Penulis Blog ini, Hisemudin Kasim juga merupakan Pengarang Bahasa Mandarin. Menerbitkan DVD Asas Belajar Bahasa Mandarin

Klik sini http://www.ebookmandarin.com/ untuk mendapatkan keterangan lanjut
”smile”/
Terdapat 8 keping DVD
Dengan 80 bab pelajaran
Harga RM90.00

Thursday, September 26, 2013

Gelora Wanita UMNO : Maznah lawan tokeh

Petang Sabtu 21hb September 2013, jam antara 4,40 – 4.45 petang mencetuskan gelora dalam perebutan jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia. Ketika semua tumpuan ditujukan kepada penyandang jawatan iaitu Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil yang hanya berdepan dengan laluan mudah apabila yang sah menentang beliau ialah Raihan Sulaiman Palestin. 

Namun di minit-minit terakhir itu borang pencalonan dari wakil Senator Datuk Maznah Mazlan dihantar ke meja Urusetia Pencalonan. Tercetus hingar-bingar ! Sah pertandingan tiga penjuru antara Sharizat, Maznah dan Raihan !

Sebelum itu, hanya gendang kecil dipalu, memandangkan saingan daripada Raihan Sulaiman Palestin bukanlah dianggap sebagai satu perang.  Namun perubahan mendadak yang memperlihatkan kematangan Wanita UMNO Malaysia dalam usaha pencarian pemimpin yang dilakukan dengan bijaksana dan suasana kekeluargaan dalam sistem demokrasi telah mencapai kemuncaknya. Kini terpaksa langkah besar dipercepatkan, taboh rebana ubi dan pelbagai gendang bakal mewarnai dalam kempen perebutan jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia itu.

Namun demikian, kesemua mereka haruslah mendengar nasihat dan amanat Presiden parti agar berkempen secara berhemah. Biarpun pemimpin datang dan pergi, namum keutuhan parti dan semangat kekeluargaan haruslah diutamakan, yang menang tidak akan membolot semuanya, yang kalah tidak akan rugi segalanya. Ianya akan dilakukan dalam suasana menang-menang. Bertaut kembali setelah penentuan nakhoda ditentukan. Bersifat “gentlemen” dan akur jika kekalahan di mana-mana pihak. Ingatlah pertandingan bukannya berakhir dengan perpecahan tetapi bagi menguatkan lagi perpaduan dalaman parti.

Menyusuri pertandingan untuk jawatan Ketua Wanita UMNO bagi UMNO (baru) selepas UMNO di”mati”kan dari segi teknikal berikutan perebutan jawatan Presiden parti antara Tun Dr.  Mahathir Mohammad dan Tunku Razaleigh Hamzah dahulu, jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia terus diungguli oleh Datuk Seri Rafidah Aziz buat sekian lamanya.

Perebutan untuk jawatan Ketua Wanita UMNO mula dicabar oleh Datuk Dr. Zaharah Sulaiman pada tahun 1996 yang menyaksikan Siti Zaharah mengalahkan Rafidah Aziz dengan kelebihan 27 undi sahaja.  Ia merupakan kes pertama timbalan lawan tokeh dalam perebutan jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia. Bagaimanapun Siti Zaharah tidak mampu untuk bertahan setelah Rafidah Aziz merampas semula jawatan itu empat tahun kemudiannya dengan kelebihan 12 undi sahaja ! Ini tercatit sebagai perebutan jawatan Ketua Wanita UMMO Malaysia yang paling sengit pernah dihadapi oleh Wanita UMNO.

Selama Rafidah menerajui Wanita UMNO Malaysia, beliau seolah-olah tidak meninggalkan bakal penggantinya dengan satu pelan transformasi yang licin. Tidak menentukan bilakah beliau sepatutnya berundur agar bakal penggantinya disiapsiagakan dengan kedudukan yang baik samada dari sudut parti maupun kerajaan. Malah beliau ingin terus menerajui Wanita UMNO Malaysia walaupun sokongan terhadapnya semakin menurun.

Maka lahirlah ketidakpuasan hati dari kalangan Wanita UMNO Malaysia sendiri, bahkan atas dorongan inginkan perubahan pemimpin maka Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil menawarkan diri untuk bertanding melawan tokehnya. Ketika itu Sharizat yang menjadi timbalan kepada Rafidah akhirnya berjaya menumbangkan Rafidah pada pemilihan tahun 2009 dengan memperolehi 507 undi berbanding 280 yang diperolehi oleh Rafidah. Sejumlah undi yang amat selesa bagi menunjukkan sokongan terhadap Sharizat.  Rafidah tidakpun muncul ketika pengumuman keputusan. Mungkin kecewa atau dikatakan tidak “gentlemen”. Sejak itu Rafidah memencilkan diri.

Shahrizat, anak mummy Pulau Pinang membina kerjaya politiknya setelah beberapa lama bergiat dalam bidang perundangan dengan memiliki firma guaman sendiri. Kemudiannya beliau terjun ke dalam bidang korporat dan menempa sejarah sebagai wanita pertama Malaysia dilantik sebagai Pengerusi di dua buah syarikat yang tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur. 

Dalam politik beliau merangkak selangkah demi selangkah yang akhirnya berjaya dipilih sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian Kepong dan dipilih menduduki barisan Exco Wanita UMNO Malaysia. Inilah platform beliau yang akhirnya diangkat sebagai Timbalan Ketua Wanita UMNO Malaysia di bawah Rafidah. Setelah Rafidah dilihat payah untuk berundur, maka Sharizat terpaksa berentap dengannya yang menyaksikan Rafidah kecundang.

Shahrizat  dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Belia dan Sukan setelah memenangi kerusi Parlimen Lembah Pantai dalam tahun 1995 setelah mengalahkan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohammad Salleh Abas yang mewakili Semangat 46 ketika itu.

Dalam PRU 1999, beliau berjaya mempertahankan kerusi Lembah Pantai dengan mengalahkan seorang peguam besar dari parti KeAdilan yang  pernah mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwatnya iaitu Zainur Zakaria. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab ke atas Jabatan Hal Ehwal Wanita dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara.

Selepas PRU 2004, Shahrizat dilantik sebagai Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Ini berikutan kemenangannya ke atas Dr. Sanusi Osman, Setiausaha Agong Parti Rakyat Malaysia (PRM) yang bertanding atas tiket parti KeAdilan.

Semasa  tsunami politik Pak Lah, akhirnya Sharizat ditumbangkan oleh legasi Anwar Ibrahim sendiri iaitu Nurul Izzah dari PKR dalam PRU 2008. Ini berikutan dua cubaan proksi Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Zainur Zakaria dan Dr. Sanusi Osman gagal menumbangkan Shahrizat dalam PRU 1999 dan 2004 di Lembah Pantai.

Shahrizat kembali ke Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga atas tiket senator menggantikan Datuk Dr. Ng Yen Yen sehinggalah beliau tamat tempuh penggal senatornya dan meletak jawatan sebagai menteri. Di akhir-akhir penggalnya, beliau tidak senang tidur lantaran pembabitan suaminya, Datuk Seri Mohammad Salleh Ismail dalam kes Projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) bernilai RM250 juta serta kaitannya dengan pembelian dua buah kondominium mewah.

Pada perkiraan Shahrizat, laluannya untuk mempertahankan jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia tidaklah terlalu getir. Ini kerana pada awalnya yang bakal menentangnya ialah bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Azalina Othman Said. Namun akhirnya Azalina mengambil pendirian untuk menarik diri setelah apa yang dikatakan sebagai “another arrangement” dibuat. Walaupun kita tidak tahu “betul atau tidak” ianya benar-benar berlaku, namun dalam suasana berkempen, kesemua elemen ini akan sentiasa menjadi satu tanda tanya.

