Penulis Blog ini, Hisemudin Kasim juga merupakan Pengarang Bahasa Mandarin. Menerbitkan DVD Asas Belajar Bahasa Mandarin

Klik sini http://www.ebookmandarin.com/ untuk mendapatkan keterangan lanjut
”smile”/
Terdapat 8 keping DVD
Dengan 80 bab pelajaran
Harga RM90.00

Wednesday, December 31, 2014

Kesan penurunan harga minyak dunia terhadap ekonomi mikro & makro Malaysia


Esok, 1hb Januari 2015, kita akan melangkah ke tahun baru. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh menteri hari ini bahawa harga minyak di pasaran Malaysia akan turun lagi. Harga baru mencecah sehingga RM1.91 bagi RON95 dan RM2.11  bagi RON97  penjualan bulan Januari.

Kini setelah harga minyak berada di bawah paras subsidi seperti sebelumnya maka kerajaan telah mengambil langkah untuk menarik balik subsidi dan membiarkan harga minyak ditentukan oleh pasaran. Namun ia tertakluk kepada satu mekanisma yang dikawal berdasarkan purata harga minyak dunia dalam setiap bulan. Oleh itu harga minyak akan berubah-ubah setiap bulan.

Kerajaan juga berjanji jika harga minyak kembali melambung tinggi, kerajaan akan mencari satu penyelesaian lain yang mungkin menyerupai subsidi sebelumnya ataupun dengan kaedah yang lain. Ini memandangkan kaedah subsidi sebelum ini telah mengundang penjualan secara haram dan penyeludupan minyak terutamanya diesel ke sempadan ataupun kepada kapal-kapal dagang yang berlabuh di tengah laut.
 
Penurunan harga minyak dunia secara mendadak telah mencorakkan ekonomi dunia dalam keadaan kelam-kabut. Beberapa kuasa besar telahpun terasa kesan daripada penurunan ini, terutamanya Russia.

Russia adalah salah satu pengeluar minyak utama dunia. Malah hasil pendapatan utamanya adalah dari penjualan minyak. Dengan kejatuhan harga minyak menyebabkan ekonomi Russia semakin merudum dengan matawang Rubble jatuh 22%. Ini kerana penggunaan Dollar Amerika dalam perdagangan minyak tidak masuk ke kantung Russia yang menyebabkannya kekurangan Dollar dalam pegangannya. Secara ironinya nilai matawang Rubble Russia telah menyusut.

Daripada sumber-sumber tertentu mengatakan bahawa ia sebenarnya adalah perancangan barat terutamanya Amerika Syarikat yang mahu meruntuhkan ekonomi Russia dengan cara yang sedemikian. Ini kerana kedegilan Russia yang membantu pemberontak pro-Russia di Ukraine tetapi kerajaan Ukraine disokong oleh barat terutamanya Amerika Syarikat.

Setelah beberapa kali Presiden Russia, Vladimir Putin di”ancam” dalam beberapa persidangan besar kuasa-kuasa dunia dan memaksa Russia keluar dari bumi Ukraine. Namun Russia tetap degil.

Maka jalan terakhir ialah dengan melumpuhkan ekonomi Russia melalui penurunan harga minyak. Cara ini mungkin membuatkan Russia berfikir untuk mengendurkan ketegangan. Malah telah nampak hasilnya di mana pihak Russia akan mengadakan sidang perundingan dengan pihak barat dalam masa terdekat.

Sebelum ini Amerika Syarikat telah meningkatkan pengeluaran stok minyaknya serta Arab Saudi menambah kuota minyak di pasaran. Maka terjadi lambakan stok minyak yang berlebihan.

Selain itu permintaan minyak dunia juga semakin lembab lantaran kegawatan ekonomi Jepun. Secara purata pertumbuhan ekonomi dunia adalah agak perlahan di tahun 2014. Ini menyebabkan guna tenaga yang bersumberkan minyak semakin berkurangan. Dengan kemajuan teknologi terkini yang menjimatkan tenaga, peralihan sumber alternatif untuk tenaga diperbaharui seperti penggunaan solar semakin meluas.

