Penulis Blog ini, Hisemudin Kasim juga merupakan Pengarang Bahasa Mandarin. Menerbitkan DVD Asas Belajar Bahasa Mandarin

Klik sini http://www.ebookmandarin.com/ untuk mendapatkan keterangan lanjut
”smile”/
Terdapat 8 keping DVD
Dengan 80 bab pelajaran
Harga RM90.00

Monday, July 1, 2013

Pendedahan Bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kala : Anwar dapat dana asing lancar Blackout 505

Tulisan saya kali ini lebih menyorot kepada sumber berita dari Berita Harian bertarikh 28hb Jun 2013 yang dikatakan bersumberkan pula dari portal berita Merdeka Online dari Indonesia. Tajuk dalam Berita Harian ialah Anwar dapat dana asing lancar Blackout 505.  

Namun demikian setelah dijejaki sumber asalnya, ianya telahpun dipadamkan dan terdapat pula kenyataan kekesalan daripada penulis asal tentang cara Berita Harian memaparkannya dalam surat-khabar tersebut. 

Bagaimanapun itu adalah kisah antara Berita Harian dan Merdeka Online dan tentang bagaimana mereka menyelesaikannya bukanlah menjadi persoalan kita. Apa yang penting bukanlah pendedahan itu terlalu esklusif kerana berita tentang dana yang diperolehi oleh Anwar Ibrahim memang telah tersebar luas.

Namun apabila ianya disebut oleh Bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kala maka ia bolehlah dijadikan sebagai pandangan ketiga yang boleh dipercayai. Sementelah beliau begitu akrab dengan Anwar Ibrahim. Sebab itulah nilai berita yang disampaikan oleh Merdeka Online mempunyai nilai kepercayaan yang lebih tinggi.

Merujuk kepada rencana yang dipaparkan dalam Berita Harian, bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat dana besar pihak asing, terutamanya dari Turki, Amerika Syarikat dan Filipina untuk aktiviti perhimpunan Blackout 505 yang disifatkannya hanya menguntungkan musuh Islam dan orang-orang Melayu.

Keegoan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan imiginasinya yang keterlaluan untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia walaupun telah tewas dalam PRU 13 menjadinya sesuatu yang tidak lojik dan memualkan pada pandangan Jusuf Kala.

Klik pada gambar untuk membesarkan imej.

Sementelah kita juga telahpun dihebahkan dengan satu perjanjian yang diatur oleh Jusuf Kala sebelum PRU 13 dahulu yang menemukan Datuk Seri Najib Tun Razak di satu pihak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim di satu pihak yang lain. Di mana mengikut perjanjian tersebut mana-mana pihak yang kalah dalam PRU 13 haruslah akur dengan keputusan rakyat dan mengucapkan “Selamat Berjaya” kepada yang menang seperti yang diamalkan di pentas politik antarabangsa.

Diberitahu bahawa perjanjian tersebut telah
ditandatangani oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi di pihak Datuk Seri Najib Tun Razak hanya memberikan komitmen lisan sahaja. Namun pada pandangan Jusuf Kala, bahawa ianya adalah mencukupi bahawa ia adalah perjanjian gentlement.

Kerana mengikut lunas-lunas perjanjian, satu-satu kesepatakan yang dinamakan perjanjian adalah sah jika sekalipun tidak menurunkan tandatangan, apatah lagi ianya disaksikan oleh Jusuf Kala yang mempunyai status yang tinggi serta merupakan kenalan rapat antara Najib dan Anwar.

Sesungguhnya perjanjian tersebut adalah atas desakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri yang berasakan dirinya mendapat sokongan padu rakyat serta dari parti-parti yang bersamanya dalam Pakatan Rakyat.  Sebagai jalan selamat untuk dirinya menduduki kerusi Perdana Mentari sekiranya Pakatan Rakyat memenangi PRU 13 dan tidak menghadapi apa-apa karenah maka ia perlukan pihak ketiga untuk menjadi saksi. Oleh itu maka Jusuf Kala dijemput untuk mengaturkan perjanjian tersebut.

Mengikut Jusuf Kala bahawa peranannya mengaturkan perjanjian tersebut bukanlah untuk mencampuri urusan dalaman politik Malaysia tetapi sebagai pemudah cara, sementelah ianya mendapat persetujuan dari kedua-dua pihak Anwar dan Najib.

Apa yang agak memualkan pada pandangan Jusuf Kala ialah apabila Pakatan Rakyat yang telah kalah dalam PRU 13 tetapi Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memungkiri janjinya untuk mengiktiraf pihak yang menang. Bukan sahaja tidak mengaku telah tewas tetapi mengaitkan pula dengan isu undi popular yang dimenangi oleh parti-parti DAP, PKR dan Pas.