Lagipun kelibat Azalina di dalam Wanita UMNO Malaysia bukanlah sesuatu yang menjadi isu, lantaran “kehadirannya” dalam kelompok kepimpinan tertinggi Wanita UMNO Malaysia seolah-olah tidak dialu-alukan. Yang menjadi tradisi kepimpinan Wanita UMNO Malaysia ialah mereka haruslah datang dari dalam Wanita UMNO Malaysia sendiri. Sedangkan Azalina selama ini hanyalah pinggiran sahaja ! Maka cabarannya jika menentang Sharizat, ia bukanlah satu tentangan yang hebat.

Setelah senyap dengan pengunduran Azalina, maka Shahrizat semacam mendapat semangat baru. Beliau melaungkan siapa saja boleh menentangnya dalam perebutan jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia. Tidak semena-mena, Raihan Sulaiman Palestine menyambut cabaran Shahrizat. Ramai terpinga-pinga, siapa Raihan Sulaiman Palestine ?

Tetapi ramai yang masih mengingati siapa itu Sulaiman Palestine. Beliau adalah ultra Melayu Islam dalam UMNO pada era Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan Tun Hussein Onn dahulu . Beliau sebagai pemidato yang berucap berapi-api terutamanya berhubung isu Palestine. Maka lekatlah namanya sebagai Sulaiman Palestine.

Semangat Sulaiman Palestine mengalir dalam tubuh Raihan. Kekentalan Sulaiman Palestine menentang Tun Hussein Onn untuk perebutan jawatan Presiden UMNO dalam perhimpunan Agung UMNO dalam tahun 1978 dianggap sebagai “berani mati”. Walaupun ketika itu beliau tidaklah dikenali sangat di peringkat pusat. Maka keberanian Raihan untuk menentang Shahrizat bolehlah dianggap sebagai ulang tayang versi kedua legasi Sulaiman Palestine.

Kebiasaannya yang menjadi cabaran kepada jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia adalah lahir daripada timbalannya. Namun dalam PRU 13 yang lalu, Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Kamilia Ibrahim bertindak keluar parti bagi memprotes kepimpinan pusat kerana tidak memberikannya laluan untuk bertanding kerusi parlimen Kuala Kangsar tetapi menawarkan kerusi DUN kepadanya. Akhirnya Kamilia hanyut bersama air Sungai Perak di Kuala Kangsar setelah menjadi calon bebas di parlimen Kuala Kangsar. Maka terdapat kekosongan bagi jawatan Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia. Sekali lagi Sharizat terlepas dari kemungkinan dicabar oleh timbalannya.

Kamilia mendapat kedudukan sebagai Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia adalah disebabkan kegawatan dalam pemilihan jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia antara Rafidah Aziz dengan Shahrizat. Malah cara Kamilia menawarkan diri untuk jawatan tersebut tidak disenangi oleh kebanyakan Exco Wanita UMNO Malaysia sendiri. Maka akhirnya Kamilia walaupun menduduki kerusi nombor dua dalam kepimpinan Wanita, tetapi beliau seolah-olah “lone ranger”. 

Kerakusan Kamilia untuk mencapai citi-cita politiknya dianggap terlalu tamak.  Dalam persepsi analisis politik, Kamilia mungkin mencaturkan bahawa Shahrizat tidak bertanding dalam PRU 13, maka sudah pasti kepimpinan pusat akan memberikan tiket kepada orang kedua dalam Wanita untuk bertanding bagi kerusi parlimen. Jika beliau menang, sudah tentu akan diangkat menjadi menteri, satu kedudukan yang menjadi impian setiap ahli politik. Tetapi kepimpinan pusat tidak berfikiran begitu kerana telah menyediakan “calon boleh menang” di parlimen Kuala Kangsar bagi menggantikan Rafidah Aziz.

Maka Kamilia disediakan kerusi DUN, namun Kamilia bertegas tidak menerima. Akhirnya yang dikejar tidak dapat, yang dikendung berciciran. Berkerat rotan dengan UMNO. Berkelana akhirnya. Itulah alkisah orang tamak selalu rugi, bagai anjing dengan bayang-bayang.

Rupa-rupanya keriangan Shahrizat untuk melalui pertandingan mempertahankan kerusi Ketua Wanita UMNO Malaysia tidak berakhir dengan senyum lebar tetapi terpaksa menerima dengan senyum sinis apabila pencalonan Maznah Mazlan hadir di meja Urusetia Pencalonan di minit-minit terakhir sebelum penutupan pencalonan sekitar jam 4.40 – 4.45 petang pada hari Sabtu 21hb  Sepetember 2013. Borang pencalonannya dihantar oleh wakilnya, Mohamad Baba.

Kita mengenali Maznah Mazlan sebagai Exco Wanita UMNO Malaysia yang juga anggota DUN Muadzam Shah, Pahang. Diangkat ke pusat dengan tiket Senator serta dilantik sebagai Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar sebelum dipindahkan ke Kementerian Sumber Manusia sehingga April tahun ini.

Di peringkat negeri, Maznah amat cemerlang sebagai exco kerajaan Negeri Pahang dengan jawatan terakhirnya sebagai Exco Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Kesenian dan Warisan. Dalam politik, beliau adalah Ketua Wanita UMNO Rompin dan Ketua Wanita UMNO Pahang. Maka dengan kedudukan itu, sebenarnya pertandingan bagi perebutan jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia bolehlah dikatakan antara Sharizat dan Maznah. Manakala Raihan sebagai kacau daun sahaja !

Menurut yang empunya tubuh, keputusan untuk bertanding bukan dibuat atas dorongan pihak tertentu tetapi ianya diilhamkan secara spontan pada jam 12 tengahari pada hari penamaan calon ketika beliau berada di Rompin, Pahang. Namun ramai yang mengaitkan keputusan beliau itu sebagai proksi Rafidah Aziz yang kalah kepada Shahrizat dalam perebutan jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia dalam pemilihan tahun 2008/2009 dahulu. Di mana Maznah adalah berada dalam regu Rafidah Aziz. 

Sesungguhnya keputusan beliau untuk mencabar Shahrizat sebagai satu lambang kematangan dalam Wanita UMNO Malaysia bagi pencarian pemimpin. Ia bukan dikatakan merendahkan kepimpinan sekarang, tetapi setiap pemimpin dan gaya kepimpinan ada perbezaan dan tentunya ada ruang untuk pembaikan demi parti amnya dan Wanita UMNO khasnya. Oleh itu cabarannya terhadap Shahrizat bukan satu pertarungan hidup mati, tetapi dalam proses kematangan Wanita UMNO untuk diikuti oleh cawangan dan bahagian serta di pusat.

Dari segi umur, mereka hampir sebaya. Malah menceburi UMNO dalam usia yang hampir sama. Cuma perbezaan latar belakang dan pengalaman di peringkat pusat yang membezakannya.

Berbeza dengan perebutan jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia antara Rafidah Aziz dengan Shahrizat dahulu, di mana dilihat Rafidah Aziz begitu liat untuk melepaskan jawatan yang disandang begitu lama serta tidak menyediakan pelan transformasi yang tersusun bagi timbalannya untuk mengambilalih jawatan. Sehinggalah di saat-saat terakhir barulah diadakan pelan antara kem Rafidah dan kem Sharizat bagi mengendurkan ketegangan. Namun Kamilia berdegil dan ingin terus menawarkan diri untuk jawatan Naib Ketua Wanita UMNO dan memaksa Shahrizat meneruskan perjuangan menentang tokehnya.

Kini ulang tayang hampir menyerupai pertandingan antara Rafidah-Shahrizat yang kini beralih kepada Shahrizat-Maznah. Mungkin Shahrizat juga memikirkan bahawa beliau tidak lagi mengimpikan jawatan menteri yang telahpun dipegangnya. Dan keputusannya tidak bertanding dalam PRU 13 dahulu bertujuan bagi mengukuhkan parti. Maka setelah parti didapati kukuh, maka Sharizat akan berbangga “bersara” sebagai Ketua Wanita UMNO Malaysia dengan menyediakan pelan transformasi kepada timbalannya atau orang-orang yang boleh diharapkan. Malah inilah yang dikejarkannya dulu apabila Rafidah begitu liat untuk menyediakan barisan pelapis. 

