Thursday, April 11, 2013

Lim Kit Siang Bakal Tersungkur Di Gelang Patah



Hari ini kita telahpun mengetahui tarikh penamaan calon PRU 13 iaitu pada 20hb April manakala pengundian akan diadakan pada 5hb Mei depan. Ini bermakna kita masih punyai 25 hari lagi bagi menentukan kerajaan yang bakal memerintah bagi lima tahun akan datang. Kini tumpuan parti-parti yang bertanding ialah menyiapkan senarai calon-calon yang akan berentap di medan pilihanraya. Selain pemilihan calon-calon, mereka giat menyusun strategi berkempen bagi memenangkan calon masing-masing.


Dalam PRU 13 ini, fokus utama bukanlah kepada Anwar Ibrahim, tetapi kepada Lim Kit Siang yang akan berentap di Gelang Patah. Ura-ura yang akan menentang Lim Kit Siang ialah Menteri Besar Johor, Ghani Othman yang dikatakan akan beralih ke pusat selepas menerajui Johor sejak tahun 1995 hingga sekarang. Apakah Ghani Othman akan jadi Giant Killer bagi menguburkan Lim Kit Siang di Gelang Patah.  Saranan Tun Dr, Mahathir Mohammad bahawa Lim Kit Siang dan Nik Aziz memang patutpun ditamatkan karier politik mereka lantaran sudah terlalu lama berada di pentas politik tetapi masih mahu bertanding lagi.

Sebelum kita menerjah ke profil calon-calon, analisa dan statistik pola pengundian dalam PRU 12 dahulu dan strategi yang bakal digunakan, saya rasa kita ingin tahu lebih lanjut tentang tempat yang dinamakan Gelang Patah.  Apa yang berada di sebalik nama Gelang Patah.

Mitos nama Gelang Patah lebih kurang begini.  Ia dipercayai berasal daripada sebuah peristiwa pada zaman dahulu kala ketika kawasan ini masih lagi sebuah lautan. Pada suatu hari, sebuah kapal layar yang membawa seorang permaisuri yang tidak diketahui asal usulnya dan namanya telah mendarat di sini.  Kemudiannya gelang yang dipakai olehnya telah terjatuh ke dalam lautan. Dia berasa sedih dan menangis sehinggakan obor-obor terdengar sahutan dan tangisan kesedihannya itu.  Dengan kuasa ajaib, obor-obor itu telah menjumpai gelang tersebut dan membawa gelang tersebut kepada permaisuri itu. Malangnya, sebaik sahaja permaisuri itu ingin mencapai gelang  itu   tiba-tiba ianya patah.   Lantas permaisuri kembali bersedih kerana merasakan dia tidak ada rezeki untuk memiliki gelang itu. Dan terlintas di fikirannya untuk menamakan kawasan terjadinya peristiwa yang menyayat hatinya itu dengan nama "Gelang Patah" sebagai tanda ingatan

Di zaman modennya, Gelang Patah satu ketika dulu bukanlah gah seperti sekarang yang termasuk dalam Iskandar Malaysia.  Saya masih mengingati pada tahun 1994, saya telah meredah jalan-jalan tanah dan tar yang kecil dari Taman Perling yang ketika itu dipenuhi dengan pokok-pokok kelapa sawit dan kemudiannya melalui kawasan berbukit yang dipenuhi dengan kebun-kebun getah lalu berakhir di sebuah pekan kecil dinamakan Lima Kedai. Mungkin pekan Lima Kedai ini bermula dari lima buah kedai penempatan orang-orang Cina agaknya.  Saya ke sini adalah kerana tugasan sebagai seorang jurutera awam yang akan membuat tender bagi membina Lebuhraya Linkedua bagi pakej yang bermula dari Taman Perling. Selepas tender diperolehi dari UEM, saya tidak lagi terlibat kerana peranan saya lebih di bahagian kontrak dan tender sahaja.  Pada ketika itu Menteri Besar Johor ialah Muhyidin Yassin, dan selepas pilihanraya tahun 1995, beliau telah beralih ke pusat dan meninggalkan jawatan Menteri Besar kepada Ghani Othman.

