Thursday, September 5, 2013

Aku siswazah : Mengapa aku masih lagi menganggur ?

Tajuk yang akan saya bincangkan kali ini lebih ditujukan kepada para pelajar yang sedang dalam pengajian di IPT atau yang sudahpun menamatkan pengajian dan sedang mencari pekerjaan. Manakala sasaran yang ketiga pula ialah bagi mereka yang telahpun mula bekerja tetapi mahu mencari pekerjaan yang lebih sesuai dengan kelulusan dan minat masing-masing.

Pasaran pekerjaan adalah tertakluk kepada permintaan dan penawaran. Ianya akan dipenuhi samada oleh mereka yang telahpun berpengalaman ataupun yang baru keluar dari pusat-pusat pengajian tinggi. Sepanjang tahun,  maka ramailah graduan-graduan yang berpusu-pusu menerjah ke jabatan-jabatan kerajaan maupun swasta bagi  mempromosikan diri dari pelbagai pengkhususan samada ianya dari dalam maupun luar negara.

Lambakan para graduan ini tidak dapat ditampung oleh sektor pekerjaan. Malahan dalam setahun dua ini keadaan mungkin bertambah lebih rumit kerana dasar pelanjutan umur persaraan sehingga 60 tahun mula dilaksanakan. Jika yang sepatutnya telah bersara tetapi masih lagi menduduki jawatannya, manakan ada jawatan kosong untuk diisi oleh orang lain. Di setengah-setengah perjawatan dalam perkhidmatan awam memang telah melaksanakan pengambilan terhad.  

Dalam  kajian-kajian yang dibuat oleh universiti-universiti mengenai kebolehpasaran siswazah masing-masing saban tahun, malah kajian yang dibuat oleh Kementerian Pengajian Tinggi turut menunjukkan tidak selarinya antara penawaran dan permintaan.

Hasil kajian berkenaan menunjukkan sebahagian besar graduan masing-masing berjaya mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selain ramai graduan memperoleh pekerjaan selepas saja menamatkan pengajian mereka. Namun ramai juga yang masih menganggur walaupun telah setahun menapak keluar dari menara gading.

Persoalan juga ditimbulkan apabila mereka menghadapi kesukaran memohon kerja lantaran pihak universiti begitu lambat untuk mengeluarkan skrip keputusan peperiksaan dan penganugerahan ijazah. Dalam pengalaman saya semasa menuntut di luar negara, kesemuanya akan selesai tidak lama selepas peperiksaan terakhir. Tidak ada istilah harus menunggu hampir setahun kemudian untuk konvokesyen maka barulah memperolehi skrol ijazah.

Maka para siswazah walaupun telah dikatakan tamat pengajian tetapi tidak dapat menunjukkan bukti apabila memohon pekerjaan, maka ramai yang terpaksa menggunakan sijil STPM ataupun SPM untuk mencari kerja sementara.

Peluang pekerjaan pada peringkat ini juga kadang-kadang direbut oleh warga asing khususnya dalam perkhidmatan hospitaliti, pelancongan, penyediaan dan penjualan makanan. Akhirnya mereka yang menganggur bukan saja dipandang negatif oleh masyarakat, malah memberi kesan emosi kepada individu berkenaan apatah yang memiliki ijazah atau diploma. Mereka yang mengalami situasi ini pastinya berasa tertekan.

Sejak tahun 2004, mengikut angka-angka yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Malaysia menunjukkan kadar pengangguran di negara ini dianggap masih terkawal sekitar 3.3 hingga 3.5 peratus. 

Menurut Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), kadar pengangguran pada 2008 ialah 3.3 peratus dan tidak banyak berubah berbanding 2007 iaitu 3.2 peratus. Sementara kadar pengangguran pada 2010 ialah pada paras 3.6 peratus, tetapi menurun kepada 3.2 peratus pada 2011.

Di kalangan negara-negara Asia,  pada tahun 2011 kadar pengangguran di Indonesia sekitar 6.56 peratus dan Filipina (7.2 peratus), manakala China (4.1 peratus).