Maka ini juga tentunya dalam perkiraaan Maznah. Shahrizat tidak begitu tamak seperti Kamilia. Dalam perkiraan saya dan mungkin juga Maznah, bahawa Sharizat akan menamatkan penggal terakhirnya sebagai Ketua Wanita UMNO Malaysia sebaik saja selepas penggal kali ini. Maka di penggal akan datang tentunya jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia akan didapati kosong.

Melihatkan kepada potensi dalam exco Wanita UMNO Malaysia sendiri, kedudukan Maznah adalah yang paling menonjol untuk diketengahkan sebagai Ketua Wanita UMNO Malaysia di penggal berikutnya. Jadi dalam perkiraan saya, Maznah ada dua misi.

Pertama, perebutannya sebagai calon Ketua Wanita UMNO Malaysia adalah sebagai platform untuknya menonjolkan diri sebagai calon untuk dipilih di masa akan datang, sekalipun tewas dalam percubaan pertamanya. Secara tidak langsung meningkatkan imej beliau. Ini memandangkan beliau sendiri tidak kurang hebatnya dari segi kepimpinan kerajaan maupun dalam parti. Sekurang-kurangnya beliau sudah ada track record untuk dipertimbangkan nanti. Jika menang ke atas Shahrizat adalah satu bonus kepada beliau.

Kedua, melihatkan kepada barisan calon-calon yang akan bertanding sebagai Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia masih tidak diyakini oleh akar umbi sebagai pemimpin nombor satu Wanita sekiranya betul Shahrizat ingin bersara di penggal akan datang.

Kini calon-calon yang sah bertanding ialah Exco Negeri Kedah, Datuk Suraya Yaakob dan Timbalan Menteri di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu Datuk Azizah Mohd Dun yang juga merupakan ahli Parlimen Beaufort, Sabah. Kedua-duanya memerlukan masa yang lama untuk bergerak di peringkat kerusi nombor dua dalam Wanita UMNO Malaysia.  Jadi sudah tentu dari segi senioriti, jika Maznah menawarkan diri untuk bertanding di pemilihan akan datang sebagai Ketua Wanita UMNO, jika ditakdirkan tewas kali ini, maka peluangnya adalah amat luas.

Saya percaya jika ditakdirkan Maznah tewas kerana dari segi populariti di akar umbi dan penampilan serta pengalaman mungkin Maznah sukar untuk menyaingi Sharizat. Lagipun Shahrizat tidak terpalit dengan apa-apa kesalahan besar yang memungkinkan beliau ditolak oleh perwakilan. Cuma orang-orang akan cuba mengaitkan pembabitan suami beliau dengan NFC, namun Shahrizat masih dikira bersih.

Wanita UMNO masih sayangkan Shahrizat secara umumnya dan beliaupun tidak seperti Rafidah yang begitu liat untuk berkompromi bagi menyediakan barisan pelapis. Dan maka dengan itu beliau akan diberikan untuk sepenggal lagi. Dan jika Shahrizat berjiwa besar ingin menyatakan inilah penggal terakhirnya maka peluang transformasi kepimpinan dapat dilakukan sebelum tamat tempuh penggalnya nanti.

Jika Maznah tewas, tetapi beliau haruslah diangkat kembali menganggotai kepimpinan Wanita UMNO Malaysia agar beliau dapat diberikan tugas-tugas sebagai barisan pelapis yang memungkinnya menjawat Ketua Wanita UMNO Malaysia selepas Shahrizat.

Jika ini dapat dilakukan, maka Wanita UMNO akan tentu dapat menyediakan satu gerak kerja yang amat besar bagi membantu Pergerakan Pemuda UMNO dan UMMO Malaysia serta Barisan Nasional khasnya dalam menghadapi PRU 14 nanti.


Ditulis oleh : Hisemudin Kasim

26.09.2013


Jika anda suka dengan artikel ini, sila berikan "Like". Ia akan tersimpan di Recent Activity Facebook anda. Ia amat berguna untuk rujukan kemudian hari


Perhatian ! Anda boleh SHARE artikel ini kepada rakan-rakan Facebook anda. Klik Send


Komen anda dalam Facebook atau Blog haruslah kemas dan bernas serta bertanggungjawab. Ulasan yang tidak menepati isu atau yang bersifat tidak sopan akan dipadamkan.


Tuesday, September 24, 2013

Marilah Bersama Belajar Bahasa Mandarin Siri 21











Belajar bahasa Mandarin adalah amat penting terutamanya bagi orang-orang Melayu jika mereka ingin berkecimpung dalam bidang perniagaan serta meniru cara-cara orang-orang Cina berniaga. Kerajaan juga menggalakan kita mempelajari bahasa Mandarin.

Pengumunan :  

Kepada anda yang telah mengikuti siri-siri Marilah Bersama Belajar Bahasa Mandarin di dalam blog ini yang telah bersiaran dari 23/04/2013 sehingga 04/01/2014 untuk selama 30 siri, saya memohon maaf kerana kesemua tulisan-tulisan tersebut telah dikeluarkan daripada blog ini.





   Sila <KLIK SINI> untuk keterangan lanjut
Hisemudin Kasim

Saturday, September 21, 2013

Calon-calon Saingan Kerusi Naib Presiden UMNO

Saingan semakin sengit bagi perebutan tiga kerusi Naib Presiden UMNO dalam pemilihan parti yang bakal diadakan pada bulan Disember  di PWTC nanti. Kini yang menyandang kerusi Naib Presiden UMNO ialah Datuk Seri Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein dan Datuk Seri Shafei Apdal.

Yang menawarkan diri untuk menduduki kerusi ini termasuklah bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Mohd Rustam, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad dan akhir sekali legasi Tun Dr. Mahathir iaitu Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir.

Sebelum kita membuat analisa dan sejauh mana “kebolehpasaran” mereka dalam memikat   ahli-ahli UMNO untuk mewakili mereka terutamanya sebagai barisan pelapis UMNO khasnya dan Barisan Nasional amnya serta kepimpinan negara keseluruhnnya.

Eloklah kita meneliti profil setiap calon-calon yang bakal mewarnai pemilihan UMNO kali  ini.

Dato' Seri Dr.  Ahmad Zahid bin Hamidi

Dilahirkan pada 1953 di Kampung Sungai Nipah Darat, Bagan Datoh, Perak. Mendapat pendidikan awal di kampong kelahirannya dan kemudian menyambung persekolahan menengah di Sekolah Menengah Agama Izudin Shah, Ipoh. Berkelulusan bidang sastera dari universiti Malaya. Kemudiannya memperolehi Certificate in Banking dan Diploma in Marketing Communication. Lulusan Sarjana dari UPM dalam bidang Komunikasi Korporat serta memperolehi PhD dari UPM.  

Latar belakang beliau dalam korporat seperti menjadi Pengerusi Bank Simpanan Nasional (1995-1998) dan pada tahun 1999 menjadi Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Dalam kerjaya politik, beliau pernah menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia.  Dan semasa itu juga beliau ditahan mengikut ISA kerana menyokong kegiatan Reformasi oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau kembali ke persada kepimpinan UMNO dalam tahun 1999. Selepas PRU 2004, beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri dalam kabinet Tun Abdullah Ahmad Badawi. Setelah memenangi kembali kerusi Parlimen Bagan Datoh dalam PRU 2008, beliau dilantik menjadi menteri penuh sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan kemudiannya sebagai Menteri Pertahanan dalam tahun 2009. Kini menyaksikan beliau bertukar kementerian dengan Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein dengan mengambilalih Kementerian Dalam Negeri.