 Kini Gelang Patah membangun dengan pesat setelah Lebuhraya Linkedua yang menghubungkan Tuas di Singapura dengan Gelang Patah di Johor telah mencorakkan pembangunan yang pesat di sekelilingnya.  Kali ini semua mata akan tertumpu ke Gelang Patah yang akan dikatakan sebagai ibu pilihanraya ke 13.

Ikon yang akan menjadi perhatian ialah Lim Kit Siang. Perlu diberi perhatian, Lim Kit Siang 72 tahun, adalah anak jati Batu Pahat , Johor tetapi berkelana dalam politik di luar Johor.  Apa ada pada nama Lim Kit Siang ? Dalam tulisan Cina, ianya ditulis 林吉Nama keluarga atau marga atau surname ialah Lim  . Di Malaysia nama keluarga Lim atau Ling adalah satu nama keluarga yang besar dan dipandang tinggi. Antara tokoh-tokoh ternama ialah seperti  Lim Goh Tong, Tun Ling Liong Sik dan ramai lagi. Perkataan Kit Siang bermaksud bertuah, aman damai dan juga melambangkan keharmonian.  Apakah nama Lim Kit Siang akan membawa tuah kepada tuan badannya di Gelang Patah, ianya akan ditentukan oleh lawannya.  Walaupun kita belum mengetahui secara jelas siapa yang menjadi lawan Lim Kit Siang,  namun cakap-cakap politik bagai mengesahkan Menteri Besar Johor, Ghani Othman bakal berentap di sini.

Ghani Othman, 67 tahun, anak kelahiran Muar, Johor. Bekas pensyarah ekonomi di Universiti Malaya (1974-1980) dan kemudiannya sebagai Dekan Fakulti Ekonomi (1980-1984). Dilantik sebagai Senator (1984-1986). Selepas pilihanraya tahun 1986 beliau dilantik sebagai menteri dalam Kabinet Tun Dr. Mahathir Mohammad. Dalam piliharaya tahun 1995, beliau kembali ke Johor dan akhirnya dilantik sebagai Menteri Besar Johor sehinggalah sekarang.

Kita masih menunggu pengumuman rasmi dari PM apakah benar Ghani Othman akan dipertandingkan di Gelang Patah. Tetapi yang pastinya beliau akan berhijrah ke pusat. Sehingga ini belum ada mana-mana bahagian Umno yang secara terang-terangan memberi tawaran kepada beliau untuk bertanding. Johor Bahru mungkin secara tradisinya mencalonkan Shahrir Samad atau calon lain.  Begitu juga Pasir Gudang dengan Khaleed Nordin. Dan tidak mungkin juga kedua-duanya berpindah ke kawasan baru untuk ke Gelang Patah kerana mereka akan menjaga kubu masing-masing. Jadi Ghani Othman terpaksa membina kubunya sendiri yang baru, tawaran yang menanti ialah Gelang Patah walaupun kerusi ini diperuntukkan kepada MCA. Tetapi atas dasar kesepakatan dalam BN dan kelangsungan kerajaan sedia ada serta strategi untuk membunuh karektor lawan, maka pembahagian kerusi dalaman  dirasakan tidak menjadi satu isu yang besar.

