Penulis Blog ini, Hisemudin Kasim juga merupakan Pengarang Bahasa Mandarin. Menerbitkan DVD Asas Belajar Bahasa Mandarin

Klik sini http://www.ebookmandarin.com/ untuk mendapatkan keterangan lanjut
”smile”/
Terdapat 8 keping DVD
Dengan 80 bab pelajaran
Harga RM90.00

Thursday, May 9, 2013

Pasca PRU 13 : BN tempang PKR Pas dikuda DAP duduk berkuda

Anda boleh "SHARE" artikel ini kepada rakan-rakan Facebook anda Klik "Send" terus ke kotak mesej Facebook rakan anda


Satu kejutan ! Itulah ungkapan yang  kita mampu ucapkan. Bagai tidak percaya, Tsunami Cina mengganas ! Walaupun beberapa hari terutamanya di saat-saat akhir berkempen, kita memang nampak satu “swing’ yang bakal melanda politik tanah air. Namun kita tidak menyangka bahawa BN jadi tempang, PKR dan Pas walaupun berkongsi kuasa dalam Pakatan Rakyat dek jasa mereka namun sebenarnya kedua-dua parti yang masih ditakrifkan berteras Melayu itu telah diperkudakan oleh DAP, di mana akhirnya DAP duduk berkuda ! Pemenang dalam PRU 13 layak dinobatkan kepada DAP kerana pertolongan Melayu dalam PKR dan Pas. 

Dalam entri blog saya yang terdahulu, bertajuk PRU 13 : Satu analisa dan meramal keputusan awal pilihanraya , saya telah membuat kupasan bahawa akan terdapat tiga bentuk polarisasi pengundian di kalangan rakyat Malaysia seperti berikut :

“Pertama, yang memilih parti dari segalanya. Kerana mengikut perlembagaan kita, DYMM Di Pertuan Agong dan raja-raja bagi negeri-negeri  akan memberi perkenan kepada parti yang mendapat majoriti bagi membentuk kerajaan. Oleh itu calon-calon yang walaupun tidak disukainya  tetapi mendahulukan parti maka ia akan mengundi calon tersebut.  Bagi mereka yang mengundi berpandukan pegangan dan fahaman masing-masing serta mengikut kaum juga dikategorikan dalam golongan ini.”

Akhirnya memang betul bahawa mood pengundian adalah lebih kepada pemilihan parti berbanding individu. Mood kedua ialah pemilihan individu yang lebih menjurus kepada calon-calon bebas, dan dalam PRU 13 ini semuanya tidak memenangi sebarang kerusi termasuk calon favourite, Ibrahim Ali. Manakala yang ketiga ialah yang mengundi berdasarkan check & balance dalam situasi politik setempat juga tidak menjadi kenyataan.

Selepas PRU 13 ini, kita wajib untuk bermuhasabah. Siapa Melayu di tanahair sendiri ?  Walaupun kita tidak mempertikaikan taraf warganegara orang-orang Cina yang sememangnya rakyat Malaysia, namun kita rasa terkilan yang amat sangat. Bagai hati di hiris sembilu, bagai jantung ditusuki duri. Begitu pedih untuk diterima bahawa rakan-rakan kita dari keturunan Cina telah melupai jasa-jasa kerajaan selama ini dengan bertindak secara total untuk menggulingkan kerajaan melalui pilihanraya.

Dengan mengatakan kerajaan sekarang yang terasnya diterajui oleh orang-orang Melayu dikatakan terlalu korup lalu harus diUBAH secara total. Namun di sebaliknya ia adalah agenda besar DAP untuk merampas kuasa melalui undi demokrasi. Di akhir keputusan PRU 13 menampakkan orang-orang Melayu yang masih sayangkan UMNO /BN di satu pihak sebagai pemerintah, manakala orang-orang Cina pula berada di pihak pembangkang bersama DAP. Walaupun negara kita juga terdiri daripada lain-lain kaum yang besar seperti  India, Iban, Kadazan serta lain-lain kaum minoriti, tetapi dua kaum terbesar, Melayu dan Cina membentuk “power broker’ dalam apa jua bidang. Oleh itu keputusan PRU 13 haruslah dianalisa oleh pelbagai pihak, dari setinggi-tinggi Perdana Menteri sehinggalah rakyat bawahan. Kita tidak boleh terus-menerus menempelak yang lalu, tetapi harus memandang ke hadapan apa akan kita lakukan bagi meneruskan agenda negara dan perpaduan nasional.