Di  Amerika Syarikat yang mempunyai kadar pengangguran sebanyak 8.5 peratus pada penghujung 2011. Data-data yang dikeluarkan oleh Pejabat Perangkaan Kesatuan Eropah (EU) menunjukkan kadar pengangguran di 17 negara kesatuan pada tahun 2011 agak tinggi iaitu 10.4 peratus. Yang mencemaskan ialah penganggur di Sepanyol dengan 22.9 peratus, dengan kadar pengangguran dalam kalangan mereka yang berumur di bawah 25 tahun ialah 48.7 peratus di negara itu.



Penulis Blog ini, Hisemudin Kasim juga merupakan Pengarang Bahasa Mandarin. Menerbitkan DVD Asas Belajar Bahasa Mandarin
Klik sini http://www.ebookmandarin.com/ untuk mendapatkan keterangan lanjut
Terdapat 8 keping DVD
Dengan 80 bab pelajaran
Harga RM90.00



Sebaliknya, dalam tempoh RMK-10 (2011-2015), guna tenaga di Malaysia dijangka berkembang sebanyak 2.4 peratus setahun kepada 3.2 juta pekerja, iaitu peningkatan sebanyak 1.4 juta peluang pekerjaan, terutama dalam sektor perkhidmatan. Jumlah ini lebih tinggi berbanding 0.9 juta pekerjaan yang diwujudkan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Lantaran itu, dalam tempoh RMK-10 ekonomi dijangka kekal dalam guna tenaga penuh dengan kadar pengangguran dianggar 3.1 peratus pada 2015. Ini membuktikan bahawa peluang untuk mendapatkan pekerjaan di negara ini amat tinggi asalkan seseorang itu rajin dan sanggup berusaha untuk menerokainya terutama di sektor swasta.


Kerajaan terus memainkan peranannya sebagai pembimbing dan pemandu ekonomi yang sentiasa mementingkan keadilan sosial dengan penciptaan lebih banyak peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor termasuk untuk graduan. Melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dilancarkan pada 2010 dijangkakan akan menjana sejumlah 3.3 juta peluang pekerjaan menjelang 2020.

Pelajar yang bakal meninggalkan universiti atau institusi pengajian tinggi dan memasuki pasaran pekerjaan perlu berusaha sendiri membentuk diri supaya menjadi “calon yang boleh menang” yang mampu menarik minat majikan.

Sebenarnya pemilihan kursus dan keperluan gunatenaga negara haruslah diberi penekanan sebelum seseorang pelajar itu mengikuti sesuatu jurusan.  Kita seharusnya memahami apakah potensi kerjaya jika kita memilih sesuatu jurusan itu. 

 Sumber terbaru dari Utusan Malaysia pada 12.11.2013

56 peratus penganggur ialah siswazah 

Ismail Abd. MuTtalib 

KUALA LUMPUR 11 Nov. 

Jumlah penganggur di negara ini sehingga Jun lalu adalah sebanyak 375,401 orang dengan 56 peratus daripadanya merupakan siswazah. 

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Ismail Abd. Muttalib berkata, jumlah siswazah yang menganggur adalah sebanyak 210,263 orang manakala golongan bukan siswazah adalah 165,139 orang (44 peratus). 

"Pada masa ini, kementerian mengumpulkan data berhubung graduan menganggur melalui portal JobsMalaysia dan portal ini juga berperanan memadankan pencari kerja dengan kekosongan jawatan yang diiklankan," katanya. 

Beliau menjawab soalan Datuk Mansor Othman (PKR-Nibong Tebal) berhubung jumlah penganggur di negara ini dalam sidang Dewan Rakyat hari ini. 

Menurut Ismail, kementeriannya menerusi Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (Ilmia) sedang membina Sistem Pangkalan Gudang Maklumat Pasaran Buruh (LMIDW) yang dijangka siap Disember ini. 

Katanya, sistem berkenaan akan menyimpan maklumat pasaran buruh secara komprehensif selain berciri interaktif. 

"Sistem ini dibangunkan secara perkongsian pintar dengan Jabatan Perangkaan, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Jabatan Tenaga Kerja dan JobsMalaysia. 

"Sistem ini akan menyimpan dan mempersembahkan petunjuk-petunjuk utama pasaran buruh termasuk jumlah penyertaan tenaga kerja, pekerjaan mengikut sektor dan jumlah penganggur," katanya.



