Penulis Blog ini, Hisemudin Kasim juga merupakan Pengarang Bahasa Mandarin. Menerbitkan DVD Asas Belajar Bahasa Mandarin

Klik sini http://www.ebookmandarin.com/ untuk mendapatkan keterangan lanjut
”smile”/
Terdapat 8 keping DVD
Dengan 80 bab pelajaran
Harga RM90.00

Tuesday, October 1, 2013

Evolusi Ke arah Keretapi Kelajuan Tinggi Malaysia

Baru-bari ini kerajaan menyatakan bahawa Projek Keretapi Laju (HSR) antara Singapura dan Kuala Kuala akan tetap diteruskan walaupun kerajaan telah mengumumkan penjadualan semula beberapa projek mega negara dalam usaha mengurangkan defisit fiskal. Projek berkenaan dijadualkan siap menjelang tahun 2020.

Dengan ini sah Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang bakal memiliki keretapi laju yang berkongsi rel dan kepakaran dengan Singapura. Ia merupakan satu evolusi dalam sistem pengangkutan rel negara. Sesungguhnya kita telahpun memiliki hampir kesemua bentuk pengangkutan rel yang digunakan di negara maju.

Yang pasti, sedang rancak dilakukan pembinaannya ialah sambungan laluan LRT dari Kelana Jaya – Putra Heights dan Bukit Jalil – Putra Heights. Di samping projek mega pembinaan MRT dari Sungai Buluh ke Kajang bagi fasa laluan pertama. Manakala fasa laluan kedua baru saja diumumkan iaitu Sungai Buluh-Serdang-Putrajaya. Laluan ketiga pula dikatakan ialah Sungai Buluh-Selayang-Pandan. Secara tidak langsung ia akan menaikkan nilai hartanah di sekitar laluan tersebut terutamanya di Sungai Buluh yang menjadi hub perkhidmatan rel utama negara.

Sebelum kita berbicara dengan lebih lanjut mengenai evolusi pengangkutan rel negara sehingga ke tahap keretapi kelajuan tinggi, eloklah kita melihat sejarah pengangkutan rel dan evolusinya di Eropah di mana ianya bermula.

Pengangkutan rel sebenarnya sudah ujud sejak zaman  Rom kira-kira 600 SM lagi.  Tetapi tidak terdapat catitan lengkap mengenainya. Namun evolusi pengangkutan rel di zaman sivilisasi bermula di Jerman dalam  tahun 1550, sezaman dengan penubuhan kerajaan Melayu Melaka. Ketika itu rel yang agak primitif menggunakan kayu-kayu dengan kenderaan yang ditarik oleh kuda.  Penciptaan ini dinamakan “wagonways”, dan merupakan permulaan bagi rel moden yang kita lihat hari ini.

Dalam tahun 1776, besi telah digunakan bagi menggantika kayu untuk dijadikan rel. Setelah itu penggunaan rel besi telah berkembang dengan pesat di seluruh Eropah. Kuasa penarikan masih menggunakan kuda. Seorang pereka Inggeris akhir nya berjaya mencipta sistem roda yang boleh mencengkam rel yang menjadi asas kepada penggunaan lokomotif dalam tahun 1789.

Penciptaan enjin stim atau enjin wap merupakan titik permulaan yang krtikal dalam pembinaan rel dan keretapi di zaman moden ini. Ini berlaku di tahun 1803, apabila seorang lelaki bernama Samuel Homfray membiayai pembangunan kenderaan yang digerakkan dengan kuasa wap bagi menggantikan kuda. Bahan bakar bagi memanaskan air dalam tubine adalah menggunakan arang batu.


Perhatian ! Ini adalah Promo untuk catatan yang harus anda baca berkaitan dengan topik keretapi laju ini .  : 



Enjin wap pertama untuk lokomotif dibina oleh Richard Trevithick. Dalam tahun 1804, lokomotif ciptaannya berjaya menarik bebanan 10 tan yang diisi dengan bijih besi, 70 orang penumpang serta 5  gerabak yang berjalan sejauh 9 batu di kawasan perlombongan arang batu di Wales, England.  Namun percubaan ini menggunakan rel yang menggunakan besi tuang cuma bertahan untuk tiga kali laluan sahaja dan seterusnya tidak digunakan lagi.

Melihatkan kepada lokomotif Richard Trevithick,  telah mengilhamkan George Stephenson untuk membina lokomotif yang digerakkan dengan kuasa wap serta penggunaan rel serta roda yang menggunakan gegandar. Ia adalah penciptaan yang mendahului zamannya serta dianggap sebagai bapa lokomotif moden.