Kita tidak mahu akibat dari keputusan PRU 13 itu akan merencatkan kelancaran pentadbiran negara, merenggangkan hubungan kaum, memanaskan pergeseran terhadap isu-isu negara yang membabitkan kepentingan rakyat, maka satu mekanisma dalam merungkaikan permasalah ini perlu dirangka melalui pembabitan dari pelbagai parti politik, para pemikir, pemimpin-pemimpin kaum, NGO yang berkaitan, pemimpin agama, pemimpin golongan muda yang tentunya inspirasi mereka perlu didengari serta lain-lain individu berpengaruh. Kita perlukan satu bentuk forum yang konkrit yang mana gagasan atau keputusan atau cadangan-cadangan boleh diterima oleh majoriti rakyat. Untuk memuaskan semua orang adalah sesuatu yang mustahil ! Maka itulah agaknya apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri sebagai penyatuan nasional  dalam ucapan pertamanya selepas pengumuman BN berjaya membentuk kerajaan pusat di awal pagi 6hb Mei yang lalu.

Cuba kita imbas kembali apa yang sepatutnya berlaku pada tafsiran Anwar Ibrahim pada 6hb Mei yang lalu. Anwar Ibrahim masih berangan-angan untuk menjadi PM menggantikan Najib. Dalam satu ceramah di Parit, Perak (tempat kampong saya) pada 22hb April yang lalu, Anwar Ibrahim telah mencipta skrip ucapan sebaik saja sah bergelar Perdana Menteri nanti. Katanya,”Mereka umum (kemenangan) lewat 2 pagi, jadi tidak boleh angkat sumpah sebab Yang di-Pertuan Agong sudah tidur, kena buat esoknya. Lepas (angkat sumpah) itu, TV3 dan RTM datang beratur nak temuramah. Saya kata pergi belakang dulu, kasi pengajaran sikit”

Sebab itulah, Anwar Ibrahim masih terngiang-ngiang bahawa kerusi Perdana Menteri adalah miliknya. Maka apabila Pakatan Rakyat tidak berjaya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional, maka Anwar Ibrahim telah turun kembali mengheret rakyat untuk mempertikaikan ketelusan PRU 13.

Seperti yang kita umum ketahui, BN hanya memperolehi 133 kerusi daripada 222 kerusi yang dipertandingan. Cuma lebih 21 kerusi daripada majoriti mudah 112, namun tidak berupaya untuk meraih 148 kerusi yang melayakkannya memperolehi 2/3 kerusi majoriti. Kekalahan utama disumbangkan oleh MCA dan Gerakan. Apakah akan terjadi dalam kabinet serta portfolio yang tradisinya disandang oleh kedua-kedua wakil parti tersebut. MCA telah awal-awal lagi menegaskan bahawa mereka tidak akan menerima apa-apa jawatan dalam kabinet persekutuan maupun negeri. Bahkan di sesetengah negeri sudah terus meletakkan jawatan dari sekecil-kecil sebagai ketua kampong sehinggalah di peringkat yang lebih tinggi. Apakah implikasi terhadap hubungan antara orang-orang Cina dengan kerajaan lantaran mereka telah terkeluar dari hareiki pentadbiran negara.

Tindakan mereka juga mempunyai dua signifikan, pertamanya parti yang mewakili orang-orang Cina dalam kerajaan ditolak mentah-mentah oleh kebanyakan orang-orang Cina. Keduanya, ia bersifat pasif yang mana sudahlah ditolak dalam pilihanraya, maka terimalah apa jua akibatnya dengan ketiadaan wakil orang-orang Cina dalam kerajaan. Jika dirasakan orang-orang Cina nanti akan sukar untuk menembusi birorasi kerajaan, maka mereka harus terima akibatnya. Ini juga berbentuk hukuman kepada mereka.  

Namun demikian, di pihak kerajaan memandang dari sudut yang lain pula. Apakah akan jadi jika tiada wakil masyarakat Cina dalam kerajaan yang tentunya akan terjadi satu tembok pemisah seolah-olah orang-orang Melayu yang menjadi pemerintah dan orang-orang Cina berada di pinggiran sebagai pembangkang atau tidak mahu tahu apa-apa lagi. Yang akhirnya negara akan wujud suasana yang lebih extreme.  Ini tidak baik untuk “nation building” yang mana kita sedang menuju negara maju dalam beberapa tahun akan datang. Penyertaan orang-orang Cina dalam sektor ekonomi yang menjadi penyumbang utama  kepada pembangunan negara tidak harus disebabkan “blok’ ini maka akan merencatkan keseluruhan momentum negara.

