Penulis Blog ini, Hisemudin Kasim juga merupakan Pengarang Bahasa Mandarin. Menerbitkan DVD Asas Belajar Bahasa Mandarin

Klik sini http://www.ebookmandarin.com/ untuk mendapatkan keterangan lanjut
”smile”/
Terdapat 8 keping DVD
Dengan 80 bab pelajaran
Harga RM90.00

Wednesday, January 1, 2014

Pelancaran Rasmi E-Book Mandarin Pada 01.01.2014

Pelancaran tidak rasmi e-book Mandarin telah dilakukan pada 27.12.2013. Tetapi secara rasminya ia dihebahkan kepada umum pada Tahun Baru 01.01.2014. 

Kelahiran e-book Mandarin ini adalah sebagai hadiah sambutan Tahun Baru 2014 yang bakal menyaksikan tahun yang amat cemerlang.

Dalam penyediaan e-book Mandarin ini, ia telah dilakukan selama empat bulan. Ini termasuklah kerja-kerja kajian dan penyediaan teks dalam bahasa Melayu, terjemahan ke dalam bahasa Mandarin dan juga sebutan Romanise Hanyu Pinyin. Oleh yang demikian, e-book Mandarin ini adalah yang pertama di terbitkan di Malaysia bahkan di dunia dengan penggunaan  sepenuhnya dalam bahasa Melayu.



Video mengenai sedutan E-book Mandarin yang kini berada di pasaran



Sila KLIK SINI untuk ke laman web E-book Mandarin



Penyediaan ilustrasi juga dilakukan serentak. Kemudian proses memasukkan audio agar para pembaca dapat mendengar sebutan serta mengikut cara penyebutannya. Di peringkat akhir ialah kerja-kerja membuat animasi untuk video yang telah diupload ke Youtube. Ia merupakan sebuah sketsa asal-usul tulisan Cina kira-kira 3,000 tahun yang lalu dengan watak yang dibuat dalam bentuk 3D. Sehinggalah ke peringkat penyediaan kerangka sistem website untuk e-book ini saya dilakukan secara sendirian.  Oleh itu ia merupakan satu usaha yang amat getir tetapi berjaya menghasilkan sebuah e-book Mandarin untuk tatapan anda.  

E-book Mandarin ini adalah merupakan sebuah multimedia ebook. Konsepnya tidak sama dengan e-book lain yang terdapat di pasaran. Kebiasaan e-book, pembaca perlu download keseluruhan sesebuah e-book dan membacanya sama ada dicetak atau disimpan di dalam CPU. 

Tetapi e-book Mandarin ini adalah berbentuk sesawang (website) yang memerlukan pembaca sentiasa berada di sisi internet. Kerana ia menggabungkan teks, ilustrasi, audio dan video yang tersimpan di dalam server yang berlainan.





Sila <KLIK SINI> untuk keterangan lanjut


Ini dilakukan dengan mengambilkira ledakan ICT dan multimedia. Oleh kerana hampir setiap orang mempunyai pelbagai jenis alat komunikasi sama ada komputer atau laptop yang disambungkan dengan internet, kita juga mempunyai telefon pintar serta pelbagai jenis gajet terutamanya tablet.

Tahap pendengaran yang telah dibuat semasa memasukkan audio ialah agar pembaca menggunakan earphone atau headphone. Oleh itu anda dinasihatkan mempunyai peralatan tersebut semasa menggunakan e-book ini.

Dengan yang demikian anda boleh membaca e-book Mandarin ini di mana-mana jua dan bila-bila masa sahaja. Ia adalah satu teknik pembelajaran masa kini yang lebih efisien dan tidak bergantung kepada kelapangan waktu. Tambahan pula ia telah diintergrasikan dengan audio dan video.

E-book Mandarin ini telah diprogramkan dengan sekuriti log in dan log out seperti kita menggunakan Facebook. Namun demikian, e-book Mandarin ini mempunyai kelebihan yang mana pengguna boleh berkongsi satu Username dan Password untuk satu keluarga. Namun demikian, ia hanya boleh diakses oleh seorang pengguna sahaja dalam sesuatu masa. Tidak boleh dalam masa yang sama terdapat lebih dari satu pengguna.


