Penulis Blog ini, Hisemudin Kasim juga merupakan Pengarang Bahasa Mandarin. Menerbitkan DVD Asas Belajar Bahasa Mandarin

Klik sini http://www.ebookmandarin.com/ untuk mendapatkan keterangan lanjut
”smile”/
Terdapat 8 keping DVD
Dengan 80 bab pelajaran
Harga RM90.00

Monday, April 29, 2013

PRU 13 : Satu analisa dan meramal keputusan awal pilihanraya

Anda boleh "SHARE" artikel ini kepada rakan-rakan Facebook anda
Klik "Send" terus ke kotak mesej Facebook rakan anda


Mungkin masih terlalu awal untuk merumuskan parti manakah yang akan menguasai kerajaan pasca PRU 13 nanti, begitu juga kita tidak dapat menjangkau apa yang terdetik di hati para pengundi. Kerana masa meraih undi dengan pelbagai aktiviti-aktiviti ceramah masih rancak lagi dijalankan. Undi mungkin akan beralih dalam sekelip mata dek kerana emosi dan tanpa penerangan yang secukupnya  atau mungkin ianya juga telah dibuat ketetapan di hati walau apa pun perubahan keadaan sekeliling ataupun pertimbangan rasional yang menjadi pilihan berdasarkan fakta-fakta dan realiti semasa.

Waktu berkempen sebenarnya telah lama bertahun-tahun, tanpa ada titik nokhtah. Namun demikian, sejak PRU 12 yang lalu, telah ditetapkan waktu berkempen hendaklah ditamatkan sehari lebih awal. Maka para pengundi mempunyai masa bertenang sehari untuk membuat pertimbangan yang rasional.  Pada keesokan harinya barulah memangkah parti dan calon yang benar-benar pada dirinya akan memberikan sesuatu yang baik untuk diri, keluarga, masyarakat dan negara. Jangan salah pilih, jika tidak merana 5 tahun !

Dalam Bicara Politik Menjelang PRU 13 siri ke 10 kali ini, ia dianggap hampir klimaks dalam penulisan siri ini. Jadi ia harus ada kesimpulan, sementelah hari mengundi masih ada 5 hari lagi, maka saya menganggap tulisan ini bolehlah dikatakan sebagai check list dan juga untuk mengetahui kekuatan sendiri dan apa pula strategi lawan. Seperti dalam pertandingan larian 4x400 meter, kini ia berada pada pelari yang ke 4 dan akan menghabiskan larian 100 meter. Pelari yang mempunyai daya pecutan yang paling laju sudah pasti akan jadi pemenang pertama. Dalam pilihanraya, pemenang pertama saja dikira pemenang, tiada pemenang kedua, ketiga dan seterusnya. Mereka digelar orang yang kalah !

Dalam PRU, kemenangan mutlak adalah kemenangan parti dan bukannya kemenangan individu yang bergelar YB. Perlu dingat YB bermakna Yang Bekerja didahulukan, Yang Berhormat dikemudiankan. Ia patut dijadikan slogan bagi setiap individu yang bergelar YB. Jika diterbalikan maka itulah yang berlaku pada mana-mana YB yang selalu tunjuk eksyen pada pengundi tapi tak tahu buat kerja, akhirnya ditolak sebelum pencalonan oleh parti atau ditidakkan oleh pengundi di peti undi.

Mengikut kajian, terdapat tiga pola bentuk mengundi oleh rakyat Malaysia. Pertama, yang memilih parti dari segalanya. Kerana mengikut perlembagaan kita, DYMM Di Pertuan Agong dan raja-raja bagi negeri-negeri  akan memberi perkenan kepada parti yang mendapat majoriti bagi membentuk kerajaan. Oleh itu calon-calon yang walaupun tidak disukainya  tetapi mendahulukan parti maka ia akan mengundi calon tersebut.  Bagi mereka yang mengundi berpandukan pegangan dan fahaman masing-masing serta mengikut kaum juga dikategorikan dalam golongan ini.

Kedua, yang memilih calon berbanding parti. Ini biasa bersifat lokaliti. Mungkin calon tersebut mempunyai karisma tersendiri atau calon favourite yang amat disenangi dan disayangi oleh pengundi. Maka jika calon tersebut bertanding atas tiket bebas sekalipun yang mungkin disebabkan disingkirkan oleh parti sendiri ataupun tidak tercalon, maka ia juga akan berjaya memenangi kerusi. Namun ianya tidak menjadi trend di Malaysia kecuali sesekali terutamanya di Sabah dan Sarawak.  

Mata akan terarah ke Pasir Mas di mana Ibrahim Ali akan bertanding sebagai calon bebas menentang Nik Abduh, anak Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz. Ini berlaku kerana calon BN, Che Johan telah memberikan laluan kepada Ibrahim Ali walaupun telah berada di bilik penamaan calon tetapi mengambil keputusan drastik menarik diri. Ini memandangkan Ibrahim Ali memang calon favourite dan tidak mahu berlaku perpecahan undi yang akan mengakibatkan calon Pas memenanginya. Ibrahim Ali dijangka akan mengulangi kejayaan memenangi kerusi parlimen Pasir Mas.

Kes pembelotan parti kerana tidak tercalon sebagai calon parlimen membawa kepada pencalonan diri sendiri sebagai calon bebas oleh Kamila Ibrahim, bekas Naib Ketua Wanita Umno Malaysia untuk bertanding di parlimen Kuala Kangsar. Pada pengamatan ramai, Kamilia sudah pasti akan hanyut bersama labu sayung di Sungai Perak tepian Kuala Kangsar ! Ini memandangkan Kuala Kangsar adalah kubu kuat Umno dan bekas penyandangnya ialah  Rafidah Aziz.  

Ketiga, yang mengundi berpandukan check & balance dalam situasi politik semasa. Biasanya mereka ini adalah golongan berpendidikan dan atas pagar. Mungkin mereka berpendapat tidak boleh sesebuah kerajaan itu dibiarkan terlalu kuat tanpa mempunyai satu suara oposisi yang akan menjadi mata dan telinga rakyat. Maka dalam keadaan ini, yang terjadi mungkin di peringkat parlimen memilih calon yang pro kerajaan tetapi di peringkat DUN memilih calon yang pro pembangkang. Ataupun sebaliknya.

Dalam masa yang sama, kita mungkin akan dikejutkan dengan keputusan PRU nanti yang melihat pola ini mungkin terjadi. Jangan terkejut jika ada mana-mana calon BN terutamanya di kawasan majoriti Melayu akan kalah di peringkat parlimen tetapi menang di peringkat DUN, ataupun sebaliknya. Apa yang kita dengari dari sesetengah risikan mengatakan, calon si polan-si polan telah lama sangat berada sebagai YB, terutamanya sebagai ADUN. Oleh kerana inginkan sangat sebagai YB di peringkat parlimen, maka terpaksa mencantas yang lain untuk dicalonkan. Walaupun diberi keizinan bertanding tetapi penolakan terhadap calon oleh pengundi maka ia akan dikalahkan ! 

Antara isu-isu semasa yang banyak melingkari politik nasional hari ini ialah masalah yang diterbitkan dari pihak pembangkang berbanding dengan kerajaan. Tidak seperti dalam PRU 12 yang lalu, pihak kerajaan dilihat berada di kedudukan tertekan dengan pentadbiran Pak Lah dilihat tidak bermaya bagi menepis segala asakan pembangkang. Yang akhirnya berlakulah Tsunami politik yang menyaksikan Barisan Nasional kehilangan majoriti di parlimen dan hilang lima negeri ke tangan pembangkang.

Namun demikian, dalam PRU 13 ini tidak banyak isu yang boleh dikaitkan dengan kerajaan melainkan isu basi yang digoreng semula. Tidak habis-habis cerita korupsi dan penyelewengan dana yang tidak tentu hujung pangkalnya.