Saya percaya penyelesaian terhadap kemelut ini harus diselesaikan segera. Daripada senario semasa, beberapa  idea mungkin timbul. Satu gerakan untuk meminta Presiden MCA, Chua Soi Lek meletak jawatan semakin membahang sebagai rasa tanggungjawab terhadap prestasi yang paling teruk pernah dialami oleh MCA dalam pilihanraya. Jika Chua Soi Lek meletak jawatan, mungkinkah MCA akan memikirkan kembali untuk menerima jawatan dalam kerajaan. Di samping itu dengan struktur dan barisan kepimpinan yang baru akan merombak hala tuju MCA agar tidak dipinggirkan langsung dalam PRU 14 nanti.

Idea kedua ialah dengan melantik mereka yang berketurunan Cina dalam pelbagai bidang untuk mengisi jawatan sebagai menteri (setelah diangkat sebagi senator) atau jawatan yang bukan dinamakan menteri tetapi bertaraf menteri. Namun demikian ia bukanlah penyelesaian kerana ia masih ada “blok” untuk menyampaikan mesej kerajaan kepada rakyat keturunan Cina. Ini kerana selama ini perhubungan ini disalurkan melalui hubungan parti dan politik. 

MCA juga boleh  mengambil pengajaran dari PRU 12 dahulu seperti  Samy Velu yang kalah di Sungai Siput lalu melepaskan jawatan sebagai presiden MIC bagi memberi peluang muka baru menerajui parti. Sementelah Chua Soi Lek tidak lagi berhajat untuk memanjat kerusi menteri dan sebagainya maka adalah lebih baik beliau meletakkan jawatan.  Daripada tranformasi MIC juga akhirnya memperlihatkan MIC bertaut kembali dengan ahli-ahlinya yang berada di pinggiran lalu memberikan sokongan kepada kepimpinan baru. Walaupun undi orang-orang India yang menyokong MIC tidaklah begitu ramai, tetapi ia memberi signifikan besar kepada Barisan Nasional dalam PRU 13 ini.

Jadi bila agaknya kemelut MCA yang enggan menerima lantikan kerajaan ini akan berakhir ? 

Sebelum kita meneruskan fakta-fakta dan lontaran idea terhadap permasalah tersebut. Ada baiknya kita menyingkap sejarah hubungan etnik khususnya pertentangan antara Melayu Cina dalam sejarah sebelum dan selepas kemerdekaan negara.  Melalui sejarah, walaupun ia telah mati, tetapi ia adalah cermin hidup.  Ia memberikan kita panduan agar tidak tergelincir lagi. Orang yang buta sejarah adalah orang yang disesatkan oleh suasana. Sebab itulah apabila kita sesat di jalanan, maka pandanglah sejarah, pasti ia akan memberikan “clue” walaupun bukan sebagai penyelesaian tetapi sekurang-kurang sebagai penanda aras terhadap keputusan yang bakal kita ambil.

Kita tidak memandang ke belakang terlalu jauh, cukuplah peristiwa-peristiwa semasa dan selepas Perang Dunia Kedua dahulu. Ini melibatkan gerakan Parti Komunis Malaya (PKM) yang dianggotai oleh kebanyakan dari kalangan orang-orang Cina.  Semasa penentangan terhadap pendudukan Jepun, Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA) yang dikuasai Komunis  dan pada asalnya dilengkapi persenjataan oleh British  bersama Force 136 (antara nama-nama anggota Force 136 ialah Allahyarham Tan Sri  Ghazali Shafie dan Allahyarham Tun Abdul Razak  ) yang dianggotai oleh ramai orang-orang Melayu telah bekerjasama .

Namun selepas tamat saja Perang Dunia Kedua, komunis telah nampak peluang dan mengambil kesempatan untuk merampas kuasa secara kekerasan militia lantaran kekosongan kuasa dalam masa peralihan Jepun menyerah kalah dan menunggu kedatangan tentera British,  maka MPAJA yang dikenali sebagai Bintang Tiga telah keluar dari hutan lalu membunuh ramai orang-orang Melayu yang dituduh tali barut Jepun dahulu. Pertentangan ini telah tercalar sebagai detik sejarah pertama pertentangan antara Melayu Cina, walaupun dalam PKM ketika itu terdapat segolongan kecil revolusiner Melayu seperti Abdullah CD.  Namun selainnya adalah terdiri daripada orang-orang Cina yang diketuai oleh Setiausaha Agong PKM iaitu Chin Peng.

