Friday, December 13, 2013

Marilah Bersama Belajar Bahasa Mandarin Siri 29













Belajar bahasa Mandarin adalah amat penting terutamanya bagi orang-orang Melayu jika mereka ingin berkecimpung dalam bidang perniagaan serta meniru cara-cara orang-orang Cina berniaga. Kerajaan juga menggalakan kita mempelajari bahasa Mandarin.

Pengumunan :  

Kepada anda yang telah mengikuti siri-siri Marilah Bersama Belajar Bahasa Mandarin di dalam blog ini yang telah bersiaran dari 23/04/2013 sehingga 04/01/2014 untuk selama 30 siri, saya memohon maaf kerana kesemua tulisan-tulisan tersebut telah dikeluarkan daripada blog ini.

Silakan untuk memiliki DVD ini 





   Sila <KLIK SINI>untuk keterangan lanjut

Hisemudin Kasim

Tuesday, December 10, 2013

Di sebalik nama Nelson Mandela : Penentang Apartheid dan pejuang hak rakyat dalam penjajahan kolonialis

Dunia kehilangan seorang pejuang  khususnya di dunia ketiga dan lebih-lebih lagi bagi negaranya – Afrika Selatan. Nelson Mandela meninggal dunia di Johannesberg pada 5hb November, 2013 pada usia 95 tahun. Mendiang menderita penyakit jangkitan paru-paru selama tiga bulan dan terlantar di hospital sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.
 
Berakhirlah lagenda presiden kulit hitam pertama Afrika Selatan itu yang pernah merengkuk dalam penjara selama 27 tahun setelah didapati bersalah dalam sistem apa yang dipanggil sebagai Apartheid.
 
Apa ada pada nama besar di sebalik nama Nelson Mandela ?
 
Dalam artikel kali ini, saya akan mengupas Nelson Mandela dalam perjuangan menentang Apartheid dan hubungannya dengan gerakan anti kolonial dan penjajahan di dunia ketiga khususnya hubungannya dengan Yasser Arafat yang mengetui pembebasan Palestin serta peranan Muarmar Ghadafi dalam konteks pembebasan negara-negara di benua Afrika dari penjajahan barat.
 
Untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai permasalahan ini maka kita harus kembali kepada sejarah dan demografi kependudukan penduduk kulit putih di negara-negara kulit hitam di benua Afrika. Selain itu kita juga harus meneliti geopolitik dunia ketika itu yakni era selepas Perang Dunia Kedua di mana gerakan kemerdekaan telah menjalar di seluruh dunia bagi membebaskan tanahair dari penjajahan kolonial.

 
< Klik > di sini untuk ke www.cikgumatematik.com.my

Dalam hal ini, terdapat beberapa xperimen dalam perjuangan rakyat dalam mengambil ideologi seperti sosialis, komunis dan nasionalis saling lengkap-melengkapi dalam ertikata apa jua saluran demi mencapai satu tujuan. Maka tidak hairanlah dalam perjuangan rakyat di negara-negara yang tertindas termasuk Malaya ketika itu juga diwarnai oleh puak kiri yang menganut fahaman sosialis dan komunis serta perjuangan nasionalis.
 
Bagi negara-negara di benua Afrika, tidak ada sebuah negara pun yang bebas dari menerima penjajahan Barat yang di ketuai oleh British,Perancis, Itali, Portugis dan Belgium. Daripada itu, penjajahan dari British dan Perancis telah hampir memonopoli dalam carta penjajahan itu.
 
Tambah kapsyen
Kebanyakan dari dari negara-negara di utara dan tengah benua Afrika seperti Algeria, Tunisia, Chad, Morocco, Kongo, Gabon, Guinea, Niger, Senegal, Burkina Faso serta di bahagian timur Afrika seperti Madagascar, Mali dan Mauritinia adalah tanah jajahan Perancis.