Bagaimana membuat langganan dan keahlian ?

E-book Mandarin ini menggunakan kaedah keahlian. Setiap ahli perlu membuat langganan yang ditetapkan selama tiga tahun. Pembayaran bagi keahlian ialah sebanyak RM50. Ini bermakna, setiap ahli hanya membayar 5 sen sahaja sehari tetapi boleh mengakses 24 jam sehari selama 365 hari x 3 tahun = 1095 hari. Malah boleh dikongsi oleh seluruh anggota keluarga. Apakah ini tidak berbaloi ?

Pembayaran boleh dilakukan dengan cara Online melalui MayBank2U.com dan CIMBClick.

Pembayaran melalui Paypal walaupun belum diletakkan ikon pembayaran Paypal dalam e-book, tetapi anda boleh membayar melalui email megathisemudin@yahoo.com atas nama Megat Hisemudin Megat Kasim

Bagi para pembaca di Indonesia, saya akan berusaha membuka akaun di bank-bank Indonesia yang mempunyai cawangan di Malaysia.


Siapa yang harus memiliki e-book Mandarin ini ?

E-book Mandarin lebih difokuskan kepada beberapa kumpulan sasar :
  • Kaki-tangan kerajaan dan swasta yang menghendaki mereka bercakap dalam bahasa Mandarin dalam tugasan mereka.
  • Orang awam yang ingin mempelajari bahasa Mandarin untuk kegiatan harian dan bersosial.
  •  Pelajar-pelajar di IPT yang mengambil sabjek bahasa Mandarin sebagai sabjek pilihan.
  • Pelajar-pelajar bukan Cina di sekolah rendah Cina bagi tahun 1,2 dan 3.
  • Pembaca berketurunan Cina terutamanya di Indonesia yang tidak berpeluang mempelajari bahasa Mandarin dalam sistem pendidikan mereka. 


Dengan menjadi ahli kepada e-book Mandarin ini, apa faedah yang anda dapat ?

Anda disajikan dengan 40 buah bab yang merangkumi pelbagai tajuk. Ia meliputi sejarah tulisan Cina, cara-cara penyebutan dalam sebutan Romanise Hanyu Pinyin. Tatabahasa dalam bahasa Mandarin, contoh-contoh ayat dalam bahasa Mandarin yang mempunyai terjemahan dalam bahasa Melayu. Ia disertakan dengan audio dan visual yang berbentuk video bagi bab-bab tertentu.

Setiap ahli yang membayar RM50 secara automatik menjadi ahli Kelab Bahasa Mandarin bagi e-book ini. Anda berpeluang berinteraksi dengan Pengarang melalui email terhadap pembelajaran bahasa Mandarin.



Apakah dengan e-book Mandarin ini anda boleh terus bertutur bahasa Mandarin ?

Sesungguhnya e-book Mandarin ini adalah asas yang kukuh bagi anda untuk terus mempelajari bahasa Mandarin. Maka dengan yang demikian, kini saya sedang merancang untuk menerbitkan siri ke 2 e-book Mandarin yang bakal menemui anda beberapa bulan akan datang.

E-book Mandarin siri ke 2 akan memfokuskan kepada dialog-dialog sebenar yang dipertuturkan dalam kehidupan seharian. Ia lebih menitik-beratkan penggunaan audio dan visual yang mana anda berpeluang untuk mendengar serta mengikuti setiap tutur-kata yang diucapkan. Tentunya ia lebih menarik dan anda lebih cepat untuk menguasai bahasa Mandarin.






Ikutilah sketsa asal-usul tulisan Cina






Jika anda suka dengan artikel ini, sila berikan "Like". Ia akan tersimpan di Recent Activity Facebook anda. Ia amat berguna untuk rujukan kemudian hari


Perhatian ! Anda boleh SHARE artikel ini kepada rakan-rakan Facebook anda. Klik Send


Komen anda dalam Facebook atau Blog haruslah kemas dan bernas serta bertanggungjawab. Ulasan yang tidak menepati isu atau yang bersifat tidak sopan akan dipadamkan.

Post a Comment