Ghani Othman bolehlah diibaratkan sebagai Leftenan Muda Adnan yang berkubu di  Bukit Chandu, Singapura dalam tahun 1942 semasa perang menentang Jepun. Tugas yang digalas oleh Ghani Othman bukan sahaja sebagai perisai Negeri Johor, Parti Barisan Nasional bahkan kerajaan Barisan Nasional di peringkat pusat.  Ia adalah maruah. Ia adalah lambang kuasa. Jika gugurnya Ghani Othman di bumi sendiri, di manakah orang-orang Melayu Johor khasnya nak letak muka. Jadi saya percaya, Ghani Othman akan mendapat sokongan padu daripada orang-orang Melayu Johor khususnya yang berjumlah 33%, kecualilah mereka yang terdiri daripada pembangkang tegar. Tidak lut senjata, walau Melayu tergolek sekalipun tetapi dek fahaman politik yang menebal, maka roket juga akan dipangkah !

Dalam satu analisa berita yang saya baca baru-baru ini menyatakan, apabila saja Lit Kit Siang diisytiharkan sebagai calon di Gelang Patah, masyarakat Cina menunjukkan isyarat berbelah-bagi tetapi masih banyak yang menyokong Lim Kit Siang. Namun demikian, apabila diuar-uarkan bahawa Ghani Othman akan bertanding di situ menentang Lim Kit Siang, maka rating Lim Kit Siang telah jatuh mendadak. Apakah ini memberi indikasi yang positif terhadap Ghani Othman ? Kita tunggu jumlahnya nanti di peti undi.

Sokongan yang diperlukan oleh Ghani Othman adalah dari masyarakat Cina yang mendominasi pengundi sejumlah 54%. Namun tidak dinafikan juga dari kalangan masyarakat India sebanyak 12%, walaupun jumlahnya agak kecil. Tetapi ia amat penting. Jika dikekalkan momentum sokongan masyarakat Cina dalam PRU 12 dahulu dan ditambah dengan sokongan baru dan yang atas pagar serta ikon Ghani Othman sendiri serta membawa imej Najib ke Gelang Patah, saya percaya Lim Kit Siang terpaksa menggali kuburnya di Gelang Patah !

Dalam kawasan P162 Gelang Patah terdapat dua DUN iaitu N 48 Skudai yang dimenangi oleh Boo Cheng Hau dari DAP yang memperolehi majoriti 12,854 undi. Manakala N49 Nusajaya dimenangi oleh Aziz Sapian dengan kelebihan undi sebanyak 7,384. Manakala P162 Gelang Patah dimenangi oleh Tan Ah Eng dari BN dengan majoriti 8,851 undi dengan mengalahkan calon PKR, Dr Zaleha Mustafa.

Bagi pecahan kerusi parlimen yang berjaya dimenangi berbanding yang dipertandingkan adalah seperti berikut : BN 25/26, Pas 0/10, DAP 1/6, PKR 0/8, PRM 0/1.  Sudah jelas lagi bersuluh, dalam suasana tsunami politik tahun 2008 pimpinan Pak Lah, BN masih cemerlang di Johor, inikan pula ketika BN berada di puncak di zaman Najib. Apakah Lim Kit Siang sudah bersedia menghulurkan leher untuk dipancung ?

Dalam satu ceramah di tempat kelahirannya di Batu Pahat yang dihadiri oleh ribuan rakyat Johor baru-baru ini, Lim Kit Siang telah bercakap dalam bahasa Hokkien, Kalau Ghani hendak bertanding di Gelang Patah, saya tak akan undur ! Kita bukan kiasu ! Kita bukan kiasi (takut mati). Su jiu su, si jiu si  (kalah, kalahlah, mati, matilah) ! Ini bermakna Lim Kit Siang telah membuat perhitungan yang ditafsirkan paling kritikal, menang di Gelang Patah bermakna ia hidup, jika kalah bermakna terkuburlah karier politiknya.

Namun demikian Lim Kit Siang telah tersalah perhitungan !

Kembalinya Lim Kit Siang ke negeri tumpah darahnya tidak disambut oleh kebanyakan rakyat Johor. Kerana selama ini beliau berkelana berpolitik di Melaka, Selangor, Perak dan Pulau Pinang.  Beliau tidak mempunyai kubu sendiri untuk dipertahankan dan asyik berpindah-randah selepas dua penggal di sesuatu tempat. Tidak ada kubu bermakna tidak punyai grass-root, yang mengundinya adalah penyokong yang bersimpati dengan perjuangannya saja tetapi tidak dapat mengharapkan beliau untuk berkhidmat dengan pengundi-pengundinya.