Perhatian : Penentangan PKM terhadap British dan kemudiannya kerajaan Malaysia adalah peperangan gerila antara sebuah organisasi pengganas dengan sebuah kerajaan. Ini termasuklah antaranya peristiwa Bukit Kepong. Maka ia terkeluar dari skop perbincangan kita

Pertentangan kedua berlaku semasa peristiwa 13 Mei 1969 ekoran kemenangan besar  parti DAP dan Gerakan dalam pilihanraya umum yang berlangsung pada 10 Mei 1969 di mana Parti Perikatan telah menerima kekalahan teruk.  

Selama ini orang-orang Cina telah bekerjasama dengan orang-orang Melayu dan memberikan undi kepada parti MCA untuk mewakili orang-orang Cina dalam apa jua urusan dengan pemerintah. Ini termasuklah semasa Pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan yang diadakan pada tahun 1955 dahulu . Dengan kemenangan Parti Perikatan yang dianggotai oleh Umno, MCA dan MIC dalam pilihanraya itu maka terhasilkan permuafakatan yang dijadikan modal untuk rombongan Tunku ke London bagi merundingkan kemerdekaan Tanah Melayu. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang urutan peristiwa ini, anda boleh membaca artikel saya, Menyusuri PRU Malaysia 1955-2013 : Apa yang kita harus tahu .Klik Sini

Selepas kemerdekaan, pada tahun 1959 telah diadakan pilihanraya pertama Persekutuan Tanah Melayu, di mana Parti Perikatan  telah memenanginya. Begitu juga selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963, maka telah diadakan pilihanraya tahun 1964. Sekali lagi Parti Perikatan telah memegang kuasa.

Namun dalam pilihanraya umum tahun 1969, DAP dan Gerakan telah  mengambil bahagian buat pertama kalinya. Masa berkempen yang terlalu lama iaitu selama 35 hari bukan sahaja telah memanaskan suasana bahkan telah menyemarakkan lagi isu-isu perkauman. Ini kerana DAP telah memainkan isu Hak Keistimewaan Orang-orang Melayu dan Bumiputra Sabah & Sarawak dalam Artikel 153 Persekutuan Tanah Melayu. Orang-orang Cina yang mendokong parti DAP telah melupai sejarah dan jasa-jasa kerajaan serta toleransi dan kebaikan hati orang-orang Melayu semasa memberikan taraf kerakyatan orang-orang Cina dan India dalam apa yang dikatakan sebagai Jus Soli. Ianya diberi sejak tahun 1946 lagi namun pada asalnya juga mendapat tentang dari orang-orang Melayu dan pihak istana. Namun selepas kemerdekaan,   mereka yang lahir di Persekutuan Tanah Melayu selepas tahun 1962 layak memiliki kerakyatakan tempatan secara automatik.

Namun selepas menguasai ekonomi, orang-orang Cina telah cuba pula ingin mengambil kesempatan  untuk menguasai politik Malaysia melalui pilihanraya. Semasa meraikan kemenangan mereka di Kuala Lumpur pada 12hb Mei 1969, orang-orang Cina telah keluar dengan membawa penyapu seolah-olah ingin menyapu keluar orang-orang Melayu dengan melaungkan hapuskan Melayu. Padahal Melayu adalah penduduk peribumi di sini sedangkan orang-orang Cina baru saja diterima sebagai warganegara yang sebelumnya mereka ditakrifkan sebagai pendatang. 

Kebiadapan ini ditentang oleh orang-orang Melayu, khususnya oleh bekas Menteri Besar Selangor, Datok Harus Idris dan orang-orang Melayu dari Kampong Baru, Kuala Lumpur. Pada 12hb Mei tersebut juga telah berlaku penentangan yang kecil tetapi telah memburukkan keadaan ialah pada tanggal 13 Mei 1969. Maka terjadilah pertumpahan darah yang mengakibatkan hubungan kaum terutamanya Melayu Cina diselubungi kecurigaan yang berpanjangan selama beberapa tahun.  Selepas itu lahirlah RUKUNEGARA yang menjadi ideologi negara bagi menyatu-padukan rakyat Malaysia.

Selepas persitiwa 13 Mei 1969, negara melalui perintah darurat dan akhirnya Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) menguruskan pentadbiran negara.  Peralihan kuasa berlaku antara Tunku Abdul Rahman kepada Tun Abdul Razak. Dan bagi meredakan ketegangan, gagasan penyatuan dan muhibbah dicanangkan ke seluruh negara.  