Sebaliknya di pihak pembangkang, satu demi satu krisis dan pertelagahan dipentaskan kepada umum. Strategi untuk mengubah persepsi rakyat melalui perang siber yang digunakan dalam PRU 12 dahulu tidak menjadi kerana para blogger telah berada di pihak kerajaan.

Pengumunan Manifesto Pakatan Rakyat Terlalu Awal Adalah Satu Kesilapan 

Salah percaturan dan salah timing, itulah yang dapat kita ungkapkan dengan tarikh pelancaran Manifesto Pakatan Rakyat yang berlangsung di SACC, Shah Alam pada 25hb Febuari yang lalu sempena Konvensyen Pakatan yang dihadiri oleh para pemimpin tertinggi parti. Manifesto ini dibentangkan oleh Pengarah Stategi PKR, Rafizi Ramli, seorang anak muda yang agak agresif tetapi masih mentah dalam sepak terajang politik serta belum teruji di peti undi.

Saya tidak bercadang untuk mengulas tentang apa yang terkandung dalam manifesto tersebut yang pada anggapan sesetengah rakyat Selangor, “Manifesto itu bukan janji”, tetapi persoalannya ialah “timing” tidak betul. Pada anggapan PR bahawa Perdana Menteri akan mengumuman pembubaran parlimen sebaik sahaja selepas Tahun Baru China. Maka mereka akan mengepalai pertempuran dalam PRU dengan mendahulukan pelancaran manifesto. Harapkan selepas pelancaran itu maka gendang PRU akan dipalu, secara tidak langsung manifesto PR akan menjadi bualan dan dihangatkan di mana-mana. Percaturan PR nampaknya meleset ! Perdana Menteri tidak mengumumkan pembubaran parlimen sehinggalah pada 23hb Mac yang lalu. 

Maka dari tarikh pelancaran manifesto PR sehingga tarikh pembubaran parlimen atau dengan lebih spesifik sebagai perbandingan “apple to apple” ialah tarikh pelancaran Aku Janji Barisan Nasional oleh Perdana Menteri pada 6hb April yang lalu di Stadium Tertutup Bukit Jalil.  Maka ruang waktu antara keduanya, PR tidak banyak boleh mengaitkan janji-janji manifestonya dan secara tidak langsung manifesto PR telah membeku di peti sejuk. Harapkan panas membahang tetapi kesejukan yang mendatang. Berlainan pula dengan pelancaran manifesto BN yang lebih dimengertikan sebagai “Aku Janji” dibuat selepas pembubaran parlimen, maka ia terus-menerus dihangatkan sehinggalah ke tarikh pengundian.

Selain daripada timing tak betul, manifesto PR yang dirangka oleh sekumpulan “young ciku” yang diketuai oleh Rafizi Ramli sendiri, telah menjadi bahan gurauan dan krikitan yang amat panas di warung-warung kopi, akhbar-akhbar, televisyen, Facebook dan juga blog-blog dalam durasi yang agak lama juga. Bukan yang terbaik dipaparkan tetapi kandungannya yang agak dangkal dan tidak realistik. Ini menggambarkan mereka yang terlibat dalam merangka manifesto itu adalah dari kalangan yang belum pernah mentadbir negara.  

Yang peliknya para blogger pro PR atau mereka yang sendiri terlibat dalam kepartian dalam PR tidak banyak membuat “self defence” atau “counter attact” bagi membetulkan presepsi tersebut. Maka ia menjadi “senjata makan tuan” sebelum peluru dimuntahkan dalam PRU !

Apakah manifesto PR harus dijadikan janji apabila berjaya memperolehi Putrajaya nanti ? Jika betul seperti dikata, apakah negara akan lebih baik atau terjerumus ke dalam kancah kebangkrapan lantaran lebuhraya tol free, PTPTN tak payah bayar balik dan beberapa jenis gula-gulaan yang tidak realistik dari sudut ekonomi. Namun tidak dinyatakan dari mana pula sumber wang untuk membiayai “lompong” itu.  Ia hanya satu andaian yang tidak berpijak di bumi nyata. Apakah ianya juga satu “janji yang tak perlu ditunaikan”.

Sedangkan dalam pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang sekalipun tidak mampu untuk menghapuskan tol Sungai Nyior dalam kawasan Parlimen Bagan yang mana Lim Guan Eng sendiri adalah ahli parlimennya yang masih  dikenakan tol 50 sen, inikan pula bagi memansuhkan tol Lebuhraya Utara Selatan, Lebuhraya Timur Barat dan semua lebuhraya lain di Malaysia. Seseorang yang separuh rasional sekalipun akan bertepuk dahi, betul ke begitu ? Belumpun reda isu tol, Lim Guan Eng timbul dengan idea untuk membina  terowong Pulau Pinang yang bakal dikenakan tol pulak ? Apakah ini tidak kelakar ?


Perhatian ! Ini adalah iklan :
Saya telah menulis mengenai teori pembinaan terowong Pulau Pinang dari sudut teknikal, di mana saya sendiri pernah terlibat sebagai seorang jurutera awam dalam pembinaan terowong di tempat lain. Klik sini 



Kekalutan dalam pembahagian kerusi dalam Pakatan Rakyat

Anwar Ibrahim dan Azmin Ali sejak beberapa bulan dahulu telah mendabik dada bahawa Pakatan Rakyat telah habis membuat pembahagian kerusi di mana katanya 90% telah dapat diselesaikan, hanya yang tinggal 10% dalam pertikaian. Ia bukan sahaja melibatkan DAP, PKR dan Pas serta sekutu tidak rasminya iaitu PSM serta yang melibatkan parti-parti tempatan pembangkang di Sabah dan Sarawak. Namun demikian, sehingga di saat-saat akhir sebelum hari penamaan calon masih lagi bertekak.

Akhirnya Pas dan PKR terpaksa bertembung di enam kerusi DUN dan satu kerusi parlimen. Ini tidak termasuk pertikaian antara PSM dan Pas serta PKR dan PSM bagi merebut kerusi DUN Kota Damansara dan Semenyih. Walaupun akhirnya terdapat beberapa kerusi yang calonnya menarik diri sebagai kompromi parti selepas penamaan calon, tetapi ia menampakkan kerakusan setiap parti dalam Pakatan Rakyat bagi menambah kerusi masing-masing serta mencurigai rakan parti lain.

Pada khalayak ramai berpendapat, belumpun mendapat kuasa di Putrajaya sudah berebut kerusi antara sama sendiri untuk menjadi calon, apakah tidak akan ada pertelingkahan dalam pembahagian portfolio kementerian jika benar-benar diberikan peluang ?  Ini tidak terjadi kepada Barisan Nasional yang mempunyai 14 buah parti komponen tetapi telah membuat agihan yang lancar, bahkan telah memecah tradisi dengan mengumumkan calon-calon lebih awal daripada biasa.

Habis madu sepah dibuang

Kita digegarkan dengan demostrasi dalam siri BERSIH di Kuala Lumpur serta beberapa tempat di seluruh negara bahkan ada yang membuat bantahan yang serupa di Mekah serta Kota London. Siapa yang agak menonjol di barisan hadapan dalam BERSIH ? Kita amat kenal dengan nama S. Ambiga. Selepas “jasanya” diperah untuk mengepalai BERSIH yang dikatakan anjuran NGO tetapi di belakangnya ialah Pakatan Rakyat. Namun nama Ambiga tidak tersenarai dalam mana-mana NGO yang dicalonkan bagi kerusi parlimen ataupun DUN dalam PRU 13 ini. Bahkan dikatakan Ambiga merajuk kerana diketepikan, cuma membuat penampilan yang kecil di sana sini bagi merawat hati yang rajuk.  Ia tidak sama dengan peluang yang diberikan kepada Tenaganita melalui Irene Fernandez dalam PRU ke 11 tahun 2004 dahulu.

