Penulis Blog ini, Hisemudin Kasim juga merupakan Pengarang Bahasa Mandarin. Menerbitkan DVD Asas Belajar Bahasa Mandarin

Klik sini http://www.ebookmandarin.com/ untuk mendapatkan keterangan lanjut
”smile”/
Terdapat 8 keping DVD
Dengan 80 bab pelajaran
Harga RM90.00

Thursday, August 1, 2013

Syiah di Malaysia : Satu Ancaman Keselamatan Negara Dan Akidah Islam


Kini di mana-mana saja, orang ramai memperkatakan tentang Syiah atau lebih tepat bahaya Syiah ! Walaupun fahaman dan Mazhab Syiah telah ujud selari dengan perkembangan Islam terutamanya di Iran, tetapi dengan beberapa insiden yang berlaku beberapa tahun ini, maka isu Syiah terus mendapat perhatian umum.

Dalam tulisan kali ini, saya akan cuba untuk mengupas isu Syiah dari pelbagai sudut. Ianya meliputi sejarah asal-usul terjadinya Syiah yang dikatakan berasal dari taktik Yahudi bagi memecah-belahkan umat Islam. Penyelewengan Syiah dari ajaran Islam yang sebenar. Perkembangan Syiah di Iran dan pengekportan fahaman Syiah ke seluruh dunia serta penglibatannya dalam pergolakan dan percaturan politik dunia. Syiah dari pandangan Islam terutamanya kacamata ahli Sunnah Wal Jamaah.



Syiah di Malaysia yang dikatakan kini sebagai satu ancaman kepada keselamatan negara dan akidah umat Islam yang menganut Mazhab Sunnah. Akhir sekali tentang enakmen dalam undang-undang yang menyekat perkembangan Syiah di Malaysia.

Dari sudut sejarah, Syiah bermula pada zaman Umar bin al-Khattab diikuti Uthman bin Affan dan kemuncaknya pada zaman Saidina Ali. Pada ketika itu keadaan politik tidak stabil di zaman pemerintahan khalifah ke empat, Saidina Ali bin Abi Talib.

Terdapat pendapat yang mengatakan, seorang Yahudi bernama Abdullah bin Saba’ yang berasal dari Yaman sentiasa mencari jalan untuk mengujudkan perselisihan sesama orang Islam. Ini termasuklah dengan mengambil kesempatan dalam peristiwa fitnah pembunuhan Khalifah Umar yang dibunuh oleh orang Islam sendiri. Selain itu mengujudkan kumpulan yang begitu taksub dengan kepimpinan Saidina Ali.

Namun Saidina Ali sendiri tidak menyukai orang yang begitu mendewa-dewakannya dan marah serta memerangi terhadap golongan ini. Abdullah bin Saba’ akhirnya melarikan diri ke Parsi. 



Klik pada imej untuk membesarkannya

Di sana beliau begitu mudah menyebarkan fahaman Syiah kerana kemasukan Islam ke negara tersebut adalah secara peperangan dan menyebabkan penduduk di situ terpaksa menganut Islam yang dahulunya beragama Majusi iaitu menyembah api dan berhala.

Apabila Abdullah membawa satu fahaman yang agak baru, lain dari ajaran Islam dan mendewa-dewakan Saidina Ali melebihi yang lain, ini dilihat satu usaha untuk mendapatkan sokongan Parsi. Kemudiannya Syiah berkembang dan bertapak di Parsi yang kemudiannya menjadi sebahagian daripada negara Iran sekarang ini.




Video yang menunjukkan Syiah Melayu yang mengagongkan Saidina Ali


Manakala terdapat pendapat lain yang mengatakan terhasilnya aliran Syiah ialah ketika berlakunya Perang Siffin di antara Saidina Ali dan Muawiyah. Pengikut Ali membentuk aliran Syiah manakala pengikut Muawiyah pula dari Sunnah wal Jamaah.

Ada juga yang mengatakan kemunculan Syiah setelah pembunuhan kejam terhadap Husain bin Ali di Karbala, yang kini terletak dalam wilayah negara Iraq. Akibat daripada pembunuhan itu, mereka menuntut agar pembunuhan itu dituntut bela. Lalu berlakulah pergaduhan dan menyebabkan pembunuhan lagi di kalangan pengikut Husain dan mereka digelar sebagai Syiah.