Penggunaan lokomotif kuasa enjin diesel adalah evolusi seterusnya dengan 
penggantian enjin wap kepada gerabak-gerabak sediaada. Selepas Perang Dunia Kedua, penggunaannya semakin meluas sehinggalah ke hari ini.

Dengan terciptanya lokomotif kuasa letrik yang mana bekalan letrik disalurkan melalui “overhead pickup” ataupun penggunaan rel ketiga di sisi atau bawah gerabak telah merubah kepada semua bentuk penciptaan keretapi masa kini samada yang berbentuk Komuter, LRT, monorel, ERL atau MRT. 

Walaupun telah diperkenalkan hybrid lokomotif dan stim-diesel hybrid lokomotif tetapi ianya tidak memberi impak kepada evolusi penciptaan keretapi. Begitu juga gas-turbine lokomotif yang mana kepala lokomotif diisi dengan gas dan disalurkan ke generator yang menghasilkan letrik. Kemudiannya letrik akan menggerakkan enjin keretapi. Namun setelah krisis bahan api memuncak  sekitar tahun 1970an maka ianya tidak lagi digunakan.

Kini bebanyakan keretapi laju di dunia masih menggunakan kuasa letrik bagi menggerakkan enjin. Berbeza dengan keretapi biasa, keretapi laju biasanya dicipta dalam bentuk aerodinamik bagi mengurangkan geseran angin. Disamping penggunaan bahan bakar serta enjin yang direkebentuk khas bagi mencapai kelajuan maksima.

Namun begitu, apakah penciptaan sistem rel dan keretapi laju di masa akan datang ? Kini telah terdapat beberapa prototaip keretapi yang dalam percubaan. Malah beberapa negara seperti England, Kanada, Jerman dan Jepun telahpun membuat peruntukan besar untuk membina keretapi masa depan yang dikenali sebagai teknologi maglev.

Apa itu teknologi maglev ?

Maglev adalah singkatan daripada magnetic levitation. Ia merupakan evolusi terbaru dalam teknologi pengangkutan rel. Ia secara asasnya ialah kenderaan akan bergerak tanpa mempunyai sentuhan dengan rel dengan kelajuan 250 – 300 batu sejam atau lebih dengan diapongkan menggunakan konsep medan magnet.  Pergerakannya di kiri dan kanan akan dipandu oleh struktur yang diperbuat daripada konkrit dan besi atau aluminium. Manakala di antara badan keretapi dengan struktur pemandu (guidance) terdapat “air gap” atau pemisah udara.

Rajah ini menerangkan tiga fungsi asas kepada teknologi maglev : 

1. Pengapungan  (levitation)  
2. Kuasa penolakan (Propulsion)  
3. Panduan (guidance).  

Kini dalam kebanyakan rekabentuk, kuasa maglev adalah digunakan untuk ketiga-tiga fungsi tersebut. Walaupun begitu, ada juga yang  bukan dari kuasa magnetik digunakan untuk menjana kuasa penolakan.

Sistem pengapungan menggunakan kuasa eletromagnetik yang menghasilkan medan magnet  oleh badan keretapi dan dalam masa yang sama rel juga menghasilkan medan magnet.  Kedua-dua medan magnet ini dalam keadaan penolakan, maka antara badan keretapi dan rel tidak bersentuhan.

Sebenarnya konsep pengapungan ke atas keretapi dengan menggunakan medan electromagnet telah diutarakan buat kali pertamanya oleh dua orang rakyat Amerika di awal tahun 1900an lagi iaitu Robert Goddard dan Emils Bachelet. Dalam tahun 1968, dua rakyat Amerika, James R. Powell dan Gordon T. Danby  telah diberikan hak cipta bagi rekabentuk pengapungan keretapi berasaskan magnetic.

Mengapa teknologi maglev  akan menjadi trend dalam pembinaan keretapi laju di masa akan datang terutamanya bagi perjalanan yang jauh antara bandar.



1.     Ia mempunyai kecepatan puncak dan kecepatan (acceleration) tinggi yang membolehkan keretapi bergerak dengan kelajuan sehingga 250 – 300 batu sejam atau lebih tinggi. Maka ia boleh membuat perjalanan trip yang lebih banyak.

2.    Maglev mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi bagi menangani masalah kesesakan dan perubahan cuaca  daripada menggunakan pengangkutan udara ataupun lebuhraya. Secara tidak langsung memendekkan masa menunggu yang terbuang apabila menggunakan pengangkutan udara.