Begitu juga di mana perginya sastrawan negara  A.  Samad Said ketika negara dalam rancak berkempen. Apakah A. Samad Said dilesukan dalam “Sungai Mengalir Lesu”. Ketika BERSIH beliaulah diheret ke sana sini, bahkan orang tua ini dijadikan ikon orang seni dalam bantahan politik. Tetapi akhirnya yang diangkat ialah bukan sastrawan yang membina minda bangsa tetapi artis yang terkinja-kinja di pentas sebagai calon. Aisyah yang popular dengan Janji Manismu bertanding di Jempul melawan Isa Samad dan Dayangku Intan di Pengerang melawan Azalina Othman Said. 

Bukanlah kita berhajat sangat agar A. Samad Said diketengahkan sebagai calon, bahkan beliau sendiri mungkin tidak berniat demikian, namun yang menjadi mushkil ialah tidak nampak sangat “jasanya” dalam BERSIH diangkat dalam PRU oleh Pakatan Rakyat. Mereka telah merompak hasilnya lalu membiarkan dia di tepi jalan ! Kesian, itulah nasib seorang sastrawan negara yang tersalah pilih jalan. Apakah kita juga mahu tersalah pilih ? Tepuk dada tanya akal !

 Apakah ini dinamakan habis madu sepah dibuang ? Siapa menggunakan siapa ? Siapa dikuda dan siapa duduk berkuda ? Apakah ini telatah Pakatan Rakyat ? Jika mereka sanggup mengenepikan “ikon” yang mereka sanjungkan dalam BERSIH maka jika dapat memerintah nanti, apakah “rakyat” akan mendapat pembelaan ?

Pertembungan maut Lim Kit Siang Lwn Ghani Othman, Anwar Ibrahim Lwn Mazlan Ismail, Zulkifli Noordin Lwn Khalid Samad

Lim Kit Siang turun ke Johor mahu cari kubu baru ! Setelah kubu lamanya yang berselerak dari Bandar Melaka, Kota Melaka, Petaling Jaya, Tanjung, Ipoh Timur semuanya tak lekat lama. Apakah di hujung usia karier politiknya ingin mencari suaka di negeri kelahirannya ?  Yang menjaga kubu di Gelang Patah ialah tuannya sendiri iaitu Ghani Othman.  Apakah orang Johor khususnya orang-orang Melayu Johor yang memang kuat sentimen menjunjung pemimpin serta di mana Umno dilahirkan di Istana Johor dan dikatakan sebagai kubu kuat Umno  rela melihat tuannya gugur di bumi sendiri ? Biar berputih tulang, jangan berputih mata ! Sebenarnya Lim Kit Siang telah tersalah percaturan, yang sedia menunggu ialah kuburnya di Gelang Patah !

Karier Anwar Ibrahim mungkin akan bertukar sebagai pensyarah seperti yang diuar-uarkan olehnya sendiri. Memandangkan yang akan merobek kerusi Permatang Pauh ini walaupun anak jati Permatang Pauh yang merupakan muka baru tetapi ia harapan parti dan penduduk Permatang Pauh sendiri. Dengan berbekalkan kelulusan akademik PhD dan ketokohannya dalam korporat GLC di TNB, ia menjadi igauan Anwar Ibrahim. Ini ditambah latar belakang Mazlan sebagai bekas Naib Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang dan pernah menjadi Pengarah Pilihanraya Pas bagi tahun 1999 dan 2004. Jika Anwar menang sekalipun ia hanyalah cukup makan sahaja. Tetapi jika Mazlan menang, ia satu sejarah kejatuhan pembangkang dan beliau dianggap sebagai giant killer !

Keputusan meletakkan Zulkifli Noordin sebagai calon BN di Shah Alam walaupun beliau tidak menganggotai mana-mana parti Barisan Nasional, namun ketokohan beliau sebagai ahli parlimen PKR yang kemudiannya menjadi anggota bebas tetapi menyokong BN telah menjadikan beliau satu aset besar untuk menumbangkan penyandang kerusi dari Pas iaitu Khalid Samad. Tambahan pula Naib Presiden Perkasa ini mendapat dokongan padu daripada penduduk Melayu yang menjadi majoriti pengundi Shah Alam. Daripada risikan yang didengari memang Khalid Samad dah kecut perut.

Jika Lim Kit Siang terkubur di Gelang Patah, Anwar Ibrahim Pauh melayang dan Khalid Samad tersungkur di Shah Alam, maka di tempat-tempat lain bolehlah dikira menuai hasil padi menguning !

Pertentangan dasar parti menimbulkan kecelaruan hala-tuju Pakatan Rakyat

DAP masih menebal dengan Malaysian Malaysia ala sosialis. Didokongi oleh ahli-ahli, pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong yang majoritinya dari keturunan Cina walaupun terdapat juga sedikit dari kalangan India dan Melayu. Susah untuk mengatakan kesepakatan mereka dalam Pakatan Rakyat demi satu Malaysia yang adil dan saksama. Mereka inginkan kesamarataan dalam hak dari segi undang-undang seperti peribumi tetapi tidak mahu memberikan hak kek ekonomi untuk diberikan samarata kepada orang lain. Itulah DAP.

Pas yang diasaskan sebagai parti yang bertunjangkan Islam tetapi telah melalui pengubahsuaian bagi menerima fahaman sekular dan sosialis serta pluralisme ugama yang diterapkan oleh rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat. Namun demikian  ia mendapat tentangan dari sebahagian ulama dan pucuk pimpinannya sendiri serta akar umbi yang mahukan Pas kembali kepada asal. Lantaran itu Pas dalam dilemma krisis jati diri samada ingin terus mengikat dengan PKR dan DAP untuk terus berada dalam Pakatan Rakyat atau keluar sendiri seperti yang dahulunya.

Pas telah rosak kredibilitinya terutama selepas Hadi Awang bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam. Walaupun telah buat U turn tetapi ia tidak berhenti di situ. Bahananya ditanggung oleh Pas bukan sedikit.

PKR adalah sebuah parti yang tidak bertunjangkan apa-apa ideologi atau keugamaan maka ia mudah untuk menerima apa jua fahaman yang berbentuk duniawi. Maka ia berbentuk pluralism dalam keahlian parti yang pelbagai bangsa, ugama dan fahaman hidup yang mirip human right seperti mengiakan LGBT, transgender dan lain-lain. Dalam politik ia pada asalnya ialah untuk mengangkat kembali Anwar Ibrahim yang dikatakan dianiaya oleh Umno khususnya Tun Dr. Mahathir. Seterusnya Gerakan Reformasi  dan yang akhirnya menonjolkan Anwar Ibrahim sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia.

Semasa DAP menghadapi krisis dan saat-saat genting dua hari sebelum hari penamaan calon disebabkan surat dari ROS yang telah disalahertikan oleh DAP sendiri, ia telah memohon Pas dan PKR agar membenarkan penggunaan logo mereka untuk calon-calon DAP. Pas telah mendabik dada mengatakan DAP telah lebih Islamik, dan dikhabarkan DAP telah bersetuju jika Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya maka Hadi Awang bakal dilantik sebagai Perdana Menteri dan bukannya Anwar Ibrahim.

Namun seperti melepaskan anjing tersepit atau si kerbau melepaskan buaya yang dihempap batang pokok seperti yang pernah kita baca dalam cerita rakyat, DAP tidak pernahpun berterimakasih kepada PAS yang mana setiap calon DAP di Semenanjung juga telah diberikan watikah PAS sebagai pelan kecemasan sekiranya logo roket tidak boleh digunakan dalam PRU 13. Selepas sahaja DAP melepasi halangan itu, Karpal Singh telah menyanggah Pas bahawa tujuan mereka meminta kebenaran dari Pas bagi penggunaan logo Pas dalam PRU bukanlah bermakna DAP menyokong dasar-dasar Pas terutamanya dalam isu hukum hudud. Ia diperkuatkan lagi dengan kenyataan Lim Kit Siang yang menyokong Karpal.

