Friday, August 30, 2013

Menyusuri perjalanan kemerdekaan Tanah Melayu



Artikel ini ditulis dengan teliti dan panjang. Anda dinasihatkan membaca sehingga ke akhirnya.


Esok,  31hb Ogos 2013 adalah Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 56. Tahun ini tema yang dipilih ialah "Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku". Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Di mana tumpahnya darah, di situ jua tempatku akan disemadikan. Dirgahayu negaraku Malaysia !

Menyusuri hari kemerdekaan tidak akan lengkap jika tidak dipaparkan keseluruhan detik-detik sejarah yang mengukir di papan-papan batu yang tak lekang dek panas dan yang tak timbus dek hambatan kemajuan teknologi. Sejarah mengajar kita agar menjadi cermin dan panduan kepada kita bagi melalui liku-liku hidup. Sesungguhnya orang yang melupai sejarah bangsa dan negaranya adalah golongan yang tidak mengenali siapa dirinya sendiri !

 Dalam tulisan kali ini, saya akan memaparkan satu persatu detik-detik sejarah negara khasnya dan Asia Tenggara amnya dalam perjuangan menuntut kemerdekaan daripada penjajah seawal tahun 1900an lagi.
 
Walaupun penentangan terhadap penjajahan Inggeris di Tanah Melayu telah berlaku seawal pentadbiran Birch di Perak sehingga ke beberapa insiden yang lain, nanum ia tidak ditakrifkan sebagai gerakan kemerdekaan untuk pemerintahan sendiri dalam ertikata mempunyai sistem pentadbiran moden yang lengkap.

Perhatian ! Ini adalah Promo untuk catatan yang berkaitan dengan tajuk yang anda sedang baca ini.  : 

Latar Belakang Semangat Nasionalisme Asia Tenggara

Di Tanah Melayu, gerakan menuntut pemerintahan sendiri bermula seawal tahun 1900an dengan digerakkan oleh golongan ulama seperti Syed Syeikh al-Hadi,  Sheikh Tahir Jalaludin. Pergerakan Hizbul Muslimin, pondok agama Gunung Semanggol dan sebagainya.

Namun gerakan menuntut kemerdekaan lebih nyata selepas tamatnya Perang Dunia Ke 2 dengan penyerahan balik Tanah Melayu kepada tentera British oleh  tentera Jepun. Pengajaran dan kesedaran berada di bawah pemerintahan Tentera Jepun telah menaikkan semangat nasionalisme di kalangan orang-orang Melayu khasnya dan kaum Cina.


Ini ditunjukkan dengan tumbuhnya banyak parti-parti dan persatuan-persatuan yang bergerak aktif ketika itu seperti Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Kesatuan Melayu Muda (KMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Parti Komunis Malaya (PKM).

 
Kembalinya British ke Tanah Melayu dengan membawa gagasan Malayan Union yang memberikan hak sama rata khususnya dalam isu kerakyatan kepada semua penduduk tanpa mengira keturunan dan kesetiaan mereka terhadap negara telah membangkitkan kemarahan orang-orang Melayu. Ketuanan raja-raja Melayu dan kekuasaannya terhadap ugama Islam juga tercabar, maka Melayu memberontak !

Rentetan daripada itu telah diadakan satu Kongres Melayu Se-Malaya yang dianjurkan oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 1-4 Mac 1946. Seramai 41 persatuan-persatuan telah menghantar wakil masing-masing yang telah mengangkat Dato’ Onn dari Persatuan Melayu Johor sebagai Presiden Kongres.


Dalam kongres ini, semua pertubuhan digabungkan di bawah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu  - PEKEMBAR ataupun UMNO.  Selain itu satu ketetapan telah dibuat bagi membantah gagasan Malayan Union oleh British. Mereka juga bersetuju menetapkan satu tarikh bagi pelancaran pertubuhan ini.

Maka pada 11 Mei 1946,   satu persidangan telah diadakan di Istana Besar, Johor Bahru dan penubuhan PEKEMBAR atau UMNO telah dirasmikan.  Penubuhan UMNO adalah platform kepada orang-orang Melayu untuk menuntut kemerdekaan daripada British.
 

Dalam menetapkan halatuju UMNO dan polisi kependudukan di Tanah Melayu, akhirnya Dato’ Onn telah bertindak keluar dari UMNO lalu menubuhkan Parti Negara. UMNO kemudiannya telah diterajui oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.


Dalam masa yang sama juga, orang-orang Cina telah menubuhkan MCA, manakala orang-orang India pula menubuhkan MIC.


Gerakan menuntut kemerdekaan juga berlaku di negara-negara Asia Tenggara yang lain dalam tahun 1940-1950. Filipina mencapai kemerdekaan pada 4hb Julai 1946 daripada Amerika Syarikat. Manakala Indonesia telah diistiharkan merdeka sebagai sebuah negara repablik pada 17hb Julai 1945 setelah Jepun menyerah kalah di Asia Pasifik dalam Perang Dunia ke 2. Burma (kini Myanmar) merdeka pada 1hb Ogos 1943 dibawah perjanjian dengan Jepun. Di Vietnam pula, Ho Chi Minh mengisytiharkan kemerdekaan Vietnam pada 2hb September 1945 daripada Perancis. Manakala Laos pula, mendapat kemerdekaan dari Perancis pada 8hb April 1945.


Maka keseluruhan semangat kemerdekaan dari negara-negara jiran Asia Tenggara itu telah menyemarakkan lagi kebangkitan penduduk-penduduk Tanah Melayu agar dipercepatkan pemerintahan sendiri.

  

Pilihanraya Persekutuan Pertama tahun 1955


Pilihanraya Persekutuan Pertama telah diadakan pada 27hb Julai 1955 di mana parti-parti politik seperti UMNO, MCA, MIC, Parti Negara, PAS dan Parti Buruh telah mengambil bahagian bagi merebut 52 kerusi yang dipertandingkan.


Bagi menunjukkan komitmen ke arah kemerdekaan, UMNO telah mengadakan kerjasama dengan MCA dan MIC bagi membentuk Parti Perikatan bagi menghadapi pilihanraya ini. Hasilnya mereka berjaya mengusai 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Ia menjadi asas kepada persefahaman untuk memenuhi tuntutan British bahawa kemerdekaan boleh dicapai dengan adanya kerjasama dan saling bertolak-ansur antara kaum-kaum di Tanah Melayu.

Dengan itu Tunku telah membentuk kabinet yang dianggotai oleh ketiga-tiga parti tersebut.  Tunku dilantik sebagai Ketua Menteri dan Menteri Hal-Ehwal Dalam Negeri.
 

 Darurat dan Rundingan Baling

 

Penentangan Parti Komunis Malaya (PKM) terhadap kerajaan berlarutan dari tahun 1948-1960 yang dikenali sebagai era darurat. Maka dengan itu jugalah lahirnya Akta Darurat 1948 yang baru-baru ini dihapuskan.

Antara tragedi yang mencetuskan kebimbangan British ialah pembunuhan Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Henry Gurney dalam tahun 1951 oleh PKM. Selepas itu British melancarkan gerakan pengumpulan orang-orang Cina dalam penempatan baru yang dikenali sebagai Kampung Baru. Ia bertujuan bagi menghalang PKM mendapat bekalan dan sokongan dari orang-orang Cina.
 

Selain memenuhi syarat persefahaman kaum dengan terbentuknya Parti Perikatan, Tunku dicabar supaya menyelesaikan isu pemberontakan PKM sebelum mendapat kemerdekaan. Bagi menyahut cabaran tersebut, Tunku memilih jalan diplomasi dengan mengadakan Rundingan Baling pada 28-29hb Disember 1956 bersama Chin Peng, Setiausaha Agung PKM.


Turut serta ialah Rashid Maidin dan Chen Tien di pihak PKM. Bersama Tunku di pihak kerajaan
ialah David Marshall, Ketua Menteri Singapura dan Presiden MCA, Tan Cheng Lock.


Tindakan Tunku itu telah mencemaskan British yang selama ini berhadapan dengan PKM secara kekerasan. Kebimbangan British memberi kesan mempercepatkan lagi proses pemberian kemerdekaan. Ia juga memperlihatkan kebijaksanaan  permainan politik Tunku. Sementara di pihak PKM, mereka akhirnya menolak untuk membubarkan PKM serta meletakkan senjata. Maka peperangan antara PKM dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu berterusan.  

 

  Persiapan Degelasi Merdeka Ke London

 

 

Untuk merundingakan kemerdekaan dengan British di London bukanlah semudah sekarang, kerana perbelanjaan untuk menaiki kapal laut dan kapal terbang ketika itu memerlukan kos yang tinggi.

Mengimbau kembali peristiwa yang berlaku dalam Persidangan Umno di Dewan Hang Tuah Bandar Hilir, Melaka sekitar tahun 1955. Ketika itu Tunku berucap yang beliau akan berangkat ke London bersama Raja-raja Melayu.

Dengan loghat Kedah, Tunku berkata,”Saya ni nak pi London. UMNO tak dak duit, saya pun tak dak duit. Saya jual istana ayahanda duk murka. Ayahanda suruh saya jadi raja, saya tak mau, saya nak jadi Presiden UMNO, bagi Malaya merdeka”.
 

Orang menangis bergenang air mata, tapi Tunku menangis air mata bercucuran membasahi pipinya. Lantas para serikandi UMNO dengan segera menyahut seruan Tunku dengan menyerahkan apa jua barangan kemas yang ada di badan seperti gelang, loket, subang, pin baju dan sebagainya untuk didermakan bagi membiayaai pemergian Tunku dan rombongan. Manakala yang lelakinya pula menyerahkan tongkat berkepala emas, jam tangan dan lain-lain barang berharga. 


Walaupun ianya tidak mencukupi tetapi semangat orang-orang Melayu begitu tinggi untuk bersama berkorban apa saja bagi mencapai hasrat kemerdekaan Tanah Melayu.

Pada 1hb Januari 1956, Tunku dan rombongan kemerdekaan bertolak ke Karachi, Pakistan dengan kapal laut MV Asia dari Singapura.  Dari Karachi, mereka meneruskan penerbangan ke Kaherah seterusnya ke London.

 

Tercacat Sejarah Penetapan Kemerdekaan pada 31.08.1957


Rombongan Tunku sampai di London pada 14hb Januari 1956. Mereka kemudiannya berunding dengan perwakilan kerajaan British, Setiausaha Negara bagi Tanah Jajahan, Pesuruhjaya Tinggi British di Persekutuan Tanah Melayu dan lain-lain. Rundingan berjalan dari 16hb Januari hingga 6hb Februari 1956.