Janganlah disebabkan trend dan paksaan dari ibu-bapa yang inginkan anak-anak mereka mengikuti sesuatu jurusan, maka akhirnya mereka ada yang terkandas di pertengahan jalan ataupun setelah tamat pengajian tidak mendapat pekerjaan seperti yang diimpikan dahulu. Sebagai anak juga, kita tidak boleh juga terlalu menidakkan kehendak ibu-bapa kerana mereka lebih memahami, dalam istilah mereka lebih banyak makan garam dari kita. Maka carilah formula yang sebaik mungkin untuk memilih jurusan yang dikehendaki.

Tetapi kadang-kadang impian dan cita-cita tidak selari dengan keputusan oleh pihak-pihak yang membuat tawaran. Mungkin kita memilih jurusan A , B, C dan sebagainya mengikut pilihan keutamaan. Tetapi yang diperolehi ialah jurusan C,B, A. Mahu-mahu tidak mahu terpaksalah mengikutnya saja. Tambahan pula jika keputusan peperiksaan kita pun hanya selayaknya mendapat tawaran yang sebegitu.


Pemilihan pusat pengajian tinggi seperti universiti ataupun kolej yang menawarkan kursus-kursus juga harus dititik-beratkan. Kini terlalu banyak kolej swasta yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan mempromosikan kursus-kursus mereka. Ada yang telah tamat pengajian tetapi terkandas dalam temuduga lantaran kursus yang diikuti tidak diiktiraf oleh badan Akreditasi Malaysia (MQA).

Bukan bermakna sesebuah universiti atau kolej itu yang tidak begitu dikenali maka menganggap graduan atau kursus-kursus yang ditawarkan tidak berkualiti. Namun dalam pasaran pekerjaan dan persepsi orang-ramai, jika anda adalah graduan dari universiti-universiti yang “ada nama”, maka peluang untuk mendapat pekerjaan adalah lebih cerah dari yang lain.

Sebagai contoh, ramai yang tidak mengambil kesah tentang ranking sesebuah universiti samada yang dikeluarkan dalam negara ataupun oleh badan-badan bebas di  luar negara.

Di sini, saya sertakan senarai dari QS Ranking 2013 untuk 100 universiti-universiti terbaik Asia sebagai rujukan. 

Daripada senarai tersebut, saya buat analisa seperti berikut :

a. Kedudukan terbaik universiti di Malaysia : Universiti Malaya (33), Universiti Kebangsaan Malaysia (57), Universiti Sains Malaysia (61), Universiti Teknologi Malaysia (68), Universiti Putra Malaysia (72)

b. Kedudukan terbaik universiti di Singapura : National University of Singapore (2), Nanyang Technological University (10). Kedua-dua universiti ini adalah yang terbaik dari kalangan negara-negara Asean kerana menduduki 10 universiti terbaik Asia.

c. Dalam 100 ranking, negara-negara yang mempunyai banyak universiti tercacat ialah : Jepun (22 buah), China (21 buah), Korea Selatan (16 buah), Taiwan (12 buah), India (8 buah)

d. Dari kalangan negara Asean pula : Malaysia (5 buah), Thailand (3 buah), Singapura (2 buah), Filipina (1 buah), Indonesia (1 buah). Jadi kita boleh berbangga kerana mempunyai taraf pendidikan universiti yang terbaik juga dari kalangan negara-negara Asean.

e. Di Taiwan, universiti-universiti terbaiknya menduduki tangga ke 22,30,31 dan manakala universiti tempat saya belajar iaitu National Cheng Kung University menduduki tangga ke 37. Terdapat 12 buah universiti terbaik yang disenaraikan dalam QS Ranking 2013.
 