Dalam kekalutan itu Ustaz Haron Din telah bersuara, jika begini Pas akan terus kepada asal penubuhannya iaitu mengikut hukum hudud. Dan Pas lebih rela keluar Pakatan. Pas terasa telah dimainkan oleh sekutunya sendiri. Apatah lagi Karpal memang dari dulunya tidak pernah menyetujui hasrat Pas itu dan pendirianya tetap konsten. Karpal Singh tidak berhenti di situ sahaja, bahkan telah mencabar agar “bakal Perdana Menteri”, Anwar Ibrahim menyatakan pendirian PKR dalam isu ini. Sehingga hari ini Anwar masih membisu ! Jawab mati anak, tak jawab mati bapak !

Peluru sudah meledak, cuma bagaimana Anwar nak taici. Dalam kekalutan yang menyelubungi Pakatan Rakyat di saat-saat menghadapi separuh masa kempen pilihanraya, kita pening kepala, jika benarlah Pakatan Rakyat diberi mandat untuk ke Putrajaya, bagaimana agaknya halu-tuju negara di masa hadapan ?

Peluang BN untuk merampas Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor

Hanya Datuk Mustapa Mohamed sahaja dari kalangan pemimpin BN yang bertanding dalam dua kerusi. Di peringkat parlimen Tuk Pa mempertahankan kerusi Jeli, manakala DUN menerjah ke Air Lanas. Gelombang Merah dikatakan mampu untuk merobek Pas Kelantan dan membawa Kelantan ke pangkuan Barisan Nasional. Tuk Pa disediakan sebagai bakal Menteri Besar Kelantan yang baru menggantikan Nik Aziz. Yang penting suasana “cah keting” di Kelantan tidak berlaku lagi.

Di Kedah sudah pasti Datuk Azizan mengucapkan selamat tinggal kepada kerusi Menteri Besar. Yang bakal duduk di sana ialah Mukhriz Mahathir. Tun Dr. Mahathir Mohammad dilihat begitu bersemangat berada di belakang BN dengan berkempen di seluruh negara dan sudah tentu menjadi impak yang cukup kuat bagi menawan Kedah. Ini tidak berlaku semasa PRU 12 dahulu kerana Pak Lah “bermasam muka” dengan Tun.

Pulau Pinang sukar untuk diramal kerana pengaruh DAP yang kuat di kalangan kaum Cina. Di kawasan Melayu, Umno dijangka menambah kerusi dan Pas tidak akan diberi peluang untuk bertapak. Melihatkan parti-parti Cina, MCA dan Gerakan yang semakin agresif maka dijangka kerusi BN akan bertambah. Secara tidak langsung, jika sekalipun DAP masih dapat mencengkam Pulau Pinang, pada pendapat saya ia adalah sebuah kerajaan tergantung, yakni sebuah kerajaan yang lemah dengan majoriti kerusi yang tipis. Jika sebaliknya berlaku pada Barisan Nasional, keadaan yang sama mungkin berlaku. Bolehlah dikatakan 50:50.

Kita gembira kerana Selangor dijangka kembali diperintah oleh kerajaan Barisan Nasional. Bagi mereka yang tinggal di Selangor telah merasai betapa dalam lima tahun di bawah pentadbiran Khalid Ibrahim yang kononnya bekas tokoh korporat tetapi tidak berupaya menterjemahkannya dalam pentadbirannya. Malah Anwar Ibrahim yang menjadi penasihat ekonomi kerajaan Selangor juga tidak mampu berbuat apa-apa. Masalah demi masalah timbul. Khalid Ibrahim yang diusir dari Ijok telah dibiarkan mengalir ke DUN Pelabuhan Klang. Apakah Khalid Ibrahim akan hanyut di pelabuhan dalam PRU 13 nanti ?

Sabah dan pencerobohan Lahad Datu oleh durjana Kiram

Semasa pencerobohan oleh askar-askar Kiram ke atas Lahad Datu, seluruh dunia khususnya rakyat Malaysia memberi perhatian kepada pergolakan ini. Yang dikaitkan ialah Tian Chua, Anwar Ibrahim dan beberapa nama lagi, mereka dianggap punyai nama busuk dalam krisis ini dan secara tidak langsung terpalit dalam karier politik mereka. Perancangan dan strategi ATM dan PDRM dalam menangani krisis ini telah menaikkan semangat patriotism di kalangan rakyat khusunya di Sabah. Kerja-kerja membangunkan semula penempatan yang baru memberi harapan kepada rakyat.  Ini diikuti oleh penubuhan Esscom yang bertujuan memperkasa kedaulatan di perairan timur Sabah serta memberi rahmat kepada rakyat Sabah khususnya.

Dalam perebutan kerusi-kerusi DUN dan parlimen di Sabah, Barisan Nasional dijangka akan mengekalkan fixed deposit dari sini, bak kata orang Sabah, TATAP BN !

Kesimpulan ramalan awal keputusan PRU 13

Saya bukan Tuk Nujum moden atau bukan Pak Belalang moden yang boleh memberikan ramalan. Namun “ramalan” saya adalah berpaksikan beberapa hujah dan senario semasa terutamanya selepas hari penamaan calon minggu lepas.

Tidak syak lagi, pada pandangan saya Barisan Nasional akan kembali berkuasa di Putrajaya. Bukan sahaja akan memperolehi Kedah dan Selangor, malah kalau tak silap kira-kira, Kelantan dan Pulau Pinang juga masih terbayang-bayang ! Dalam simple mathematik, setelah diambil kira kerusi-kerusi parlimen dari negeri-negeri Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor, adalah tidak sukar untuk menambah jumlah kerusi kepada sekurang-kurangnya 160 kerusi. Jika dapat lebih daripada itu dikira bonus. Jika minima 148 kerusi pun sudah dikira menang majoriti 2/3. 

Kempen yang dijalankan oleh Barisan Nasional khususnya yang berskala kempen perdana yang dibuatkan oleh Perdana Menteri dan timbalannya telah memberi impak yang sangat besar terhadap deman pilihanraya yang menggegarkan Kelantan dengan Gelombang Merah dan lain-lain tempat dengan Gelombang Biru.

Nasib Lim Kit Siang sudah pasti terkubur di Gelang Patah. Ini kerana Lim Kit Siang bukan sahaja berdepan dengan Ghani Othman di Gelang Patah tetapi juga jentera BN khususnya Umno dari Johor Bahru pimpinan Shahrir Samad dan Khaled Nordin dari Pasir Gudang. Ketiga-tiga ini membentuk segi tiga bagi mempertahankan Gelang Patah.  Khaled Nordin pula dijangka akan diangkat sebagai Menteri Besar Johor yang baru. Bolehlah dikatakan seluruh Tanjung Puteri akan membirukan awan supaya roket tidak nampak bulan lalu jatuh kembali menyembah bumi !

Khalid Samad bakal berputih mata di Shah Alam. Nampaknya nasib penyandang kerusi DUN Batu Tiga yang juga bekas Exco Kerajaan Negari Selangor, Rodziah Ismail  akan serupa dengan Khalid Samad apabila BN mempertaruhkan Datuk Ahmad Nawawi sebagai calon, yang merupakan calon favourite untuk menduduki kerusi Menteri Besar selepas era Khalid Ibrahim. 

Nasib parti-parti politik pembangkang dijangka bertambah suram. Sudah pasti DAP akan menghadapi krisis yang berpanjangan selepas PRU 13 nanti ekoran persidangan agongnya tahun 2012 yang mana AJK tertinggi  tidak diiktiraf oleh ROS.  Sudah pasti DAP terpaksa memanggil semula persidangan yang baru atau menghadapi kemungkinan diharamkan seperti yang pernah terjadi kepada Umno dahulu. Di samping prestasi DAP dalam PRU 13 dijangka menjunam !