Akhirnya kerajaan British akur memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu dan satu perjanjian yang dinamakan Perjanjian London telah ditandatangani pada 8hb Februari 1956. Mereka menetapkan tarikh 31hb Ogos 1957 bagi Persekutuan Tamah Melayu mencapai kemerdekaan mutlak.

 

Inilah tarikh keramat yang kita sambut setiap tahun sebagai tarikh pembebasan Tanah Melayu dari belenggu penjajah.

  

Sambutan Kepulangan Rombongan Merdeka di Bandar Hilir Melaka

 

Rombongan Tunku dari London sampai ke Singapura dan kemudiannya ke Melaka. Satu sambutan besar-besaran diadakan membabitkan kira-kira 100,000 orang orang yang menunggu di Padang Bandar Hilir yang kini dikenali sebagai Dataran Pahlawan.


Sesungguhnya laungan MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA ! telah berkumandang di sini buat pertama kalinya  pada 20hb Februari 1956.


Dengan itu maka pelbagai persiapan untuk pengisytiharan kemerdekaan telah dilakukan termasukalah pembinaan Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

  

Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu


Penggubalan perlembagaan bukanlah satu kerja yang mudah dan memerlukan banyak siri perbincangan dan tolak-ansur antara orang-orang Melayu dengan kaum-kaum Cina dan India. Ini kerana kemerdekaan mutlak yang bakal diperolehi adalah juga kerana persefahaman antara kaum-kaum ini dalam Pilihanraya Persekutuan yang pertama dan kerja keras mereka merundingkan perjanjian kemerdekaan Tanah Melayu.

Sebuah suruhanjaya telah ditubuhkan bagi menggubal perlembagaan yang dikenali sebagai Suruhanjaya Reid. Terdapat pelbagai bantahan dan penerimaan dari pelbagai golongan bagi draf perlembagaan sebelum ianya diluluskan.


Antara perkara penting yang dimasukkan dalam perlembagaan ialah mengenai tuntutan keistimewaan orang-orang Melayu dalam Perkara 153  adalah menepati kehendak Memorandum Perikatan. Disamping ugama Islam dijadikan ugama rasmi negara.


Draf Perlembagaan kemudiannya telah dibincangkan di London dengan kunjungan ini di ketuai oleh Tunku pada 10hb Mei 1957.   Dalam mesyuarat dengan kerajaan British, beberapa persetujuan telah dicapai. Kertas Putih Kerajaan yang mengandungi pindaan-pindaan ke atas Penyata Reid telah dikeluarkan. Bahasa Melayu telah diiktiraf sebagai bahasa  kebangsaan.


Yang Dipertuan Agong telah diberi tanggungjawab oleh perlembagaan untuk menjaga kedudukan istimewa orang-orang Melayu serta hak-hak yang halal bagi kaum-kaum yang lain.


Rang undang-undang itu kemudiannya telah dibawa ke Majlis Perundangan Persekutuan pada 10hb Jun 1957 dan diluluskan.

 
 
Penulis Blog ini, Hisemudin Kasim juga merupakan Pengarang Bahasa Mandarin. Menerbitkan DVD Asas Belajar Bahasa Mandarin
Klik sini http://www.ebookmandarin.com/ untuk mendapatkan keterangan lanjut
Terdapat 8 keping DVD
Dengan 80 bab pelajaran
Harga RM90.00

 
  

Menjelang Detik 12 Malam 31.08.1957


Menjelang 30 Ogos, sekitar jalan-jalan bandar Kuala Lumpur dipenuhi dengan pelbagai jenis kenderaan dan orang ramai berpusu-pusu menuju ke Padang Kelab Selangor. Suasana malam penuh meriah diterangi lampu-lampu hiasan di jalan-jalan dan bangunan sekeliling.


Di tengah-tengah padang terdapat tiga tiang bendera yang mengibarkan bendera UMNO di sebelah kanan, bendera Union Jack di tengah dan bendera Perikatan di sebelah kiri. 

Detik 10 malam, wakil-wakil yang terdiri daripada UMNO, MCA dan MIC dari negeri-negeri Tanah Melayu dan Singapura mengambil tempat di sekeliling tiga bahagian padang. Diikuti dengan pembentukan 300 Pemuda Perikatan mengambil tempat di tengah-tengah padang mengadap menara jam.

Tunku Abdul Rahman diiringi masuk pada pukul 11.55 malam bersama 30 ahli-ahli Perikatan bermotorsikal dengan pengiring polis. Tunku disambut oleh Dato’ Abdul Razak Hussein, Encik Saadon Jubir, Tan Cheng Lock dan V.T. Sambantan. Tunku kemudiannya dibawa ke atas pentas mengadap ke tiga-tiga tiang bendera.

Pukul 11.58 semua lampu di padang dan di sekeliling dipadamkan sehingga seluruh kawasan menjadi gelap gelita. Detik 12 tengah malam lampu dipasangkan apabila jam besar berbunyi menandakan bermulanya era Tanah Melayu yang merdeka. Ini diikuti pula dengan laungan  ”Merdeka” oleh orang ramai yang menggegarkan seluruh padang secara spontan.


Bendera Union Jack mula diturunkan dengan diiringi lagu God Save The Queen yang dimainkan buat kali terakhir sebagai menandakan berakhirnya pentadbiran Britih di Tanah Melayu.


Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan dengan iringan lagu kebangsaan Negaraku  yang diperdengarkan buat pertama kalinya kepada umum. Setelah bendera berada di puncak tiang, sorakan ”Merdeka” telah dilaungkan oleh Tunku sebanyak tujuh kali. Merdekalah sudah tanahairku.

  

Perisytiharan Kemerdekaan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur


Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan secara rasmi tepat jam 9.30 pagi pada 31hb Ogos 1957. Upacara Pemasyhuran Kemerdekaan ini berlangsung di Stadium Merdeka dengan disaksikan lebih 20,000 orang termasuklah Raja-raja Melayu, tetamu khas dari luar negara, anggota-anggota kabinet kerajaan Persekutuan dan rakyat jelata.

Pada upacara bersejarah itu wakil Queen Elizabeth II, Duke of Gloucester menyerahkan Watikah Perlembagaan kepada Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman yang menandakan berakhirnya naungan British ke atas Tanah Melayu.





Perisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dibaca oleh Tunku dan selepas itu laungan ”MERDEKA” sebanyak tujuh kali.  Upacara ini kemudiannya disusuli dengan seruan azan yang melambangkan sebuah negara Islam dengan agama rasminya telah dilahirkan. Diikuti dengan acara menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu sambil diiringi lagu kebangsaan ”Negaraku”. Sebanyak seratus satu das tembakan meriam dilepaskan menandakan Persekutuan Tanah Melayu telah menjadi negara yang merdeka dan berdaulat.

Begitulah detik-detik sejarah kemerdekaan Tanah Melayu yang penuh dengan liku-liku dan ranjau yang telah dilalui oleh datuk nenek kita dahulu. Sebagai negerasi penyambung kemerdekaan, kita hari ini sesungguhnya telah mewarisi kemakmuran yang telah dicipta oleh mereka.

Esok, 31hb Ogos 2013, kita akan mengulangai detik-detik bersejarah ini. MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !




Ditulis oleh : Hisemudin Kasim

30.08.2013



Perhatian ! Anda boleh SHARE artikel ini kepada rakan-rakan Facebook anda. Klik Send



Komen anda dalam Facebook atau Blog haruslah kemas dan bernas serta bertanggungjawab. Ulasan yang tidak menepati isu atau yang bersifat tidak sopan akan dipadamkan.




Wednesday, August 28, 2013

Marilah Bersama Belajar Bahasa Mandarin Siri 17











Belajar bahasa Mandarin adalah amat penting terutamanya bagi orang-orang Melayu jika mereka ingin berkecimpung dalam bidang perniagaan serta meniru cara-cara orang-orang Cina berniaga. Kerajaan juga menggalakan kita mempelajari bahasa Mandarin.

Pengumunan :  

Kepada anda yang telah mengikuti siri-siri Marilah Bersama Belajar Bahasa Mandarin di dalam blog ini yang telah bersiaran dari 23/04/2013 sehingga 04/01/2014 untuk selama 30 siri, saya memohon maaf kerana kesemua tulisan-tulisan tersebut telah dikeluarkan daripada blog ini.





   Sila <KLIK SINI> untuk keterangan lanjut





Saturday, August 24, 2013

Apa peranan OIC dalam kemelut politik Mesir sekarang.



Seringkali OIC dilabelkan sebagai Ooh I See ! Sebenarnya ia tidak keterlaluan. Memandangkan badan dunia Islam itu dianggap sebagai harimau lapar yang telah tiada taringnya. Hanya mencuit-cuitkan ekornya jika ada isu-isu panas yang melingkari dunia Islam. Untuk mengaum bak raja hutan sudah tiada yang takut.  Apatah lagi untuk mengepalai bala tentera demi mempertahankan negara-negara Islam sendiri.
 Dalam kemelut di Mesir, apakah OIC masih berperanan sekurang-kurangnya menjadi platform bagi negara-negara Islam menyuarakan kebimbangan serta memberi pertolongan.  Juga menjadi perantaraan bagi pihak-pihak yang bertelagah agar dibawa ke meja perundingan.
Dalam membicarakan masalah ini, kita tidak boleh hanya memfokuskan kepada Mesir sahaja, kerana masalah politik Mesir adalah masalah Asia Barat khususnya dan negara-negara Arab secara keseluruhannya.  Maka kita juga harus mengambilkira peranan kuasa-kuasa asing yang menjajahi pemikiran dan percaturan politik dunia Arab.