Menggunakan minyak sebagai senjata sebenarnya adalah salah satu permainan oleh kuasa-kuasa besar maupun blok kartel yang menguasai pengeluran minyak dunia. Senjata minyak telah acap kali digunakan untuk menguasai ekonomi serta memaksa sesebuah negara tunduk kepada kehendak satu-satu pihak.

Dahulunya pengeluaran minyak dunia dikuasai oleh Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroluem (OPEC). Di mana anggota OPEC banyak terdiri daripada negara-negara Arab serta Iran.

Dalam tahun 1973-1974  berlaku peperangan Yom Kippur antara negara-negara Arab dengan Israel di mana negara-negara Arab telah menggunakan senjata minyak untuk melumpuhkan ekonomi negara-negara yang menyokong Israel. Tetapi kesannya adalah seluruh dunia merasainya.

Manakala dalam tahun 1978-1979 merupakan era Revolusi Iran di mana Iran telah membatalkan kontrak minyak dengan Amerika Syarikat. Seterusnya Perang Iran-Iraq dalam tahun 1980an telah lebih memburukkan keadaan. Eksport minyak dari rantau teluk semakin perlahan. Ia juga menyebabkan permintaan minyak semakin menurun lantaran ekonomi dunia juga bergerak perlahan. Harga minyak kembali merudum.

Namun harga minyak kembali naik selepas kejadian 11 September dan kebimbangan serangan ke atas Iran serta kestabilan rantau teluk. Akhirnya harga minyak mencanak naik pada pertengahn tahun 2000, ini adalah kerana pertumbuhan yang sangat positif bagi negara-negara di Asia khususnya China, India dan Asia Tenggara. Dalam masa yang sama negara-negara teluk khususnya Arab Saudi mengurangkan stok pengeluaran.

Namun ia terencat dengan kegawatan kewangan global dalam tahun 2007-2008 dan menyebabkan harga minyak kembali merudum. Kejadian Arab Spring serta pergolakan politik di Libya khususnya yang menjadi salah sebuah negara pengeluar minyak utama dunia telah menyebabkan harga minyak melonjak dari tahun 2011 sehinggalah tahun 2014.

Setelah rantau teluk tidak menjadi ancaman kepada pengeluaran minyak dunia, maka harga minyak telah merudum dan kini ia telah memasuki satu fasa “pembetulan harga”. Kini harga minyak lebih realistik berdasarkan permintaan. Selain daripada itu, stok pengeluaran minyak dunia tidak lagi ditentukan oleh segelintir negara-negara OPEC, tetapi oleh pengeluar minyak bukan dari OPEC.

Kecuali ada sesuatu kejadian yang luar biasa, maka harga minyak diramalkan akan stabil pada paras sekarang sekurang-kurangnya dalam masa dua tahun ini.

Oleh itu kita di Malaysia boleh berangan-angan akan menikmati harga minyak yang murah dalam beberapa tahun akan datang.

Setelah penurunan harga minyak di pasaran dunia, apakah kesannya terhadap ekonomi mikro dan ekonomi makro Malaysia dalam jarak sederhana.

Dalam istilah yang mudah difahami, ekonomi mikro ialah ekonomi keluarga iaitu yang “direct” dengan kepenggunaan kita seharian. Walaupun dalam konteks yang lebih luas ianya merangkumi banyak aspek. Namun ia adalah yang paling rapat dengan kehidupan kita seharian.

Manakala ekonomi makro adalah ekonomi yang dijanakan oleh negara melalui pelbagai sumber. Ia lebih luas dan pentafsirannya lebih lengkap termasuklah percukaian, eksport, import, kewangan dan sebagainya.

Dalam konteks ekonomi keluarga atau komuniti, penurunan harga minyak banyak memberikan kebaikan kepada kebanyakan rakyat. Apatah lagi kini sebahagian rakyat Malaysia masih trauma dengan pelbagai musibah yang melanda negara sejak akhir-akhir ini. Maka kuasa beli di kalangan rakyat ketika ini lebih tertumpu kepada “beli barangan Malaysia”.

Walaupun harga-harga barang tidak banyak dipengaruhi oleh penurunan harga minyak secara mendadak (sebaliknya jika minyak naik hari ini, esok lusa akan kedengaran harga barang naik !), tetapi ia amat terkesan kepada mereka yang menggunakan kenderaan.