Manakala Inggeris mengetuai penjajahan di negara-negara Botswana, Mesir, Gambia, Ghana, Kenya, Lesotho, Malawi, Mauritius, Nigeria, Seychelles, Sierra Leone, Somalia, Sudan, Tanzania, Swaziland, Uganda, Zambia, Zimbabwe dan Afrika Selatan.
 
Ini diikuti oleh Portugis yang menjajah Angola, Guinea Bissau dan Mozambique. Manakala Belgium sebuah negara yang kecil di Benua Eropah tetapi mampu untuk menjajah Burundi. Hanya Itali sebuah negara besar menjajah Libya.
 
Yang unik di antara negara-negara tersebut ialah Afrika Selatan yang ditadbir dengan satu sistem yang dipanggil Apartheid. Maka ikon yang mementang dasar-dasar Apartheid ialah Nelson Mandela yang bergerak melalui African National Council (ANC). Sehinggalah Nelson Mandela dipenjarakan dalam tahun 1964 dan akhirnya dibebaskan dalam tahun 1990 setelah merengkung dalam beberapa penjara selama 27 tahun.
 
Mengapa dasar-dasar Apartheid ditentang oleh Nelson Mandela ?
 
Serentak dengan kejadian Perang Arab-Israel dalam tahun 1948 dengan pembentukan negara Yahudi iaitu Israel yang meminggirkan Palestin, manakala kita di tanahair terjebak dengan perisytiharan darurat dengan pemberontakan komunis dalam tahun 1948-1960, di Afrika Selatan pula telah diisytiharkan sistem Apartheid oleh pemerintah kulit putih dalam tahun 1948.
 
Dalam istilah, Apartheid adalah “separateness” iaitu pemisahan. Dalam konteks ini, undang-undang Apartheid telah dilaksanakan dari tahun 1948-1994. Ia merupakan satu sistem kerajaan yang mendiskriminasikan penduduk kulit hitam di Afrika Seltan. Walaupun ia telah jelas melanggar undang-undang antarabangsa tetapi tetap diamalkan demi kekuasaan dan kekayaan penduduk kulit putih.
 
Dalam pemisahan ini, rakyat Afrika Selatan dibahagikan kepada empat kategori iaitu orang-orang kulit putih, kulit hitam, kulit berwarna dan orang India (atau orang Asia).  Dalam tahun 1958, orang-orang kulit hitam dipisahkan taraf kenegaraan mereka.
Mereka juga dipisahkan dalam persekolahan, pengangkutan awam, kedai dan hospital untuk orang-orang kulit hitam dan kulit berwarna. Perkhidmatan yang terbaik hanya diperuntukan kepada minoriti penduduk kulit putih sahaja.
 
Sehinggalah dalam undang-undang juga terdapat pemisahan yang nyata. Sebagai contoh, jika seorang kulit hitam didapati bersalah merogol wanita kulit putih akan dikenakan penjara. Tetapi jika seorang lelaki kulit putih berbuat kesalahan yang sama terhadap wanita kulit hitam, ia hanya akan dikenakan denda yang kecil sahaja.
 
Orang-orang kulit hitam dan kulit berwarna di Afrika Selatan memprotes terhadap diskriminasi ini dan ianya diketuai oleh Nelson Mandela dan Ahmed Kathrada. Pada peringkat awal gerakan penentangan ini, ia dilakukan dengan penolakan pasif yang membawa kepada kejadian boikot dan tunjuk perasaan.

Ketika itu pemerintah kulit putih memerintahkan setiap lelaki kulit hitam membawa “pas identiti” dan akan diperluaskan kepada wanita kulit hitam. Mereka tidak boleh keluar daripada daerah masing-masing tanpa membawa “pas”. Dalam satu protes awam menentang Apartheid, Mandela telah membakar “pas”nya.
 
Mandela yang bekerja dengan ANC mendapati penolakan pasif tidak mendapat gelombak yang diharapkan dari penduduk kulit hitam. Maka mereka telah merancang sesuatu yang bersifat revolusiner dengan mengebom sesuatu tempat awam atau ketenteraan yang menjadi signifikan kepada sistem Apartheid. Ia bagi mendapatkan perhatian tetapi mengelakkan dari kejadian kemalangan nyawa.
 