Sedangkan ketiga-tiga parti tersebut bertanding atas kapasiti parti masing-masing dan bukannya melambangkan kesatuan parti, cuma mereka berada di pihak pembangkang. Parti Barisan Nasional pula yang dianggotai oleh 14 buah parti-parti telah digabungkan dengan ikatan perundangan serta menggunakan satu lambang dan platform iaitu lambang BN.

Dari segi perundangan bahawa yang mempunyai undi popular ialah BN kerana ia adalah kesatuan parti-parti yang digabungkan. Manakala undi-undi yang diperolehi oleh parti-parti PKR, DAP dan Pas dikira mengikut parti masing-masing.  Dalam keputusan PRU 13, didapati DAP menduduki tangga kedua selepas BN. 

Jadi di manakah rasionalnya parti-parti tersebut mengakui bahawa Pakatan Rakyat memenangi undi popular sedangkan Pakatan Rakyat tidak bertanding dalam PRU 13, tetapi yang bertanding ialah parti-parti DAP, PKR dan Pas secara individu. Fakta ini janganlah diselewengkan mengikut tafsiran sendiri tanpa berpaksikan kepada undang-undang.

Manipulasi yang berlebihan telah merasuk ke pemikiran orang ramai yang tidak berapa memahami suasana dan cara pemilihan kerajaan di Malaysia walaupun kita telah melakukan 13 kali pilihanraya. Maka lahirlah idea untuk menipu rakyat bahawa undi popular yang diperolehi oleh oleh gabungan ketiga-tiga parti DAP, PKR dan Pas sebagai indikator bahawa mereka telah memenangi PRU 13.

Sesungguhnya ia adalah cara untuk menaikkan sentimen rakyat agar tidak memberikan sokongan dan mengiktiraf bahawa BN yang telah memenangi PRU 13. Cara ini juga untuk mangabui rakyat sebagai benteng hadapan bagi tidak memperakui perjanjian antara  Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Datuk Seri Najib Tun Razak. Secara tidak langsung cuba untuk mengelakkan bahawa beliau adalah seorang orang tidak amanah dan tidak menepati janji. 

Di sebalik simbolik ini juga Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba memainkan taktik bahawa beliau masih diperakui dalam Pakatan Rakyat dan layak mengetuai sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen walaupun partinya, PKR tidak setanding dengan DAP dalam pungutan kerusi parlimen.  Tetapi masih ingin menjadi jaguh dan bercita-cita menjadi Perdana Menteri sedangkan partinya kian merosot dari segi jumlah undi majoriti serta pungutan kerusi parlimen maupun DUN. Inilah yang dikatakan oleh Jusuf Kala sebagai imiginasi melampau Anwar yang tidak berjejak di bumi nyata.

Lantas Datuk Seri Anwar Ibrahim melabelkan bahawa PRU 13 dipenuhi dengan penipuan dan tidak telus. Rasa terkilannya tidak tercapai cita-cita menduduki kerusi empuk Perdana Menteri dan menguasai Putrajaya telah menyebabkan  beliau mengajak rakyat turun ke jalanraya bagi membantah keputusan PRU 13. Maka berlaku episod apa yang dinamakan sebagai Blackout 505.

Maka diheret SPR yang dikatakan tidak telus dan menyebelahi kerajaan dalam pengendalian pilihanraya sedangkan terdapat beberapa pemerhati asing dan tempatan yang memperakui bahawa ianya dijalankan secara telus. Malah keputusan itu juga diiktiraf oleh banyak ketua-ketua kerajaan luar negara termasuk Obama yang mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri.

Cara untuk meracuni pemikiran rakyat ialah dengan mencipta satu fenomena bahawa berpuluh ribu rakyat Bangladesh diterbangkan ke Malaysia untuk mengundi yang dikatakan sebagai pengundi hantu. Ia seolah-olah memperbodohkan rakyat dan cara pengendalian pilihanraya yang bersih sebagai pilihanraya hutan rimba.  

Manakan mungkin untuk rakyat Bangladesh yang pertama kali datang ke Malaysia dengan tujuan mengundi memperolehi Kad Pengenalan dan beratur bersama rakyat Malaysia.  Dari segi percakapan dan iras rupa juga telah membezakannya. Apakah begitu ramai rakyat Bangladesh sempat ditempatkan ke tempat-tempat mengundi sedangkan SPR telah sedia dengan sistem tapisan yang cukup lengkap.