Dahulunya kita membayar RM2.30 untuk seliter minyak petrol RON95 manakala RON97 ditakrif kan sebagai “minyak orang kaya”. Tetapi setelah harga minyak diturunkan baru-baru ini, maka tiba-tiba minyak petrol RON97 menjadi rebutan sehingga banyak stesyen minyak yang kehabisan stok !

Rakyat Malaysia dapat menikmati minyak yang lebih berkualiti dengan harga yang lebih murah. Apakah dengan penurunan selepas 1hh Januari 2015 nanti, akan berlaku lagi “gawat” dengan kehabisan stok bagi RON97 ?

Sudah tentu bukan sahaja menjimatkan poket malah menikmatian batuan (KM) yang lebih panjang dengan penjimatan itu. Secara tidak langsung penjimatan wang yang sepatutnya digunakan untuk membayar petrol boleh disalurkan ke lain-lain perbelanjaan.

Apa yang terjadi kepada ekonomi makro setelah kejatuhan harga minyak di pasaran dunia ?

Ekonomi dunia telah menyaksikan keadaan kelam-kabut. Beberapa negara telah mengalami perubahan pertumbuhan dan kejatuhan harga-harga saham.

Seperti di Malaysia, kejatuhan harga minyak telah menyebabkan penurunan mendadak indeks Bursa Saham Kuala Lumpur (KLSE). Nilai matawang negara telah jatuh kepada sekitar RM3.45 – RM3.49 bagi USD1.00. Ia adalah kejatuhan paling tinggi dalam 5 tahun ini. Penyusutan ini amat ketara dalam imbangan pembayaran luar Malaysia. Secara tidak langsung menurunkan rezab matawang asing di Bank Negara.

Malaysia bukanlah pengeluar minyak yang besar, kita hanya mengeluarkan kira-kira 800,000 tong minyak bersih sehari. Namun ia memberikan sumbangan yang amat besar kepada perbendaharaan negara melalui premium dan sumbangan oleh Petronas kepada negara setiap tahun. Melalui kenyataan Petronas baru-baru ini, bahawa ia hanya mampu menyumbangkan sekitar RM25 billion berbanding sekitar RM33 billion pada tahun-tahun sebelumnya.

Dengan penyusutan ini, maka pendapatan negara bagi unjuran tahun 2015 akan berkurangan. Maka kerajaan terpaksa mencari alternatif lain bagi menampung kekurangan itu.  Ditambah lagi dengan perbelanjaan pembangunan luar jangka terutamanya bagi membaiki infrastruktur dan kemudahan yang rosak oleh kejadian banjir besar di beberapa negeri khususnya di Pantai Timur Semenanjung.

Bagaimanapun kejatuhan nilai Ringgit berbanding Dollar Amerika juga memberi rahmat kepada negara. Ia akan meningkatkan eksport negara. Ini kerana negara luar dapat membeli barang-barang Malaysia dengan harga yang lebih murah dan kompetatif. Khususnya eksport minyak sawit, peralatan letrik dana eletronik  serta bahan-bahan komoditi Malaysia.

Cuma imbangan eksport dan import mungkin terencat kerana kita terpaksa berbelanja lebih jika ingin membeli barangan import. Sebab itulah kita galakkan “beli barang Malaysia”. Serta kurangkan perbelanjaan di luar negara bagi mengurangkan pengaliran Ringgit.

Sebaliknya kita menggalakan sektor pelancungan, kini ia adalah salah satu sumber utama bagi negara. Para pelancung akan berbelanja lebih kerana mereka akan memperolehi lebih 10% nilai tukaran wang berbanding beberapa bulan yang lepas. Ia sesungguhnya akan lebih memberi kebaikan kepada industri perhotelan, pengangkutan dan tempat-tempat pelancungan. 

Penulis Blog ini, Hisemudin Kasim juga merupakan Pengarang Bahasa Mandarin.
Menerbitkan DVD Asas Belajar Bahasa Mandarin

Klik sini http://www.ebookmandarin.com/ untuk mendapatkan keterangan lanjut
Terdapat 8 keping DVD
Dengan 80 bab pelajaran
Harga RM90.00


Bagi perancangan kerajaan pula, strategi kerajaan dengan pembentangan bajet setiap tahun yang dikatakan bajet berimbang telah memberikan neraca yang sama kepada kerajaan dan rakyat. Ini bermakna ekonomi mikro rakyat bertambah, manakala ekonomi makro kerajaan juga semakin sihat.