Di samping perluasan kuasa dari kalangan negara-negara Arab sendiri,  pertembungan mazhab, gerakan nasionalis, kebimbangan terhadap ancaman sistem monarki serta kebangkitan rakyat menerusi sistem demokrasi yang baru dinikmati oleh rakyat di rantau ini,  menjadikan ianya tempat untuk “experiment” bagi segala bentuk ideologi dan kefahaman bagi kepentingan sesuatu pihak. Malah tidak dinafikan ia juga satu bentuk penjajahan halus dari Yahudi yang ingin melihat kehancuran dunia Islam jiran-jirannya.
 Selain daripada OIC yang majoriti ahlinya terdiri dari negara-negara Islam di rantau ini,  kita juga harus mengambilkira peranan dua buah lagi entiti yang berkaitan iaitu Liga Arab dan Majlis Kerjasama Teluk. Maka untuk merungkaikan permasalahan di Mesir, maka saya babitkan ketiga-tiga badan tersebut di samping peranan yang dimainkan oleh badan yang lebih besar seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Liga Negara-negara Arab atau biasanya disebut Liga Arab sahaja, mengandungi 21 buah negara Arab Teluk dan di benua Afrika yang secara amnya ditakrifkan sebagai negara-negara Arab. Matlamat pertubuhan itu ialah bagi mengukuhkan kerjasama dalam pelbagai bidang di samping mengelakkan penggunaan kekerasan terhadap negara-negara anggota. Ibu pejabat Liga Arab terletak di Kaherah, Mesir.
Negara-negara yang menganggotai Liga Arab ialah Mesir, Iraq, Jordan, Lubnan, Arab Saudi, Syria, Yaman, Libya, Sudan, Magribi, Tunisia, Kuwait, Algeria, Amiriah Arab Bersatu, Bahrain, Qatar, Oman, Mauritinia, Somalia, Palestin, Djibauti dan Comoros. Kesemua negara-negara Liga Arab adalah juga anggota OIC.

Majlis Kerjasama Teluk merupakan sekumpulan negara-negara Arab Teluk yang mengamalkan sistem pemerintahan monarki atau beraja.  Keanggotaannya ialah Amiriah Arab Bersatu, Bahrain, Arab Saudi, Oman, Qatar dan Kuwait
Oleh kerana negara-negara ini diperintah oleh kerajaan beraja, maka sistem pentadbirannya tidak terlalu mendedahkan kepada hak-hak rakyat seperti dalam bentuk sistem demokrasi sebaliknya mencengkam rakyat dengan undang-uandang yang lebih ketat. Walaupun terdapat gelombang inginkan pembaharuan namun ianya masih di peringkat terkawal. Secara tidak langsung polisi negara yang menyekat pengaliran fahaman atau gerakan anti raja menjadikan negara-negara ini membentuk satu blok yang berkonfrantasi dengan negara-negara yang kini terdedah dengan Arab Spring.
Pertubuhan Persidangan Islam atau Organisation of Islamic Cooperations (OIC) ditubuhkan dalam tahun 1969 yang ketika itu sedang memuncaknya serangan ganas puak Zionis terhadap Masjid Al-Aqsa. Tindakan biadab puak Zionis itu mendorong para pemimpin Islam menubuhkan sebuah pertubuhan bagi memperjuangkan umat Islam dalam segenap bidang di seluruh dunia.
Di samping itu memperkukuhkan kerjasama dalam bidang ekonomi, budaya, sosial dan pelbagai bidang lain yang dianggap penting serta mengaturkan perundingan di kalangan mereka dalam membabitkan pertubuhan antarabangsa. Mengambil langkah perlu bagi menyokong usaha ke arah melahirkan keamanan dan keselamatan di kalangan negara-negara anggota.
 Kini keanggotaan OIC ialah 55 buah negara iaitu :
Afghanistan, Albania, Algeria, Azerbaijan, Bahrain, Bangladesh, Benin, Bosnia and Herzegovia, Brunei, Burkina Faso, Cameroon, Chad, Comoros, Djibouti, Mesir, Gabon, Gambia, Guinea, Guinea Bissau, Indonesia, Iran, Iraq, Jordan, Kuawait, Kyrghstan, Lebanon, Libya, Malaysia, Maldives, Mali, Mairitania, Maghribi, Mozambique, Niger, Nigeria, Oman, Pakistan, Palestine, Qatar, Arab Saudi, Senegal, Sierra Leone, Somalia, Sudan, Surinam, Syria, Tajikstan, Tunisia, Turkmenistan, Turki, Uganda, Emiriah Arab Bersatu, Uzbekistan dan Yaman.
OIC juga menerima beberapa negara yang mempunyai penduduk berugama Islam sebagai pemerhati seperti Afrika Tengah, Thailand, Russia dan Negeri Turkish Cyprus serta termasuklah pertubuhan seperti Barisan Pembebasan Islam Moro.
Pertubuhan OIC mempunyai struktur yang lengkap dengan mempunyai tiga badan utama iaitu :
      1.       Pembuat dasar iaitu Sidang kemuncak Ketua-ketua Negara Kerajaan OIC
2.      Persidangan Menteri-menteri Luar OIC
3.      Sekretariat OIC
Setiap badan-badan ini mempunyai peranan masing-masing mengikut keperluan. Maka setiap perlakuan yang menjadi isu masyarakat Islam haruslah ditangani oleh mana-mana badan ini mengikut kepentingannya.
 Sekretariat OIC yang berpejabat di Jeddah diketuai oleh seorang Setiausaha Agung yang bertanggungjawab melaksanakan semua keputusan yang dibuat oleh Persidangan Islam. Kini Setiauasaha Agung OIC ialah  Ekmeleddin Ihsanoglu dari Turki.
Apakah benar OIC hanya sekadar Ooh I See ? Hanya melihat sesuatu yang berlaku di negara-negara Islam dengan sebelah mata tanpa sebarang saranan atau tindakan konkrit seperti yang berlaku di Syria dan Mesir sekarang ini ?
Kita harus memahami suara Setiausaha Agong OIC tidak sama dengan Setiausaha Agong PBB, Ban Kee Moon. Malah suara Ban Kee Moon juga tidak diendahkan oleh blok Amerika Syarikat jika isu yang dibawa tidak menyebelahi bloknya. Sama juga kesnya jika sesuatu resolusi atau perbincangan di PBB tidak menyebelahi blok Russia, maka ia akan memvetonya.






Talk to Al Jazeera - Ekmeleddin Ihsanoglu: Combating Islamophobia


Maka kedudukan untuk menyuarakan isu-isu seperti di Mesir dan Syria dalam kalangan negara negara OIC harus dibangkitkan dalam peringkat mana ? Apakah hanya disuarakan oleh Setiausaha Agong yang tidak punyai apa-apa kapasiti cuma hanya sebagai jurucakap sahaja ?  Atau lontaran itu harus dilangsungkan oleh Persidangan Menteri-menteri Luar OIC ? Mungkin juga ke peringkat yang lebih tinggi iaitu Sidang Kemuncak Ketua-ketua Kerajaan OIC ? Maka saluran haruslah betul bagi mendapatkan mandat yang betul-betul dapat diperakui dan diterima oleh pihak-pihak yang bertelagah.
Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini telah menulis surat kepada ketua-ketua kerajaan OIC bagi mendapatkan reaksi seterusnya mencadangkan satu persidangan bagi mencari penyelesaian bagi isu ini. Malaysia dikatakan akan memainkan peranan aktif dalam penyelesaian kemelut politik Mesir ini.

Perhatian ! Artikel ini membincangkan peranan yang dimainkan oleh PBB & Liga Arab  : 



Sebelum ini, Turki dan Iran juga telah menyuarakan agar OIC melancarkan inisiatif bagi mencari penyelesaian perdamaian. Ini memandangkan hanya OIC sahaja yang mempunyai status penghormatan bagi mengendalikan perundingan. Ini memandangkan Majlis Kerjasama Teluk tidak berada dalam lingkungan ini, manakala Liga Arab dikhuatiri tidak dapat bertindak adil, lantaran di kalangan negara-negara anggotanya terlibat secara langsung dalam konflik ini iaitu, Arab Saudi, Kuwait, Qatar dan Turki.

Pada pendapat saya, makanisma untuk mengadakan saluran perbincangan haruslah dirintis dari peringkat menteri-menteri luar OIC.  Melalui resolusi-resolusi ini haruslah memberi mandat samada menyerahkan kepada Sidang Kemuncak Ketua-ketua Kerajaan OIC  ataupun kepada duta-duta khas yang dipercayai mempunyai kewibawaan sebagai pendamai di peringkat dunia. Ianya adalah atas kapasiti duta khas OIC yang mungkin dianggotai oleh sekumpulan negarawan negara-negara Islam.
Maka jika Malaysia mengusulkannya, maka saya berpendapat orang yang paling layak untuk ditonjolkan ialah mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad. Negarawan Malaysia ini bukan sahaja diterima oleh negara-negara Islam, negara-negara Selatan, Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) bahkan di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Pengalaman beliau dalam menggerakkan inisiatif dalam mendamaikan antara pengganas Komunis di Malaysia dengan kerajaan Malaysia adalah satu contoh pertama di dunia.
Malaysia dipandang tinggi sebagai negara pengantara perdamaian terutamanya selepas kita berjaya membawa perdamaianan ke atas Moro Islamic Liberation Front (MILF) dengan kerajaan Filipina. Kejayaan ini telah memberi kepercayaan kepada pihak kerajaan Thailand agar Malaysia memainkan peranan yang sama bagi mencari perdamaian dengan antara kerajaan Thailand dengan pemberontak di Selatan Thai. Apakah kita tidak mampu untuk mendamaikan puak-puak yang bertelagah di Mesir ?
Namun demikian, senario di Filipina dan Thailand tidak serupa dengan yang berlaku di Mesir. Ia lebih kompleks dengan campur tangan asing terhadap pergolakan ini selain pertentangan yang serius antara pihak tentera dan Ikhwanul Muslimin.
Perhatian ! Ini adalah Promo untuk catatan yang hangat diperkatakan sekarang ! Klik pada imej.  : 


Ini kerana Ikhwanul Muslimin tetap mahukan Presiden  Mursi yang digulingkan oleh tentera haruslah dikembalikan ke kedudukan asal dan diberi mandat untuk memerintah kembali. Pun begitu, tentera sudah nyata tidak akan menerima permintaan tersebut kerana menganggap tentera sebagai penyelamat negara dengan melakukan rampasan kuasa bagi mengelakkan negara dari kancah perang saudara atau pertempuran antara penyokong Ikhwanul Muslimin dengan pihak pembangkang yang pro sekular dan puak kiri.