Ini dilakukan dengan mengambil inspirasi dari Fidel Castro dalam gerakan revolusiner komunisnya di Cuba dan Pergerakan Fatah pimpinan Yasser Arafat di Palestin. Mandela juga menerima latihan ketenteraan secara sulit di Morocco dan Ethiopia dalam tahun 1962. Sekembali ke Afrika Selatan, beliau telah ditangkap kerana dituduh keluar dari negara secara haram serta tuduhan hendak menggulingkan kerajaan kulit putih secara kekerasan.
 


Dalam perbicaraan Rivonia yang terkenal itu, Mandela akhirnya didapati bersalah dan dipenjarakan bermula tahun 1964 di Pulau Robben selama 27 tahun. Walaupun Mandela dipenjarakan, tetapi aura dan mesej yang ditiupkan oleh Mandela menjalar ke seluruh dunia. Ia menjadi simbol penentangan terhadap dasar-dasar Apartheid yang perlu dihapuskan. Ini menjadi suara rakyat Afrika Selatan untuk terus menegakkan hak mereka dalam negara mereka sendiri.
 
Setelah dibebaskan daripada penjara dalam tahun 1990, Nelson Mandela meneruskan gerakan anti Apartheid. Kemudiannya Afrika Selatan telah mengadakan satu piliharaya umum dalam tahun 1994 yang akhirnya mengangkat Nelson Mandela sebagai Presiden Afrika Selatan yang pertama dari golongan kulit hitam setelah partinya Afican National Council (ANC) memenangi pilihanraya itu. Serentak itu terkuburlah dasar-dasar Apartheid di Afrika Selatan.
 
Dalam satu mesej yang diseludup keluar dari sel penjaranya, Mandela menulis,”between the hammer of armed struggle and the anvil of united action, the enemy will be crushed”. Begitu juga perbandingannya dengan pembebasan Palestin, Mandela menulis,”our freedom is incomplete without the freedom of the Palestinians”.
 
Ini memandangkan di tahun yang sama rakyat kulit hitam di Afrika Selatan dikenakan sistem Apartheid, pada masa yang sama pula sejumlah 750,000 orang rakyat Palestin telah diusir keluar oleh regim Yahudi yang membentuk negara Israel.

Afrika Selatan yang sangat rapat. Selain daripada kedua-duanya mendapat tentangan daripada majoriti penduduk dunia, Israel dan Afrika Selatan telah membina kekuatan dari pelbagai segi dan kerjasama teknikal. Sebab itulah apa yang Israel ada, maka ianya juga terdapat di Afrika Selatan terutamanya dalam bidang teknikal ketenteraan.

Hubungan yang rapat sama ada hubungan peribadi mahukan semangat perjuangan antara rakyatnya, Mandela dan Yasser Arafat dikatakan “comrades in arms”. Ini dapat dilihat selepas enam hari dibebaskan daripada penjara yang dihuninya selama 27 tahun, Mandela telah bertemu dengan Yasser Arafat di Lusaka, Zambia.

Selain daripada itu, Nelson Mandela dan ANC telah mendapat bantuan dana dan latihan ketenteraan kepada para pejuangnya secara revoluniser daripada Muarmar Ghadafi di Libya. Dalam penentangan terhadap kolonial, Ghadafi melalui kekayaan minyaknya dan pengekportan cara revolusinernya telah membantu gerakan bawah tanah di Afrika Selatan dan jirannya, iaitu Rhodesia yang ketika itu juga mengamalkan sistem yang menyerupai sistem Apartheid.

Rhodesia akhirnya mencapai kemerdekaan lalu menukar namanya kepada Zimbabwe. Presiden Zimbabwe yang seangkatan dengan Mandela adalah pejuang revolunier yang terkenal iaitu Presiden Robert Mugabe. Beliau merupakan salah seorang pelopor yang dikenali di dalam gerakan negara-negara berkecuali (NAM) dan kumpulan negara-negara Selatan yang turut dijuarai oleh Malaysia terutamanya oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad.