 Apakah apabila tinggal hujung-hujung nadi baru mahu kembali memohon suaka di negeri kelahiran sendiri. Apa akan jadi jika diberi mandat untuk sepenggal atau dua penggal, sedangkan umur semakin meningkat dan kuderat semakin berkurangan. Tambahan pula Gelang Patah kini berada dalam Iskandar Malaysia yang tidak memerlukan sentuhannya. Sedangkan rakyat tempatan mahukan wakil rakyat yang selari pendirian politiknya dengan kerajaan negeri dan pusat. Maka bolehlah diterjah dalam benak pengundi di sini bahawa kehadirannya dianggap menyampah.  

Malapetaka yang menanti Lim Kit Siang di Gelang Patah juga diiringi dengan krisis yang tak berpenghujung di dalam Pakatan Rakyat. Bermula dengan krisis counting error dalam CEC yang memperlihatkan seorang Melayu celup dilantik sebagai AJK pusat. Rentetan itu pula berlaku ketidakpuasan hati akar umbi terhadap perjalanan persidangan. Mutakhir ialah kemungkinan ROS akan membatalkan pendaftaran DAP maka dengan itu Lim Kit Siang telah siang-siang lagi mencadangkan agar dibenarkan menggunakan lambang PKR atau Pas dalam PRU 13 nanti. Samada ianya betul-betul berlaku atau tidak, sesungguhnya ia telah mengocak kredibiliti dan kepercayaan rakyat terhadap sistem pemilihan DAP sendiri, apatah lagi jika ingin mencorakkan sistem pentadbiran negara. Untuk memilih lebih kurang 20 orang ahli CEC pun tak dapat nak diuruskan, manakan pula nak ajar SPR supaya membuat pemilihan yang lebih bersih seperti yang mereka tuntut dalam BERSIH.

Namun demikian, kesalahan anak bapak, iaitu Lim Guan Eng yang cuba mendapatkan laba politik yang lebih dari penganut Kristian terutamanya di Sabah dan Sarawak dengan mengusulkan kepada kerajaan agar penggunaan kalimah Allah dibenarkan dalam Bible berbahasa Melayu. Ini diibaratkan senjata makan tuan. Hadi Awang yang termakan senjata lalu termasuk dalam perangkap DAP yang akhirnya susah untuk keluar. PKR juga tumpang sekaki dengan Anwar Ibrahim mempertahankan kenyataan bersama oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat. Akhirnya DAP, PKR dan Pas terpaksa menangung kerosakan parti yang bukan sedikit.  

Realiti politik ialah kerusi. Ada kerusi ada kuasa. Untuk dapatkan kerusi mesti ada perebutan. Ini diterjemahkan dalam suasana pemilihan dan pembahagian kerusi untuk dipertandingankan dalam PRU 13.  Dalam BN ia dijalankan sejak sekian lama oleh gabungan 14 buah parti kompenan. Kalau berkocakpun air dalam cawan, ianya tak melimpah. Mungkin dalam PRU 12 dahulu terdapat ahli-ahli parti kompenan yang lebih tinggi suara dari Pak Lah dan dalam Umno sendiri telah berlaku ribut kecil. Akhirnya ia diterjemahkan dalam peti undi. Apa dah jadi ? Sendiri tahu sudahlah !

Kegawatan dalam perebutan kerusi di kalangan Pakatan Rakyat semakin parah. Dikatakan banyak tempat akan berlaku pertembungan tiga penjuru dimana ada pemimpin Pas, DAP atau PKR yang akan menjadi calon bebas bagi menunjukkan rasa protes. Ini baru nak buat pembahagian kerusi sebelum pertandingan dalam pilihanraya, apakah mereka juga akan turut bertelagah selepas diberi mandat untuk memerintah negara ? Minta disimpangkan Malaikat agar ianya tak akan terjadi.