Ikhwanul Muslimin yang kental semangat mereka adalah sebuah pergerakan yag tersusun dari peringkat akar umbi yang telah diasaskan oleh Hassan al-Bana dalam tahun 1928.  Mereka pernah menghadapi saat-saat genting melawan tentera sejak tahun 1954 lagi. Ketika itu ramai pemimpin Ikhwanul Muslimin ditangkap serta digantung sehingga mati, antaranya ialah Abdul Qadir Audah, Abd al-Fattah Ismail, Muhammad Al-Faghati dan lain-lain. Mereka dikatakan berkomplot untuk menggulingkan Presiden Muhammad Naguib dalam satu rampasan kuasa yang gagal. Akhirnya Ikhwanul Muslimin juga turut diharamkan. Manakala dalam tahun 1966 pula, Sayyid Qutb pula dihukum gantung. Maka bolehlah dikatakna Ikhwanul Muslimin adalah satu pergerakan yang amat radikal terutamanya bila berlaku saat-saat genting seperti sekarang.


< Klik > di sini untuk ke www.cikgumatematik.com.my



Pihak tentera juga sejak mengambilalih kuasa dalam rampasan kuasa tentera bagi menggulingkan Raja Farouk dalam Revolusi Rakyat tahun 1952, sehinggalah beberapa orang presiden silih berganti, semuanya dari kalangan tentera. Maka rakyat Mesir telah biasa dengan hidup di bawah undang-undang tentera, jika berlakupun kebangkitan rakyat, hanya muncung senapang dan kereta kebal sahaja yang dapat mengawal keadaan. 


Maka jika diadakan rundingan damai, apakah Ikhwanul Muslimin masih bertegas dengan mempertahankan semua ini, sedangkan perkara yang lalu tidak akan kembali. Maka mereka seharusnya menerima ketetapan bahawa keamanan haruslah berteraskan keadaan semasa di mana tentera seharusnya diberi peluang untuk menguruskan pentadbiran negara buat sementara waktu, kemudiannya menjalankan pilihanraya yang adil sekali lagi.


Krisis politik di Mesir tidak mendapat perhatian di Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu. Amerika Syarikat yang bersekongkol dengan pihak tentera begitu enggan mengeluarkan sebarang kenyataan keras yang mengutuk keganasan tentera terhadap rakyat Mesir. Begitu juga blok Russia dan China hanya memandang sepi kerana mereka juga sedang terlibat dalam konspirasi mengukuhkan kedudukan Bashar al-Assad di Syria.


Melihatkan kepada situasi yang berlaku di Mesir sekarang ini, pihak Ikhwanul Muslimin memang tidak gentar untuk melawan pihak tentera, lantaran pengalaman masa-masa lalu dan selama enam dekad ditekan di bawah pemerintahan tentera. 
Dalam suasana sekarang, dari segi rasionalnya apakah pihak Ikhwanul Muslimin tidak mengukur di badan sendiri bahawa sokongan yang diperolehi mereka sebenarnya berdasarkan emosi sahaja. Apakah jika diberikan peluang sebenar untuk Mursi kembali berkuasa, apakah beliau dapat mengawal keadaan, sedangkan semasa menjadi  presiden pun beliau tidak mampu untuk meraih sokongan serta melakukan perubahan dalam landskap politik serta ekonomi. Dalam pilihanraya Presiden pun, Mursi hanya memperolehi 51.7% peratus sokongan. Ia dilihat suatu sokongan majoriti yang tipis.

Kini senario yang semakin genting kerana pihak tentera telah membebaskan Hosni Mubarak dari tuduhan rasuah tetapi masih lagi menjalani tahanan dalam rumah. Suasana ini akan memberi sokongan moral kepada puak-puak yang masih setia dengan Hosni Mubarak. Dan jika Ikhwanul Muslimin masih terus berkeras dengan pendirian mereka, apakah puak-puak yang menyokong Hosni Mubarak ini akan berdiam diri ? Maka lambat-laun ia akan menjadi pertembungan yang nyata, maka dikhuatiri peristiwa seperti sebelum tumbangnya Mursi akan berlaku. Inilah yang cuba dielakkan !

Manakala dalam negara-negara OIC sendiri terdapat konflik kepentingan di Mesir. Semasa pentadbiran Mursi, hanya Turki dan Qatar sahaja yang menyalurkan bantuan AS$30 billion untuk menyelamatkan ekonomi Mesir.  Tetapi Arab Saudi enggan berbuat demikian kerana takutkan gerakan Ikhwanul Muslimin juga akan menjalar ke Arab Saudi serta menggugat sistem monarki berajanya. Setelah Mursi ditumbangkan, Arab Saudi dan Kuwait pula menyalurkan AS$12 billion kepada kerajaan sementara tentera. Sesungguhnya di sini memperlihatkan pertembungan kepentingan dan kuasa antara Riyard dan Doha.
Jadi apakah semua negara-negara ini akan mengenepikan kepentingan mereka dan bersatu membantu Mesir demi ummah dan Islam. Pihak tentera pula dijangka akan mengendurkan ketegangan ini jika mendapat jaminan bahawa pihak-pihak yang bertelagah ini sanggup berkompromi dan memilih jalan demokrasi serta satu pilihanraya akan dijalankan.
Kita juga mengharapkan pihak OIC dapat memainkan peranan mereka secepat mungkin. Maka ketegasan Malaysia mengutuskan surat kepada ketua-ketua kerajaan negara OIC juga diharap mendapat reaksi yang positif. Menurut YAB Peradana Mentari, beliau berharap akan menerima panggilan dari ketua-ketua kerajaan OIC dalam masa terdekat. Maka langkah seterusnya sudah pasti akan dimainkan oleh OIC dengan peranan aktif dari Malaysia.

Ditulis oleh : Hisemudin Kasim

24.08.2013




Perhatian ! Anda boleh SHARE artikel ini kepada rakan-rakan Facebook anda. Klik Send


Komen anda dalam Facebook atau Blog haruslah kemas dan bernas serta bertanggungjawab. Ulasan yang tidak menepati isu atau yang bersifat tidak sopan akan dipadamkan.


Thursday, August 22, 2013

Marilah Bersama Belajar Bahasa Mandarin Siri 16











Belajar bahasa Mandarin adalah amat penting terutamanya bagi orang-orang Melayu jika mereka ingin berkecimpung dalam bidang perniagaan serta meniru cara-cara orang-orang Cina berniaga. Kerajaan juga menggalakan kita mempelajari bahasa Mandarin.

Pengumunan :  

Kepada anda yang telah mengikuti siri-siri Marilah Bersama Belajar Bahasa Mandarin di dalam blog ini yang telah bersiaran dari 23/04/2013 sehingga 04/01/2014 untuk selama 30 siri, saya memohon maaf kerana kesemua tulisan-tulisan tersebut telah dikeluarkan daripada blog ini.





    Sila <KLIK SINI> untuk keterangan lanjut


Monday, August 19, 2013

Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) : Pengertian dan Implikasi Perdagangan Malaysia

Isu Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) menjadi hangat dibual dan dibincangkan bahkan dalam forum-forum tertentu juga membicarakan topik yang sama dari perspektif yang berlainan. Apakah pengertian TPPA dan implikasinya terhadap perdagangan serantau dan antarabangsa yang melibatkan Malaysia?

Sebelum kita membicarakan TPPA dengan lebih lanjut, eloklah kita melihat isu perjanjian perdagangan global WTO dan serantau seperti APEC, AFTA yang sediada yang boleh dikaitan dengan TPPA.  Jika tanpa mengetahui organisasi dan perjanjian-perjanjian tersebut, dikhuatiri anda akan tersasar fokus dan tidak dapat memahami mengapa perjanjian TTPA itu amat diperlukan.

Di samping hubungkait antara beberapa klaus dalam perjanjian FTA misalnya yang dijadikan kesinambungan kepada perjanjian TPPA.  Maka penekanan juga diberikan kepada isu-isu FTA terutamanya hubungan Perjanjian FTA Malaysia-Amerika Syarikat.

Disenaraikan beberapa organisasi dan perjanjian perdagangan yang penting :

WTO – World Trade Organization atau Pertubuhan Perdagangan Sedunia.

Ia adalah sebuah organisasi perdagangan dunia yang berfungsi untuk mengatur dan mengawalselia perdagangan antarabangsa.  Diditubuhkan pada 1 Jan. 1995  bagi menggantikan General Agrement on Tariffs and Trade (GATT) yang ditubuhkan selepas Perang Dunia Kedua. Kini WTO dianggotai oleh 143 buah negara termasuk Malaysia. Setiap perbincangan yang melibatkan perdagangan dunia akan dilakukan serta dirujuk melalui WTO yang beribupejabat di Genewa, Switzerland.


APEC – Asia Pacific Economic

Ditubuhkan pada tahun 1989 dengan dianggotai oleh 12 buah negara pengasas di Asia Pasifik termasuk Malaysia yang bertujuan untuk menyemarakkan pertumbuhan ekonomi di negara-negara Asia Pasifik. Selepas tahun 1993, APEC menerima banyak keanggotaan baru sehinggalah kini berjumlah 21 buah negara termasuk Hong Kong sebagai entiti yang berasingan dari China.

Forum ekonomi APEC mempunyai jurang perbezaan yang luas dalam sistem politik, sosial, institusi kebudayaan dan tingkat pembangunan ekonomi yang berbeza.

Negara-negara yang menganggotai APEC ialah : Australia, Brunei, Kanada, Chile, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Malaysia, Mexico, New Zeealand, Papua New Guinea, Peru, Filipina, Russia, Singapura, Taiwan, Thailand, Amerika Syarikat dan Vietnam.


AFTA – ASEAN Free Trade Area atau Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN

Ketika perjanjian AFTA ditandatangani pada tahun 1995, ia hanya dianggotai oleh enam buah negara pengasas ASEAN iaitu Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand. Kini AFTA mempunyai 10 keanggotaan negara-negara ASEAN yang kemudian penerimaannya dibuat antara tahun 1995 hingga 1997.

Antara tujuan perjanjian AFTA dibuat adalah untuk meningkat daya saing ASEAN sebagai pengkalan pengeluaran dalam pasaran dunia melalui penghapusan halangan tariff dan bukan tariff dalam ASEAN. Selain itu, dengan wujudnya AFTA, ia mampu menarik pelaburan asing langsung ke ASEAN. Pada masa yang sama, pengguna dapat memperoleh barang dagangan dari pengeluar yang lebih cekap di ASEAN serta mewujudkan perdagangan intra-ASEAN. Seiring dengan peningkatan persaingan harga dalam industri-industri pembuatan dan saiz pasaran yang lebih besar, pelabur-pelabur dapat menikmati pengeluran secara besar-besaran.


