Penulis Blog ini, Hisemudin Kasim juga merupakan Pengarang Bahasa Mandarin. Menerbitkan DVD Asas Belajar Bahasa Mandarin

Klik sini http://www.ebookmandarin.com/ untuk mendapatkan keterangan lanjut
”smile”/
Terdapat 8 keping DVD
Dengan 80 bab pelajaran
Harga RM90.00

Tuesday, July 8, 2014

Pelancaran DVD versi bahasa Inggeris-Mandarin



Hari ini 8hb Julai 2014, dilancarkan DVD versi bahasa Inggeris-Mandarin yang mengandungi 8 keping DVD serta 80 bab pelajaran. 

Pelancaran ini adalah bertepatan dengan hasrat untuk memberikan pengetahuan asas bahasa Mandarin dengan medium bahasa Inggeris kepada rakyat Malaysia dan di seluruh dunia amnya.

Kini bahasa Mandarin dituturkan bukan sahaja oleh lebih 1 bilion penduduk Negara China bahkan oleh orang-orang Cina di Asia Tenggara khususnya dan di beberapa negara lain. Kini bahasa Mandarin juga dipelajari oleh pelbagai bangsa di dunia kerana kepentingannya terutama dalam bidang ekonomi.

Seperti di Malaysia, bahasa Mandarin selain daripada menjadi bahasa pengantar di SJK Cina, ia juga diajar di pusat-pusat pengajian tinggi sebagai subjek pilihan. Di pihak kerajaan juga menggalakkan penutur bukan Cina untuk mempelarinya. 

Bahkan di sesetengah ajensi ataupun firma-firma swasta akan memberikan keutamaan kepada mereka yang boleh bertutur dalam bahasa Mandarin sebagai tambahan kepada penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Walaupun terdapat beberapa buku-buku rujukan di pasaran yang mengajar bahasa Mandarin, tetapi ia agak sukar difahami oleh ramai orang lantaran bahasa Mandarin tidak boleh dieja dengan sistem ejaan Rumi  seperti bahasa Melayu dan Inggeris. 

Walaupun bahasa Mandarin kini telah diajar dalam sistem Rumi Cina atau Romanization Chinese yang dipanggil sebagai Hanyu Pinyin, tetapi ia mempunyai sebutan yang berbeza. Oleh itu pendekatan yang diambil ialah dengan bantuan alat pandang dengar di mana anda boleh belajar sistem penyebutan seolah-olah anda berada di dalam kelas.

Dengan adanya DVD ini, maka para pendengar akan dapat mempelajari bahasa Mandarin dari peringkat asas. Untuk mendapatkan sebutan yang betul dalam bahasa Mandarin memerlukan anda mendengarnya berulang-ulang kali.   

DVD versi bahasa Inggeris-Mandarin ini telah disusun begitu rapi dengan menggunakan ayat-ayat yang mudah difahami. Oleh itu ia amat sesuai untuk semua golongan.

Kandungan DVD ini

Ia mengandungi 8 keping DVD yang puratanya terdapat antara 100 – 110 minit bagi setiap DVD. Keseluruhannya ada 80 buah bab yang dihuraikan seperti di bawah :

Terdapat 3 bab di awal-awal memberikan penerangan tentang sejarah dan evolusi tulisan Cina sejak dari 4000 tahun yang lalu.  Dalam salah satu bab seperti di bawah ini, saya menggunakan teknik animasi 3D bagi menerangkan bagaimana asal-usul terciptanya tulisan Cina.



Sesungguhnya Google Translate adalah merupakan rakan yang amat penting bagi anda yang baru berjinak-jinak dengan pembelajaran bahasa Mandarin. Dalam salah satu bab terdapat cara-cara menggunakan Google Translate dengan cara yang betul bagi mendapatkan penterjemahan dari bahasa Melayu atau Inggeris ke bahasa Mandarin. 

Sistem pengejaan Rumi Cina atau Romanization Chinese yang disebut sebagai Hanyu Pinyin menjadi elemen terpenting dalam DVD ini. Ia terkandung dalam 11 bab yang membolehkan anda mempelajarinya dari peringkat asas. Jika anda dapat mempelajarinya dengan betul, anda sudah boleh membaca teks dalam Rumi Cina. 



Terdapat 5 bab yang memberi pelajaran mengenai tatabahasa dalam penggunaan bahasa Mandarin. Ini termasuklah bagaimana untuk menyusun ayat-ayat. 


Perkara-perkara asas dalam kehidupan seharian dan kosa kata yang sering digunakan dimuatkan dalam bab 29 sehingga bab 52. 

Bab-bab berkenaan dengan bagaimana menulis huruf-huruf Cina terdapat dalam 5 buah bab.



Dari bab 58 sehingga ke bab 80 adalah perbualan harian. Di mana dalam setiap bab akan didahulukan dengan kosa kata kunci. Kemudiannya ianya diikuti oleh bab-bab perbualan di mana dalam setiap ayat terdapat 4 barisan, iaitu barisan pertama ditulis dalam tulisan Cina, barisan kedua ialah dalam Rumi Cina, barisan ketiga ialah terjemahan dari huruf ke huruf. Manakala barisan ke 4 ialah terjemahan penuh dalam bahasa Inggeris.



Kesemua DVD versi bahasa Inggeris-Mandarin ini dimuatkan dalam sebuah kotak yang kompak. Ia bagi memudahkan untuk dibawa ke mana-mana. Penghantaran ke seluruh Malaysia dibuat dengan Pos laju. Jika anda memesan dari luar negara, sila hubungi saya terlebih dahulu. 

Serentak dengan pelancaran DVD ini, ianya boleh diperolehi terus dari saya melalui online. Di samping itu ia akan dipasarkan melalui kedai-kedai buku di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor serta kedai-kedai buku universiti tertentu.

Penyusunan DVD ini telah mengambil masa selama 6 bulan untuk disiapkan termasuk membuat kajian, menulis teks, membuat terjemahan, ilustrasi grafik termasuk animasi, pembikinan video dan proses memasukkan suara. 

Agar lebih ramai pembaca dapat memilikinya, maka harga ditawarkan adalah amat rendah sekali berbanding dengan nilai yang sepatutnya anda bayar. 

Demi kecintaan terhadap ilmu, anda ditawarkan serendah RM120 untuk 8 keping DVD itu ? Ia juga bagi membolehkan golongan siswa di kolej dan universiti untuk memperolehinya.


Bukan itu sahaja, anda yang menempah untuk memiliki set DVD ini sehingga sebelum Hari Raya Aidil Fitri akan ditawarkan dengan harga RM80 sahaja. Selepas Hari Raya Aidil Fitri, harganya akan dinaikkan kembali ke RM120.

Harga istimewa yang ditawarkan ini hanya melalui pembelian secara dalam talian sahaja. Jika anda membelinya dari kedai-kedai buku, harganya tetap RM120.



Ditulis oleh : Hisemudin Kasim
08.07.2014





Jika anda suka dengan artikel ini, sila berikan "Like". Ia akan tersimpan di Recent Activity Facebook anda. Ia amat berguna untuk rujukan kemudian hari


Perhatian ! Anda boleh SHARE artikel ini kepada rakan-rakan Facebook anda. Klik Send


Komen anda dalam Facebook atau Blog haruslah kemas dan bernas serta bertanggungjawab. Ulasan yang tidak menepati isu atau yang bersifat tidak sopan akan dipadamkan.


Post a Comment