Senarai 100 Ranking Universiti Asia :

1 The Hong Kong University of Science and Technology (Hong Kong)
2= National University of Singapore (NUS) (Singapore)
2= University of Hong Kong (Hong Kong)
4 Seoul National University (South Korea)
5 Peking University (China)
6 KAIST - Korea Advanced Institute of Science & Technology (South Korea)
7= Pohang University of Science And Technology (POSTECH) (South Korea)
7= The Chinese University of Hong Kong (Hong Kong)
9 The University of Tokyo (Japan)
10= Kyoto University (Japan)
10= Nanyang Technological University (NTU) (Singapore)
12 City University of Hong Kong (Hong Kong)
13 Tokyo Institute of Technology (Japan)
14 Tsinghua University (China)
15 Osaka University (Japan)
16 Yonsei University (South Korea)
17 Tohoku University (Japan)
18 Nagoya University (Japan)
19 Korea University (South Korea)
20 Kyushu University (Japan)
21 Sungkyunkwan University (South Korea)
22 National Taiwan University (NTU) (Taiwan)
23 Fudan University (China)
24 Hokkaido University (Japan)
25 The Hong Kong Polytechnic University (Hong Kong)
26 University of Science and Technology of China (China)
27 Shanghai Jiao Tong University (China)
28 Zhejiang University (China)
29 Nanjing University (China)
30 National Chiao Tung University (Taiwan)
31 National Tsing Hua University (Taiwan)
32 Keio University (Japan)
33 Universiti Malaya (UM) (Malaysia)
34 University of Tsukuba (Japan)
35 Kyung Hee University (South Korea)
36 Hanyang University (South Korea)
37 National Cheng Kung University (Taiwan) - Saya belajar Kejuruteraan Awam di sini
38 Indian Institute of Technology Delhi (IITD) (India)
39 Indian Institute of Technology Bombay (IITB) (India)
40 Ewha Womans University (South Korea)
41 Kobe University (Japan)
42 Mahidol University (Thailand)
43 Hong Kong Baptist University (Hong Kong)
44 Waseda University (Japan)
45 National Yang Ming University (Taiwan)
46 Beijing Normal University (China)
47 Hiroshima University (Japan)
48 Chulalongkorn University (Thailand)
49 Indian Institute of Technology Madras (IITM) (India)
50 Taipei Medical University (Taiwan)
51 Indian Institute of Technology Kanpur (IITK) (India)
52 Sogang University South (Korea)
53 National Central University (Taiwan)
54 National Taiwan University of Science And Technology (Taiwan)
55 Sun Yat-sen University (China)
56 Xi'an Jiaotong University (China)
57 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (Malaysia)
58 Indian Institute of Technology Kharagpur (IITKGP) (India)
59 Tokyo Medical and Dental University (Japan)
60 Chiba University (Japan)
61 Universiti Sains Malaysia (USM) (Malaysia)
62 Nankai University (China)
63 National Sun Yat-sen University (Taiwan)
64= Pusan National University (South Korea)
64= University of Indonesia (Indonesia)
66 Indian Institute of Technology Roorkee (IITR) (India)
67 University of the Philippines (Philippines)
68 Universiti Teknologi Malaysia (UTM) (Malaysia)
69 Kanazawa University (Japan)
70 Wuhan University (China)
71 Chung-Ang University (South Korea)
72 Universiti Putra Malaysia (UPM) (Malaysia)
73 Tongji University (China)
74 Osaka City University (Japan)
75 Hankuk (Korea) University of Foreign Studies (South Korea)
76 Tokyo University of Science (Japan)
77= Beihang University (former BUAA) (China)
77= Kyungpook National University (South Korea)
77= Southeast University (China)
80 University of Delhi (India)
81 Tokyo University of Agriculture and Technology (Japan)
82 Renmin (People’s) University of China (China)
83= Tianjin University (China)
83= University of Seoul (South Korea)
85= Inha University (South Korea)
85= National Taiwan Normal University (Taiwan)
87 Okayama University (Japan)
88 Beijing Institute of Technology (China)
89 Indian Institute of Technology Guwahati (IITG) (India)
90 Harbin Institute of Technology (China)
91= Shanghai University (China)
91= Xiamen University (China)
93 Chang Gung University (Taiwan)
94 Tokyo Metropolitan University (Japan)
95 National Chung Hsing University (Taiwan)
96 Kumamoto University (Japan)
97 Chonbuk National University (South Korea)
98 Chiang Mai University (Thailand)
99 The Catholic University of Korea (South Korea)
100 Yokohama City University (Japan)

Jika dalam 100 buah universiti terbaik Asia, terdapat lima buah universiti-universiti Malaysia masih mengungguli antara tangga 33 hingga 72, maka bolehlah dikatakan universiti-universiti lain juga tidak kurang hebatnya. Maka kita harus mempercayai bahawa graduan-graduan dari universiti-universiti yang tidak tersenarai dalam QS Ranking 2013 juga mempunyai kekuatan tersendiri.