FTA – Free Trade Agreement atau Perjanjian Perdagangan Bebas

Ia adalah sejenis perjanjian ekonomi dua hala antara negara-negara yang terlibat. Tujuannya bagi merendahkan harga keperluan yang dikehendaki oleh pengguna. Barang-barang yang kompetatif di pasaran boleh beredar dan di pasarkan tanpa sekatan cukai bertindih iaitu percukaian satu hala dari negara asalnya.  Kebiasaan isu-isu percukaian, halangan birokrasi, perjanjian-perjanjian sediada, masalah teknikal dalam urusan kastam dan imigresen menjadi halangan.
 
 
Penulis Blog ini, Hisemudin Kasim juga merupakan Pengarang Bahasa Mandarin. Menerbitkan DVD Asas Belajar Bahasa Mandarin
Klik sini http://www.ebookmandarin.com/ untuk mendapatkan keterangan lanjut
Terdapat 8 keping DVD
Dengan 80 bab pelajaran
Harga RM90.00

 
 
Pada asalnya perjanjian FTA lebih menjurus kepada penjualan dan pembelian barangan antara negara-negara yang terlibat. Tetapi akhir-akhir ini versi FTA lebih melibatkan isu-isu lain seperti import dan eksport perkhidmatan, harta intelek, pergerakan tenaga mahir dan teknokrat, pengurusan kanan dan lembaga pengarah.  Dan yang terbaru ialah hubung kait di antara perdagangan barangan dengan perkhidmatan serta pelaburan.

Antara kelebihan FTA ialah apa jua barangan boleh dimport dan dieksport ke seluruh dunia. Dalam dunia globalisasi dan ledakan internet, permintaan dan penawaran barangan dan perkhidmatan yang berasaskan internet boleh dipasarkan ke seluruh dunia dengan pantas. 

Ia membuka peluang e-commerce  dan e-pembayaran yang tiada batasannya. Dengan teknoloji kejuruteraan dan bioteknoloji membolehkan pengeluaran produk ke tahap yang lebih tinggi. Di samping pengedaran produk yang meluas bagi meminimakan lambakan barang-barangan. Seterusnya pengguna akhir amat beruntung dengan mendapat produk dengan harga yang murah.

Malaysia telah menandatangani perjanjian FTA dengan Jepun, Pakistan, India,  Chile, New Zealand dan Australia secara dua hala. Manakala melalui ASEAN pula telah menandatangani dengan Australia, New Zealand, Korea Selatan, China, India dan Jepun. Malaysia sedang merundingkan FTA dengan Kesatuan Eropah dan Turki.

Bagi Malaysia, Perjanjian FTA dengan Amerika Syarikat yang ditandatangani dalam tahun 2010 lebih menonjol berbanding dengan blok negara-negara lain. Ini kerana Malaysia mengeksport banyak barangan perkilangan, perabot, komoditi dan sebagainya. Mengikut perangkaan tahun 2012, Malaysia menduduki tangga ke 18 sebagai negara sumber import bagi Amerika Syarikat dan negara ke 10 terbesar dalam dagangan dua hala Amerika Syarikat-Malaysia.  Malaysia adalah pengeksport terbesar dari kalangan negara-negara Asean dengan nilai RM12.6 billion, diekori oleh Thailand dan Vietnam.

Menurut data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdagangan AS, eksport Malaysia ke Amerika Syarikat dalam dua bulan pertama 2012 bernilai AS$4.062 bilion (RM12.6 bilion), meningkat 2.63 peratus berbanding tahun sebelumnya.

 
Syarikat Malaysia perlu meneroka bidang perniagaan yang menjanjikan pertumbuhan yang akhirnya akan membolehkan Malaysia, bergerak daripada pembekal komoditi kepada pengeksport produk berteknologi tinggi.


Dengan Perjanjian FTA Malaysia-Amerika Syarikat, ia menjadi landasan kepada syarikat-syarikat Malaysia untuk lebih mudah memasuki pasaran Amerika Syarikat berbanding negara-negara yang tidak berbuat demikian.

Walaupun FTA Malaysia-Amerika Syarikat dikatakan banyak menguntungkan Malaysia, namun terdapat beberapa kesan negatif yang secara langsung atau tidak langsung yang memberi impak terhadap kos beberapa sektor seperti :


Perubatan
Harga ubat akan naik melambung tinggi kerana lebih banyak ubat akan dipatenkan oleh syarikat AS yang akan menentukan harga ubat bagi mengaut keuntungan. Namun sehingga kini, kita masih tidak nampak kesan yang ketara atas peraturan ini.

Pertanian
Pada masa ini petani Malaysia diberikan subsidi untuk menghasilkan tanaman dan menjualnya dengan harga berpatutan. Hasil tanaman dari luar negara dikenakan tarif import untuk melindungi petani daripada kerugian.
Selepas FTA, petani akan kerugian apabila tarif tanaman luar negara akan dikurangkan. Malaysia akan dibanjiri oleh hasil tanaman AS yang amat murah berbanding dengan harga tanaman Malaysia. Namun demikian ia hanya memberi kesan yang sedikit lantaran pergantungan terutama beras yang diimport dari negara-negara ASEAN menjadi pilihan.  Walaupun Amerika Syarikat mengeksport beras dengan harga yang murah. Untuk pengetahuan, bahawa AS adalah pengeksport ketiga terbesar dunia bagi komuditi beras yang menyamai Vietnam.
Produk pertanian keluaran Amerika Syarikat yang lain lebih kepada pertanian empat musim yg tidak terdapat di Malaysia.  Jadi ia tidak membimbangkan malah memberi kebaikan kepada kita lantaran penawaran harga yang lebih murah. Ini disebabkan AS menggunakan teknologi tinggi dan memberi subsidi tinggi kepada pertanian mereka.

Perkhidmatan
AS mahukan Malaysia meliberalisasikan perkhidmatannya yang bermakna membuka sektor perkhidmatan kepada persaingan asing. AS menyasarkan syarikat telekomunikasi Malaysia, perkhidmatan kewangan, tenaga, penjagaan kesihatan, perkhidmatan pengedaran, perkhidmatan profesional seperti guaman, akauntan, jurutera dan doktor serta perkhidmatan penyiaran. 

Walaupun demikian, ia masih tidak menampakkan kesan buruk yang ketara terhadap sektor perkhidmatan negara, bahkan dari sudut pelaburan ia menjadi penyumbangkan kepada pelaburan terus asing (foreign direct investment  atau FDI).

Pekerja
Kerajaan AS mahu semua tarif Malaysia ke atas produk perkilangannya dikurangkan  yang menyebabkan barangan yang dikeluarkan oleh AS akan menjadi lebih murah dan memberi saingan sengit kepada barangan keluaran tempatan. Namun demikian, kita harus memahami, kita hanya mengurangkan tarif tetapi di pihak AS terpaksa membayar kos yang tinggi untuk pekerja-pekerja yang menghasilkan barang yang sama.

Dan jika kita dapat membuat peningkatan efisiensi terhadap kualiti dan kuantiti dengan disebabkan saingan yang hebat,  sudah tentu kita masih berada di pihak yang beruntung.  Secara tidak langsung, para pekerja Malaysia akan lebih cemerlang dengan iltizam untuk memasuki pasaran global daripada hanya memikirkan pasaran tempatan sahaja.

TPPA – Trans Pacific Partnership Agreeement atau Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik

Sebenarnya TPPA bukanlah berbentuk FTA yang baru walaupun mungkin sebahagian besar klausnya adalah kesinambungan daripada FTA sediada. Cuma ia lebih merangkumi negara-negara yang lebih luas di kedua-dua belah lautan Pasifik.

TPPA yang dirancang untuk ditandatangani pada bulan Oktober tahun ini di Brunei Darussalam adalah satu kelangsungan daripada rundingan TPP yang bermula dari tahun 2005 lagi,  walaupun ketika itu, mungkin atas nama yang lain tetapi mempunyai visi yang jelas bagi kerjasama negara-negara Asia Pasifik. Penghormatan untuk menandatangani perjanjian ini di Brunei Darussalam juga dibuat sebagai penghormatan terhadap Brunei yang menjadi salah sebuah negara pengasas kumpulan ini.

Ianya diasaskan oleh 4 buah negara-negara yang jauh terpencil antara satu sama lain kecuali Singapura dan Brunei. Dua negara anggota asal lain ialah Chile dan New Zealand.

Kecuali Chile yang mempunyai penduduk yang ramai di Amerika Selatan, tiga negara lain iaitu Singapura, Brunei dan New Zealand adalah negara berpendudukan kecil. Bagaimana negara-negara kecil kependudukan ini tetapi berjiwa besar dapat terfikir bahawa gagasan mereka ini boleh mendatangkan manfaat kepada negara mereka melalui satu perkongsian perdagangan global. Sudah tentunya mereka mempunyai visi yang jauh untuk menyemarakkan potensi rakyat, sumber kekayaan dan perkhidmatan serta kepakaran intelek untuk dikongsikan bersama.


Perlu diingat, akhirnya gagasan penubuhan TPPA ini telah menerima rakan-rakan baru seperti Malaysia, Australia, Peru, Vietnam, Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada yang berjumlah 11 buah negara.

Sebenarnya masih banyak negara yang berminat untuk menyertai rundingan TPP tersebut, malah Jepun telah mengadakan satu pungutan suara khas bagi mendapatkan mandat untuk menyertainya. Dengan kemasukan Jepun dalam forum TPPA ini yang baru saja diterima, maka jumlah keanggotaannya kini ialah 12 buah negara.

Adalah tidak benar bahawa penggubalan TPPA adalah sebuah penjajahan bentuk baru oleh Amerika Syarikat dengan kelangsungan FTA yang sedia ada, seperti yang diuar-uarkan oleh ramai pihak. Mereka sesungguhnya tidak memahami keseluruhan dimensi spectrum dan perjalanan organisasi perdagangan dunia. Janganlah melihat bahawa negara yang paling besar dan berpengaruh ialah Amerika Syarikat maka menidakkan kesebelasan negara-negara lain pula.


Apakah rakyat Malaysia masih lagi di takuk lama, masih mengimpikan beberapa kes dalam FTA dan NAFTA yang dianggotai oleh Mexico, Amerika Syarikat dan Kanada dahulu yang pernah mencetuskan fenomena negatif lalu menolak TPPA ? Malah dalam pemikiran kita masih beranggapan TPPA sama seperti FTA Malaysia-Amerika Syarikat, sedangkan yang kita rundingkan sekarang ialah perkongsian antara 12 buah negara.