Peristiwa Hussain yang dibunuh di Karbala diingati oleh puak Syiah yang jatuh pada tanggal 10 Muharram setiap tahun.  Ianya dikenali sebagai Hari Asyura. Rentetan daripada itu, terdapat upacara khas yang dianjurkan pada Hari Asyura  yang amat bertentangan dengan hukum syarak iaitu dengan mencederakan anggota tubuh badan sehingga bermandi darah.

Kini Syiah merupakan mazhab kedua terbesar dalam Islam selepas Sunni. Penganut fahaman mazhab ini selain menjadi majoriti bagi penduduk Iran, ianya mendominasi 65%  penduduk Iraq,  27%  daripada penduduk Lubnan, 40% penduduk Yaman berfahaman Syiah, manakala di Pakistan puak Syiah berjumlah 10%. Di Syria puak Syiah dari aliran Alawiyah yang menguasai kepimpinan ketenteraan regim Assad walaupun majoriti penduduk Syria berfahaman Sunni.

Manakala fahaman Syiah juga menjalar ke seluruh dunia dengan pelbagai cara terutamanya imigrasi orang-orang Iran keluar ke negara lain dan pengaruh-pengaruh Syiah di kalangan orang-orang Islam lainnya. Ini termasuklah Syiah di Malaysia.

Aliran Syiah berpecah kepada cabang-cabang kecil dan tiga cabang utama iaitu Syiah Iman 12 / Jafa’riyah yang merangkumi 90% penduduk Iran dan sebahagian penduduk Iraq. Golongan Syiah kecil lain termasuklah al-Kaisaniyyah, al-Zaidiyah, Imamiyyah, al-Ghulat, Ismailiyah, Imam Bertujuh, Alawiyyah dan Duzuzi. Tarikat-tarikat Sufi beraliran Syiah termasuklah Tarikat Alevi, Bektashi Hamadani dan Fattimiyyah.

Apakah penyelewengan ajaran Syiah :

            Dari Sudut Akidah :-

1.      Menyatakan Khalifah diwasiatkan secara Nas
2.    Menyatakan Jibrail tersilap mewahyukan kerasulan kepada Nabi Muhammad s.a.w, yang sepatutnya kepada Ali
3.    Meyakini bahawa Iman 12 adalah maksum
4.      Mengatakan ilmu Allah berubah-ubah mengikut sesuatu peristiwa yang berlaku kepada manusia
5.      Mempercayai kemunculan Imam Mahadi bersama orang telah mati untuk memberi keadilan
6.      Berpura-pura iaitu menyatakan dengan lisan yang menyalahi hati kerana takut kemudaratan diri walaupun yang disembunyikan itu perkara benar
7.      Menyanjung Saidina Ali yang keterlaluan melebihi Nabi Muhammad s.a.w
8.      Mengkafirkan para sahabat Rasulullah s.a.w
9.      Menuduh Abu Bakar, Umar, Uthman dan Muawiyah sebagai empat berhala Quraisy serta pengikut-pengikut mereka adalah musuh Allah
10.      Hanya Ali dan para imam sahaja yang menghafal dan menghimpun al-Quran dengan sempurna
11.   Menghalalkan pernikahan muta’ah (perkahwinan kontrak)
12.    Menambah nama Saidina Ali dalam ungkapan dua kalimah syahadah.
13.   Menolak hadis diriwayatkan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah sekalipun Hadis Mutawatir
14.   Mengubah ayat-ayat al-Quran mengikut tafsiran Syiah


Dari Sudut Syariat :-

1.       Menolak Ijmak Ulama
2.      Menolak Qias
3.      Mengamalkan pernikahan muta’ah

            Penyelewengan umum :-

1.       Menziarahi kubur Saidina Hussain ganjarannya syurga
2.      Menyeksa tubuh badan sendiri sempena Hari Asyura 10 Muharram
3.      Mengharuskan solat jamak dalam setiap keadaan
4.      Menghina Isteri-isteri Nabi
5.      Sembahyang duha adalah bidaah
6.      Islam bukanlah syarat wajib Haji
7.      Wajib menyapu kedua-dua kaki dan tidak memadai dengan membasuh kedua-duanya.