 Kekecohan yang paling menonjol ialah bagi kerusi Gelang Patah. Chua Jui Meng yang berkerat rotan dengan MCA lalu melompat ke dalam PKR. Inginkan suasana yang lebih baik, tetapi bala yang mendatang. Jui Meng dikatakan telah mendekati masyarakat Gelang Patah dengan harapan akan dicalonkan, malah telah mengisytiharkan awal-awal lagi bahawa beliau akan bertanding di sini. Tuk tuk, Anwar datang ke Gelang Patah dengan membawa Lim Kit Siang lalu mengisytiharkan Lim Kit Siang bakal bertanding di sini. Jui Meng gigit jari ! Merajuk lalu tak nampak batang hidung selama tiga minggu. Akhirnya akur akan masih setia dengan PKR tetapi katanya,saya masih tak ada sarang lagi”. Sehari dua ni diberitakan Jui Meng dikehendaki bertanding di Segamat menentang S, Subramaniam. Walaupun berkecil hati tetapi terpaksa akur dalam pemberontakan.

Laporan terbaru yang mengejutkan arena politik negara ialah apabila tiga pemimpin kanan DAP Johor meletak jawatan sebagai ahli jawatankuasa pilihan raya parti negeri ! Mereka ialah Pengerusi DAP Johor, Boo Cheng Hau; Timbalan, Norman Fernandez dan Setiausaha DAP negeri Tan Chen Choon.

 Perletakkan jawatan 3 potfolio paling penting dalam parti DAP itu sekali gus akan melumpuhkan jentera pilihanraya DAP di Johor. Yang menjadi perbualan hangat sekarang ialah perletakkan jawatan tersebut dikaitkan dengan campur tangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan  Lim Guan Eng dalam pemilihan calon di Johor.

Jika kita katakan pilihanraya Gelang Patah adalah ibu pilihanraya yang memperlihatkan kepincangan dalaman DAP serta pertelingkahannya dengan PKR, maka apakah ia tidak akan berlaku di lain-lain tempat. Jika kepala dah bengkuk, maka apakah badan akan kekal lurus. Jika kepala dah nak dipancung, apakah badan yang lain tidak lunyai dibantai.

Juga melihatkan sambutan ceramah Lim Kit Siang di hari pertama di Gelang Patah seperti yang disiarkan di akhbar baru-baru ini, kehadiran orang-ramai adalah amat menyedihkan. Mungkin pantun yang lucu dan penuh sindiran ini dapat menggambarkan ceramah si apek kuda tua Lim Kit Siang :

Kelusi manyak olang tatak manyak,
Dali dulu olang sulah tahu,
PRU 13 mutut-mutut lanyak,
Naik mulan loket yatuh mata mengkak satu.

PRU 13 mutut-mutut lanyak,
Naik mulan loket yatuh mata mengkak satu,
Lim Kit Siang sana sini buat tai minyak,
Latang Gelang Patah mau cali kubu balu.

Lim Kit Siang sana sini buat tai minyak,
Latang Gelang Patah mau cali kubu balu,
Sini olang sulah cakap kita tak nak !
Sepuluh kali cakap juga kepala batu.

Sini olang sulah cakap kita tak nak !
Sepuluh kali cakap juga kepala batu,
Tak mau nengar nanti mutut-mutut lanyak,
Sulah pekak telinga batu balu mau tahu.

Tak mau nengar nanti mutut-mutut lanyak,
Sulah pekak telinga batu balu mau tahu,
Diam-diam jangan cakap manyak-manyak,
Gelang Patah kasi kubur dalam PRU.


Ditulis oleh : Hisemudin Kasim
11.04.2013





Post a Comment