Memang tidak dinafikan bahawa kempat-empat negara pengasas TPP iaitu Singapura, Brunei, New Zealand dan Chile tidak mampu untuk menggerakan momentum bagi melaksanakan gagasan yang sebesar itu, maka peranan negara-negara yang lebih besar seperti Amerika Syarikat adalah diperlukan. Untuk pengetahuan, nama asal forum ekonomi ini dinamakan sebagai Trans-Pasific Strategic Economic Partnership Agreement atau TPSEP yang bertujuan untuk meliberalisasikan ekonomi rantau Asia Pasifik.

Maka pentadbiran Barrack Obama telah memulakan inisiatif untuk mengembangkan gagasan tersebut dalam satu persidangan APEC dalam tahun 2009.  Ianya disusuli dengan mensyuarat kali pertama TPP yang diadakan pada bulan Mac 2010 di Melbourne, Australia
   
Sehingga kini mesyuarat dan rundingan TPP telahpun dijalankan sebanyak 18 kali, manakala yang ke 19 akan diadakan di Brunei Darussalam pada 23-30 Ogos nanti. Disenaraikan tarikh dan tempat mesyuarat dan rundingan yang lepas-lepas untuk rujukan. 

Ini bagi menunjukkan bahawa mesyuarat dan rundingan-rundingan telah diadakan secara sama rata di kalangan negara-negara anggota, bukanlah ianya diadakan di Amerika Syarikat sahaja. Ini bagi menempelak cakap-cakap serta perkhabaran yang tidak betul bahawa forum ekonomi ini menjadi telunjuk imperialis Amerika Syarikat. Mereka yang bercakap demikian adalah terdiri dari yang tidak suka membaca dan menganalisa sesuatu isu, lalu mengambil pendirian orang lain sebagai pendirin sendiri.

Kali pertama  : Melbourne, Australia Mac 15-19, 2010
Kali kedua :  San Francisco, California, Jun 14-18, 2010
Kali ketiga : Brunei, Oktober 4-9, 2010
Kali keempat : Auckland, New Zealand, Disember 6-10, 2010
Kali kelima : Santiago, Chile, Februari 14-18, 2011
Kali keenam : Singapore, Mac 24-April 1, 2011
Kali ketujuh : Ho Chi Minh City, Vietnam, Jun 15-24, 2011
Kali kelapan : Chicago, Illinois, September 6-15, 2011
Kali kesembilan : Lima, Peru, Oktober 22-29, 2011
Kali kesepuluh : Kuala Lumpur, Malaysia, Disember 5-9, 2011
Kali kesebelas : Melbourne, Australia, Mac 2-9, 2012
Kali keduabelas : Dallas, Texas, Mei 8 - 18, 2012
Kali ketigabelas : San Diego, California, Julai 2-10, 2012
Kali keempatbelas : Leesburg, Virginia, September 6-15, 2012
Kali kelimabelas : Auckland, New Zealand, Disember 3-12, 2012
Kali keenambelas : Singapore, Mac 4-13, 2013
Kali ketujuhbelas : Lima, Peru, Mei15-24, 2013
Kali kelapasbelas :  Kota Kinabalu, Malaysia, Julai 15-24, 2013
Kali kesembilanbelas : Brunei, 23-30, Ogos, 2013

Australia :  2 kali
Amerika Syarikat : 5 kali
Brunei : 2 kali ( +1 kali lagi semasa menandatangan perjanjian TPP pada Oktober nanti)
New Zealand : 2 kali
Chile : 1 kali
Vietnam : 1 kali
Singapura : 2 kali
Peru : 2 kali
Malaysia : 2 kali 

Dalam 5 kali perundingan terakhir dijalankan di luar Amerika syarikat iaitu di New Zealand, Singapura, Peru, Malaysia dan Brunei. Ini memperlihatkan bahawa negara-negara kecil sekalipun memainkan peranan yang besar dalam merundingkan TPP

Ianya tidak sama dengan perundingan FTA Amerika Syarikat-Malaysia yang samada di jalankan di Malaysia atau Amerika Syarikat sahaja. Di mana dalam perundingan seperti ini, kita tidak mempunyai suara lain untuk menyokong permintaan kita. Namun dalam perundingan TPP, suara-suara dari 12 negara lain telah disatukan. Apakah ini tidak cukup untuk mengatakan ia sesungguhnya satu perkongsian idea bagi kemakmuran ekonomi serta perdagangan di rantau Asia Pasifik ?  

Tidak dinafikan, seperti perjanjian FTA yang lain, kita juga mempunyai alasan untuk menzahirkan keperihatinan terhadap masa depan rakyat dan negara. Namun sudah tentu pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang mewakili Malaysia dalam rundingan ini telah mengambilkira pelbagai faktor yang membabitkan hak-hak seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan negeri-negeri serta keperluan untuk melindungi kelompok-kelompok tertentu.

Begitu juga kita masih mengamalkan sikap dasar perlindungan terhadap beberapa skop industri, sesetengah perkhidmatan dan keperluan untuk melindungan GLC sebagai satu entiti kerajaan dalam pemerolehan negara dan mensejahterakan rakyat.  Di samping itu memberi penekanan bahawa kerajaan akan sentiasa memberi perlindungan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terutamanya dari kalangan Bumiputra.

Difahamkan pihak MITI  kini sedang bertungkus-lumus untuk mencari formula dan penyesuaian yang bukan sahaja diterima oleh rakyat tempatan tetapi juga di peringkat antarabangsa. Namun kita harus memahami dalam perundingan antarabangsa yang mana setiap negara juga mempunyai kepentingan yang tidak sama, maka satu penyelesaian dan tolak-ansur serta kompromi harus diterima. Kita tidak seharusnya terus-menerus menegakkan pendirian masing-masing yang akhirnya tiada sebarang persetujuan. Inilah yang sering terjadi pada setiap kali perundingan WTO menemui jalan buntu.

Oleh itu, kita harus memahami bahawa jika kita tidak menyertainya, maka kita telah terkebelakang dan apabila menyedari nanti, orang-orang lain sudahpun merebut peluang ini. Kita kena bye bye saja !

Secara keseluruhannya, TPP sebagai sebuah perjanjian yang mencakupi pelbagai isu seperti perdagangan barang, perdagangan perkhidmatan, alam sekitar serta kelastarian sejagat, harta intelek, pelaburan dan bantuan teknikal.

Negara-negara yang menyertai rundingan TPP diberi kebebasan untuk menyenaraikan peraturan dan polisi yang tidak boleh dipatuhi sebagai sebahagian daripada perjanjian. Ini adalah satu bentuk pengecualian yang mana setiap negara mempunyai hak-hak tertentu seperti yang termaktub dalam perlembagaan. Ia adalah satu pengiktirafan yang memberi jaminan bahawa kelangsungan setiap polisi yang terkecuali itu dapat diteruskan dalam negara masing-masing.

Maka apakah kelebihannya jika kita turut menandatangai perjanjian ini yang bakal diadakan di Brunei Darussalam pada bulan Oktober nanti? Dikhabarkan bahawa Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama dijangka akan menghadiri majlis yang bersejarah ini.



Sejak beberapa bulan ini, banyak laporan dan persepsi negatif yang dilontarkan oleh segelintir blogger dan NGO yang keterlaluan, seolah-olah bahawa TPPA akan menjadi medan untuk menjual negara dan sebagai penghambaan kepada negara-negara maju.  

Namun demikian, mereka tidak nampak dari segi positif di mana kita akan meraih manfaat lebih-lebih lagi golongan usahawan Melayu dan Bumiputra untuk pergi jauh ke peringkat global dengan jumlah pasaran yang tidak terhad dalam pemasaran produk-produk berbentuk barangan ataupun perkhidmatan dari pelbagai bidang.

Kita harus memahami dalam kerangka perjanjian besar yang menyerupai WTO, negara-negara yang menyertai TPP adalah terdiri daripada negara-negara Selatan, yakni negara-negara sedang membangun, negara-negara yang hampir mencapai taraf negara maju dan juga blok negara-negara maju. Maka jurang antaranya juga adalah besar. Sebagai negara kecil yang dari blok negara-negara Selatan sekalipun tidak rela diperkotak-katikkan, dan begitu juga negara-negara maju juga tidak akan sewenang-wenangnya memperkecilkan negara-negara yang baru membangun.

Mereka akan memperluaskan konsep perkongsian menang-menang di mana pihak-pihak yang terlibat akan diajak berunding dalam suasana yang menguntungkan bersama. Sebab itulah ia juga dinamakan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik.  Ia juga menepati cara Malaysia melancarkan konsep perkongsian pintar Langkawi yang dipelopori oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad di kalangan negara-negara Selatan dahulu.

Seperti dalam perjanjian WTO malah AFTA sekalipun yang dilakukan dalam kalangan negara-negara ASEAN, banyak kelonggaran dan pelanjutan tempuh waktu matang bagi pelaksaan sesuatu ketetapan terutamanya dari segi tariff. Ianya bertujuan sehingga satu tahap sesebuah negara itu mampu untuk bersaing dan membuka pasaran dari negara-negara yang menyertainya. 

Dalam masa yang sama, ia menjadi pemangkin kepada negara-negara ini untuk terus berusaha dengan cepat, dan jika dia gagal maka sudah tentu menggugat survivalnya. Jadi apakah ini kita jadikan alasan untuk tidak menerima TPPA ?

Antara isu-isu yang dirundingkan ialah mengenai hakcipta yang perlu diselesaikan. Malah ia juga menjadi isu bagi negara-negara lain. Jika negara-negara lain sanggup juga berkompromi, apakah kita ini terlalu banyak harta intelek yang boleh dieksport berbanding harta intelek yang akan masuk ke sini di mana akan dimanfaatkan oleh kita. 

Jika dahulunya kita memikirkan dalam masa 50 tahun nilai harta intelek itu mencapai satu target yang diingini dalam pasaran konvensional, tetapi dengan pasaran yang begitu luas dalam TPP, mungkin ia hanya memerlukan 20-30 tahun atau kurang daripadanya untuk mencapai tahap itu. Maka apakah tempuh selebihnya itu tidak dianggap sebagai satu bonus ? 