Kita tidak boleh terlalu manjakan rakyat dengan ekonomi mikro yang populis sehingga menggugat kestabilan ekonomi negara. Keadaan ini boleh dilihat dengan penarikan balik beberapa subsidi kerajaan dalam setahun dua yang lepas. Seperti penarikan subsidi gula dalam bajet tahun 2014 yang lalu (pembentangan di tahun 2013). Ini bagi memberikan kerajaan satu “kesihatan” dalam “pengagihan semula” wang rakyat.

Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sesungguhnya adalah satu mekanisma untuk menggerakkan ekonomi dalam negara bagi ekonomi mikro. Ia diharapkan akan membuat aliran tunai wang berada dalam pasaran yang “cair”.  Semakin banyak kecairan tunai di pasaran bermakna sektor perniagaan semakin rancak.

Dalam struktur ekonomi dan kewangan melihat setiap Ringgit yang disalurkan ke pasaran akan membuat 5 pusingan. Ini bermakna setiap RM950 yang akan dibayar oleh kerajaan dalam BR1M 2015 4.0 nanti bagi setiap penerima, ia sesungguh akan menjana RM950 x 5 =RM3,800 faedah kepada masyarakat.

Oleh itu kerajaan tidak pernah berasa rugi jika pemberian BR1M diagihkan setiap tahun, kerana ia akhirnya bukan sahaja meningkatkan ekonomi mikro tetapi juga menyumbang kepada ekonomi makno keseluruhannya.

Berdasarkan unjuran pertumbuhan ekonomi negara yang bergerak pada kadar 5.5% seperti yang diumumkan oleh Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) yang diumumkan sebelum kejadian kejatuhan harga minyak dan penyusutan nilai Ringgit berbanding Dollar Amerika.

Namun kita masih lagi konservatif jika pertumbuhan itu berada dalam lingkungan 4% - 5% pun sudah memadai. Kita tidak terlalu optimistik untuk mencapai melebihi  sehingga 6% - 7% pula kerana ia akan mengundang inflasi.

Harapan kita dengan kelahiran tahun baru 2015 nanti dan perlaksanaan GST akan memberikan kelebihan kepada kerajaan dalam perolehan perbendaharaannya. Walaupun mungkin di peringkat awal akan berlaku sedikit suasana kelam-kabut ekoran satu sistem yang baru, tetapi ia akan memberikan kebaikan untuk jangka masa yang panjang. Masakan negara-negara luar yang kini berjumlah 160 buah telahpun melaksanakan GST boleh berjaya, apakah Malaysia tidak boleh ?!


SELAMAT TAHUN BARU 2015


Ditulis oleh : Hisemudin Kasim
31.12.2014

Jika anda suka dengan artikel ini, sila berikan "Like". Ia akan tersimpan di Recent Activity Facebook anda. Ia amat berguna untuk rujukan kemudian hari


Perhatian ! Anda boleh SHARE artikel ini kepada rakan-rakan Facebook anda. Klik Send


Komen anda dalam Facebook atau Blog haruslah kemas dan bernas serta bertanggungjawab. Ulasan yang tidak menepati isu atau yang bersifat tidak sopan akan dipadamkan.


Wednesday, October 22, 2014

Puting beliung melanda Malaysia : penjelasan dari sudut sains dan meteorologi


Gempar Malaysia dilanda puting beliung !

Pada 14hb Oktober yang lalu, kita digemparkan dengan kejadian puting beliung kecil di Pendang, Kedah. Diikuti oleh kejadian yang sama di Bintulu, Sarawak pada 18hb. Dalam saat-saat kegembiraan penganut Hindu yang akan menyambut Deepavali, satu kejadian puting beliung kecil terjadi di Pandamaran, Kelang pada 21hb Oktober.

Sudah lengkap “1Malaysia” terjadinya puting beliung. 

Perhatian Berita terbaru 15/11/2014. 


Kedah dilanda puting beliung sekali lagi. Sila lihat video ini.