Mandela dibebaskan dari penjara juga adalah hasil kerja keras isterinya, Winnie Mandela yang merupakan seorang pekerja sosial yang menjadi penyambung lidah bagi Mandela ketika beliau berada di penjara.

Dengan tekanan dari pelbagai badan dunia yang memaksa Afrika Selatan untuk membebaskan Nelson Mendela, maka pada 11hb Februari, 1990 Mandela menapak keluar dari penjara.

Beliau akhirnya telah berkerjasama dengan Presiden Afrika Selatan ketika itu, F.W. de Klerk untuk memansuhkan Apartheid dan mengadakan pilihanraya umum pelbagai bangsa di tahun 1994.

Dalam pilihanraya itu parti ANC pimpinan Mandela telah memenanginya dan beliau dilantik sebagai Presiden Afrika Selatan dari tahun 1994-1999. Ia juga merupakan sejarah sebagai presiden pertama dari kalangan kulit hitam di Afrika Selatan.

Hubungannya yang rapat dengan Libya telah menyelamatkan Libya dalam kes perbicaraan pengeboman kapal terbang Pan Am 103 oleh agen Libya. Di mana Mandela berperanan sebagai pengantara antara Libya dengan United Kingdom dalam perbicaraan berprofil tinggi itu.

Sesungguhnya Libya yang diterajui oleh Muarmar Ghadafi suatu ketika dahulu telah banyak membantu dalam gerakan bawah tanah ANC dalam penentangan terhadap kerajaan kulit putih. Selain daripada itu, Libya juga berperanan sebagai perisai kepada negara-negara Afrika yang lain daripada diperkotak-katikkan oleh pihak Barat. Sebab itulah Libya era Ghadafi mempunyai pengaruh yang amat besar di kalangan negara-negara Afrika.

Tidak seperti nasib Ghadafi yang terpaksa mengakhiri kehidupannya dalam lubang tikus dan ditembak oleh rakyatnya sendiri dalam keadaan terhina. Tetapi akhirnya apa yang telah diperolehi oleh rakyat Libya setelah termakan hasutan Barat yang sentiasa mendengki Ghadafi.

Rakannya, Nelson Mandela, matinya disanjung oleh rakyatnya sebagai ikon perjuangan penentang diskriminasi kaum dalam negaranya sendiri.

 

Ditulis Oleh : Hisemudin Kasim

10.12.2013





Jika anda suka dengan artikel ini, sila berikan "Like". Ia akan tersimpan di Recent Activity Facebook anda. Ia amat berguna untuk rujukan kemudian hari


Perhatian ! Anda boleh SHARE artikel ini kepada rakan-rakan Facebook anda. Klik Send


Komen anda dalam Facebook atau Blog haruslah kemas dan bernas serta bertanggungjawab. Ulasan yang tidak menepati isu atau yang bersifat tidak sopan akan dipadamkan.


Tuesday, December 3, 2013

Marilah Bersama Belajar Bahasa Mandarin Siri 28











Belajar bahasa Mandarin adalah amat penting terutamanya bagi orang-orang Melayu jika mereka ingin berkecimpung dalam bidang perniagaan serta meniru cara-cara orang-orang Cina berniaga. Kerajaan juga menggalakan kita mempelajari bahasa Mandarin.

Pengumunan :  

Kepada anda yang telah mengikuti siri-siri Marilah Bersama Belajar Bahasa Mandarin di dalam blog ini yang telah bersiaran dari 23/04/2013 sehingga 04/01/2014 untuk selama 30 siri, saya memohon maaf kerana kesemua tulisan-tulisan tersebut telah dikeluarkan daripada blog ini.

Silakan untuk memiliki DVD ini 






   Sila <KLIK SINI> untuk keterangan lanjut



Hisemudin Kasim