Dalam kepimpinan tertinggi Ummo, beliau memenangai kerusi MT dalam tahun 2000 dengan memenangi undi kelima tertinggi. Selangkah demi selangkah, beliau akhirnya memenangi kerusi Naib Presiden Umno dalam Pemilihan Agung UMNO yang lalu. Kini Beliau berdepan dengan lima lagi calon yang akan berentap bagi mempertahankan kerusi tersebut dalam pimilihan dalam Perhimpunan Agung UMNO tahun 2013 nanti.


Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein

Dilahir dalam tahun 1961 yang merupakan anak kepada Perdana Menteri Malaysia yang ketiga, Tun Hussein Onn serta cucu kepada Datuk Onn Jaafar, pengasas UMNO dalam tahun 1946 dahulu. Legasi politik Malaysia untuk generasi ketiganya.

Bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar dan memperolehi ijazah Undang-undang dalam tahun 1984 dan kemudiannya ke pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Undang-undang Komersil dan Korporat dari England.

Dalam politik, pernah dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO Johor sebelum meniti ke Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Bermula dengan kerusi Parlimen Tenggara dan kini mengekalkan kerusi Parlimen Sembrong, Johor setelah persempadanan semula kawasan pilihanraya. Dalam kepimpinan tertinggi UMNO, beliau berjaya dalam usaha pertamanya menduduki kerusi Naib Presiden UMNO dalam pemilihan yang lalu.

Dalam kabinet, beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada tahun 1995.  Kemudiannya sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Utama pada tahun 1997. Sejak tahun 1999 hingga 2004 pula, memegang jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan. Selepas PRU  2004, beliau mempunyai tanggungjawab sebagai Menteri Pelajaran. Kemudian beralih ke Kementerian Dalam Negeri Malaysia dan akhir sekali bertukar kemenenterian dengan Dato’ Seri Zahid Hamidi sebagai Menteri Pertahanan.


Datuk  Seri Shafei Apdal

Dilahirkan di Semporna, Sabah dalam tahun 1957.  Beliau memperolehi Diploma dalam Pengurusan Perkapalan dan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan kepujian dari England.

Beliau memulakan kerjayanya dalam perkhidmatan awam sebagai Pegawai Ahli Ekonomi dalam Kementerian Kewangan Negeri Sabah pada tahun 1982 dan kemudian ke Jabatan Ketua Menteri Negeri Sabah untuk memegang jawatan Pegawai Pentadbir Kanan. Kemudiannya sebagai Penolong Setiausaha Kanan, Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Luar Bandar Sabah.

Dari tahun 1991 - 1993, beliau dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Tan Sri Datuk Hj. Sakaran bin DandaiMenteri Tanah dan Pembangunan Koperasi.

Pembabitannya dalam politik bersama USNO dalam tahun 1900. Ketika USNO dibubarkan dan UMNO mula bertapak di Sabah, beliau terpilih sebagai Exco Pemuda UMNO Sabah.  Pada tahun 1995 beliau telah dipilih sebagai Ketua UMNO Bahagian Semporna dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Sabah. Antara tahun 1996-2003, beliau adalah ahli MT UMNO. Dalam perhimpunan UMNO tahun 2009, beliau berjaya merebut salah satu kerusi Naib Presiden UMNO.

Pernah menyandang jawatan sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan dan kemudiannya sebagai Timabalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Juga dilantik sebagai Timbalan Menteri Pertahanan antara tahun 1999-2004.

Dilantik sebagai menteri penuh bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Penggunana. Sebelum menerajui Kementerian Pembanguan Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah masa kini, beliau adalah menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia.



Datuk  Seri Ali Mohd Rustam

Dilahirkan dalam tahun 1949 di Kampong Bukit Katil, Melaka. Menerima pendidikan awal di tempat kelahirannya dan kemudian ke Sekolah Tinggi Melaka. Memperolehi ijazah Kepujian Sarjana Muda Kemasyarakatan (Ekonomi Pembangunan) dari USM pada tahun 1984.

Berasal daripada perkhidmatan kerajaan sebagai Penolong Pengarah dan kemudiannya Pengarah KEMAS yang membawanya menjelajah ke Kedah, Perlis, Kuala Lumpur dan akhirnya kembali ke Melaka.

Karier politiknya bermula pada tahun 1984 apabila diberi kepercayaan sebagai Setiausaha Khas kepada Ketua Menteri Melaka ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik. Pada PRU tahun 1986, beliau bertanding untuk kerusi DUN Ayer Molek dan seterusnya sebagai Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar. Di peringkat negeri, beliau juga pernah memegang jawatan exco Perindustrian, Sains dan Teknologi.

Beliau mula dibawa ke pusat sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan setelah memenangi kerusi parlimen Batu Berendam dalam PRU 1995. Kemudiannya sebagai Timbalan Menteri Kesihatan dalam satu rombakan kabinet.

Beliau kembali ke DUN dengan memenangi kerusi Paya Rumput dan dilantik sebagai Ketua Menteri dalam PRU 1999. Berbekalkan perancangan dan kesinambungan daripada pemimpin awal di Melaka, maka Datuk Seri Ali Mohd Rustam telah mencernakan Melaka dengan pelbagai visi dan misi yang meletakkan Melaka sebagai Negeri Maju menjelang 2010. Sehingga kini Melaka walaupun diketahui tidak banyak sumber asli dan keluasan tanah pertanian yang terhad, tetapi Melaka kini muncul sebagai destinasi pelancungan yang unggul di Malaysia dan di persada dunia.

Beliau telah hilang kelayakan bertanding sebagai calon Timbalan Presiden UMNO dalam pemilihan tahun 2009 setelah Lembaga Disiplin UMNO mendapati beliau melanggar tataetika parti. Akhirnya jawatan ini dipertandingkan antara Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Tan Sri Muhammad Muhamad Taib yang menyaksikan Tan Sri Muhyiddin Yassin memenanginya.

Tan Sri Dato’ Seri Utama Mohd Isa Abdul Samad

Dilahirkan di Melaka dalam tahun 1949 dan mendapat pendidikan awal di Port Dickson. Kemudiannya ke Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur. Memperolehi ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Malaya dan kemudiannya memulakan karier sebagai guru.

Tan Sri Isa memulakan kerjaya politiknya pada tahun 1978 dengan memenangi kerusi DUN Linggi dan dilantik sebagai exco.  Beliau pernah bertanding mencabar Tan Sri Rahim Tamby Chik dalam tahun 1993 untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia tetapi tewas.

Di peringkat yang lebih tinggi, beliau juga kecundang dalam perebutan jawatan Naib Presiden UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO dalam tahun 2000. Namun beliau berjaya mendudukinya bagi penggal 2004-2007. Tetapi kemudiannya didapati bersalah melanggar disiplin parti berhubung amalan politik wang dalam pemilihan tahun 2004. Beliau digantung keahlian UMNO sehingga tahun 2008.

Tan Sri Isa menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan dari tahun 1982-2004 selama 22 tahun. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan sehingga tahun 2005 apabila didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin UMNO.  Kini beliau adalah Pengerusi Felda.



Datuk Mukhriz Tun Mahathir

Datuk Mukhriz Tun Mahathir adalah calon termuda dalam perebutan kerusi Naib Presiden UMNO dan yang terakhir mengumumkan pencalononnya.  Berumur 49 tahun dan merupakan satu-satunya legasi Tun Mahathir dalam politik.

Pendidikan menengahnya ialah di MRSM Pengkalan Chepa, Kelantan. Kemudiannya Tun Mahathir telah menghantarnya ke Jepun untuk mendalami pengajian di bidang pentadbiran perniagaan. Ini sesuai dengan Dasar Pandang Ke Timur oleh Tun Mahathir. Beliau juga memperolehi Sarjana dalam bidang pemasaran di Boston, Amerika Syarikat.

Di bidang korporat, beliau memulakan karier di Bank of Tokyo sebagai perunding.  Setelah kembalinya ke Malaysia, beliau memulakan karier sebagai ahli perniagaan.

Dalam politik, Mukhriz bermula dengan memenangi jawatan exco Pemuda UMNO Malaysia dalam tahun 2004. Dalam tahun 2006 menjadi Ketua Bahagian UMNO bahagian Kubang Pasu, yang diwarisi dari Tun Mahathir sejak sekian lama.