Dalam artikel kali ini, saya akan mengupas isu puting beliung dari sudut ilmu sains fizik dan meteorologi. Sudah tentunya kejadian puting beliung di Amerika Syarikat dijadikan topik asas perbincangan kerana kejadian puting beliung di sana adalah satu fenonema alam yang berlaku beberapa kali dalam setahun. Malah ia menjadi lumrah di Amerika Syarikat.

Para ahli sains banyak mengetahui tentang aspek-aspek dan ramalan mengenai ribut taufan. Tetapi kejadian puting beliung masih belum lagi terungkai sepenuhnya. 

Sebenarnya antara ribut taufan khususnya ribut taufan tropika dengan puting beliung adalah fenomena yang berlainan. 

Malah apabila berlaku puting beliung, para ahli sains akan berkejar ke tempat kejadian dengan peralatan seperti radar dan sebagainya. Ia bertujuan untuk mengumpulkan data-data bagi kajian seterusnya.  

Kejadian puting beliung di Amerika Syarikat sering dipaparkan dalam filem dokumentari National Geographic.

Kesamaan antara kedua-dua ribut taufan dengan puting beliung ialah mempunyai corong (atau tiub) angin kencang dan ribut angin kencang. Tetapi ribut taufan mempunyai satu "mata" yang menjadi pusat putarannya.

Dari segi terma dan perubahan di atmosfera, ribut taufan khususnya taufan tropika adalah satu sistem cuaca yang pasti akan berlaku dan berulang-ulang mengikut “path” ataupun “laluannya”.  Ia akan memberi kemusnahan yang dahsyat di kawasan yang di laluinya.

Ribut taufan mengambil masa beberapa hari untuk “membesar dan membina kekuatan” serta boleh dijangkakan laluannya dan tahap kekuatannya. Ia kadang-kadang mengambil masa beberapa hari untuk mengikuti “laluannya”. Ia biasanya akan reda setelah “mendarat” di daratan yang besar. Kerana sumber kekuatan ribut taufan tropika adalah dari air laut yang panas.

Sebagai panduan, anda boleh membaca artikel saya mengenai kejadian ribut taufan Haiyan di Filipina dalam blog ini.





Manakala puting beliung adalah sebahagian daripada sistem ribut petir. Kemusnahan yang dilakukan oleh puting beliung adalah lebih kecil dan hanya setempat sahaja. Puting beliung hanya memerlukan masa sesingkat 30 minit untuk mengumpulkan kekuatan sebelum membadai dalam masa yang singkat juga. 

Seterusnya, kita akan mengetahui dengan lebih spesifik dari sudut ilmu sains fizik dan meteorologi tentang asas-asas kejadian puting peliung. Walaupun ia dianggap tertalu saintifik, namun saya akan cuba memberikan penjelasan dengan bahasa yang mudah anda fahami. Dengan itu saya akan sertakan dengan ilustrasi agar lebih mudah kita memahaminya.
                                                                                               
Apa itu pemelowapan air dan kelembapan tinggi ?
















Sila teliti gambarajah ini, ia adalah fenomena alam semulajadi bagi eko sistem di permukaan bumi.

Matahari akan memancarkan cahaya ke segenap lapisan permukaan bumi. Maka punca air seperti laut, sungai, tasik dan sebagainya akan terdedah kepada proses pemelowapan. Yakni air akan menyejat dan bertukar kepada wap air serta naik ke udara.

Apabila kandungan air di udara (atmosfera) semakin banyak, maka ia menjadi semakin tepu. Ini dinamakan sebagai kelembapan tinggi. Seterusnya kandungan air menjadi sejuk dan semakin berat. Akhirnya turun sebagai hujan.

Bagaimana dengan kejadian puting beliung ?

Di mana-mana sahaja di dunia ini, tentu kita tidak dapat menyaingi pengetahuan dan pengalaman rakyat Amerika Syarikat dalam menghadapi puting beliung. Saban tahun rakyat Amerika Syarikat bukan sahaja berdepan dengan beberapa kali putting beliung malah akan menghadapi ribut taufan tropika.

Di Amerika Syarikat, puting beliung boleh meranapkan satu-satu penempatan dengan sekelip mata sahaja. Walaupun telah banyak radar dikerah untuk mengesan punca-punca kejadian puting beliung, tetapi para saintis tidak dapat meramalkan bila dan di mana akan berlakunya puting beliung.



