Pencapaian universiti dari segi ranking adalah satu hal, tetapi pencapaian individu adalah lebih penting.

Dalam pengamatan saya beberapa tahun di Shah Alam di mana saya sering berinteraksi dengan siswa-siswi terutamanya dari UiTM, UNISEL dan PTPL dari pelbagai jurusan. Malah dari kalangan mereka ada yang menerjah ke pejabat saya apabila datang memohon kerja atau ingin untuk diinterview bagi assignment mereka dalam subjek keusahawanan.

Malah ramai daripada siswa-siswi walaupun sudah di tahun akhir tetapi masih lagi kabur tentang hala tuju dan apakah prospek kerjaya mereka.  Ini kerana pihak universiti tidakpun menerapkan elemen bakal skop kerja yang sepatutnya diketahui oleh pelajar-pelajar. Sebenarnya mereka merab-raba dalam kesiangan !

Nasihat saya ialah jika siswa-siswa telah berada di tahun akhir, maka seringlah keluar untuk menemui dan mendekati “masyarakat pekerjaan” samada dilakukan secara bersendirian atau berkumpulan. Selain memahami situasi sebenar, ia juga akan memberikan persiapan kepada siswa tentang perkara-perkara atau ilmu yang “extra” perlu dipelajari serta mengintai-intai peluang pekerjaan sebelum melangkah keluar dari menara gading. Buatlah persediaan ini sekerap mungkin jika anda tidak mahu diketepikan oleh alam pekerjaan.

Para siswa juga haruslah melihat latihan praktikal sebagai batu loncatan untuk menimba ilmu sebagai persiapan terakhir. Manakala assignment latihan berbentuk kertas kerja haruslah dibuat dengan teliti kerana ia akan menjadi sebahagian daripada resume anda apabila memohon kerja.

Bagi setengah-sesetengah pelajar lebih suka mengikuti aktiviti-aktiviti luar samada yang dianjurkan oleh persatuan atau fakulti. Namun keutamaan siswa-siswi adalah pada pelajaran. Anda tidak punyai banyak peluang untuk mengulangai subjek yang gagal, dan jika pointer terlalu rendah, ia akan memberi kesan kepada masa depan anda terutamanya semasa memohon pekerjaan. 

Dalam masa yang sama, saya sering bertanyakan tentang pengetahuan am mereka berkenaan sesuatu isu dan bahkan kaitannnya dengan subjek teras mereka. Jawaban yang diterima sering agak mengecewakan.  

Ini kerana ramai di kalangan mereka tidak gemar membaca selain daripada bahan-bahan kuliah. Itupun ramai yang membuat assignment dengan copy & paste sahaja. Sesungguhnya cara ini tidak meransang pembentukan intelektual sesorang dan daya pemikiran yang kreatif.

Dari segi komunikasi pula, ramai yang ditakrifkan gagal dalam bahasa Inggeris. Sedangkan ia adalah bahasa yang sangat diperlukan di alam pekerjaan serta diajukan juga dalam temuduga.

Sikap memilih kerja adalah satu penyakit kepada ramai siswazah. Janganlah mengharapkan kerja yang setara dengan kelulusan dan gaji yang lumayan apabila mula berkerja. Sebenarnya jika anda adalah pemegang diploma atau ijazah pertama yang baru keluar dari menara gading, janganlah dianggap anda mempunyai "lesen" untuk diterima bekerja. Ini disebabkan orang-orang di sekeliling anda juga ramai yang terdiri daripada siswazah. Anda tidak boleh syok sendiri mengatakan "aku ini siswazah". 