Dalam PRU 2008, beliau bertanding di Parlimen Jerlun dan dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Mukhriz kembali ke negeri Jelapang Padi untuk bertanding di DUN Ayer Hitam  dalam PRU 2013 dan memenanginya. Beliau dilantik sebagai Menteri Besar Kedah setelah mengalahkan kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Datuk Seri Azizan Abdul razak.  



Gendang Pemilihan Agung UMNO Bermula

Pemilihan Agung UMNO yang akan berlangsung pada 2-7 Disember 2013 nanti merupakan satu titik sejarah baru dalam UMNO kerana ia dianggap amat penting sebagai survival parti dan orang-orang Melayu setelah menerima asakan yang amat dahsyat dalam PRU 13. Ia juga merupakan tempat untuk memilih saf yang akan memimpin UMNO khasnya dan Barisan Nasional amnya dalam menghadapi PRU 14 nanti.

Setelah kita melihat Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Muhyiddin Yassin menang tanpa bertanding, maka hariki parti yang ketiga ialah memilih tiga orang Naib Presiden untuk diisi. Ketiga-tiga Naib Presiden kini ditentang oleh tiga muka-muka yang amat favourite dalam kepimpinan UMNO. Maka lahirlah pertandingan enam penjuru bagi memilih tiga calon yang memperolehi undi teratas bagi kerusi Naib Presiden UMNO.

Setelah meneliti enam profil calon-calon bagi kerusi Naib Presiden UMNO, manakah satu pilihan anda ? Anda tidak semestinya seorang ahli UMNO ataupun yang menjadi perwakilan dalam pengundian itu nanti. Mungkin anda seorang rakyat biasa atau menjadi ahli bagi parti-parti lain juga, mungkin akan berminat untuk mengetahui siapa yang bakal menduduki kerusi itu nanti.

Kerana melihatkan kepada senario politik hari ini, UMNO pasti akan mencorakkan pentadbiran negara di masa akan datang. Jadi pemilihan Naib Presiden UMNO bolehlah dilihat sebagai memilih bakal pemimpin negara.


Pilihan Penulis

Mungkin ramai yang setuju, Dato' Seri Dr.  Ahmad Zahid bin Hamidi adalah calon favourite yang akan menduduki undi teratas. Ini berdasarkan kredibiliti beliau sebagai pemimpin pelapis yang diyakini boleh bekerjasama dengan kedua-dua Presiden dan Timbalan Presiden Parti.

Maka siapa pula yang akan menghuni undi kedua dan ketiga teratas ? Ini akan dicaturkan oleh lima calon-calon lain berdasarkan kredibiliti masing-masing.

Pada pandangan saya, yang pasti akan terkeluar dari ketiga-tiga calon yang mempertahankan kedudukan kerusi Naib Presiden ialah Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein. Maka kita akan ada empat lagi calon yang bakal berentap. Jika diikutkan teori Mathematik, kesemua mereka memperolehi 50 peratus peluang untuk dipilih.

Antara Dato’ Seri Shafei Apdal, Dato’ Seri Ali Mohd Rustam, Tan Sri Isa Samad dan Datuk Mukhriz masing-masing ada peluang. Tetapi mengikut pertimbangan saya, yang akan menghuni tangga kedua dan ketiga ialah Dato’ Seri Ali Mohd Rustam dan Dato’ Seri Shafei Apdal.

Mengapa saya membuat pilihan begitu ?

Saya terpaksa membuat “penyingkiran” seperti dalam pertandingan realiti TV berdasarkan kriteria calon-calon dan melihat kepada senario politik serta sokongan akar umbi di peringkat sokongan asas serta sokongan yang diperolehi dari seluruh negara.

Melihatkan Datuk Mukhriz adalah calon yang paling muda dan masih belum boleh diketengahkan dalam hariki kepimpinan negara berbanding calon-calon  lain yang lebih senior. Lagipun Mukhriz masih punyai masa yang panjang untuk mencuba jika tidak terpilih kali ini. Jika tewas, Mukhriz masih lagi menduduki kelompok MT sebagai ahli MT automatik kerana menduduki jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri. Ia tidak lebih sebagai test market untuk menguji di mana kedudukan beliau ! Orang politik memang membuat percaturan begitu !

Setelah ditolak Mukhriz, kita mempertimbangkan antara Dato’ Seri Ali Rustam, Dato’ Seri Shafei Apdal dan Tan Sri Isa Samad. Saya melihat Tan Sri Isa Samad ingin mencuba untuk kali terakhir setelah kehilangan jawatan yang sama kerana terpaksa akur dengan peraturan parti yang menggugurkannya dari jawatan Naib Presiden UMNO yang dimenanginya pada pemilihan tahun 2004 dahulu.

Walaupun telah memenangi kerusi Parlimen Jempul dengan mengalahkan penyanyi Aisyah dalam PRU 13 dahulu, tetapi beliau tidak diberikan sebarang kedudukan dalam kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak.  Namun sebagai membalas jasanya, beliau diberikan jawatan sebagai Pengerusi FELDA. Untuk beliau pergi lebih jauh dalam kepimpinan tertinggi parti, dirasakan agak sukar untuk menungkah anak tangga di usia yang telah menjangkau 64 tahun !

Lagipun kepimpinannya di peringkat pusat dalam kabinet dahulupun  tidak sampai dua tahun walaupun telah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun. Kes Tan Sri  Ramli Ngah Talib yang menjadi Menteri Besar Perak selama 16 tahun tetapi apabila diangkat ke pusat hanya menduduki kerusi Timbalan Menteri Pengangkutan bolehlah dijadikan iktibar. Jika gah di peringkat negeri tidak semestinya diangkat sebagai pemimpin di peringkat pusat. Lagipun masa telah berubah, Tan Sri Isa Samad harus menerima realiti ini.

Dato’ Seri Shafei Apdal harus diberi kedudukan dalam hariki kepimpinan sebagai Naib Presiden UMNO bukan sahaja atas kapasiti beliau yang cemerlang dalam kepimpinannya samada dalam parti maupun sebagai menteri kabinet pusat. Atas pertimbangan yang sama, maka Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman juga menarik diri bagi pencalonan jawatan yang sama bagi mencerahkan peluang wakil Sabah dalam kepimpinan UMNO.  Sudah tentu undi Sabah akan tetap memihak kepada beliau.

Dari dari federalisma, peranan UMNO Sabah adalah amat penting dalam penentuan survival UMNO keseluruhannya. Ini dibuktikan dengan kesetiaan orang-orang Sabah memberikan undi kepada BN semasa PRU 13 dulu. UMNO tidak ingin bermain sentimen dengan menolak peranan dan kepimpinan orang-orang Sabah dalam UMNO pusat. Maka atas sifat itu, dipercayai para perwakilan akan mengundi Dato’ Seri Shafei Apdal dalam menentukan kedudukannya dalam barisan Naib Presiden UMNO.

Saya menjangkakan Dato’ Seri Ali Mohd Rustam akan menduduki tangga kedua teratas dalam pemilihan Naib Presiden UMNO nanti. Setelah berjaya membawa Melaka ke arah negeri kecemerlangan maka beliau sepatutnya telahpun menduduki kerusi penting dalam kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak selepas PRU 13 dahulu. Namun tsunami politik melanda lagi dengan kekalahannya di tangan calon PKR yang mana beliau merasakan kekalahannya disebabkan undi Cina yang berpaling tadah. Maka Melayu khususnya UMNO harus menaikkannya kembali ke pusat.

Kini dengan ketiadaan jawatan kerajaan di peringkat negeri dan pusat maupun parti, maka kita merasakan telah mensia-siakan kredibiliti seorang pemimpin besar yang terpaksa menerima hakikat pertandingan dalam pilihanraya  telah hampir memusnahkan karier politiknya. Namun saya percaya, para perwakilan akan berfikiran waras bahawa Dato’ Seri Ali Mohd Rustam harus diberikan peranan yang lebih besar dalam kepimpinan UMNO dan negara.