Di Selangor DAP nampaknya kehilangan taring. Bekas Exco Kerajaan negeri Selangor,  Terresa Kok dan Ronnie Liu digugurkan dari bertanding kerusi DUN. Begitu juga dengan Jenice Lee bagi DUN Teratai tidak tersenarai lalu bertindak menjadi calon bebas yang akhirnya dipecat dari DAP. Manakala Teo Nie Ching yang menyandang kerusi parlimen Serdang lari ke Kulai, Johor setelah menyedari calon popular Datuk Yap Pian Hon dari BN menjadi calon di situ. 

Pemimpin Hindraf, Manoharan yang ditahan di bawah ISA gara-gara demonstrasi Hindraf dahulu dan menjadi calon DAP dan memenangi DUN Kota Alam Shah pada PRU 12 yang lalu walaupun masih berada dalam tahanan ketika itu, tetapi kini beliau digugurkan oleh DAP. Para penyokongnya bangun memberontak lantaran DAP tidak menghargai peranan beliau dan semasa penamaan calon yang mewakilkan isterinya dan berkempen semasa PRU 12 dahulu.  Seorang lagi pemimpin Hindraf, iaitu presidennya, P. Uthayakumar telah bertanding sebagai calon bebas di DUN Sri Andalas bagi menentang bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor dari PKR, Dr. Xavier Jayakumar. Beliau juga menentang seorang lagi bekas Exco Kerajaan Negeri dari Pas iaitu Dr. Siti Mariah Mahmud  di parlimen Kota Raja. Nampaknya perpecahan demi perpecahan dalam Pakatan Rakyat semakin terserlah. Akhirnya undi akan mengalir ke Barisan Nasional.

PKR akan bertambah pecah mencari belah, dan sekiranya Anwar Ibrahim kalah di Permatang Pauh, apakah benar Anwar Ibrahim akan mengkotakan janjinya untuk berundur dari politik dan menjadi penstarah universiti ? Jika benar apa yang dikata, apakah nasib PKR akan serupa dengan Semangat 46 yang juga merupakan parti serpihan Umno.

Pas akan berada di persimpangan ! Isu video seks Mustafa Ali tidak akan reda walaupun selepas PRU 13 nanti. Jika ramai pemimpin Pas yang kecundang dalam PRU 13 nanti, apakah golongan Anwarinas akan lebih menonjol dalam AJK Pas pusat atau golongan ulama akan kembali menjadi penyelamat serta Pas kembali ke landasan asal.

Jika ketiga-tiga parti yang menganggotai Pakatan Rakyat menerima bahana yang amat sangat dalam PRU 13 nanti, apakah nasib dan survival Pakatan Rakyat akan berterusan ? Kita tunggu lewat malam 5hb Mei nanti apabila semua keputusan PRU 13 diumumkan. 

Selamat mengundi. Tunaikan kewajiban untuk negara !



Ditulis oleh : Hisemudin Kasim

29.04.2013


Thursday, April 25, 2013

Mampukah Anwar Ibrahim pertahankan Permatang Pauh ?


Anwar Ibrahim, satu nama besar dalam politik tanahair dan dijaja oleh media antarabangsa. Di Tanahair beliau dilihat sebagai ikon pembangkang yang berupaya menyatukan parti-parti yang berlainan aliran dalam satu ‘main stream’. Menawan Putrajaya dan niat terpendamnya ialah untuk menduduki kerusi Perdana Menteri Malaysia. Disamping membawa rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat bagi membentuk sebuah Malaysia yang berimej baru. Slogan mereka, “Inilah Kalinya”. Secara tidak langsung, Pakatan Rakyat macamana pun akan berhempas-pulas bagi merealisasikannya, jika tidak “tiada lain kalinya”.  Atau mungkin kerana “tiada lain kalinya” maka Pakatan Rakyat akan menemui nokhtah dipinggirkan oleh rakyat Malaysia selepas PRU 13 nanti.

Dalam PRU 13 ini akan menentukan karier politik insan ini, maka dalam siri ke 9 Bicara Politik Menjelang PRU 13, saya akan mengupas dari aspek biografi dan perjalanan hidupnya yang penuh ranjau dan kontroversi dalam politik tanahair serta isu-isu panas yang mengelilingi beliau. Apakah Anwar akan dapat mempertahankan kerusi Permatang Pauh dalam pertembungan sengit dengan Dr. Mazlan Ismail juga akan dibicarakan.

Anak pasangan Ibrahim Abd Rahman dan Hajah Che Yan dilahirkan pada 10 Ogos 1947 di Ceruk Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.  Lalu diberikan nama Anwar Bin Ibrahim. Dikatakan Anwar bermaksud “bercahaya”. Dalam carian di internet, Anwar dimaksudkan sebagai A (Amanah), N(Naif), W(Warak), A(Alim), R(Ramah). Dalam media Cina memberikan namanya sebagai (an hua),  (an) bermakna tenang, tetap, senyap dan selamat. Manakala (hua) bermaksud cerdik, fantastik, kebesaran, indah dan yang berbunga-bunga. Itulah tafsiran nama yang didatangkan dari pelbagai sudut dan budaya. Namun apakah pengertian  nama yang baik-baik itu akan memberi erti yang sinonim. Kita hanya boleh membuat telahan, Allah jua yang menentukan ! 

Mendapat pendidikan awal di tempat kelahirannya dan kemudian ke Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK). Seterusnya menamatkan pengajian di Universiti Malaya dalam Pengajian Melayu di tahun 1971. Aktif sebagai aktivis dan menerajui Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).  Dijemput menganggotai Umno dan dalam tahun 1982 terpilih sebagai ahli parlimen Permatang Pauh dan dilantik sebagai timbalan menteri. Pada tahun yang sama mengalahkan Haji Suhaimi Kamaruddin dan mengambilalih kepimpinan sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan timbalannya ialah Najib Tun Abdul Razak.

Datangnya Anwar secara mengejut, bahkan mengejutkan kepimpinan Umno ketika itu. Dikatakan beliau naik secara mendadak kerana memperolehi “backup” yang cukup ampuh iaitu dari Tun Dr. Mahathir sendiri. Kerana Tun melihat anak muda ini adalah permata yang akan menyinari pelusuk alam maka ia harus disediakan platform yang ditatang bagai minyak yang penuh. Yang lain terpaksa dicantas bagi memberi laluan kepada Anwar untuk naik mencodat. Begitulah baiknya Tun Dr. Mahathir melayan karenah Anwar Ibrahim.

“Untold story” yang jarang kita dengari dari media ialah bagaimana Anwar Ibrahim memanjat ke jawatan kedua tertinggi dalam parti dan kerajaan.  Diceritakan oleh  Tan Sri Isa Samad bahawa bapa saudaranya, Tun Ghafar Baba, telah bersetuju dengan usaha supaya beliau tidak ditandingi oleh Anwar Ibrahim untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO dengan membuat satu surat perjanjian untuk melantik Anwar, dan tidak orang lain, menjadi timbalannya jika beliau menjadi Perdana Menteri.

Tawaran ini dibuat kerana ada khabar angin yang menyatakan Anwar Ibrahim berhasrat untuk bertanding dengan Tun Ghafar Baba kerana Anwar takut jika Tun Ghafar Baba jadi Perdana Menteri beliau tidak akan melantik dirinya sebagai timbalannya. Mengikut sumber yang boleh dipercayai Anwar tidak melayani tawaran ini. Kononnya beliau takut kawan-kawannya akan memarahi beliau jika beliau menarik diri dari bertanding menentang Tun Ghafar Baba. Namun ramai berpendapat bahawa kegelojohan Anwar sendiri ingin memanjat tangga tertinggi dan tidak mahu duduk di bawah Ghafar Baba menjadi punca beliau menolak kompromi ini.