3.    Maglev mempunyai kapasiti muatan penumpang yang lebih daripada penggunaan kapalterbang. Ini disebabkan oleh kecepatan bagi setiap trip.

4.    Ia dapat menggurangkan pergantungan terhadap penggunaan bahan api fosil yang digunakan oleh kenderaan dan kapalterbang jika lebih ramai pengguna menggunakan keretapi jenis ini. Secara tidak langsung ia akan membebaskan pergantung terhadap bahan bakar minyak yang harganya tidak menentu di pasaran.

Dengan kemajuan teknologi di barat dan Jepun, kini banyak negara berlumba-lumba untuk memajukan teknologi mereka sendiri yang berasaskan pengangkuan rel. Di negara kita, walaupun amat jauh untuk mencapai sebagai negara pembuat keretapi, namun kita masih berbangga dengan pencapaian syarikat tempatan iaitu Scomi Engineering Berhad dalam pembinaan monorel. Bahkan syarikat ini telah berjaya mendapatkan kontrak bagi pembinaan monorel di India dan Brazil setelah berjaya menyiapkan sistem monorel di Kuala Lumpur.

Menyusuri kembali perkhidmatan rel dan keretapi di Tanah Melayu, ianya bermula di akhir kurun ke 19 lagi dengan terbinanya jalan keretapi pertama antara Taiping dan Port Weld (Kini Kuala Sepetang). Kemudiannya diikuti dengan landasan dari Kuala Lumpur ke Port Swettenham ( Kuala Klang) dan dari Seremban ke Port Dickson. Kesemua landasan keretapi ini dibuat kerana untuk mengangkut bijih timah ke pelabuhan.

Menjelang tahun 1941, satu sistem jalan keretapi yang lengkap siap dibina bagi menghubungkan negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu termasuk Singapura, kecuali Terengganu.  Dari lokomotif enjin wap yang mula-mula diperkenalkan sehinggalah kepada enjin kuasa diesel yang masih lagi digunakan.

Di Malaysia, pihak yang mengendalikan perkhidmatan keretapi terletak di bahu Keretapi Tanah Melayu (KTM) dan kini setelah diperbadankan menjadi KTMB. Pemodenan KTM ke arah perkhidmatan keretapi lektrik bermula di tahun 1995 dengan pelancaran KTM Komuter. Kini ia merupakan satu perkhidmatan pengangkutan awam yang sangat popular di kalangan penduduk Bandar. Aliran Sentul-Pelabuhan Klang dan Aliran Rawang-Seremban mencatat penumpang yang amat tinggi terutama di waktu puncak. Laluan selatan adalah antara Senai-Johor Bahru.

Pembinaan laluan berkembar sepanjang 179Km dari Rawang-Ipoh telah mempastikan perkhidmatan yang lebih selesa dengan penyediaan koc EMS KTM yang bergerak dari KL Sentral ke Ipoh dapat memendekkan masa perjalanan berbanding menggunakan kenderaan biasa dengan hanya 2 .5 jam sahaja.

Selain daripada KTM, pihak-pihak swasta juga telah mengambil bahagian dalam pembinaan landasan keretapi bagi perkhidmatan rel tertentu.  Pembinaan monorel di pusat Bandar Kuala Lumpur telah mengurangkan bebaban penggunaan kenderaan awam. Manakala penggunaan sistem pengangkutan LRT telah merubah cara pengangkutan awam di Kuala Lumpur. Laluan Kelana Jaya yang menghubungkan Kelana Jaya dengan Gombak serta Laluan Ampang yang bermula dari Ampang hingga ke stesyen Bukit Jalil.

Kini dengan ledakan penumpang yang semakin ramai telah memaksa kerajaan membuat sambungan dari Kelana jaya – Putra Heights dan dari Bukit Jalil – Putra Heights. Kedua-dua laluan ini sedang dalam pembinaan.


Penulis Blog ini, Hisemudin Kasim juga merupakan Pengarang Bahasa Mandarin. Menerbitkan DVD Asas Belajar Bahasa Mandarin
Klik sini http://www.ebookmandarin.com/ untuk mendapatkan keterangan lanjut
Terdapat 8 keping DVD
Dengan 80 bab pelajaran
Harga RM90.00



Dalam pelan Greater Kuala Lumpur bagi kemudahan pengangkutan awam, kerajaan kini membina MRT yang menghubungkan Sungai Buluh – Kajang sejauh 51 Km. Laluan kedua yang akan dilaksanakan ialah Sungai Buluh-Serdang-Putrajaya.  Dijangkakan laluan ketiga MRT ialah Sungai Buluh-Selayang-Pandan. Keseluruhan laluan MRT itu sepanjang 156 Km. Dijangkakan apabila siapnya nanti, ia mampu mengendalikan kira 2 juta penumpang sehari.