Akhirnya memperlihatkan gagasan penubuhan kerajaan perpaduan yang lebih menyeluruh melalui pembentukan Barisan Nasional yang diasaskan dari Parti Perikatan. Kali ini ia mengandungi 10 parti yang bergabung termasuk dari Sabah dan Sarawak.  Dua parti besar yang mewakili orang-orang Melayu iaitu Pas dan parti Gerakan yang diwakili oleh orang-orang Cina telah bersama menyertainya. Namun DAP tetap berdegil sebagai pembangkang ! Oleh itu cadangan Zainuddin Maidin (ZAM) yang mencadangkan DAP menyertai BN, pada pandangan saya tidak mungkin terjadi.

Kini dalam PRU 13, sejarah hampir berulang ! Cuma pemain, masa, waktu dan suasana yang membezakannya. Saya percaya, anda tentunya telah dapat memberikan bayangan persamaan antara pilihanraya tahun 1969 dengan pilihanraya tahun 2013 berdasarkan senario yang terjadi beberapa hari ini. Fikir-fikirkanlah !

Kembali kita memperkatakan mengapa orang-orang Cina begitu terpengaruh dengan DAP agar mengundi mereka dan Pakatan Rakyat supaya mengUBAH kerajaan sedia ada.  Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi keadaan ini. Dalam sehari dua ini, saya begitu meneliti  pemberitaan yang terdapat dalam suratkhabar berbahasa Cina, sementelah saya juga membaca akhbar-akhbar berbahasa Cina di waktu-waktu yang lain. Ia juga bagi mengetahui apa yang berada di sekeliling masyarakat Cina tetapi tidak dilaporkan dalam masyarakat Melayu. Saya utarakan sebuah ulasan  yang ditulis dalam Sin Chew Daily pada 7hb Mei (Selasa) yang saya terjemahkan intipatinya seperti berikut :

Tulisan ini bertajuk, Bukan Islam hilang “perasaan takut”, Parti Pas berubah pendirian dan mengubah percaturan politik”.  Parti Pas dari sebuah parti yang bergerak dalam orang-orang Islam telah berjaya menembusi bukan Islam terutamanya bagi orang-orang Cina. Selepas PRU 12 yang lalu, Pas menampakkan perubahan dari yang selama ini ditakuti kerana hukum hududnya.

Ini dapat dilihat daripada keputusan PRU 13 yang mana Pas memenangi 7 kerusi parlimen dan 27 kerusi Dun yang dengan jelas mendapat undi daripada orang-orang Cina. Maka daripada itu telah nampak keserasian antara masyarakat Cina dan Pas telah terjalin satu ikatan. Ini terjadi kerana kerjasama antara DAP dan Pas yang bermula dari tahun 1990, kemudian berpisah dan kembali bertaut. Kedua-dua parti telah melalui pergeseran, permuafakatan dan akhirnya memecah tembuk perkauman dan ugama, akhirnya membentuk satu perubahan politik di Malaysia.

Orang-orang Cina khususnya melalui DAP mendapat laba yang besar terutamanya selepas perpecahan Umno dalam tahun 1987 di mana DAP bekerjasama dengan Tengku Razaleigh Hamzah. Manakala dalam pilihanraya tahun 1990, Parti Pas juga menggunakan perpecahan orang-orang Melayu di pihak Umno dan bersama Angkatan Perpaduan Ummah pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah untuk menawan Kelantan. Ia juga mendapat kerjasama dari DAP. Kerjasama ini ini diteruskan dalam pilihanraya tahun 1999 dan 2004.

Daripada sejarah ini, maka bolehlah dilihat bahawa parti Pas makin berlembut dan membuang imej extreme. Pada tahun 2008, Pas melaungkan konsep negara berkebajikan. Maka ketakutan oleh orang-orang Cina terhadap hukum hudud semakin terhakis. Secara tidak langsung konsep Pakatan Rakyat semakin dapat diterima oleh orang-orang Cina.

Itulah antara intipati yang ditulis dalam akhbar tersebut. Secara jelas, orang-orang Cina telah mengambil kesempatan dari kelemahan dan perpecahan orang-orang Melayu dalam politik bagi mengembangkan pengaruh politik. Ini dijelaskan lagi dengan keuntungan politik yang diperolehi oleh DAP dengan memenangi 38 kerusi parlimen berbanding PKR 28 dan Pas 21 buah kerusi. Di sini adakah kita orang-orang Melayu masih lagi mahu dibuai oleh kelunakan DAP yang memberi alasan bahawa kerajaan pimpinan yang berteraskan orang-orang Melayu dalam BN terlalu korup maka perlu diUBAH. Namun demikian apakah kita tidak sedar apa agenda besar di belakangnya yang mana orang-orang Melayu yang mengundi DAP sesungguhnya telah dikuda oleh DAP !