Dengan termeterainya TPPA nanti, kita juga dapat memperkembangan industri yang berasaskan pengetahuan pakar dan harta intelek. Inovasi dalam sains dan teknoloji seperti perisian komputer, penulisan buku-buku dan segala aktiviti-aktiviti berkaitan dapat disalurkan dengan lebih mudah dan pantas serta dalam kuantiti yang banyak. Akhirnya kita akan memperolehi keuntungan yang besar sementelah dunia disambungkan dengan kecanggihan teknologi internet.

Itu hanya sebahagian kecil daripada manfaat yang diperolehi daripada 29 bidang yang dibincangkan dalam TPPA. Selain daripada strategi ekonomi, ianya juga meliputi bidang kesihatan umum, alam sekitar dan sistem kehakiman. Kelima-lima bidang ini dilabelkan sebagai perjanjian perdagangan. 


Merujuk kepada sumber-sumber kerajaan, Perjanjian TPPA ini berkemungkinan besar akan ditandatangani oleh Malaysia tetapi tidak terburu-buru dengan  batas waktu tersebut lantaran masih banyak perkara yang perlu ditangani terlebih dahulu.  

Di sebaliknya juga, kerajaan  memandang pembukaan pasaran yang begitu luas untuk beberapa industri terutamanya sektor automotif yang dipelopori oleh negara seperti Proton dan Perodua. Dengan pasaran tersebut, jumlah kuantiti yang dapat dieksport boleh memberi impak bagi industri permotoran dalam skala yang lebih besar. Secara tidak langsung ia akan menurunkan harga unit pengeluaran kereta-kereta Proton dan Perodua disebabkan kos pengeluaran semakin rendah. Cara yang sama telah dilakukan oleh Jepun dan Korea Selatan.


Ditulis oleh : Hisemudin Kasim

19.08.2013



Perhatian ! Anda boleh SHARE artikel ini kepada rakan-rakan Facebook anda. Klik Send


Komen anda dalam Facebook atau Blog haruslah kemas dan bernas serta bertanggungjawab. Ulasan yang tidak menepati isu atau yang bersifat tidak sopan akan dipadamkan.





------------------------------ Nota selepas Catatan blog utama di siarkan ---------------------------------



Nota 1 :  22.08.2013 - petikan dari Utusan Malaysia

Peluang bersaing di peringkat global


Para perwakilan daripada 12 negara iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat dan Vietnam yang menghadiri Rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) ketika mengadakan sidang media bersama di Sabah baru-baru ini. Malaysia diwakili oleh Pengarah Kanan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri J. Jayasiri (lima dari kanan).- BERNAMA

PERJANJIAN Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) menjadi topik paling hangat diperkatakan ketika ini. Kritikan demi kritikan dilontarkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan di negara kita. Ramai yang bimbang Malaysia akan terperangkap dengan jerat yang dipasang oleh Amerika Syarikat (AS).

TPP adalah satu instrumen perjanjian perniagaan tempias daripada fahaman globalisasi. Sememangnya setiap yang buruk pastinya ada baiknya.

Persoalan-persoalan mengenai sejauh manakah hak Bumiputera dapat dipertahankan jika kerajaan menandatangani TPP adalah perkara pokok yang sering diketengahkan oleh pihak-pihak yang kurang bersetuju dengan TPP. Begitu juga sama ada TPP akan melenyapkan sama sekali industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan yang telah banyak memberi sumbangan besar terhadap ekonomi domestik negara?

Kedua-dua persoalan ini sering menjadi kebimbangan dalam kalangan pengkritik TPP. Sebagai ahli akademik, penulis juga berkongsi kebimbangan tersebut.

Namun, apabila kerajaan bersungguh-sungguh mengatakan bahawa hak Bumiputera tetap dipertahankan di samping IKS tempatan diutamakan, ia menggambarkan bahawa kerajaan tidak meminggirkan hak rakyat Malaysia.
Walaubagaimanapun untuk memastikan kedua-dua isu ini tidak berpanjangan, kerajaan perlu untuk menerangkan kepada rakyat secara jelas terutamanya kepada kaum Bumiputera dan pemain IKS. Selama ini ramai rakyat yang tidak dapat gambaran sebenar apakah itu TPP dan kesannya kepada rakyat. Apabila ini tidak difahami oleh rakyat, maka timbullah pelbagai cerita negatif mengenai TPP.

Lagi pun sepengetahuan penulis, setakat mesyuarat terkini yang diperbincangkan di kalangan ahli-ahli peserta TPP, isu-isu sensitif sebegini belum lagi diperincikan. Dengan kata lain, kerajaan masih mempunyai masa untuk membuat keputusan sama ada benar-benar ingin menyertai TPP atau tidak selagi isu-isu sensitif ini tidak dimuktamadkan. Dalam konteks ini, kerajaan tentu sekali akan berhati-hati dan berwaspada sebelum bersetuju menandatangani TPP.
Mustahil kerajaan akan memberi keputusan yang tidak menguntungkan rakyat selepas rakyat sendiri memberi pelbagai pandangan dan pendapat mengenai TPP. Jika TPP benar-benar dapat memberi manfaat besar kepada rakyat, negara kita sewajarnya menandatangani TPP, namun, jika sebaliknya, pastinya kerajaan tidak akan meneruskan perjanjian tersebut. Apa yang penting, kepentingan dan kebajikan rakyat diutamakan.

Penulis berpendapat kerajaan perlu juga melakukan satu kajian lengkap untuk melihat apakah ekonomi kita akan lebih baik selepas TPP dilaksanakan dengan mengambil kira semua faktor yang berkaitan dengan rakyat. Kajian ini juga sebaik-baiknya dibentangkan kepada rakyat. Platform terbaik untuk dibentangkan adalah ketika pembentangan Bajet 2014 kelak.

Antara kebaikan yang diuar-uarkan ialah TPP pada asasnya memberi ruang kepada barangan dan perkhidmatan dieksport dengan lebih luas lagi. Pasaran ekonomi negara kita terlalu kecil berbanding negara lain. Dianggarkan penduduk Malaysia hanya sekitar 30 juta orang. Dengan adanya TPP, pasaran ekonomi kita akan lebih luas.
Barangan dan perkhidmatan negara kita tidak boleh berada dalam kitaran negara sahaja. Ia perlu "dijual" merentasi negara-negara lain. Sememangnya ekonomi domestik banyak membantu negara pada masa kini, namun pada suatu hari nanti, perniagaan kecil ini juga akan semakin menjadi perniagaan besar.

Tatkala itulah, perniagaan ini perlu mencari pasaran baru. Terlalu bergantung pada pasaran domestik akan membuatkan kita terpaksa bersaing sesama sendiri dalam pasaran yang kecil. Apabila ini berlaku, ada perniagaan yang tidak mampu memasarkan barangan mereka dengan jumlah yang banyak di pasaran tempatan.
Implikasinya, jualan oleh perniagaan tersebut kekal sama dan statik, keuntungan pula tidak mustahil semakin menurun akibat kos operasi semakin meningkat hari demi hari. Maka, jika ini berkekalan, banyak perniagaan kecil terpaksa bersaing dengan syarikat-syarikat besar seperti GLC dan akhirnya merugikan mereka. Dengan adanya TPP, syarikat-syarikat kecil mempunyai pasaran baru dan begitu juga bagi GLC. Saingan di Malaysia tidaklah begitu ketara di antara syarikat-syarikat tempatan.

Mungkin ada yang berpendapat kita terpaksa bersaing dengan syarikat-syarikat asing yang lebih besar dan akan kalah dengan mereka. Bagi penulis, selagi kerajaan boleh memberi jaminan hak Bumiputera dan IKS tetap dipertahankan, persaingan sihat di antara syarikat tempatan dan asing akan menghasilkan produk dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi. Tidak mustahil harga produk dan perkhidmatan akan semakin menurun dengan persaingan yang kompetitif.

Tatkala ini banyak produk dan perkhidmatan kita terlalu dimonopoli sesuatu pihak sehingga menekan pengguna dengan harga yang tinggi. Jaminan kerajaan bahawa harga produk seperti ubat-ubatan tidak naik jika TPP dilaksanakan juga memberi implikasi positif kepada pengguna untuk memilih produk dan perkhidmatan terbaik pada harga yang sama dan tidak mustahil lebih murah selepas TPP dilaksanakan.

TPP juga memberi ruang kepada rakyat kita untuk berkhidmat di luar negara. Itu adalah intipati utama TPP. Penulis mengambil contoh, dalam bidang perakaunan, akauntan Malaysia dibenarkan memberi perkhidmatan di negara-negara yang terikat dengan TPP. Begitu juga dengan akauntan-akauntan di negara berkenaan dibenarkan memberi perkhidmatan di Malaysia.

Pokok pangkalnya jika akauntan Malaysia berdaya saing dan diiktiraf kepakaran mereka, maka mereka mampu memberi perkhidmatan kepada negara-negara TPP. Selama ini banyak diskriminasi dilakukan terhadap pekerja kita yang ingin menawarkan perkhidmatan kepada negara lain.

Sebaliknya, kita sudah lama menawarkan peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat asing. Sebagai contoh, dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) pun terdapat warga asing yang bekerja dengan kita. Penulis difahamkan mereka ini dibayar dengan gaji yang tinggi. Kita telah lama memberi peluang pekerjaan kepada warga asing, namun, adakah rakyat Malaysia diberi peluang yang sama untuk memberi perkhidmatan di negara-negara asing.

Justeru, sudah sampai masanya kita diberi peluang seadil-adilnya untuk menjual kepakaran kita. Apa yang penting, kita perlu menyiapkan diri untuk bersaing di peringkat antarabangsa. Bersediakah kita?



Nota 2 : 23.08.2013 - Petikan dari Utusan Malaysia




Kerajaan mungkin tidak meterai TPPA pada Oktober ini - Hamim

SUBANG JAYA 22 Ogos - Kerajaan berkemungkinan tidak memeterai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) pada Oktober ini ekoran perjanjian itu memerlukan rundingan secara terperinci dan persetujuan pelbagai pihak.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Ir. Hamim Samuri berkata, ini kerana masih terdapat perkara-perkara yang memerlukan pertimbangan dan penelitian lanjut.

"Sangat sukar untuk mengatakan perjanjian itu akan ditandatangani pada Oktober ini. Saya rasa bukan sahaja Malaysia tetapi juga negara-negara lain ekoran isu ini adalah sangat teknikal dan melibatkan pendapat negara lain juga.