Namun demikian, secara asasnya kejadian puting beliung adalah seperti yang dijelaskan dari gambarajah ini.

Angin akan bertiup dengan kelajuan yang berbeza pada tahap ketinggian yang berlainan. Contohnya pada ketinggian 5000 meter, angin bertiup pada kadar 350 km/j. Manakala pada ketinggian 4000 meter, angin bertiup pada kelajuan 200 km/j. Kedua-dua angin bertiup dari arah yang sama.

Pada ruang antara 4000 meter ke 5000 meter adalah ruang yang memungkinkan terjadinya punca pergolakan angin. Sebahagian angin yang lebih laju akan turun ke ruang ini dan akan membentuk satu pusaran ataupun dipanggil sebagai “wind shear”.
 
Faktor kedua yang memungkinkan kejadian puting beliung ialah ribut petir yang menghasilkan angin kencang. Kebiasaannya ia terjadi dalam beberapa keadaan, tetapi yang lazimnya dinamakan sebagai Berbilang Sel dan Supersel.  
 

Berbilang sel – terdapat beberapa kelompok awan ribut petir (dikenali sebagai sel) bergabung lalu membentuk kelompok ribut petir yang lebih besar. Hasilnya terdapat dua zon udara iaitu zon udara panas naik (updraft) dan zon udara sejuk turun (downdraft).

Supersel – adalah sejenis ribut petir yang sangat besar. Ia kemungkinan akan menghasilkan putting beliung. Dengan kekuatan angin kencang melebihi 130 km/j di samping menghasilkan hujan lebat.

Di Malaysia kini terdapat 180 buah stesyen cuaca automatik yang berupaya mengesan kejadian ribut petir. Dengan kecanggihan aplikasi yang dimiliki oleh Jabatan Meteorologi Malaysia itu, sesuatu ramalan terhadap ribut petir dapat dikesan seawal 3 jam sebelum kejadian.

Dalam kedua-dua situasi, yakni, Pertama - angin bertiup secara melintang dari arah yang sama tetapi berlainan kelajuan dan yang Kedua - angin bertiup secara membujur (ke atas dan ke bawah) berkemungkinan akan menghasilkan pusaran angin.

Apabila pusaran angin ini bercantum dengan kumpulan angin yang lebih besar maka ia akan bertambah mantap dan pusingannya semakin laju. Akhirnya terbentuklah satu corong angin ataupun tiub angin

Corong angin semakin membesar dan memanjang. Di bahagian hujungnya pula akan turun ke bumi lalu mencecah permukaan air ataupun daratan. Inilah yang dinamakan sebagai puting beliung ataupun tornado.

Puting beliung yang di atasnya akan menyentuh awan kulumonimbus  sering membawa hujan lebat dan petir. Manakala bahagian bawahnya pula yang menyentuh permukaan laut atau daratan akan mengakibatkan kerosakan harta-benda dan kehilangan nyawa kepada manusia dan ternakan.

Puting beliung  biasanya mempunyai kelajuan 175 km/j dan kurang. Ada juga yag mencecah melebih 350 km/j. Ia mempunyai kelebaran sekitar 70 meter dan sehingga 1 km bergantung kepada kekuatan angin.  Kejadian puting beliung hanya terjadi dalam masa yang singkat antara 20 – 30 minit dan kemudianya akan lenyap begitu sahaja.

Di Amerika Syarikat, punca kejadian puting beliung sering dikaitan dengan ketidakstabilan atmosfera. Ini kerana Teluk Mexico menyajikan wap air  tropika yang panas manakala angin yang kering bertiup dari Banjaran Rockies dan gurun yang yang terletak di tenggara Amerika Syarikat.
 
Penulis Blog ini, Hisemudin Kasim juga merupakan Pengarang Bahasa Mandarin. Menerbitkan DVD Asas Belajar Bahasa Mandarin
Klik sini http://www.ebookmandarin.com/ untuk mendapatkan keterangan lanjut
Terdapat 8 keping DVD
Dengan 80 bab pelajaran
Harga RM90.00


 

Apakah kejadian di Pendang, Bintulu dan Pandamaran dipanggil puting beliung ?