Perkhidmatan keretapi laju mula diperkenalkan di Malaysia dengan terbinanya rel yang menyambungkan antara KL Sentral dengan KLIA yang dinamakan sebagai KLIA Ekpres. Ia dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya oleh Express Rail Link Sdn Bhd (ERL). 

Setelah lebih 10 tahun beroperasi, kini ERL diiktiraf sebagai satu perkhidmatan keretapi laju yang unggul di Malaysia. Bahkan kini seramai 31 orang kakitangan ERL telah dipinjamkan untuk berkhidmat sementara di musim haji kepada Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro Line Arab Saudi yang mengendalikan Makkah Metro Line.

Berbekalkan kepakaran rakyat Malaysia dalam pembinaan dan pengendalian pelbagai jenis keretapi, maka kerajaan telah bersetuju pada prinsipnya untuk meneruskan projek berimpak tinggi bagi merealisasikan projek keretapi kelajuan tinggi (HSR) yang melibatkan laluan sejauh 330 Km yang menyambungkan antara Kuala Lumpur dengan Singapura.

Projek HSR yang dijangka siap pada tahun 2020 itu mampu mengurangkan masa perjalanan antara kedua-dua buah negara kepada 90 minit. Ia dijangka menelan kos sebanyak AS$12 billion ataupun bersamaan RM40 billion. Ia juga merupakan projek usahasama antara dua negara serta boleh mengeratkan hubungan rakyat kedua-keduanya.

Namun begitu tidak diketahui apakah rupa bentuk keretapi laju Malaysia yang akan menghubungkan antara Kuala Lumpur dan Singapura serta firma manakah pembuat keretapi tersebut. Daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh kerajaan bahawa masa perjalanannya adalah selama 90 minit, dan jaraknya ialah 330 km. Maka dapatlah dianggarkan kelajuan purata keretapi itu dalam lingkungan 220 km/j. Tetapi apabila ia mencapai kelajuan kemuncak (peak speed), mungkin mencapai 230 - 235 km/j. Ini memandangkan ia perlu memperlahankan kelajuan untuk berhenti serta masa berhenti. Ia juga perlu mengira pencepatan (speed acceleration) selepas berhenti. 

Kini yang menjadi peneraju dalam pembuatan keretapi laju adalah dari negara-negara seperti Jerman, Perancis, England, Sepanyol dan Jepun. China juga berupaya membina teknologi keretapi laju mereka.

Kini firma Alstom dari Jerman menduduki tempat teratas di dunia dalam teknologi pembuatan keretepi laju. Pengalamannya amat luas di Asia dengan pelaksanaan keretapi laju Seoul-Busan di Korea Selatan. Alstom pernah merekodkan kelajuan terpantas dunia dengan 574.8 Km/j pada tahun 2007.

Pembinaan infrastruktur untuk landasan bagi keretapi kelajuan tinggi lebih menitikberatkan keselamatan. Maka sudah tentulah kos pembinaannya lebih tinggi serta spesifikasi yang amat ketat.

Dalam kerjaya saya sebagai seorang jurutera awam, saya hanya pernah berpengalaman dalam penyediaan tender dan kemudiannya sedikit penyeliaan bagi projek “light rail coach” yang beroperasi dalam lapangan terbang KLIA di mana syarikat tempatan hanya bertanggungjawab dalam pembinaan struktur rel manakala yang membekalkan koc ialah Sieman AG dari Jerman.



Ditulis oleh : Hisemudin Kasim
01.10.2013







Jika anda suka dengan artikel ini, sila berikan "Like". Ia akan tersimpan di Recent Activity Facebook anda. Ia amat berguna untuk rujukan kemudian hari


Perhatian ! Anda boleh SHARE artikel ini kepada rakan-rakan Facebook anda. Klik Send


Komen anda dalam Facebook atau Blog haruslah kemas dan bernas serta bertanggungjawab. Ulasan yang tidak menepati isu atau yang bersifat tidak sopan akan dipadamkan.



Keratan akhbar mengenai Kereta api laju KL-Singapura <KLIK SINI> yang diperolehi daripada The Rakyat Post 18.08.204


Terdapat 4 artikel yang berkaitan kejuruteraan awam di dalam blog ini. Sila Klik pada imej utk ke catatan tersebut

”smile”/

”smile”/

”smile”/

”smile”/

Post a Comment