Perbezaan antara Syiah dengan Sunnah Wal Jamaah.

  1.  Syiah tidak mengikut khalifah al-Rasyidin, manakala Ahli Sunnah Wal Jamaah  memuliakan sahabat Rasulullah s.a.w termasuk Saidina Ali
  2.  Syiah menolak hadis diriwayatkan selain ahli bait (keluarga Nabi Muhammad s.a.w). Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak menolak hadis asalkan memenuhi syarat ilmu hadis.
  3.  Syiah mengangkat 12 imam sebagai maksum seolah-olah seperti nabi dan rasul sedangkan Ahli Sunnah Wal Jamaah menyatakan manusia adalah umat yang tidak terlepas daripada berbuat kesalahan dan dosa.
  4.  Syiah tidak mengakui ijmak jika tiada 12 imam mereka. Ahli Sunnah Wal Jamaah mengakui ijmak tanpa mensyaratkan imam Syiah.

Video yang menunjukkan Syiah di Iran yang mengagongkan Saidina Ali



           Perkembangan Syiah ke seluruh dunia adalah selari dengan perkembangan politik, perdagangan, pendidikan dan imigrasi orang-orang Iran ke seluruh dunia. Maka mereka telah mengembangkan fahaman Syiah di tempat di mana mereka bermastautin. Ini juga dilakukan terhadap para pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di luar negeri.

Kebenaran ini diakui oleh Pensyarah Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof. Dr. Mohamed Ajmal Abdul Razak al-Idrus, seperti yang dilaporkan dalam Utusan Malaysia baru-baru ini. Beliau yang pernah menuntut di Amerika Syarikat telah menjadi pengikut Syiah selama lima tahun di sana. Kemudian beliau telah tersedar bahawa fahaman Syiah telah begitu jauh menyimpang daripada ajaran Islam yang sebenar. Akhirnya mengambil keputusan untuk kembali kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Sesuatu yang menarik perhatian kepada beliau ialah kejayaan pengikut Syiah menumbangkan Shah Iran lalu menubuhkan Republik Islam Iran dalam Revolusi Iran dalam tahun 1979. Namun demikian, beliau mendapati ada perkara-perkara yang tidak boleh diterima dengan logik, antaranya nikah muta’ah iaitu perkahwinan kontrak. Pasangan boleh berkahwin dalam tempuh  10 atau 15 minit tanpa perlu saksi. Ia juga merupakan lesen bagi lelaki untuk meniduri perempuan dan kemudiannya menceraikannya. Ianya juga berlaku di kalangan penuntut-penuntut yang berkahwin mengikut tempuh waktu-waktu tertentu tetapi bercerai setelah tamat pengajian dan pulang ke negara masing-masing.


Penulis Blog ini, Hisemudin Kasim juga merupakan Pengarang Bahasa Mandarin. Menerbitkan DVD Asas Belajar Bahasa Mandarin
Klik sini http://www.ebookmandarin.com/ untuk mendapatkan keterangan lanjut
Terdapat 8 keping DVD
Dengan 80 bab pelajaran
Harga RM90.00


 
Selain itu konsep keimanan dan ibadah mereka yang jauh berbeza dengan bersolat walaupun lima waktu tetapi ditunaikan dalam tiga waktu, iaitu subuh satu waktu, zuhur dan asar dijamakkan, begitu juga magrib dan isyak juga boleh dijamakkan.

Begitu juga beliau agak sukar untuk menerima konsep imam 12 yang ghaib yang menjadi pegangan penganut Syiah. Kerana mereka mengangkat manusia lain lebih tinggi berbanding para sahabat Rasulullah.

Dalam hal-hal kewangan, memang penganut-penganut Syiah mempunyai limpahan kewangan yang banyak bagi membiayai segala aktiviti-aktiviti pengembangan fahaman Syiah di kalangan orang luar. Menurut beliau, bahawa penuntut-penuntut yang berjaya menjadi pengikut Syiah akan dibekalkan dengan dana-dana bagi menggerakkan aktiviti-aktiviti berunsurkan Syiah. Pengalaman beliau dan rakan-rakan menghadiri persidangan Syiah dengan dibekalkan dengan wang untuk yuran persidangan, hotel, makan dan minum serta segala keperluan lain semuanya ditanggung oleh mereka.  Sedangkan sebagai penuntut, manalah ada wang sendiri untuk berbuat demikian.