Gambar ini adalah kejadian yang berlaku di Pendang, Kedah baru-baru ini.

Konsep kejadian puting beliung yang berlaku di mana-mana adalah sama. Cuma yang membezakan ialah saiz corong angin dan sama ada ia membawa hujan ribut ataupun tidak.

Mengikut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia, bahawa kejadian di Pendang, Kedah dinamakan sebagai “Belalai Gajah” ataupun “landspout“.

Manakala kejadian di Bintulu dikenali sebagai “Belalai Air “ ataupun “waterspout“.

Puting beliung di Pandamaran adalah disebabkan oleh kelembahan yang tinggi di udara serta perubahan tekanan udara dan penumpuan angin di paras rendah.

Belalai Gajah dan Belalai Air

Mengapa dipanggil “bebalai” ? Tidak susah untuk difahami kerana bentuknya hampir menyerupai belalai gajah.

Belalai gajah adalah dari spesis puting beliung kecil, kejadiannya berlaku di daratan. Manakala belalai air berlaku di atas permukaan air.

Di Pendang, ianya berlaku di Kampung Alor Besar pada sekitar pukul 4.00 petang tanggal 14hb Oktober. Ia dikatakan bermula dari kawasan sawah padi yang kemudian membawa ke perkampung berhampiran. Tahap kerosakan berlaku kepada beberapa buah rumah dan sekolah di mana bumbung rumah teruk rosak diterbangkan angin.

Belalai Air yang terjadi di Bintulu berlaku kira-kira pukul 10.00 pagi pada 18hb Oktober. Ia mebentuk satu bebalai di permukaan air di pesisir Tanjung Kidurong, Bintulu. Ia tidak mengakibatkan apa-apa kerosakan.

Apa kesamaan antara ketiga-tiga kejadian ini ?


Bagi kejadian belalai gajah di Pendang dan belalai air di Bintulu adalah dari punca yang sama. Ia mungkin disebabkan oleh tiupan angin yang berbeza kelajuannya pada ketinggian yang berlainan. Ini memandangkan kedua-dua kejadian berlaku di kawasan yang lapang dan luas.


Di Pendang, ia bermula dari kawasan sawah padi yang luas. Manakala di Bintulu pula adalah dari permukaan laut. 


Kejadian puting beliung di Pandamaran kemungkinan besar terjadi kerana ribut petir yang menyebabkan angin kencang. Tambahan pula kelembapan yang tinggi (kandungan air dalam udara yang tinggi) serta ketidakstabilan tekanan udara di atmosfera.


Perubahan angin juga mungkin berlaku kerana kini kawasan pesisir pantai Semenanjung menerima angin Barat Daya yang bertiup dari Selat Melaka dengan membawa wap air yang banyak.


Apakah kejadian puting beliung ini satu petanda malapetaka kepada negara ?


Putting beliung adalah satu fenomena alam dan tidak dikaitkan dengan apa-apa malapetaka seperti yang digembar-gembur oleh sesetengah pihak.


Ini kerana kejadian puting beliung adalah lumrah bagi negara-negara di kawasan tropika. Cuma secara kebetulan ketiga-tiga kejadian ini berlaku serentak dalam masa seminggu. 

Kemungkinan besar ia adalah disebabkan oleh perubahan cuaca, tekanan udara serta tiupan angin Barat Daya. Disamping itu, ketika ini adalah masa "peralihan" antara monson Barat Daya dan monson Timur Laut. Ketidakstabilan pergerakan angin dari kedua-arah memungkin berlakunya "pusaran" yang akhirnya membentuk corong atau tiub angin. Dengan itu berlakulah puting beliung.


Ditulis oleh : Hisemudin Kasim
22.10.2014



Jika anda suka dengan artikel ini, sila berikan "Like". Ia akan tersimpan di Recent Activity Facebook anda. Ia amat berguna untuk rujukan kemudian hari


Perhatian ! Anda boleh SHARE artikel ini kepada rakan-rakan Facebook anda. Klik Send


Komen anda dalam Facebook atau Blog haruslah kemas dan bernas serta bertanggungjawab. Ulasan yang tidak menepati isu atau yang bersifat tidak sopan akan dipadamkan.