Namun stigma bahawa memang ujud pengundi hantu dari Bangladesh telah meracuni pemikiran segelintir rakyat yang begitu taksub dengan dakyah tersebut lalu mendahului tatacara hari pengundian lalu menidakkan mereka yang mempunyai iras atau sememangnya rakyat Malaysia yang berturunan Bangadesh atau berbeturunan India.

Namun setelah tamat hari petisyen bagi PRU 13, tidak satupun ada yang mengaitkan petisyen pengundi hantu dari Bangladesh. Begitu hebat sekali serangan dari media sosial dari Pakatan Rakyat khususnya oleh Red Bean Army bagi mengekploitasi keadaan seolah-olah ianya benar-benar berlaku. 

Maka peranan dan biaya terhadap sekumpulan Red Bean Army ini adakah seperti yang dinyatakan oleh Jusuf Kala bahawa Anwar memperolehi dari dana-dana asing yang mungkin disalurkan ke kepada kumpulan ini. Jika ia benar apakah Red Bean Army juga menjadi ajen pihak asing yang boleh melumpuhkan pertahanan negara dan memporak-perandakan masyarakat kita ?

Jusuf Kala juga menyatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyalahkan dakwat yang digunakan sebenarnya tidak kekal. Namun semasa pertemuan mereka selepas saja PRU 13 menampakkan kesan dakwat kekal masih terdapat di jari Datuk Seri Anwar Ibrahim. Maka Jusuf Kala telah menempelak Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai berbohong.

Baru-baru ini, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim telah menyatakan di Parlimen bahawa dakwat yang digunakan ialah berasaskan herba dan halal untuk digunakan pada orang-orang Islam. Ia sesungguhnya telah mendedahkan rahsia bahawa jika tindakbalas kimia yang dihasilkan dari tumbuh-tumbuhan terkena kepada kulit manusia, ia akan menghasilkan tindakbalas yang tidak serupa antara satu sama lain.

Kerana kulit manusia mengeluarkan enzim yang berbeza ketahanannya terhadap sesuatu tindakbalas kimia terutamanya dari bahan pewarna tumbuh-tumbuhan. Mungkin kulit seseorang akan menerima sepenuhnya resapan dakwat tersebut tetapi mungkin tidak bagi orang yang lain. 

Sebagai pengujian yang paling primitif  anda boleh lakukan ialah dengan larutan serbuk kunyit kerana ia begitu mudah di dapati di dalam rumah kita. Buatlah kajian terhadap beberapa orang kenalan, anda pasti mendapat keputusan yang berbeza terhadap ketahanannya.  Namun jangan dilakukan sample dalam keluarga sendiri kerana mereka mempunyai persamaannya dengan anda.  Jika ingin membuat pengujian yang lebih elok, carilah mana-mana tumbuhan yang sememangnya adalah asas-asas pewarna yang digunakan untuk membuat dye dalam industri tekstile.

Jusuf Kala sekali lagi menempelak Datuk Seri Anwar Ibrahim yang masih menegakkan bahawa Pakatan Rakyat seharusnya menang dalam PRU 13 kerana mempunyai undi popular yang melebihi dari undi yang diperolehi oleh BN.

Apakah Datuk Seri Anwar Ibrahim masih bermimpi yang beliau kini berada di Indonesia ataupun di Malaysia. Perkara ini juga dilaung-laungkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Mereka sebenarnya amat arif dan faham sangat tentang tatacara pilihanraya Malaysia tetapi cuma ingin membuat kecuh yang tidak bertempat.  

Membuat kerja double standard di mana mengiktiraf keputusan PRU 13 di peringkat negeri terutamanya di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan yang mana kerusi empuk telah diisi oleh Menteri Besar dan Ketua Menteri dari Pakatan Rakyat. Tetapi kerusi empuk yang diidamkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim masih diduduki oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, maka igauan dan mimpi yang tak sudah masih menghantui Datuk Seri Anwar Ibrahim.  Maka sebab itulah cuba mamanipulasi suasana dengan kekecohan perhimpunan haram.

Orang yang siuman tidak akan mencampur-adukkan sistem pilihanraya bagi negara Malaysia dengan negara-negara lain di dunia.  Walaupun atas nama demokrasi tetapi cara pemilihannya adalah berbeza.

Saya akan membuat perbandingan cara pemilihan yang diadakan di Indonesia sebagai contoh kerana ia lebih dekat dengan kita, dan ada puak-puak yang mengaitkan mengapa di Indonesia boleh guna undi popular sedangkan kita di Malaysia tidak boleh.