Melihat kepada keadaan semasa, dan memandang kepada amalan politik wang yang berjalan rancak, Tun Ghafar yang punyai pendirian sebagai seorang pejuang kemerdekaan seangkatan dengan Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak telah menjangkakan bahawa glamour, kemewahan dan kedudukan bukanlah haknya, kemudiannya lebih rela untuk meletak jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1993. Disebabkan rencana permainan politik yang licik,  maka Ghafar Baba tidak cukup pencalonan untuk menjadi calon Timbalan Presiden UMNO.  Akhirnya Tun Ghafar Baba telah meninggalkan jawatan Timbalan Presiden UMNO untuk dimenangi oleh Anwar Ibrahim tanpa bertanding. Begitu drastik, satu drama pementasan yang melayakkan Anwar Ibrahim dinobatkan sebagai Timbalan Perdana Menteri yang akan dicalonkan menggantikan Tun Dr. Mahathir Mohammad.

Anwar Ibrahim telah dipecat dari Jawatan Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri, oleh Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir pada 1998 atas sebab-sebab kesalahan moral dan penyalahgunaan kuasa. Dalam tahun 1999 beliau telah dijatuhi hukuman penjara selama enam tahun. Dan pada tahun 2000,pula dikenakan sembilan tahun penjara kerana didakwa melakukan kesalahan seks di luar tabii. Walau bagaimanapun, pada tahun 2004, mahkamah telah mengugurkan sabitan kesalahan liwat kerana pihak pendakwa raya gagal mengemukakan bukti yang kukuh.
Anwar Ibrahim telah dibebaskan. Pada Julai 2008 beliau telah ditahan sekali lagi atas tuduhan dakwaan bahawa beliau telah meliwat pembantu peribadinya iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan. Namun pada tanggal Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat ketetapan bahawa Anwar Ibrahim tidak bersalah atas kes liwat 2 yang dihadapi oleh beliau, dan melepaskan beliau dari sebarang pertuduhan liwat.
Penglibatan Anwar Ibrahim dalam politik dipenuhi dengan dua muka. Muka pertama beliau semasa berada dalam kerajaan Barisan Nasional, manakala muka keduanya ialah apabila beliau disingkirkan dari Umno dan kerajaan lalu menentang kerajaan Barisan Nasional. Adat berpolitik, langit tidak selalu cerah, harapkan panas hingga ke petang, hujan turun di tengah hari. Begitu juga musuh hari ini tidak semestinya seteru selamanya, mungkin esok, mungkin di lain pentas dan waktu, musuh itu adalah rakan seperjuangan.
Selepas dipecat dari Umno, maka lahirlah gerakan Reformasi Anwar. Anwar Ibrahim mencari satu platform agar beliau dan para penyokongnya dapat bergerak atas sebuah organisasi yang teratur. Dalam kebuntuan untuk mendaftarkan sebuah parti baru yang tentunya menghadapi masalah disebabkan situasi yang tidak menyebelahi mereka, maka para penyokongnya telah mengambil alih sebuah parti kecil nyawa-nyawa ikan sedia ada iaitu Ikatan Masyarakat Islam Malaysia lalu mengubahnya menjadi Parti KeADILan Nasional pada tahun 1999. Mungkin sejarah ini tidak diketahui oleh kebanyakan ahli-ahlinya sendiri.
Dalam tahun 2003, Parti Rakyat Malaysia (PRM) yang merupakan salah sebuah parti tertua di negara ini yang pernah mewarnai politik tanahair sebagai parti berhaluan kiri dan berideologi sosialis  telah bergabung dengan Parti KeADILan Nasional lalu membentuk Parti Keadilan Rakyat (PKR). Ahli-ahli yang diserapkan dari PRM termasuklah Syed Husin Ali, R. Sivarasa dan ramai lagi.
Semasa dalam penjara dan selepas dibebaskan sehinggalah Anwar Ibrahim mendapat kebebasan mutlak pada pertengahan tahun 2008, segala urusan parti didepani oleh isterinya, Dr. Wan Azizah. Namun demikain, Wan Azizah hanyalah puppet secara sah tetapi yang sebenarnya berkuasa adalah tangan ghaib Anwar. Sehingga sekarang, walaupun Wan Azizah masih duduk di kerusi Presiden tetapi yang berkuasa juga  ialah Ketua Umum PRK iaitu Anwar Ibrahim.
Kita tidak tahu apakah dalam perlembagaan parti-parti ini, bahawa Ketua Umum mempunyai kuasa yang melebihi dari Presiden. Begitu juga dalam DAP yang mana Setiausaha Agong mempunyai kuasa mengatasi Pengerusi. Dalam Pas pula, apakah kuasa Musridul Am lebih tinggi harieki kuasanya dari Presiden.  Tetapi yang nyata dalam Umno, kuasa Presiden adalah yang tertinggi.
Mengapa Pak Lah terpaksa memendekkan mandat PRU 11 tahun 2004 yang tidak sampaipun empat tahun lalu memanggil PRU 12 dalam tahun 2008. Selain daripada masalah ekonomi dan kredit subprima Amerika Syarikat serta  kegawatan harga petroleum dan bahan mentah dunia, masalah yang paling digeruni oleh Pak Lah ialah jika dilewatkan PRU 12 sehingga Anwar Ibrahim boleh bertanding dalam PRU itu, maka sejarah politik Malaysia terpaksa diubah kembali !
Namun demikian, Anwar Ibrahim walaupun tidak boleh secara sah mengepalai jentera PRU 12 dahulu disebabkan sekatan undang-undang sebagai bekas banduan penjara, tetapi tangan-tangan ghaib Anwar masih melangkaui batas-batas tersebut. Sebagai strateginya, Wan Azizah masih lagi bertanding dan memenangi kerusi Permatang Pauh dalam PRU 12 yang lalu.
Demi kasih adinda kepada kekanda, maka Wan Azizah telah melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh bagi membuka jalan bagi satu Pilihanraya Kecil diadakan. Anwar Ibrahim akhirnya mengalahkan Arif Shah Omar Shah dari BN dan Hanafi Mamat dari AKIM untuk menduduki kerusi Ahli Parlimen Permatang Pauh dalam tahun 2008.
Kini satu episod baru akan terlakar pada 5hb Mei nanti, apakah Anwar Ibrahim akan dapat mempertahankan kerusi panas ini. Yang menanti di Permatang Pauh ialah Dr. Mazlan Ismail yang akan memberikan tentangan hebat.
Siapa Dr. Mazlan Ismail ? Anak jati Permatang Pauh berusia 53 tahun itu yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Komunikasi Elektronik dari Universiti Salfort, England dan Ijazah Sarjana Operasional Telekom dari Universiti Coventry, juga dari England. Beliau memperolehi Ijazah Doktorat PhD dalam 'Intelectual Capital Management' dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Pengajian bagi kedua-dua ijazah Sarjana  dan PhD di bawah biasiswa Telekom Malaysia Berhad.    
Mengulas mengenai latar belakangnya, Dr. Mazlan berkata: "Saya bekas naib ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang, dan pernah menjadi pengarah PRU PAS negeri pada PRU 1999 dan 2004. Saya yakin pengalaman itu dapat menjadi bekalan dalam menempuh perjuangan politik di Permatang Pauh".
   
