Penulis Blog ini, Hisemudin Kasim juga merupakan Pengarang Bahasa Mandarin. Menerbitkan DVD Asas Belajar Bahasa Mandarin

Klik sini http://www.ebookmandarin.com/ untuk mendapatkan keterangan lanjut
”smile”/
Terdapat 8 keping DVD
Dengan 80 bab pelajaran
Harga RM90.00

Thursday, July 24, 2014

Pintar Matematik Bersama Hisemudin : Siri 1 - Sejarah dan perkembangan ilmu Matematik


Saya berusaha untuk menjadikan ilmu Matematik sebagai satu subjek yang digemari oleh pelajar-pelajar sama ada yang di peringkat sekolah rendah maupun sekolah menengah. 

Oleh itu bermula dari siri 1 ini, saya akan menulis mengenai ilmu Matematik yang bermula dengan topik sejarah ilmu Matematik. 

Sebahagian daripada cara-cara yang akan saya gunakan dalam tulisan pembelajaran Matematik ini kemungkinan besar tidak sama dengan pendekatan yang diajar oleh guru-guru di sekolah.  Bagaimanapun ia lebih berbentuk "skil" tertentu yang mana telah saya praktikkan dalam mengajar anak-anak saya di rumah.

Ia juga mengambil kira latar-belakang saya yang mendapat pendidikan di sekolah Cina sejak dari peringkat tadika, sekolah rendah, menengah sehinggalah di peringkat universiti di Republic of China.

Sebagai mukadimah bagi siri 1 ini, saya akan membicarakan tentang sejarah dan perkembangan ilmu Matematik yang bermula dari tamaddun manusia di Babylon, Mesir, Greek, India, Arab, China dan sebagainya.

Ilmu Matematik Babylon

Sejarah ilmu Matematik terawal dikesan di Babylon yang dikenali sebagai Babylonian mathematics. Ini dengan terjumpanya artifek sejarah yang dikatakan bertarikh 1800 tahun Sebelum Masihi (SM) dikenali sebagai The Babylonian mathematical tablet Plimpton 322.

 Babylonian mathematics adalah merujuk kepada mana-mana ilmu Matematik bagi orang-orang Mesopotamia (Iraq sekarang) dari seawal orang Sumerian yang telah membina tamaddun Mesopotamia. 

Mereka telah mencipta sistem “metrology” sejak 3000 SM. Dari tahun 2500 SM mereka telah menulis mengenai “multiplication tables” di atas keratan tanah liat yang kemudiannya dibakar atau dikeraskan dengan cahaya matahari.

Mereka juga telah memperkenalkan “geometrical” dan penyelesaian mengenai “division”. Asas bagi sistem angka-angka Babylon juga dicipta pada masa ini. Ketinggian ilmu Matematik telah berjaya mencipta ilmu pecahan, algebra, quadratic dan cubic equations.  

Babylonian mathematics menggunakan sistem angka sexagesimal (base-60). Daripada itulah lahirlah di zaman moden ini penggunaan 60 saat dalam satu minit dan 60 minit dalam satu jam. Serta 360 darjah bagi satu bulatan iaitu 60x6 yang merupakan asas kepada kebanyakan ilmu geometri.

Dahulunya Babylon menjadi pusat pembelajaran ilmu Matematik. Kemudiannya di bawah Empayer Arab, Mesopotamia, terutamanya Baghdad, sekali lagi telah menjadi pusat bagi pembelajaran ilmu Matematik Islam.
 

< Klik > di sini untuk ke www.cikgumatematik.com.my


Ilmu Matematik Mesir

Ilmu Matematik Mesir menggunakan tulisan Mesir Kuno. Selepas itu Mesir berada dalam Empayar Islam dan akhirnya ilmu Matematik Mesir menjadi sebahagian daripada ilmu Matematik Islam yang menggunakan tulisan Arab.

 Antara cipta ilmu Matematik orang-orang Mesir ialah formula pengiraan keluasan, cara-cara mendarab, membahagi dan pecahan. Selain itu terdapat ilmu-ilmu bagi composite, prime numbers, arithmatic, geometric dan harmonic means.

Salah satu penemuan terpenting dalam ilmu Matematik Mesir ialah pengiraan isipadu frustum iaitu solid kon dan piramid. Mungkin inilah pengiraan yang digunakan oleh mereka bagi membina piramid-piramid di Mesir kuno.