Puak Syiah amat mengagongkan kepimpinan imam mereka sehinggalah ke hari ini. Yang paling dipuja oleh rakyat Iran ialah Ayatullah Ruhollah Khomeini yang menggerakkan Revolusi Iran dari buangannya di Paris lalu menjatuhkan regim Shah Iran yang pro Amerika Syarikat. 

Beliau akhirnya menjadi pemimpin spiritual rakyat Iran yang berjaya merubah keseluruhan struktur kepimpinan dan masyarakat Iran. Dengan kekuasaan minyak dan ketenteraan juga, maka fahaman Syiah semakin berkembang ke seluruh dunia.

Perhatian ! Artikel ini juga membincangkan pertentangan fahaman Syiah dan Sunni  : 



Maka secara langsung Iran yang menunjangi fahaman Syiah telah menguasai dan terjebak dalam beberapa konflik seperti di Iraq, Lubnan dan Syria. Perlu diingat bahawa 65% daripada penduduk Iraq adalah berfahaman Syiah. Maka persengketaan kedua-dua puak Sunni dan Syiah telah menghancurkan negara tersebut dan sehingga hari ini kejadian letupan bom masih menggegarkan Iraq dengan korban manusia yang ramai.

Iran juga membiayai persenjataan militia Hizbullah yang pro Syiah di Lubnan. Manakala Iran bersama regim Bashar al-Assad di Syria yang berfahaman Syiah aliran Alawiyyah yang kini memerangai puak Sunni dan Kurd dalam peperangan saudara yang tiada kesudahannya.

Apakah gerakan Syiah ini juga telah menggangu-gugat ketenteraman di Malaysia, maka kerajaan telah mengambil pendirian yang tegas bagi membendung gejala yang tidak sihat ini dari menular dengan lebih jauh.

Dengan kejayaan menegakkan sebuah negara Repablik Islam Iran dalam tahun 1979, maka Malaysia ketika itu memberikan sokongan yang tidak berbelah-bagi, tanpa menyedari bahawa fahaman Syiah secara tidak langsung telah mula tersebar di Malaysia. Ini dilakukan melalui beberapa cara :

  1. Lawatan pembesar-pembesar Iran ke Malaysia yang disusuli dengan kempen dan penerangan fahaman mereka serta lawatan pelawat-pelawat Malaysia ke Iran.
  2. Melalui pelajar-pelajar Malaysia yang ditawarkan belajar ke Iran dengan pemberian biasiswa yang secukupnya atau melalui pegawai-pegawai Kedutaan Iran di Malaysia yang membuat lawatan ke IPT Malaysia.
  3. Memberi hadiah-hadiah berupa buku-buku fahaman Syiah kepada perpustakaan umum seperti perpustakaan universiti, masjid dan kempen-kempen tertentu.
  4.  Melalui perhubungan antara rakyat Malaysia dengan rakyat Iran samada melalui perdagangan ataupun sosial.


Di Malaysia terdapat 3 kumpulan Syiah yang berkembang sejak beberapa tahun lalu.

  1.  Syiah Tayyibi Bohra (Dawood Bohra) – Kumpulan ini berasal dari India dan mereka dikenali sebagai golongan yang memiliki kedai Bombay. Mereka berpusat di daerah Klang mempunyai tanah perkuburan dan masjid sendiri.
  2.  Syiah Ismailiah – Kumpulan ini dikenali dengan nama kedai Perbhai yang bergerak di Lembah Klang dan mempunyai jumlah yang lebih kecil dari kelompok Bohra.
  3. Syiah Ja’fariyah @ Imamiah Ithna Asyariah (Iman 12) – Kumpulan ini dipercayai mula bertapak di Malaysia pada tahun 1979 iaitu selepas Revolusi Iran. Ianya berpunca daripada pengaruh buku-buku dan individu-individu seperti pensyarah di IPT. Buku-buku Syiah juga telah diterjemahkan ke bahasa Melayu.
   
Melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Kumpulan Syiah Malaysia, Mohd Kamil Zuhairi Abd Aziz, kini telah terdapat kira-kira 300,000 hingga sejuta orang pengikut. Namun demikian, bilangan tersebut tidak dapat disahkan kebenarannya samada ianya sebagai propaganda untuk menunjukkan bahawa mereka sesungguhnya mempunyai kekuatan atau hanya andaian sahaja. Mereka kini berusaha untuk menubuhkan markas atau pusat kegiatan di setiap negeri bagi meluaskan pengaruh Syiah di negara ini.

Daripada laporan media mengatakan ahli-ahli sebuah parti politik Islam di Malaysia telahpun diresapi oleh fahaman Syiah, namun demikian ianya dinafikan oleh kepimpinan parti tersebut. Tetapi cerita-cerita mengenai penglibatan beberapa pemimpin dari parti tersebut secara langsung atau tidak langsung dengan aktiviti-aktiviti Syiah telahpun lama tersebar dan sukar untuk menafikannya. 

Siasatan dari pihak berkuasa mendapati kegiatan Syiah telah bertapak di Lembah Kelang dengan pusat operasinya terletak di Gombak dan Ukay Perdana, Ampang. Selain daripada itu, mereka telah bertapak di Pendang, Kedah. Di Kelantan, mereka

mendirikan markas di Kota Bharu manakala di Perak ialah di Taiping.

Dilaporkan bahawa Syiah di Malaysia pernah memohon untuk mendirikan komplek Syiah di Gombak beberapa tahun dahulu tetapi tidak mendapat kelulusan kerajaan. Mereka dipercayai menerima sejumlah dana yang besar terutamanya dari Iran untuk penubuhan kompleks tersebut. Difahamkan, pembinaan sebuah kompleks Syiah yang terbesar akan didirikan di Satun, Thailand bagi menempatkan kegiatan dan pusat pengajian Syiah di rantau ini. 

Melihatkan kepada perkembangan ini, maka lambat-laun gerakan pengikut Syiah akan semakin bertambah. Jika ianya menjadi berbentuk militan, maka sudah tentu menjadi ancaman terhadap keselamatan negara. Kita tidak boleh berpandangan remeh terhadap isu ini kerana semangat Syiah terhadap perluasan kuasa dan politik yang ditunjukkannya di beberapa negara luar, tidak mustahil mereka yang berada di Malaysia suatu hari nanti akan bertindak serupa.

Namun demikian yang paling penting ialah dari sudut akidah. Mereka sesungguhnya telah terkeluar daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan tidak mahu lebih ramai lagi yang terjebak dan terpengaruh dengan Syiah.

Kita telahpun mempunyai pengalaman bagaimana kegiatan al-Arqam yang diharamkan suatu masa dahulu pernah mencetuskan satu keadaan yang sukar dibendung kecuali melalui penguatkuasaan terhadap kumpulan tersebut dan menangkap ketua dan orang-orang kanannya.

Maka kini usaha untuk membendung kegiatan Syiah telahpun dimulakan. Beberapa negeri telahpun menyatakan akan mewartakan fatwa anti-Syiah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata walaupun fatwa itu telah diwartakan di peringkat kebangsaan, namun kerajaan negeri perlu mewartakannya di peringkat negeri masing-masing supaya tindakan penguatkuasaan boleh dilakukan.

Seperti yang kita sedia maklum, hal ehwal ugama terpulang kepada negeri dan pentadbir negeri perlu berbincang dengan pihak berkuasa agama masing-masing dan menggazetkan fatwa ini. Penyebaran amalan lain kepada umat Islam yang telah mempunyai pegangan seperti Ahli Sunnah Wal Jamaah merupakan satu kesalahan dan boleh diambil tindakan undang-undang. Kini Kementerian Dalam Negeri telah pun mengisytiharkan Pertubuhan Syiah Malaysia sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang.



Ditulis oleh : Hisemudin Kasim

01.08.2013




Jika anda suka dengan artikel ini, sila berikan "Like". Ia akan tersimpan di Recent Activity Facebook anda. Ia amat berguna untuk rujukan kemudian hari


Perhatian ! Anda boleh SHARE artikel ini kepada rakan-rakan Facebook anda. Klik Send


Komen anda dalam Facebook atau Blog haruslah kemas dan bernas serta bertanggungjawab. Ulasan yang tidak menepati isu atau yang bersifat tidak sopan akan dipadamkan.

Post a Comment