Di Indonesia memilih Presiden dan Naib Presiden dalam satu regu yang berasaskan undi popular. Biasanya tidak ada parti tunggal yang berupaya untuk meraih undi majoriti terbesar bagi membentuk regu Presiden dan Naib presiden. Maka Presiden dan Naib Presiden biasanya dari parti-parti yang berlainan tetapi telah membuat kompromi sebelum pilihanraya umum. Di Indonesia ia dinamakan Pemilihan Umum ataupun Pemilu. Ini berbeza dengan cara pemilihan Presiden dan Naib Presiden di Amerika Syarikat yang datangnya dari parti yang sama.

Maka dalam Pemilu calon-calon Presiden dan Naib Presiden akan berentap dengan regu yang lain pula. Oleh kerana taburan penduduk Indonesia yang berselerak di kebanyakan kepulauan yang besar dan kecil serta mempunyai pelbagai etnik, maka kepelbagaian parti telah ujud bagi mewakili setiap kumpulan.  Dalam Pemilu, regu yang memperolehi undi majoriti atau di Indonesia dikatakan suara majoriti maka calon-calon dari regu tersebut akan dipilih menjadi Presiden dan Naib Presiden Indonesia.



Maka apakah ini sama dengan cara kita memilih Perdana Menteri ? Sedangkan di Indonesia tiada istilah Perdana Menteri. Yang ada ialah Presiden yang berkuasa. Tetapi Presiden di Singapura pula tiada kuasa, yang berkuasa ialah Perdana Menteri.  Maka kita haruslah berupaya untuk membezakan sistem pentadbiran dan pilihanraya di negara-negara luar. Itu baru di negara-negara jiran yang berhampiran sudah menampakkan perbezaan, apa pula di negara-negara seperti  Australia, India, Amerika Syarikat dan sebagainya. 

Dalam pemilihan ahli-ahli ke Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), kita mengambil Pemilu tahun 2009 sebagai contoh. 

Pemilihan Umum Anggota DPR dilaksanakan dengan sistem proposional terbuka yang didasarkan pada jumlah daerah pemilihan.  Seperti di Malaysia kita diwakili oleh pecahan mengikut kawasan parlimen di mana kita memilih calon yang menang untuk ke parlimen. Berbeza di Indonesia, mereka bukannya memilih calon tetapi yang bertanding ialah parti politik.   

Dalam Pemilu 2009 terdapat 38 buah parti yang menyertainya.  Penetapan bagi jumlah kerusi bagi setiap provinsi atau daerah pemilihan adalah berdasarkan jumlah penduduk di sesuatu kawasan.  Manakala jumlah kerusi yang ditetapkan bagi sesuatu daerah pemilihan tersebut adalah antara 3-10 kerusi.

Walaupun terdapat berpulu-puluh buah parti yang menyertai Pemilu, namun hanya terdapat tiga buah parti yang mendominasi jumlah undi iaitu PDI Perjuangan pimpinan Megawati Sukarnoputri, Partai Golkar yang pernah diterajui oleh Suharto dan Partai Demokrat pimpinan Susilo Bambang Yudhoyono iaitu Presiden Indonesia masa kini.

Kerusi yang diperuntukkan bagi keseluruhan Dewan Perwakilan Rakyat ialah berjumlah 560 buah.  Setelah tamat Pemilu 2009 maka Partai Demokrat memperolehi 20.85% undi yang mewakili 150 buah kerusi, diikti oleh Partai Golkar dengan 14.45% yang mewakili 107 kerusi. Manakala PDI Perjuangan mendapat 14.03% yang mewakili 95 buah kerusi. Baki kerusi-kerusi diberikan mengikut peratusan undi yang diperolehi oleh parti-parti yang lain pula.

Ia sama sekali berbeza dengan Pilihanraya Umum yang diadakan di Malaysia di mana kita menggunakan sistem electoral satu kawasan satu wakil ke parlimen. Di mana parti yang mempunyai jumlah kerusi terbanyak akan memilih Perdana Menteri dan membentuk kerajaan.

Tidak pernah ujud bahawa undi popular dikira peratusannya menjadi penentu pemenang PRU. Ia hanya dijadikan indikator untuk oleh masyarakat, parti-parti yang bertanding atau menjadi bahan rujukan oleh pemerhati politik sahaja. 

Jadi apakah Datuk Seri Anwar Ibrahim ingin memperbodohkan rakyat Malaysia khasnya pengikutnya sendiri agar mempercayai bahawa dengan undi popular maka ia dikira pemenang PRU 13. Para pengikutnya pula yang begitu taksub tanpa berfikir panjang dan mencari fakta dengan rasional lalu mempercayainya.  