Bukan itu sahaja, saya percaya beliau akan diangkat sebagai Senator selepas ini. Jika MCA masih lagi tidak mahu menduduki kerusi Menteri Pengangkutan  seperti yang telah di”reserve”kan untuk MCA, yang kini jawatan itu dipangku oleh Dato’ Seri Hishammudin Tun Hussein, maka ada kemungkinan jawatan ini akan diberikan kepada Dato’ Seri Ali Mohd Rustam. Kita jangan lupa yang beliau pernah menjadi Timbalan Menteri Pengangkutan dalam tahun 1995 ketika beliau pertama kali diangkat sebagai anggota kabinet pusat.

Kesemua ramalan di atas adalah “permainan atas kertas”, adakah ia akan diterjemahkan dalam realiti sebenar ? Hanya para perwakilan yang mengundi sahaja yang akan menentukannya.


Ditulis oleh : Hisemudin Kasim
21.09.2013



Jika anda suka dengan artikel ini, sila berikan "Like". Ia akan tersimpan di Recent Activity Facebook anda. Ia amat berguna untuk rujukan kemudian hari


Perhatian ! Anda boleh SHARE artikel ini kepada rakan-rakan Facebook anda. Klik Send


Komen anda dalam Facebook atau Blog haruslah kemas dan bernas serta bertanggungjawab. Ulasan yang tidak menepati isu atau yang bersifat tidak sopan akan dipadamkan.



Ini adalah sebahagian daripada artikel-artikel mengenai politik yang disyorkan untuk anda ! Anda boleh membaca lebih banyak lagi artikel-artikel lain yang berkaitan di dalam blog ini.


Wednesday, September 18, 2013

Marilah Bersama Belajar Bahasa Mandarin Siri 20




Belajar bahasa Mandarin adalah amat penting terutamanya bagi orang-orang Melayu jika mereka ingin berkecimpung dalam bidang perniagaan serta meniru cara-cara orang-orang Cina berniaga. Kerajaan juga menggalakan kita mempelajari bahasa Mandarin.

Pengumunan :  

Kepada anda yang telah mengikuti siri-siri Marilah Bersama Belajar Bahasa Mandarin di dalam blog ini yang telah bersiaran dari 23/04/2013 sehingga 04/01/2014 untuk selama 30 siri, saya memohon maaf kerana kesemua tulisan-tulisan tersebut telah dikeluarkan daripada blog ini.





   Sila <KLIK SINI> untuk keterangan lanjut

Hisemudin Kasim

Saturday, September 14, 2013

Merintis pembentukan Malaysia tahun 1963 dan Perkara 20 Sabah & Sarawak

Pada 16hb September 2013, genaplah penyertaan Sabah dan Sarawak selama 50 tahun dalam negara Malaysia. Jubli emas sambutan Hari Malaysia pada tahun ini akan dikenang sebagai hari yang amat bersejarah bagi penyatuan bangsa Malaysia walaupun dipisahkan oleh Laut China Selatan.

 Menyusuri sejarah pembentukan Malaysia yang mana Semenanjung Tanah Melayu telahpun diberikan kemerdekaannya oleh British pada 31hb Ogos 1957. Ianya diberi nama Persekutuan Tanah Melayu. Namun gagasan pembentukan Malaysia yang pada asalnya meliputi Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei akhirnya tidak menjadi kenyataan.  Ini kerana pemberontakan di Brunei yang menghalang gagasan ini. Sebenarnya gagasan ini pada awalnya dinamakan sebagai Melayu Raya tetapi diubah kepada Malaysia.


 Akhirnya pada 16hb September 1963, maka lahirlah penggabungan antara Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak yang dinamakan Malaysia. Namun dalam tahun 1965, Singapura telah mengisytiharkan negara repablik dan keluar dari Malaysia.


 Dengan penggabungan ini, maka Sabah, Sarawak dan Semenanjung Tanah Melayu telah bergerak seiring berpandukan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh penduduk-penduduk Sabah dan Sarawak sendiri. Syarat-syarat ini dikenali sebagai Perkara 20 yang menjadi asas kepada penyertaan kedua-kedua negeri tersebut dalam Malaysia.

 Sebelum kita memperkatakan tentang Perkara 20 yang juga sering diuar-uarkan ketika setiap kali pilihanraya umum ataupun pilihanraya negeri, terutamanya oleh parti-parti politik tempatan bagi tujuan memanaskan suhu pilihanraya, eloklah kita meneliti dahulu senario sebelum terbitnya Perkara 20 itu.

 Cadangan untuk penggabungan antara Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak mula diutarakan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 27hb Mei 1961. Ketika itu Tunku menyuarakan cadangannya dalam satu majlis Jamuan Persatuan Wartawan-wartawan Luar Negeri Asia Tenggara di Singapura.


 Pada tanggal 23hb Ogos 1961, Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura telah bersetuju untuk bergabung tetapi Sabah dan Sarawak belum memberikan persetujuannya.


 Pada 15hb November 1961, satu memorandum yang diberi nama “Singapore White Paper” dipersetujui oleh pemimpin Persekutuan Tanah Melayu  dan Singapura untuk bercantum. Hasilnya, pada 20-22hb November 1961, satu perbincangan telah diadakan di London bagi membawa bersama Sabah dan Sarawak dalam gagasan penyatuan ini.



 Seterusnya, pada 16hb Januari 1962, satu suruhanjaya telah dibentuk dengan diketuai oleh bekas Gabenor Bank England, Lord Codbold dan diberinama sebagai Suruhanjaya Cobbold bagi membuat kajian tentang penyertaan Sabah  dan Sarawak.

 Sementara ahli-ahlinya terdiri daripada Dato’ Wong Pow Nee dan Allayharham Tan Sri Mohd Ghazali Shafei bagi mewakili kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Manakala Antony Abell dan Watherston bagi mewakili kerajaan British.


 Hasilnya, 80% penduduk Sabah dan Sarawak menyokong penubuhan Malaysia iaitu kebanyakannya terdiri daripada Bumiputra dan 20% menentang. Ini diperolehi setelah suruhanjaya menemui 4000 orang dan menerima tidak kurang 2200 pucuk surat dan memorandum daripada parti-parti politik, ahli-ahli mesyuarat kerajaan dan undangan, pembesar-pembesar, anak-anak negeri dan pemimpin kaum, pemimpin-pemimpin ugama, kesatuan sekerja dan orang ramai.


 Majoriti rakyat Sabah dan Sarawak bersetuju menerimapakai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, menerima Islam sebagai agama rasmi dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.


Perhatian ! Ini adalah Promo untuk catatan yang berkaitan dengan artikel yang anda sedang baca ini


 Maka dengan itu, Suruhanjaya Codbold telah mengesyorkan supaya Perlembagaan Tanah Melayu untuk dijadikan asas bagi membentuk Perlembagaan Malaysia yang baru. Namun beberapa pindaan haruslah diadakan bagi menyesuaikan dengan kemasukan negeri-negeri Sabah dan Sarawak.

 Sehubungan dengan itu, jaminan-jaminan mustahak perlulah dibuat bagi memastikan kepentingan-kepentingan khas bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak. Oleh itu, Sabah dan Sarawak diminta untuk menyediakan laporan khas bagi penyertaan mereka ke dalam Malaysia.


 Laporan ini dikaji oleh satu jawatankuasa yang diwakili oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, kerajaan British, Sabah dan Sarawak.  Ianya dikenali sebagai Jawatankuasa Antara kerajaan atau Inter-Government Committee (IGC).

 

Ianya diketuai oleh Lord Landsdowne dan timbalannya ialah Tun Abdul Razak Hussein. Antara anggota-anggotanya yang  lain ialah Donald Stephen, Abang Haji Mustaffa, Temenggung Jugah dan beberapa lagi. 