Kita juga harus melihat mengapa orang Cina begitu taksub dan mengikut gelombang roket bagi mengUBAH kerajaan sedia ada dari sudut yang lain pula. Ini kita perlu meneliti dari sudut struktur sosial masyarkatat Cina itu sendiri. Selain daripada kebanyakan orang-orang Cina yang terpengaruh dengan janji dan  gelombang UBAH oleh DAP dan melantik Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri apabila Pakatan Rakyat berjaya menubuhkan kerajaan baru,  yang mengakibatkan mereka terlupa tentang jasa-jasa yang telah diberikan oleh kerajaan Parti Periktan dan seterusnya Barisan Nasional.  Kita juga jangan terlupa tentang ikatan kekeluargaan dan kemasyarakatan yang terjalin dalam masyarakat Cina. Ianya jarang dapat diperhalusi kecuali mereka yang amat arif tentang struktur sosial masyarakat Cina.

Ini diperjelaskan dengan konsep quanxi (disebut kuansi). Saya amat mengesyorkan anda membaca artikel saya yang pernah tersiar di Utusan Malaysia pada tahun 2006 dahulu bertajuk Di Sebalik Jaringan Buluh. Ianya juga boleh anda baca di blog saya ini yang telah diubah tajuk sebagai  Jaringan pohon buluh atau bamboo networks dalam masyarakat perniagaan Cina, di mana saya telah membuat beberapa penekanan dan tambahan grafik bagi memudahkan pemahaman. Klik Sini

Apa yang dinamakan quanxi ? Secara terjemahan yang mudah, ia bermakna perhubungan antara seseorang dengan seseorang atau dengan sesebuah institusi atau dengan sesuatu perkara atau isu. Dalam struktur masyarakat Cina, quanxi yang paling rapat ialah antara ahli keluarga sendiri dan kemudiannya diperluas kepada kawan-kawan dan anggota masyarakat.

Apa yang boleh dikaitkan quanxi dengan PRU 13 pula ? Apabila gelombang roket menyelinap ke segenap pelusuk masyarakat Cina, ia membiak dengan pantas, seperti virus komputer ! Masyarakat luar terpinga-pinga, mengapa orang-orang Cina membuat “swing” yang begitu dahsyat sekali. Sehinggakan bagai dirasuk badai Tsunami. Tidak mengenal siapa musuh dan apa jasa-jasa yang telah mereka taburkan, hatta pemimpin tertinggi negeri sekalipun telah dihanyutkan Tsunami. Inilah yang terjadi terutamanya kepada bekas Menteri Besar Johor, Ghani Othman dan bekas Ketua Menteri Melaka,  Ali Rustam.

Orang-orang Cina yang ditautkan dengan quanxi di kalangan keluarga akan mempercayai cakap-cakap ahli-ahli keluarga. Maka jika dalam keluarga tersebut terdapat lima orang yang layak untuk mengundi, dan jika dua atau tiga orang sudah membawakan berita gelombang roket, maka ia akan mempengaruhi anggota keluarga yang lain. Oleh kerana mereka saling percaya-mempercayai antara satu sama lain dalam istilah xinyong (disebut singyong), maka semuanya mengambil satu ketetapan. Jika satu keluarga bercakap demikian, maka keluarga yang lain juga akan bercakap perkara  yang sama. Seterusnya satu komuniti bercakap benda yang sama. Kini dengan ledakan ICT melalui penggunakan blog, Facebook, SMS, video dan sebagainya ia disebarkan secara meluas tanpa batasan waktu, tanpa batasan usia dan tempat.

Namun mutiara kata sering mengingatkan kita, anda boleh menipu satu orang dalam semua masa, anda boleh menipu semua orang dalam satu masa, tetapi anda tidak boleh menipu semua orang dalam semua masa.

Inilah yang terjadi apabila DAP dapat menipu semua orang dalam satu masa. Ia dilakukan dalam masa yang singkat di mana semua orang mempercayai sesuatu itu adalah benar. Maka semua yang menjadi pengikut gelombang roket telah tertipu. Sesungguhnya orang-orang Cina ramai yang telah terpedaya dengan dakyah DAP itu. Namun terpaksa menerima hakikat bahawa DAP dan Pakatan Rakyat tidak mampu untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional.