Bukan setakat itu sahaja, pengalaman Dr. Mazlan di bidang korporat dengan menyandang jawatan naib presiden Telekom Malaysia sebelum ini, turut dilihat memberi kelebihan kepadanya. Sambil berikrar untuk mendedahkan kepincangan dalam pakatan pembangkang yang diterajui Anwar. Dr. Mazlan berkata: "Insya-Allah, saya yakin menang, dan telah bersedia berkhidmat untuk masyarakat sebagai ahli politik sepenuh masa."
Ini memandangkan penduduk Permatang Pauh telah muak dengan karenah Anwar Ibrahim dan Wan Azizah yang menjadi Ahli Parlimen di situ selama berbelas-belas tahun tetapi jarang sekali menjenguk kawasan, apatah lagi untuk membantu mereka menyelesaikan masalah.  Anwar Ibrahim yang lebih selesa tinggal di Kuala Lumpur dan kerap berulang-alik ke luar negeri berbanding balik ke Permatang Pauh. Beliau dikatakan tidak menyelami denyut nadi pengundi setempat yang menaikkan dirinya dan juga Wan Azizah selama ini, namun kerana tiada calon yang lebih baik, maka mereka terpakas akur untuk memilih Anwar Ibrahim dan Wan Azizah.
PRU 13 menjadi saksi apakah Anwar Ibrahim dapat mempertahankan Permatang Pauh seperti dalam PRU yang dulu-dulu. Dalam PRU 12 yang dulu, Wan Azizah berjaya di sini dan hampir seluruh Malaysia digegarkan dengan Tsunami politik yang memperlihatkan BN hampir tumbang di peringkat nasional dan kehilangan lima negeri ke tangan pembangkang. Namun demikian gegaran itu adalah kerana faktor dalaman dan luaran. Faktor luarannya ialah kerana kegawatan ekonomi dan kewangan Amerika Syarikat dan Eropah hampir meruntuhkan struktur kewangan dan perbankan. Manakala faktor dalaman ialah ketidakupayaan Pak Lah dalam mengemudikan pentadbiran negara dengan baik maka satu gelombang penolakan terhadap Pak Lah sendiri dari dalam parti dan penyokongnya sendiri serta diapikan  oleh pembangkang, maka Pak Lah hampir menemui nokhtah dalam karier politiknya.
Namun berbeza keadaan dengan era Najib. Ia digambarkan sebagai era kebangkitan dan kegemilangan BN selepas dibadai Tsunami. Personaliti Najib menjadi taruhan. Setiap agenda transformasi Najib menjadi-jadi. Ia menjadi bualan rakyat. Rakyat senang dengan pendekatan Najib. Malah Tun Dr. Mahathir yang menempelak pentadbiran Pak Lah dahulu tapi kini adalah aset yang besar di belakang Najib. Kekuatan ekonomi dengan pertumbuhan KDNK melebihi unjuran sebanyak 5.6% dan prestasi kewangan korporat meningkat serta petunjuk ekonomi yang biasanya digambarkan dalam indeks BSKL yang kini berlegar-legar di paras tertinggi 1700 mata. Disamping kemasukan pelaburan asing secara berterusan telah merancakkan ekonomi negara sedangkan banyak negara luar yang cuma menikmati KDNK negatif, kosong peratus, atau antara 2-3%, maka ia dilihat Malaysia mampu untuk merealisasikan Wasasan 2020 yang hanya tinggal tujuh tahun saja lagi.
Najib berjaya dalam konsep 1Malaysia bagi menyatupadukan rakyat dan parti-parti kompenannya terutamanya dalam agihan kerusi seminggu sebelum penamaan calon PRU 13, malah ia mencatat sejarah apabila mengumumkan calon-calon lebih awal daripada yang terdisinya dibuat di saat-sat akhir. Manakala Pakatan Rakyat yang diterajui oleh Anwar Ibrahim masih bercelaru dengaan ketidakpuasan hati di antara rakan-rakan parti walaupun hanya dianggotai oleh tiga buah parti sahaja. Berbanding BN yang dianggotai oleh 14 buah parti komponen.  
Maka pertindihan calon-calon antara Pas dan PKR, antara DAP dan PKR, serta di Sabah dan Sarawak yang lebih gawat. Maka rakyat melihat sebelum masuk gelanggang untuk bertarung dengan pihak lawanpun sudah bercakaran, maka apakah ia tidak akan terjadi jika diberi mandat untuk menerajui Putrajaya. Ini tidak termasuk calon-calon yang tidak berpuashati dengan tidak terpilih untuk menjadi calon maka bertindak menjadi calon bebas dan menentang calon-calon dari partinya sendiri. Anwar Ibrahim yang mengatakan dalam Pakatan Rakyat dan sekutu-sekutunya sudah 90% siap  pengagihan kerusi dan hanya tinggal 10% sahaja yang dalam pertikaian. Memandangkan suasana ini, sudah jelas Anwar Ibrahim berbohong !
Namun demikian, Anwar Ibrahim masih berangan-angan untuk jadi PM menggantikan Najib. Dalam satu ceramah di Parit, Perak (tempat kampong saya) pada 22hb yang lalu, Anwar Ibrahim telah mencipta skrip ucapan sebaik saja sah bergelar Perdana Menteri nanti. Katanya,”Mereka umum (kemenangan) lewat 2 pagi, jadi tidak boleh angkat sumpah sebab Yang di-Pertuan Agong sudah tidur, kena buat esoknya. Lepas (angkat sumpah) itu, TV3 dan RTM datang beratur nak temuramah. Saya kata pergi belakang dulu, kasi pengajaran sikit”
Saya juga telah mencipta satu pantun yang asalnya termuat dalam entri blog saya bertajuk Permatang Pauh: Betul ke Papagomo lawan Anwar Ibrahim ?  kini saya ulangkan lagi. I ulang U tak saman ! Sebab I sendiri yang cipta !
Tanya sama Anwar,
Apa sebab goyang,
Nanti jawab Anwar,
Pauh nak melayang.

Nanti jawab Anwar,
Pauh nak melayang,
Hatiku dah tawar,
BN datang Permatang.

Hatiku dah tawar,
BN datang Permatang,
Mai Perak  diuar-uar,
Tamu tak diundang.

Mai Perak  diuar-uar,
Tamu tak diundang,
Hati debar-debar,
U turn balik Permatang.

Hati debar-debar,
U turn balik Permatang,
Bisik dengar-dengar,
Anwar pasti kecundang.


Ditulis oleh : Hisemudin Kasim
25.04.2013


gggggggggg
 ggg 
ggg ggg

Tuesday, April 23, 2013

Marilah bersama belajar bahasa Mandarin Siri 1









Belajar bahasa Mandarin adalah amat penting terutamanya bagi orang-orang Melayu jika mereka ingin berkecimpung dalam bidang perniagaan serta meniru cara-cara orang-orang Cina berniaga. Kerajaan juga menggalakan kita mempelajari bahasa Mandarin.


Pengumunan :  

Kepada anda yang telah mengikuti siri-siri Marilah Bersama Belajar Bahasa Mandarin di dalam blog ini yang telah bersiaran dari 23/04/2013 sehingga 04/01/2014 untuk selama 30 siri, saya memohon maaf kerana kesemua tulisan-tulisan tersebut telah dikeluarkan daripada blog ini.

Silakan untuk memiliki DVD ini sama ada dalam versi English-Mandarin ataupun Bahasa Melayu-Mandarin




< Klik > di sini untuk ke www.ebookmandarin.com




Hisemudin Kasim

Sunday, April 21, 2013

Krisis Pembangkang : Naik bulan roket jatuh mata bengkak satu !


Mukadimah siri ke 8 dalam Bicara Politik Menjelang PRU 13 kali ini, saya menggunakan tajuk,  Naik bulan roket jatuh mata bengka satu. Tidak sukar untuk memahami apa yang tersirat dan apa yang tersurat. Ianya juga merupakan satu baris penyata maksud dalam pantun satira yang ditujukan kepada Lim Kit Siang pada hari pertama beliau mengadakan ceramah di Gelang Patah. Memandangkan kehadiran pengunjung yang kurang maka menampakkan kerusi yang berlebihan. Pantun ini termuat dalam entri blog saya bertajuk Lim Kit Siang bakal tersungkur di Gelang Patah

Kelusi manyak olang tatak manyak,
Dali dulu olang sulah tahu,
PRU 13 mutut-mutut lanyak,
Naik mulan loket yatuh mata mengkak satu.

PRU 13 mutut-mutut lanyak,
Naik mulan loket yatuh mata mengkak satu,
Lim Kit Siang sana sini buat tai minyak,
Latang Gelang Patah mau cali kubu balu.

Lim Kit Siang sana sini buat tai minyak,
Latang Gelang Patah mau cali kubu balu,
Sini olang sulah cakap kita tak nak !
Sepuluh kali cakap juga kepala batu.