Ilmu Matematik Greek

Ilmu Matematik Greek menggunakan bahasa Greek yang dianggarkan bermula dari 600 tahun SM sehingga 529 Masehi. Ianya lebih kompleks jika dibandingkan dengan beberapa ilmu Matematik yang terdahulu seperti ilmu Matematik Babylon dan Mesir kuno. Namun dikatakan ianya dipengaruhi oleh kedua-dua tamaddun tersebut.

Mengikut satu legenda, Pythagoras telah mengembara ke Mesir dan mempelajari ilmu Matematik, geometri dan astronomi daripada daripada orang-orang Mesir. Pythagoras telah mengenengahkan Pythagorean theorem. 




Manakala Archimedes pula telah menggunakan teknik “exhaustion” iaitu dengan memenuhkan sebuah bulatan dengan seberapa banyak polygon yang akhirnya menemukan pi (π). Kesimpulan daripada itu lahirlah formula bagi bulatan iaitu πr2



Nama Plato adalah sangat penting dalam sejarah ilmu Matematik di mana beliau telah mengajar ilmu Matematik serta penemuannya. Platonic Academy di Athen merupakan pusat bagi pembelajaran ilmu Matematik yang ulung pada abad ke 4 SM. Manakala Aristotle telah memberikan sumbangan yang besar terhadap penetapan asas-asas “logic”.

Sebenarnya orang-orang Greek telah begitu banyak mencipta formula-formula yang kita gunakan hari ini. Pada abad ke 3 SM dikatakan sebagai tahun keemasan bagi ilmu Matematik Greek. Salah satu penemuan mereka ialah teori trigonometry. Kemudiannya diikuti oleh algebra.


Ilmu Matematik China

Permulaan ilmu Matematik China adalah berbeza dengan lain-lain tamaddun kerana ia dianggap berkembang secara sendirian. Ianya dikatakan bermula dari 1200 SM.

Orang-orang China telah mencipta sistem nombor titik perpuluhan yang dinamakan sebagai “rod numerals”. Ketika itu dianggap begitu maju bagi beberapa abad sebelum digantikan oleh sistem nombor dari India. Ianya mendorong bagi penciptaan sempua Cina atau suan pan.





Kemudiannya orang-orang China juga telah memahirkan penciptaan beberapa teknik pengiraan yang merangkumi pelbagai aspek.

Ilmu Matematik India

Tamaddun India bermula di Lembangan Indus pada sekitar 2600 – 1900 tahun SM. Namun tidak diketahui bilakah permulaan dan perkembangan ilmu Matematik di India. 

 Bagaimanapun ianya dikatakan mendapat pengaruh daripada Babylonian mathematical. Selepas perkembangan ilmu Matematik Islam, maka kombinasi antara Matematik Arab Islam dan Hindu maka terbentuklah sistem nombor yang lebih maju.

Ilmu Matematik Islam

Empayar Islam telah berkembang melewati Parsi, Timur Tengah, Asia Tengah, Afrika Utara dan sebahagian India pada abad yang ke 8 dan telah memberikan sumbangan yang besar terhadap ilmu Matematik.

Para ahli Matematik Islam telah menulis banyak buku-buku mengenai Matematik. Mereka juga telah menyumbangkan penggunaan titik perpuluhan ke dalam sistem nombor-nombor Arab. Perkembangan moden trigonometric function, algebraic geometry dan sebagainya merupakan sebahagian daripada sumbangan yang besar terhadap ilmu Matematik moden.

Kini apa yang kita gunakan dalam ilmu Matematik hari ini adalah penemuan dan penciptaan daripada ahli-ahli Matematik yang kebanyakaan terdiri daripada mereka yang bukan sahaja sebagai ahli matematik, bahkan juga ahli astronomi, fizik dan sebagainya.


Ditulis oleh : Hisemudin Kasim
24.07.2014

Jika anda suka dengan artikel ini, sila berikan "Like". Ia akan tersimpan di Recent Activity Facebook anda. Ia amat berguna untuk rujukan kemudian hari


Perhatian ! Anda boleh SHARE artikel ini kepada rakan-rakan Facebook anda. Klik Send


Komen anda dalam Facebook atau Blog haruslah kemas dan bernas serta bertanggungjawab. Ulasan yang tidak menepati isu atau yang bersifat tidak sopan akan dipadamkan.


Post a Comment