Saya masih tercari-cari satu peribahasa dalam bahasa Melayu yang boleh dinyatakan tentang nekad yang paling extreme bagi menggambarkan masyarakat Cina yang menyokong gelombang roket bagi mengUBAH kerajaan. Namun akhirnya saya terpaksa kembali menggunakan sebuah peribahasa Cina, iaitu 破釜沉舟[Pòfǔchénzhōu]. 破[Pò] bermakna pecahkan 釜 [fǔ] bermakna periuk memasak 沉 [chén] bermakna tenggelam dan 舟[zhōu] bermakna perahu atau kapal, dalam istilah ini ia digambarkan sebagai perahu perang. Terjemahan secara “word to word” ialah pecahkan periuk tenggelamkan kapal.

Ini dikisahkan dari satu peperangan dalam pemerintahan Qin Shi Huang, iaitu semasa era penyatuan China. Pihak yang memusuhi Qin Shi Huang telah mengarah tenteranya setelah menyeberangi sungai dan menenggelamkan perahu serta membakar perkampungan, memusnahkan periuk nasi tetapi cuma berbekalkan makanan kering selama tiga hari. Ini bermakna mereka tidak ada istilah berpatah balik, jika mahu hidup dan mencapai kemenangan maka terus mara dalam peperangan. Inilah nekad yang paling extreme.

Jika dipindahkan senario ini dalam pentas PRU 13, para pemerintah tentera ialah para panglima DAP. Manakala yang menjadi askar ialah masyarakat Cina yang menyokong gelombang roket. Kini setelah DAP gagal untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional, para penyokong gelombang roket menjadi mangsa hasutan DAP. Untuk undur ke belakang, nasi sudah menjadi bubur ! Untuk ke hadapan masih lagi tercari-cari rentak yang boleh diikut. Mereka akhirnya tertipu !

Sebahagian yang lebih extreme lalu bangkit dengan cara yang menyalahi undang-undang. Ada yang mengadakan silence walk di beberapa pusat membeli belah, malah Anwar Ibrahim yang tidak kesampaian menduduki kerusi Pendana Menteri lalu mengadakan bantahan umum di Stadium Kelana Jaya pada 8hb Mei. Seolah-olah Pakatan Rakyat membuat pengiktirafan terpilih, bermakna mengiktiraf di peringkat negeri kerana pemimpin-pemimpin mereka dapat duduk kerusi empuk sebagai Menteri Besar atau Ketua Menteri tetapi tidak mengiktiraf keputusan di peringkat pusat kerana Anwar Ibrahim terlepas kerusi Perdana Menteri.

Tiba pula giliran orang-orang Melayu yang menyokong Pakatan Rakyat dalam PRU 13. Perlu diingat, menjadi ahli sesuatu parti dan menyokong ideologi yang dibenarkan dalam undang-undang adalah hak peribadi dan tiada siapa yang melarang. Oleh itu saya tidak mempertikaikan sama ada anda adalah ahli Umno, Pas atau PKR. Tetapi menyokong membuta tuli tanpa mengambil kira faktor-faktor rasional itulah yang menyebabkan kita terjerumus dalam pertelingkahan yang akhirnya merugikan bangsa sendiri.

Cuba kita analisa keputusan PRU 13 yang baru lalu. Orang-orang Melayu telah kembali menyokong Umno. Keputusan bagi PKR yakni dari undi Melayu secara umumnya telah merosot. Begitu juga bagi undi yang diperolehi oleh Pas dari kalangan Melayu juga menurun. Di pantai barat, Kedah kembali kepada Umno / BN. Kemenangan PKR dan Pas dalam kerusi parlimen dan DUN banyak disumbangkan juga oleh DAP. Namun senario sokongan Melayu di pantai timur tehadap Pas lebih mirip kepada semangat keMelayuan dan keugamaan serta dibantu oleh sentimen semasa.

Pemenang mutlak dalam PRU 13 adalah milik DAP. Ia berjaya dalam hampir kesemua kawasan Cina yang ditandinginya. Bagi kawasan-kawasan yang dimenangi oleh calon Umno/BN tetapi mengalami kemerosotan undi juga disebabkan oleh undi Cina menyebelahi PKR atau Pas. Salah satu kawasan yang layak dianalisa ialah parlimen Jempul yang memperlihatkan undi majoriti yang dimenangi oleh Isa Samad jauh menurun. Bukanlah bermakna lawannya seorang artis iaitu Aisyah begitu gah untuk berlawanan dengan Isa Samad, tetapi undi orang-orang Cina terutamanya dari Bahau telah mengundi Pas.

