, maka kita menggunakan 3+7 (10=3+7)

Maka jika sifir campur dan tolak ini yang dianggap paling mudah telahpun berada di kotak pemikiran kita, maka soalan untuk mencampur dan menolak akan menjadi lebih mudah



Selain daripada kita haruslah memahirkan tolak yang berasaskan sifir seperti berikut :

9-1=8
9-2=7
9-3=6
9-4=5
9-5=4
9-6=3
9-7=2
9-8=1
8-1=7
8-2=6
8-3=5
8-4=4
8-5=3
8-6=2
8-7=1


7-1=6
7-2=5
7-3=4
7-4=3
7-5=2
7-6=1
6-1=5
6-2=4
6-3=3
6-4=2
6-5=1
5-1=4
5-2=3
5-3=2
5-4=1
4-1=3
4-2=2
4-3=1
3-1=2
3-2=1

2-1=1


Ketiga-tiga jadual sifir di atas adalah amat mudah difahami dan diamalkan sejak dari kecil, maka ianya akan sentiasa berada di kepala kita apabila ia diperlukan.

Jadi bagaimana saya menggunakan kaedah ini untuk membuat campur 8+7=15 seperti soalan di atas ?

Daripada sifir campur, apabila berjumpa dengan angka 8, maka saya akan mengingati angka 2, kerana ia akan menggenapkan 8+2=10

Satu fakta yang harus difahami bahawa jika terdapat dua angka yang dicampurkan, maka jumlahnya adalah berada antara 2 hingga 18. Yang terkecil ialah 1+1=2 dan yang terbesar ialah 9+9=18.

Dalam soalan di atas, jika dicampurkan 8+7, maka jawabannya tertentulah berada dalam “belasan” yakni “10 + suatu angka”. Ia adalah sesuai jika kedua-dua angka ini lebih besar dari angka 5. Cara ini tidak akan menjadi jika salah satu angka atau kedua angka-angkanya lebih dari lima (5), seperti 5+4=9.

Jika 10 + 5 akan menjadi lima belas (15)

Jika 10 + 8 akan menjadi lapan belas (18)

Dalam ilmu Matematik, jumlah bagi kedua-dua belah persamaan iaitu bagi tanda “=” mestilah sama banyak.

Contohnya, jika kita mahukan jumlah 8 mencukupkan jadi 10, maka kita perlukan 2.

Yakni 8+2=10. Kita perlukan operasi campur (+) di sebelah “sini”. Ini kerana kita perlu “10 + suatu angka” menjadi “belasan”

Jika di sebelah “sini” dicampur, maka di sebelah “sana” kena tolak

Sebelah “sana” yakni 7 perlu ditolak 2 menjadi lima (5) iaitu 7-2=5

Maka angka 5 yang kita perlukan untuk dicampurkan dengan 10 iaitu 10+5=15.

Ini bersamaan 8+7=15 adalah sama dengan 10+5=15

Tentulah lebih mudah untuk mengira suatu angka yang dicampurkan dengan sepuluh (10)

Bagi contoh yang lain pula, jika dibuat pengiraan 9+8=17

Kita ingatkan angka 9 dengan 1, yakni 9+1=10. Maka angka satu (1) haruslah ditolak dari 8 (8-1=7).

Maka 10+7=17

Begitu juga dengan soalan 8+6=14

Yakni ingatkan 8 dan 2 (8+2=10), maka 6 haruslah ditolak 2 menjadi 4. Sebab itu jawabannya menjadi 14.

Daripada kaedah ini, saya dengan mudah dapat menyelesaikan masalah ilmu Matematik dengan pantas.

Kita tidak perlulah menggunakan jari seperti di peringkat 1 ataupun menggunakan peringkat 2 yang menggunakan sebahagian angka yang disimpan di kepala yang kemudiannya membilang dengan jari.

Adalah lebih praktikal menggunakan kaedah ini untuk kepantasan maksimum !


Ditulis oleh : Hisemudin Kasim
13.08.2014

Jika anda suka dengan artikel ini, sila berikan "Like". Ia akan tersimpan di Recent Activity Facebook anda. Ia amat berguna untuk rujukan kemudian hari


Perhatian ! Anda boleh SHARE artikel ini kepada rakan-rakan Facebook anda. Klik Send


Komen anda dalam Facebook atau Blog haruslah kemas dan bernas serta bertanggungjawab. Ulasan yang tidak menepati isu atau yang bersifat tidak sopan akan dipadamkan.