 Sementara itu, Sabah dan Sarawak pula mengkaji dan membuat beberapa usul serta tuntutan bagi menjaga kepentingan mereka terutamanya bagi Bumiputra kedua-dua negeri. 

Usul-usul ini disediakan dalam bentuk memorandum  dan setelah melalui perbincangan dalaman oleh parti-parti politik seperti USNO, UNKO United Party, Demokratik Parti dan United Pasok Momogun Organisation.  Ianya berkisar kepada hal-hal kebebasan ugama, bahasa-bahasa lain selain dari bahasa Melayu, migrasi dan lain-lain kepentingan khas Bumiputra.


 Pada 29hb Ogos 1962, Sabah membuat 20 usul dan manakala Sarawak 18 usul. Setelah membuat penyesuaian dan beberapa pindaan, maka lahirlah apa yang dinamakan sebagai Perkara 20 sebagai syarat penyertaan Sabah dan Sarawak dalam pembentukan Malaysia. 

Maka pada 9hb Julai 1963, telah ditandatangani perjanjian yang dikenali sebagai Perjanjian Malaysia 1963.  Pada 28hb Ogos 1963, satu pindaan dibuat untuk menentukan tarikh penubuhan Malaysia iaitu pada 16hb September 1963.

 Sesungguhnya inilah tarikh yang kita sambut sebagai Hari Malaysia !



Penulis Blog ini, Hisemudin Kasim juga merupakan Pengarang Bahasa Mandarin. Menerbitkan DVD Asas Belajar Bahasa Mandarin
Klik sini http://www.ebookmandarin.com/ untuk mendapatkan keterangan lanjut
Terdapat 8 keping DVD
Dengan 80 bab pelajaran
Harga RM90.00



Jadi apakah Perkara 20 itu ?

Perkara 1: Agama

Walaupun tiada bantahan terhadap agama Islam sebagai agama kebangsaan Malaysia akan tetapi agama rasmi sepatutnya tidak akan diadakan di Borneo Utara, dan segala perundangan mengenai agama Islam yang terkandung di dalam Perlembagaan Malaya tidak harus digunakan di Borneo Utara (Sabah & Sarawak).



Perkara 2: Bahasa


·         Bahasa Melayu harus dijadikan Bahasa Kebangsaan Persekutuan

·         Penggunaan Bahasa Inggeris harus diteruskan untuk tempoh sepuluh tahun selepas Hari Malaysia

·         Bahasa Inggeris harus digunakan sebagai bahasa rasmi Borneo Utara untuk semua tujuan berkaitan dengan negeri dan persekutuan, tanpa had masa.



Perkara 3: Perlembagaan


Walaupun Perlembagaan Persekutuan Malaya diterima sebagai asas untuk membentuk Perlembagaan Malaysia, akan tetapi Perlembagan Malaysia seharusnya dipersetujui oleh pergabungan negeri-negeri bebas dan sepatutnya bukan sesuatu susunan pindaan kepada sebuah perlembagaan yang telah digubal dan dipersetujui oleh negeri-negeri yang berasingan di dalam keadaan yang berlainan sekali. Sebuah perlembagaan baru untuk Borneo Utara (Sabah & Sarawak) sewajarnya amat diperlukan.


Perkara 4: Ketua Persekutuan

Ketua (Yang Di Pertua Negara) Borneo Utara (Sabah & Sarawak) tidak layak untuk dipilih sebagai Ketua Persekutuan.

Perkara 5: Nama Persekutuan

"Malaysia" bukan "Melayu Raya".

Perkara 6: Imigresen

Kawalan ke atas penghijrahan dari luar ke mana-mana tempat di Malaysia seharusnya terletak di bawah kuasa kerajaan Persekutuan tetapi kemasukan ke Borneo Utara (Sabah & Sarawak) sepatutnya juga memerlukan persetujuan Kerajaan Negeri.
Kerajaan Persekutuan tidak seharusnya berkuasa membatalkan kemasukkan sesiapa pun ke dalam Borneo Utara (Sabah & Sarawak) jika ia berkaitan dengan urusan kerajaan negeri kecuali atas sebab-sebab keselamatan sahaja. Borneo Utara (Sabah & Sarawak) seharusnya mempunyai kuasa yang tidak terhad ke atas pergerakan seseorang, kecuali mereka yang bertugas di bawah kerajaan Persekutuan daripada tempat-tempat lain Malaysia di Borneo Utara (Sabah & Sarawak).

Perkara 7: Hak Menarik Diri
Hak untuk memisah atau menarik diri dari Persekutuan seharusnya tidak ada.

Perkara 8: Borneonisasi

Proses untuk melantik orang-orang tempatan ke dalam perkhidmatan awam negeri Borneo Utara (Sabah & Sarawak) seharusnya diwujudkan secepat mungkin.

Perkara 9: Pegawai-pegawai British

Segala usaha harus dibuat untuk menggalakkan pegawai-pegawai Birtish untuk meneruskan perkhidmatan mereka dalam perkhidmatan awam sehingga tempat mereka boleh diganti oleh orang-orang tempatan yang berkelayakan.

Perkara 10: Kewarganegaraan

Tertakluk kepada pindaan berikut, Perenggan 148(k) cadangan dalam Laporan Cobbold seharusnya menentukan hak kewarganegaraan penduduk Borneo Utara di dalam Persekutuan :
·         Perenggan kecil (I) seharusnya tidak mengandungi syarat mengenai penetapan selama 5 tahun
·         Untuk diselaraskan dengan undang-undang kami, perenggan kecil (II) sepatutnya menyatakan "7 daripada 10 tahun" dan bukan "8 daripada 10 tahun"
·         Perenggan kecil (II) tidak sepatutnya mengandungi sekatan berkenaan dengan kewarganegaraan ibu bapa seseorang yang dilahirkan di Borneo Utara selepas Hari Malaysia semestinya menjadi warganegara persekutuan.


Perkara 11: Cukai dan kewangan

Borneo Utara seharusnya mempunyai kuasa ke atas kewangan, tabung pembangunan, dan cukai sendiri.

Perkara 12: Kedudukan khas bangsa asli/bumiputera Borneo Utara

Pada prinsipnya bangsa asli Borneo Utara (Sabah & Sarawak) seharusnya menikmati hak keistimewaan seperti yang diberikan kepada bangsa Melayu di Malaya, tetapi formula yang dipraktikkan di Malaya tidak semestinya digunapakai oleh Borneo Utara (Sabah & Sarawak)

Perkara 13: Kerajaan Negeri

Ketua Menteri harus dipilih oleh ahli-ahli tidak rasmi Majlis Perundangan. Borneo Utara (Sabah & Sarawak) seharusnya mempunyai suatu sistem kementerian yang sesuai.

Perkara 14: Jangkamasa Peralihan

Sepatutnya tujuh tahun dan dalam masa ini kuasa perundangan mesti diberikan kepada Kerajaan Borneo Utara (Sabah & Sarawak) mengikut perlembagaan dan tidak dipengaruhi oleh kerajaan persekutuan.

Perkara 15: Pelajaran

Sistem pelajaran Borneo Utara (Sabah & Sarawak) yang wujud sekarang harus diteruskan dan dengan itu ia harus diletakkan di bawah kawalan kerajaan negeri.

Perkara 16: Perlindungan kepada Perlembagaan

Tidak ada sebarang pindaan, perubahan atau pembatalan dapat dilakukan oleh Kerajaan Pusat kepada perlindungan-perlindungan yang diberikan khas kepada Borneo Utara (Sabah & Sarawak) tanpa persetujuan kerajaan Borneo Utara (Sabah & Sarawak) . Kuasa ini adalah hak mutlak penduduk negeri ini.

Perkara 17: Perwakilan dalam Parlimen Persekutuan

Ini sepatutnya bukan hanya bergantung kepada jumlah penduduk Borneo Utara (Sabah & Sarawak)  tetapi juga kepada keluasan dan keupayaannya, dan dalam mana-mana perkara ia sepatutnya tidak kurang dari jumlah perwakilan dari Singapura.