Melihatkan kepada senario politik semasa, keadaan kuasa orang-orang Melayu berada di persimpangan. Orang-orang Cina telah bersatu memberikan undi kepada DAP dan nyaris-nyaris DAP dapat berkuasa. Orang-orang Melayu masih lagi beretorik dan perpecahan disebabkan sentimen yang bukannya asas. Maka orang-orang Cina khususnya DAP telah mengambil kesempatan dari perpecahan orang-orang Melayu untuk menguasai kuasa melalui pilihanraya. Maka apakah kita masih berpolemik dan tidak mahu duduk semeja bagi membincangkan penyatuan Melayu. Kita harus berfikir, kuasa hari ini yang kita kejar dengan mengenepikan perpaduan Melayu akan menjerat anak cucu kita nanti apabila mereka nanti telah tiada hak bersuara lantaran ekonomi dan kuasa politik telah terlepas ke tangan orang.

Kita perlu imbas kembali pertama kali mereka cuba untuk berkuasa menggunakan cara revolusiner bersenjata, kerana waktu itu kuasa ditegakkan melalui senajata. Kali kedua melalui cara mempertikaikan hak di sisi undang-undang iaitu artikel 153 Perlembagaan Persekutuan dan kacau bilau dek kerana memenangi pilihanraya tahun 1969. Kali ketiga melalui pertolongan orang-orang Melayu sendiri yang memomokkan akan ditabalkan menjadi Pendana Menteri serta dihasut dengan kekorupan pentadbiran kerajaan yang berteraskan orang-orang Melayu. Apakah dengan kali keempat nanti Melayu akan merempat di negeri sendiri?

Wahai saudara-saudaraku orang-orang Melayu. Anda mendapat pendidikan di sekolah Melayu, berfikir secara Melayu tetapi tidak menyelami hati nurani orang-orang Cina. Anda cuma berkenalan dan berinteraksi secara fizikal dan bertanya khabar di jalanan sahaja serta berkongsi kepentingan demi kuasa politik kepartian.  Berbanding saya, kalau nak dikatakan pada sesetengah tahap, saya lebih Cina dari Cina. Samalah dengan Sdr Ridhuan Tee Abdullah yang dikatakan lebih Melayu dari Melayu. Saya mendapat pendidikan sejak dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah di sekolah Cina. Tidak cukup setakat itu, saya memperolehi ijazah di negeri China. Kemudiannya bergaul dalam masyarakat Cina sehingga ke hari ini.

Namun tidak disebabkan itu maka saya diCinakan, dan tidak juga saya layu kerana dilahirkan sebagai seorang Melayu. Disebabkan amat arif tentang "keCinaan" itu maka saya lebih menebal dalam "keMelayuan" saya setelah melihat kiri Cina kanan Melayu yang mana kedua-dua roh tersebut berada dalam diri saya. Saya punyai pemikiran yang berada di tengah-tengah. Telah mengambil intipati yang baik dari peradaban Cina untuk diperkayakan dalam minda Melayu saya.




 Pengetahuan dalam bahasa, budaya, sastera, sejarah dan struktur masyarakat Cina sering saya garapkan dalam tulisan-tulisan saya samada yang tersiar di akhbar, majalah, laman FB ataupun Blog, ianya bertujuan untuk memberikan interaktif bahawa kita harus belajar dari mereka. Yang baik kita teladani, yang buruk kita jauhi. Sebab itulah juga saya telah memulakan siri Marilah Bersama Belajar Bahasa Mandarin di dalam blog ini. Agar ia memberi faedah kepada semua, sementelah saya berpegang kepada prinsip bahawa "ilmu perlu dikongsi". 

Namun satu perkara yang saya ingin katakan, orang-orang Cina adalah kaum yang suka mengambil kesempatan atau oportunis. Dalam kamus "oportunis" digambarkan sebagai semata-mata hendak mengambil keuntungan untuk diri sendiri dari kesempatan yang ada tanpa berpegang pada prinsip tertentu  Itu adalah hakiki.

Satu lontaran pertanyaan kepada anda, sanggupkah kita asyik saja "memberi" dan "bertoleransi" ? Madu diberi, tuba dibalas. Diberi betis, hendakkan paha, sudah diberikan paha, apa yang dimahukan lagi ? Kita amat bersetuju dengan tajuk kontroversi dalam akhbar Utusan Malaysia pada 7hb Mei (Selasa) yang lalu iaitu, "Apa lagi Cina mahu ?". Malah Perdana Menteri sendiri mempertahankannya kerana akhbar-akhbar Cina memainkan isu-isu kaum Cina lebih keterlaluan. Tanya diri anda sendiri, sejauh mana anda kenal Cina ?  Bisek pada fikiran yang waras, jangan emosi, anda pasti ketemui jawabannya.


Ditulis oleh : Hisemudin Kasim

09.05.2013

Post a Comment