Mungkin semasa era ibu-bapa anda dahulu, jika diterima masuk universiti, ia merupakan sesuatu yang amat dibanggakan kerana tawaran tempat di universiti adalah terhad dan hanya pelajar-pelajar yang mempunyai keputusan peperiksaan sekolah menengah yang cemerlang sahaja serta dibiayaai oleh badan-badan tertentu samada dalam bentuk biasiswa ataupun dermasiswa maupun pinjaman dari pihak institusi kewangan. 

Namun kini anda berpeluang melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi kerana adanya prasarana kerajaan yang lebih baik serta limpahan universiti dan kolej samada yang didirikan oleh kerajaan maupun swasta. Bahkan kita banyak mempunyai kampus universiti luar negara yang terdapat di negara kita.

Dengan adanya sistem pinjaman pengajian PTPTN maka peluang untuk anda melanjutkan pengajian tidak kira di mana jua dalam negara akan lebih mudah. Maka jika keputusan peperiksaan di peringkat sekolah menengah tidak meberansangkan juga diberi peluang untuk melanjutkan pengajian. Dengan kelebihan-kelebihan ini berbanding dengan era ibu-bapa anda, sessungguhnya anda lebih bertuah.

Jadi, jika anda masih gagal dalam mendapatkan pekerjaan setelah keluar dari IPT, maka buatlah apa-apa pekerjaan walaupun tiada kaitan dengan kursus pengajian kita. Kerana bakal majikan biasanya akan melihat rekod kerja anda walaupun dalam bidang-bidang yang tiada kaitannya.

Sebahagian daripada mereka gagal untuk memasarkan diri kerana pemilihan kursus yang tidak sesuai ataupun hanya peluang kerjaya mereka hanya tertumpu ke beberapa sektor saja.

Selain daripada itu, siswa harus memperlengkapkan diri dengan sesuatu skil atau kemahiran yang berada di luar bidang pengajian mereka. Cubalah untuk "develop" minat tersebut sebaik saja anda memasuki IPT. Ia mungkin dalam bidang sukan, musik, penulisan, penterjemahan, kepimpinan, penyelidikan dan sebagainya.  

Kerana ia amat membantu anda terutamanya ketika terdapatnya pemilihan yang sengit antara calon-calon semasa temuduga. Biasanya majikan akan memilih seseorang calon yang kelihatan mempunyai sesuatu yang berbeza dari yang lain.

Pengalaman saya sendiri,  walaupun sebagai seorang graduan dalam Kejuruteraan Awam, tetapi memiliki kelebihan dalam pengaturcara komputer (computer programming) yang dipelajari secara sendirian semasa di universiti dahulu dan dikembangkan lagi semasa bekerja. Antara computer language yang saya kuasai ialah Fortran, GWBasic, C Language dan dBase. Malah sehingga sekarang, saya masih belajar ilmu membuat rekabentuk web dengan HTML language.

Akhirnya saya berupaya untuk membangunkan banyak perisian komputer yang berasaskan kejuruteraan awam terutamanya semasa pembinaan Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) sekitar awal tahun 1900an dahulu dan ianya telah digunakan dalam empat projek lebuhraya PLUS. Begitu juga saya membangunkan sistem database "unit rate costing" semasa bekerja di bahagian kontrak dan tender dalam sebuah firma yang besar dahulu. 

Oleh itu anda seharusnya mengambil iktibar ini untuk memperkayakan diri dengan sesuatu kemahiran, jikapun tidak luar biasa, sekurang-kurangnya anda kelihatan lebih diutamakan semasa kenaikan pangkat dan gaji.

Begitu juga bagi anda yang meminati bidang penulisan, maka ianya haruslah dikembangkan selari dengan kemampuan pengetahuan kita. Setidak-tidaknya jika anda gagal dalam beberapa temuduga dan semasa menunggu jawaban pekerjaan, maka anda bolehlah menghantar karya-karya penulisan ke suratkhabar atau majalah. Ataupun anda boleh menjadi pemberita sambilan yang mewakili sesuatu daerah. Ini sesungguhnya amat ditagih oleh pihak-pihak suratkhabar. Ia sebenarnya juga adalah sumber pendapatan anda jika dilakukan bersungguh-sungguh.