Apakah dengan mengadakan siri perhimpunan Blackout 505 akan mengubah keputusan PRU 13 ? Apakah ia dikira kurang bijak dengan mengugut tidak mahu mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat pada 24hb Jun yang lalu maka parlimen tidak akan bersidang ?

Akhirnya para pengikut khususnya golongan remaja yang dipergunakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sanggup memprotes dan berbaring di atas jalan menuju ke parlimen, sedangkan di dalam dewan parlimen sedang mengadakan upacara angkat sumpah termasuklah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kemudiannya diikuti sesi bergambar di mana Speaker Parlimen diapit oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Tun Razak.  Di masa sesi makan pula, kedua-duanya nampak duduk semeja sambil menikmati hidangan yang lazat. Tetapi para pengikut Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengadakan protes di luar parlimen dahaga dan kelaparan serta berhadapan dengan tindakan polis.

Apakah hipokrit Datuk Seri Anwar Ibrahim ini satu sandiwara yang skripnya telah dirancang begitu rapi ? Patutlah Jusuf Kala begitu berang dengan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah beberapa kali memungkiri janji.  



Ditulis oleh : Hisemudin Kasim

01.07.2013

Perhatian ! Ini adalah Promo untuk catatan yang hangat diperkatakan sekarang ! Klik pada imej.  : 

Nota 1 :    02.07.2013

Tindakan Jusuf Kalla membuat pendedahan ini sudah tentu beliau mempunyai maklumat yang tepat. Di pihak Anwar Ibrahim pula melalui sekutunya, Karpal Singh pula hebuh-hebuh meminta Jusuf Kala menarik balik kenyataan tersebut lantaran akan memberi implikasi kepada Pakatan Rakyat. Selama ini Karpal Singh tidak pernah pula meminta Dr. Chandra Muzaffar yang sering mengatakan Anwar mendapat dana asing supaya menarik balik kenyataannya. Ini pula mengapa meminta Jusuf Kala berbuat demikian, kononya atas alasan intergriti. Sejak bila Karpal Singh membicarakan tentang integriti, sedangkan beliau sendiri terpalit dengan mengatakan Anwar seorang kaki liwat, belumpun menarik kenyataannya. Apakh itu juga tidak dikira hipokrit !?

Anwar pula tidak sekali-kali akan mengambil tindakan undang-undang  kepada Jusuf Kala, kerana jika dia menyentuhnya sedikit sahaja maka Anwar akan kehilangan sokongan dari Indonesia. Kini Anwar sendiri telah terpalit bukan sahaja dengan kes moralnya malah intergriti dan kepercayaan yang dimungkiri. 

Dalam kes perjanjian dengan Najib - Anwar, Anwar mengatakan ia adalah inisiatif Jusuf Kala, tetapi dengan pendedahan Jusuf Kala sendiri terbongkarlah bahawa Anwar sendiri yang terhegeh-hegeh meminta Jusuf Kala mengaturkannya. Di sini telah nampak siapa yang berbohong.


Nota 2 :  02.07.2013

Di dalam akhbar-akhbar menyiarkan berita pergolakan di Mesir semakin meruncing dengan Presiden Mesir, bersedia untuk mengubah sedikit prasa dalam perlembagaan bagi menghentikan kritikan terhadap kerajaannya.

Diberitakan juga dana-dana asing melimpah ruah masuk ke Mesir bagi membiayai gerakan menentang Presiden Mursi yang melambangkan sebuah kerajaan berteraskan Islam. Manakala media-media sosial seperti Facebook, Twitter dan blog seta berita internet menyerang samada secara berdepanan atau dari belakang. Kebanyakannya adalah didalang oleh pihak barat. 

Gerakan barat telah berjaya melumpuhkan negara-negara Islam melalui gerakan yang dinamakan sebagai Arab Spring dengan bermula dari kejatuhan Presiden Zine El Abidine Ben Ali (Tunisia), Muarmmar Ghadafi (Libya), Hosni Mubarak (Mesir), Ali Abdullah Salleh (Yemen) dan kemudiannya Bashar Assad (Syria).

Apakah jika dibenarkan Anwar mengepalai kerajaan Malaysia, maka negara kita tidak akan dijajah oleh imperialis barat ? Oleh itu kita harus menyekat dan mencari punca dari mana dan sejumlah mana dana yang telah diperolehi oleh sekutu-sekutu Anwar bagi menggerakkan rancangan menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat secara sah.

Post a Comment