"Jadi, perjanjian ini perlu dibincang dengan lebih lanjut. Saya ingin menegaskan bahawa TPPA masih belum ditandatangani kerana ia dalam tahap perbincangan. Oleh itu, orang ramai diminta jangan membuat sebarang spekulasi berkenaan isu ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam Forum Kaedah Terbaik Pusat Khidmat Sehenti Global (OSS) anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) di sini hari ini.

Kira-kira 300 peserta terdiri daripada usahawan, persatuan perniagaan dan wakil agensi kerajaan menyertai forum tersebut.

Ia diadakan bagi berkongsi pendekatan yang digunakan oleh negara dalam membangunkan pusat khidmat sehenti dan meneroka peluang untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam di negara ini.

Dalam pada itu, Hamim berkata, pihaknya akan terus bekerjasama dengan melibatkan orang ramai dalam perkara ini ekoran negara lain juga mungkin menghadapi situasi yang sama.

"Kita perlu mempunyai penglibatan awam secara berterusan kerana terdapat banyak persepsi berbeza dalam isu ini," jelasnya.

Tambah beliau, rundingan akan diteruskan selepas Sidang Kemuncak Ke-19 di Brunei ekoran pihaknya mendapati terdapat perbezaan pandangan antara kementerian dan orang awam berhubung perjanjian tersebut.



Nota 3 : 27.08.2013 - Petikan dari Utusan Malaysia

Malaysia tidak perlu TPPA

KUALA LUMPUR 26 Ogos - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad meminta kerajaan mempertimbangkan untuk tidak menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).
Menurut beliau, perjanjian itu akan membawa kepada ‘penjajahan baru’ oleh negara kuasa besar memandangkan terma yang dikenakan memberi lebih banyak kerugian kepada Malaysia berbanding keuntungan.

“Saya sudah lihat sebahagian daripada draf kandungan perjanjian itu, namun banyak perkara perlu diteliti terutamanya maksud sebenar di sebalik ‘huruf-huruf kecil’.

“Kerajaan perlu mengkaji dengan teliti tentang untung rugi perjanjian ini dan jangan sembunyikan kerana kesannya akan dirasai semua rakyat Malaysia," katanya dalam sidang akhbar selepas menyampaikan ucap utama Persidangan Meja Bulat TPPA anjuran Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) di sini hari ini.
Yang turut hadir Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ir. Hamim Samuri; Pengerusi MTEM, Datuk Syed Ali Mohamed Alattas; Ketua Pegawai Eksekutif MTEM, Mohd. Nizam Mahshar dan Ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah MTEM.

Dalam persidangan yang diadakan itu, Pengarah Eksekutif South Centre yang berpangkalan di Switzerland, Martin Khor serta pensyarah dari Universiti Auckland, Prof. Jane Kelsey turut membentangkan kertas kerja masing-masing.

Sementara itu dalam ucapannya, Dr. Mahathir memberitahu, daripada segi sejarah, negara kuasa besar akan sentiasa cuba meluaskan pengaruhnya sebagaimana dilakukan dalam Perjanjian Am Tarif dan Perdagangan (GATT), Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

“Negara-negara bekas penjajah tidak dapat lagi mengakses kekayaan dari wilayah yang pernah ditakluk mereka. Sejak itu, pelbagai usaha dilakukan sama ada secara langsung atau tidak langsung, sama ada secara ketenteraan ataupun ekonomi," katanya.

Jelasnya, Amerika Syarikat (AS) menjanjikan pasaran luas negara itu akan terbuka kepada Malaysia, namun pelbagai syarat ketat akan dikenakan dan syarikat dari Malaysia belum mencapai tahap kemajuan teknologi ataupun kekuatan modal untuk bersaing dalam pasaran besar tersebut.

“Kita juga melihat banyak dalam perjanjian perdagangan bebas AS mahu syarikat mereka diberi status nasional serta berhak mendapat kontrak kerajaan sebagaimana syarikat tempatan.

“Andai kata perkara ini tidak dipatuhi, maka mengikut perjanjian, syarikat asing itu boleh menyaman kerajaan di tribunal negara asing kerana tidak mematuhi perjanjian," katanya yang memberitahu syarat keistimewaan itu bukan hanya menjejaskan syarikat bumiputera tetapi syarikat Malaysia yang lain.

Menurutnya, seandainya perjanjian itu dimeterai, banyak polisi kerajaan yang melindungi kepentingan negara tidak dapat dilaksanakan termasuk kawalan ringgit yang pernah menyelamatkan ekonomi Malaysia serta Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang menyusun struktur sosioekonomi masyarakat.
Katanya, buat ketika ini tanpa TPPA sekalipun, Malaysia sudah mempunyai perjanjian perdagangan dengan negara-negara terlibat, di samping menjadi sebuah negara membangun yang berjaya mencatatkan nilai dagangan sebanyak RM1 trilion.

Menurut Dr. Mahathir, Malaysia tidak perlu terperangkap dalam perjanjian dan terlibat dalam politik antarabangsa kerana TPPA merupakan agenda AS untuk menyekat perkembangan ekonomi China terutamanya di rantau Asia Pasifik.




Nota 4 : 28.08.2013 -Petikan Dari Utusan Malaysia

MITI kaji kos faedah TPPA


KUALA LUMPUR 27 Ogos - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan memulakan dua lagi kajian kos faedah sebagai input yang menilai kepentingan negara dan rakyat dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kajian kos faedah itu adalah analisis kepentingan negara dan kepentingan bumiputera serta industri kecil dan sederhana (IKS) yang akan disiapkan dalam tempoh dua atau tiga bulan lagi.

Beliau menegaskan, walaupun dikritik oleh pelbagai pihak berhubung dengan TPPA, tetapi kerajaan bersikap terbuka dan bersedia mempertimbangkan segala input yang diberikan.

"Dua kajian itu akan disiapkan dalam tempoh dua atau tiga bulan lagi dan hasilnya akan didedahkan kepada umum. Kita bersifat telus dalam perkara (TPPA) ini,'' katanya pada sidang akhbar di Majlis Rumah Terbuka MITI di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalannya, Datuk Ir. Hamim Samuri dan Ketua Setiausaha MITI, Datuk Dr. Rebecca Fatima Sta Maria.

Mengulas mengenai kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam, Mustapa menegaskan bahawa pendirian kerajaan adalah selari dengan kepentingan negara.

"Buat masa ini kita (kerajaan) akan meneruskan perbincangan terhadap TPPA dan kita akan mengambil kira pandangan Tun (Dr. Mahathir) dan juga pihak-pihak lain,'' jelas beliau.

Semalam, Dr. Mahathir dalam satu Persidangan Meja Bulat TPPA anjuran Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) telah meminta kerajaan mempertimbangkan untuk tidak menandatangani TPPA.
Ini kerana, beliau menyifatkan perjanjian itu akan membawa kepada penjajahan baharu oleh negara kuasa besar kerana terma yang dikenakan memberi lebih banyak kerugian kepada Malaysia berbanding keuntungan.


Nota 5 : 07.10.2013 - Petikan dari Utusan Malaysia

Najib sahkan TPPA ke Parlimen



PRESIDEN Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono menyambut ketibaan Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor pada majlis Santapan Malam sempena Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2013 di Nusa Dua, Bali, Indonesia, semalam. Turut hadir isteri Presiden Indonesia itu, Ibu Ani Yudhoyono (kanan). - BERNAMA

NUSA DUA (BALI) 7 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan komitmen kerajaan untuk mendapatkan mandat Parlimen terlebih dahulu sebelum memuktamadkan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Perdana Menteri juga mengulangi bahawa tiada tekanan untuk Malaysia menandatangani perjanjian itu pada hujung tahun ini memandangkan terdapat beberapa perkara yang memerlukan lebih penelitian khususnya yang menyentuh soal hak-hak kedaulatan negara.

“Proses rundingan adalah satu hal lain. Pada masa sama, kita (Malaysia) sudah komited untuk membawa TPPA ke Parlimen.

“Kita perlu memahaminya terlebih dahulu. Sesudah itu barulah mudah untuk kerajaan membuat pertimbangan (sama ada untuk menandatangani perjanjian TPPA atau sebaliknya)," katanya pada sesi dialog ke-10 bertemakan Melabur Untuk Ekonomi Berdaya Tahan yang diadakan sempena Sidang Kemuncak Ketua-ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2013 di sini.

Najib dan Presiden Mexico, Enrique Pena Nieto menjadi ahli panel pada sesi dialog itu yang dikendalikan oleh Editor Kanan Bloomberg Businessweek, Diane Brady.

Menjawab soalan Brady berhubung tempoh yang tinggal hanya dua bulan sebelum akhir tahun untuk 12 negara yang menyertai rundingan TPPA menandatangani perjanjian itu, kedua-dua pemimpin menegaskan tidak ada had masa yang ditetapkan untuk memuktamadkannya.

“Apabila melihat lebih mendalam dalam bidang harta intelek, penyelesaian pertikaian pelaburan negara, pemerolehan kerajaan, perusahaan milik negara, alam sekitar dan buruh, inilah yang rumitnya. Kerana itu kami meminta supaya diberi fleksibiliti.

“Kunci utamanya adalah fleksibiliti. Saya bersetuju dengan Presiden Mexico bahawa tidak patut ada had masa tertentu untuk memuktamadkan perjanjian," tegas Najib.

Pena Nieto bagaimanapun berkata, menjadi harapan negara anggota termasuk Mexico untuk mencapai persetujuan dan kesepakatan dalam perkara-perkara yang dirundingkan di bawah perjanjian itu.

TPPA menjadi isu yang cukup kontroversi sejak idea pembentukannya yang ketika itu dikenali sebagai Perjanjian Perkongsian Strategik Ekonomi Trans-Pasifik atau P4 bermatlamat meliberalisasi ekonomi rantau Asia Pasifik digerakkan oleh Brunei, Chile, New Zealand dan Singapura pada 2005.

Sejak 2010, rundingan tersebut diperluaskan menjadi perjanjian perdagangan bebas meliputi beberapa negara lain yang sehingga kini berjumlah 12 anggota.

Negara lain yang turut menyertai rundingan TPPA selain Malaysia dan Mexico ialah Australia, Kanada, Jepun, Peru, Vietnam dan Amerika Syarikat.

Esok, Najib akan menghadiri mesyuarat TPPA yang diadakan di luar Sidang Kemuncak APEC 2013 di sini.
Mesyuarat itu akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri New Zealand, John Key. - UTUSAN