Perkara 18: Nama Ketua Negeri

Yang Di Pertua Negara.

Perkara 19: Nama Negeri

Sabah atau Sarawak

Perkara 20: Tanah, hutan, kerajaan tempatan dan lain-lain

Perkara dalam Perlembagaan Persekutuan mengenai kuasa Majlis Tanah Persekutuan tidak harus melibatkan Borneo Utara (Sabah & Sarawak). Seperti itu juga, Majlis Kebangsaan Kerajaan Tempatan tidak harus melibatkan Borneo Utara (sabah & Sarawak).

Oleh kerana Perkara 20 yang menjadi asas perjanjian kemasukan Sabah dan Sarawak dalam Malaysia dibuat lebih 50 tahun yang lalu. Maka masa beredar serta perubahan politik, intergrasi nasional dan pembangunan di Sabah dan Sarawak telah mencorakkan suasana perubahan minda bagi orang-orang Sabah dan Sarawak.

Ada yang masih bertahan mahu Perkara 20 itu diikuti satu persatu tanpa mereka sendiri sedari sebenarnya mereka telahpun  berubah dek pembangunan di sekeliling.  Namun kadang-kadang ianya menjadi isu disebabkan oleh kepentingan politik terutamanya oleh parti-parti politik tempatan  semasa pilihanraya. 

Terjemahan dan pentafsiran undang-undang oleh seseorang menyebabkan berlakunya percanggahan. Tetapi selagi kita mengamalkan sistem demokrasi, setiap pandangan harus diambilkira selagi ianya tidak melanggar etika perundangan dan dalam kerangka yang dibenarkan.

Ada pula kalangan mereka yang mengatakan bahawa  sesungguhnya Perkara 20 itu sudahpun mansuh. Ini kerana apa yang dinyatakan dalam Perkara 20 itu hanyalah perkara minima dalam satu konteks teks Perlembagaan Malaysia yang luas. Jika sesuatu fasal peruntukan undang-undang dalam Perkara 20 juga harus dibaca bersama dengan peruntukan undang-undang Malaysia yang lain juga, maka kadang-kadang secara tidak langsung, apa-apa yang tercatat dalam Perkara 20 tidak terpakai sama sekali. Maka ia kelihatan Perkara 20 tidak diambilkira.

Ini terutamanya yang melibatkan pembangunan, pendidikan,  percukaian, keselamatan dan lain-lain. Manakala yang lainnya masih kekal dipegang oleh kerajaan negeri.  Yang lebih menonjol ialah tentang imigresen kerana ia banyak melibatkan pergerakan antara rakyat Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.

Sebagai contoh, kerajaan Persekutuan tidak boleh terikat sangat dengan peruntukan Perkara ke 15 mengenai pelajaran dalam Perkara 20 tersebut.  Di sini ia menyatakan, sistem pelajaran Borneo Utara (Sabah & Sarawak) yang wujud sekarang harus diteruskan dan dengan itu ia harus diletakkan di bawah kawalan kerajaan negeri. Jika dibiarkan kerajaan negeri mencorakkan pendidikan, ia tidak akan selari dengan pendidikan nasional. Maka intergrasi nasional dan usaha mencapai kegemilangan pendidikan nasional tidak akan tercapai.

Begitu juga dalam sistem percukaian,  mungkin telah ada formula pembahagian balik hasil bumi dan wang rakyat Sabah dan Sarawak yang disalurkan dalam bentuk tunai ataupun pembangunan infrastruktur dan sebagainya, namun kutipan percukaian rakyat dikendalikan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Namun demikian Sabah dan Sarawak masih menikmati percukaian dari hasil bumi dan beberapa perkhidmatannya yang dikendalikan sendiri.

Dalam isu imigresen sering diperkatakan oleh mereka yang tidak mengetahui mengapa untuk pergi ke Sabah dan Sarawak memerlukan seseorang itu mempunyai passport antarabangsa atau passport terhad walaupun kini telah dipermudahkan dengan penggunaan Mykad. Pihak imigresen kedua-dua negeri juga berkuasa untuk tidak membenarkan seseorang dari Semenanjung untuk mendapat kebenaran mendarat PTL (Permited To Land) jika merasakan kedatangan mereka akan menggugat keselamatan dan ketenteraman awam.

Kes dua orang ahli politik pembangkang yang terpaksa kembali ke Kuala Lumpur, malah seorang daripadanya terpaksa diusung keluar setelah tidak dibenarkan masuk ke Sabah beberapa bulan dahulu adalah berdasarkan peruntukan dalam Perkara 20 mengenai imigresen. Ia sebenarnya tidak boleh dicabar !

Tentang keselamatan dalam negeri langsung tidak disentuh oleh Perkara 20.  Ia secara langsung dimengertikan bahawa ia adalah tanggungjawab kerajaan Persekutuan. Maka kestabilan dan keselamatan Sabah dan Sarawak hari ini dalam menangani pemberontakan Komunis dahulu serta keselamatan perairan Sabah dan Sarawak yang begitu luas memerlukan komitment dari kerajaan pusat.  Kes Lahad Datu yang baru lalu mengingatkan kita, bahawa kesatuan Sabah dan kerjasama rakyatnya dalam Malaysia adalah bagai aur dengan tebing.  


Ditulis oleh : Hisemudin Kasim

14.09.2013








Jika anda suka dengan artikel ini, sila berikan "Like". Ia akan tersimpan di Recent Activity Facebook anda. Ia amat berguna untuk rujukan kemudian hari


Perhatian ! Anda boleh SHARE artikel ini kepada rakan-rakan Facebook anda. Klik Send


Komen anda dalam Facebook atau Blog haruslah kemas dan bernas serta bertanggungjawab. Ulasan yang tidak menepati isu atau yang bersifat tidak sopan akan dipadamkan.


Tontonlah video dokumentari pembentukan Malaysia.




----------------------- Catatan Nota ------------------------


Nota 1 : petikan dari MStar Online

 

Isnin September 16, 2013

Chin Peng Meninggal Dunia Di Bangkok

PETALING JAYA: Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok, pada pukul 6.20 pagi Isnin.
Beliau berusia 90 tahun.
Menurut laporan Bangkok Post, Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua meninggal dunia akibat sakit tua.
Laporan itu juga menyebut saudara-mara akan mengadakan upacara pengebumian pada Jumaat.
Chin Peng yang lahir pada 21 Oktober 1924 mempunyai seorang anak lelaki di Malaysia sementara anak perempuaanya kini menetap di Australia.
Berdasarkan laporan, Chin Peng mempunyai empat orang abang.
Seorang daripadanya merupakan bekas guru besar di Ipoh sementara seorang lagi merupakan ahli perniagaan di Pulau Pinang.
Manakala dua yang lain bekerja sebagai jurutera di New Zealand.
Chin Peng diberikan pasport orang asing oleh kerajaan Thailand dan hidup dalam buangan selepas mengetuai pemberontakan gerila PKM dan berjuang menentang British dan tentera Komanwel untuk menubuhkan sebuah negara Komunis bebas.
Pemberontakan komunis gagal dan beliau hidup dalam buangan di Thailand serta tidak dibenarkan untuk kembali ke Malaysia
Dalam satu temuramah bersama wartawan The Star pada 2009, Chin Peng menaruh harapan untuk mati di tempat kelahirannya, iaitu Setiawan di Perak.
Tetapi dia juga berkata, jika harapannya itu tidak dapat dipenuhi, dia ingin abu mayatnya dibawa balik untuk ditanam di samping kubur bapanya.


Pada 2008, cubaan bekas pemimpin komunis ini untuk mendapatkan perisytiharan dibenarkan masuk dan hidup di Malaysia terhalang selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memintanya mengemukakan dokumen kelahiran dan kewarganegaraan untuk membuktikan dirinya warganegara Malaysia sebelum beliau boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Malaysia.