Pengalaman saya dalam penulisan berputik ketika di sekolah menengah lagi dan diteruskan semasa di universiti. Saya sering menghantar tulisan-tulisan saya (ketika itu saya berada di luar negeri) untuk diterbitkan dalam majalah-majalah tempatan. Kemudian saya juga menulis tentang isu-isu semasa  dan ilmiah dalam suratkhabar tempatan apabila telah mula bekerja. Namun kini tulisan-tulisan saya hanya dapat dibaca dalam blog saya, seperti yang anda sedang baca ini. 


Kini mempelajari bahasa Mandarin adalah satu trend di kalangan siswazah lantaran permintaan terhadap mereka yang mengetahui bahasa Mandarin semakin meningkat. 

Walaupun anda tidaklah dikehendaki menguasainya dengan mendalam, tetapi ia kadang-kadang ia akan menarik perhatian majikan terutamanya dari kalangan orang-orang Cina. Apatah lagi jika anda adalah penuntut-penuntut dalam bidang banking, sebaran am, komunikasi korporat, undang-undang, pentadbiran perniagaan dan sebagainya.

Jika anda telah memperlengkap diri dengan serba-serbi sebagai seorang siswazah, sudah tentu permohonan anda untuk mendapatkan pekerjaan akan menjadi lebih mudah !



Ditulis Oleh : Hisemudin Kasim

05.09.2013






Jika anda suka dengan artikel ini, sila berikan "Like". Ia akan tersimpan di Recent Activity Facebook anda. Ia amat berguna untuk rujukan kemudian hari


Perhatian ! Anda boleh SHARE artikel ini kepada rakan-rakan Facebook anda. Klik Send


Komen anda dalam Facebook atau Blog haruslah kemas dan bernas serta bertanggungjawab. Ulasan yang tidak menepati isu atau yang bersifat tidak sopan akan dipadamkan.



Nota 1 : 11.09.2013 - petikan daripada Utusan Malaysia

Ranking enam universiti tempatan jatuh


KUALA LUMPUR 10 Sept. - Ranking enam universiti tempatan jatuh dalam senarai institusi pengajian tinggi (IPT) terbaik dunia berdasarkan kajian QS World University Rankings 2013/2014.

Dalam kedudukan terkini yang dikeluarkan syarikat penarafan yang berpangkalan di London itu, universiti terulung di Malaysia, Universiti Malaya (UM) menduduki tangga ke-167, jatuh 11 anak tangga berbanding di kedudukan 156, tahun lepas.

Namun begitu, UM masih mengekalkan kedudukan berada dalam kalangan 200 universiti terbaik dunia.

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pula menduduki tangga ke-269 berbanding 261 pada tahun lepas, Universiti Sains Malaysia (USM) kedudukan ke-355 (356), Universiti Putra Malaysia (UPM) menduduki rangking 411-420 (360), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ke-501-550 (401) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di tangga ke-701 (601).

Walau bagaimanapun Universiti Teknologi Malaysia (UTM) naik tiga anak tangga ke kedudukan 355 berbanding 358 sebelum ini.


Menurut Ketua Penyelidikan QS, Ben Sowter, penurunan prestasi universiti-universiti Malaysia pada tahun ini mencerminkan persaingan di peringkat global yang hebat.

"Bagaimanapun dibandingkan dengan prestasi lima tahun lalu, IPT di Malaysia telah menunjukkan beberapa kemajuan yang ketara.

"Penurunan prestasi universiti-universiti Malaysia adalah kerana masih belum menghasilkan penyelidikan yang boleh dibanggakan, namun mereka telah membangunkan profil yang kukuh dalam kalangan dunia akademik dan melahirkan graduan," katanya.

Berdasarkan kajian itu, Massachusetts Institute of Technology (MIT), Amerika Syarikat (AS), kekal sebagai universiti terbaik dunia untuk tahun kedua berturut-turut meninggalkan universiti ternama lain seperti Harvard University, AS dan University of Cambridge, United Kingdom (UK), masing-masing di kedudukan kedua dan ketiga.

Tempat keempat pula disandang oleh Univesity College London, UK dan Imperial College London (kelima).
National University of Singapore di tangga ke-24, berjaya mengatasi University of Hong Kong yang hanya berada di kedudukan ke-26, sekali gus merupakan institusi yang cemerlang di Asia.








Post a Comment