Sini olang sulah cakap kita tak nak !
Sepuluh kali cakap juga kepala batu,
Tak mau nengar nanti mutut-mutut lanyak,
Sulah pekak telinga batu balu mau tahu.

Tak mau nengar nanti mutut-mutut lanyak,
Sulah pekak telinga batu balu mau tahu,
Diam-diam jangan cakap manyak-manyak,
Gelang Patah kasi kubur dalam PRU.

Selain Lim Kit Siang yang menjadi tumpuan utama dan ibu segala pilihanraya kali ini, tidak kurang juga penampilan Anwar Ibrahim dalam pertarungan sengitnya di Permatang Pauh. Saya nukilkan pantun Tanya sama Anwar yang termuat dalam entri blog saya, Permatang Pauh : Betul ke Papagomo lawan Anwar Ibrahim ?  Ianya berbunyi begini :
  
Tanya sama Anwar,
Apa sebab goyang,
Nanti jawab Anwar,
Pauh nak melayang.

Nanti jawab Anwar,
Pauh nak melayang,
Hatiku dah tawar,
BN datang Permatang.

Hatiku dah tawar,
BN datang Permatang,
Mai Perak  diuar-uar,
Tamu tak diundang.

Mai Perak  diuar-uar,
Tamu tak diundang,
Hati debar-debar,
U turn balik Permatang.

Hati debar-debar,
U turn balik Permatang,
Bisik dengar-dengar,
Anwar pasti kecundang



Perhatian ! Ini adalah iklan ! Anda disyorkan untuk membaca entri blog saya yg terbaru Mampukah Anwar Ibrahim pertahankan Permatang Pauh ? 



 Namun demikian, fokus saya dalam siri ini lebih kepada “loket yatuh” yang akan mengupas krisis DAP yang amat krtikal yang mana hingga ke saat-saat akhir sebelum penamaan calon PRU 13, DAP terpaksa melutut dengan Pas dan PKR agar dibolehkan calon-calon DAP menggunakan lambang Pas dan PKR. Apakah Lim Guan Eng yang menerajui DAP sekarang akan bangkit kembali atau menerima padah setelah menerima surat daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) bahawa anggota Jawatankuasa Tertinggi DAP (CEC) tidak diiktiraf oleh ROS.
  
Untuk meneliti keseluruhan krisis ini, kita perlulah mengkaji mengenai sejarah dan struktur organisasi DAP itu sendiri. Kita tidak boleh “jump into the conclusion” tanpa mengetahui latar belakangnya, jika tidak, ia macam murai yang pok-pek pok pek di ranting pokok  dengan ekor berderai tahinya lalu jatuh ke kereta kita. Marahkan murai kerana buat pok-pek pok-pek tak tentu hal apa yang dibicarakan oleh murai, padahal murai sedang mengkaji bagaimana nak menolong Lim Guan Eng mengatasi krisis DAP !?.
  
Democratic Action Party ( DAP) adalah legasi dari People Action Party (PAP) yang memerintah di Singapura. Ditubuh dalam 1965 dan merupakan anggota Socialist International (SI).  Sejak penubuhannya DAP telah melalui beberapa kali pilihanraya, namun yang menjadi titik hitamnya ialah semasa pilihanraya tahun 1969 di mana terjadinya peristiwa berdarah 13 Mei tahun 1969.  Sejak itu hubungan kaum dan perasaan kecurigaan khusus orang-orang Melayu dan Cina telah mewarnai politik dan sosial masyarakat.
  
Dalam tahun 1999, DAP bersama PAS, Parti Keadilan Nasional (kemudiannya PKR) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM)  telah mula menjalinkan hubungan bagi membentuk satu bentuk pakatan yang dinamakan Barisan Alternatif (BA) bagi melawan Barisan Nasional.  Namun demikian percubaan pertama ini tidak membawa hasil yang diharapkan kerana setiap parti masih menebal dengan prinsip masing-masing.

 DAP kekal dengan prinsip Malaysian Malaysia. Pas masih utuh dengan prinsip ingin menegakkan negara Islam.  PRM lebih kepada sistem sosialis puak kiri rakyat marhean. Manakala Parti Keadilan Nasional dibentuk pada asalnya untuk menyaingi Umno semasa era reformasi  dan hanya menjadikan idolanya Anwar Ibrahim sebagai simbol perjuangan. Ia tidak disertakan dengan satu ideologi yang kukuh cuma penyertaan ahlinya adalah pelbagai kaum dan ugama.  Dua tahun kemudiannya DAP keluar dari BA disebabkan  terutamanya  tidak boleh menerima gagasan penubuhan negara Islam oleh PAS dan mahu kekal  sebagai negara demokratik, sekular dan berbilang agama.   
  
Parti keadilan Nasional kemudiannya telah bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM) lalu membentuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam tahun 2003. Dalam tahun 2004 PKR mula diterajui oleh Anwar Ibrahim selepas enam tahun berada di penjara.  Dalam tahun 2008 gagasan Pakatan Rakyat (PR) dilancarkan dengan ahli-ahli asalnya dari Barisan Alternatif yang terdiri daripada DAP, PAS dan PKR.
  
Asas penubuhannya PR adalah sama dengan BA iaitu ingin menumbangkan kerajaan Barisan Nasional melalui pilihanraya. Namun demikian sehingga ke hari ini, PR masih lagi sebuah pertubuhan tidak berdaftar, yakni cuma satu pakatan parti-parti yang longgar tanpa punyai satu perlembagaan dan perlambangan yang sama. Sebab itulah dalam pilihanraya tidak ujud apa yang dimaksudkan sebagai calon PR tetapi ia adalah wakil parti masing-masing.
  
Kembali kepada krisis DAP yang amat meruncing hari ini, ianya bermula agak lama selepas Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Krisis dalaman yang melibatkan puak-puak dalam kalangan ahli dan pemimpin keturunan Cina dan juga puak-puak yang dianggotai oleh ahli-ahli bukan Cina khususnya kaum India. Percaturan ini akhirnya menjadi duri dalam daging yang akan meletus apabila terdapat isu-isu yang melibatkan kepentingan puak-puak tertentu terutamanya melibatkan jawatan-jawatan dalam parti. Krisis semakin panas apabila mereka yang dikatakan tidak sebulu dengan pusat khususnya orang-orang tertentu menerima musibah tidak terpilih sabagai calon dalam PRU 13 ini.
  
Semasa pemilihan Ahli Jawatankuasa Pusat (CEC) pada Disember tahun 2012 yang lalu, terdapat fenomena yang dikatakan “joke of the year”.  Ini adalah kerana dalam pemilihan 20 orang AJK pusat tersebut terdapat “kesilapan” kiraan undi yang agak ketara. Tiada seorang pun wakil Melayu yang terpilih. Seluruh Malaysia hebuh ! Parti yang mengakui sebagai berbilang bangsa tidak menempatkan seorang pun wakil Melayu didalamnya.

 Entah dimana main silap matanya, tiba-tiba setelah hampir dua minggu menerima kecaman dari dalam dan luar, akhirnya Lim Guan Eng  sebagai Setiusaha Agong DAP  bersuara. Maaf, silap kira ! Lalu berlaku rombakan dan susunan mengikut jumlah undi yang dikira semula. Tiba-tiba muncul seorang Melayu celup, Zairil Khir Johari  yang merupakan setiausaha politik Lim Guan Eng sendiri menduduki tangga ke 20, tangga terakhir dalam senarai AJK yang terbaru. Yang anihnya perbezaannya ialah lebih 300 undi daripada undi asal ! Macamana nak xplain !  Pecah tembelang,  yang akhirnya terdapat beberapa orang yang mengendalikan pengiraan dijadikan kambing hitam, di mana Lim Guan Eng berkata itu bukan salahnya. Salah si anu, dan komputer yang buat silap, Lim Guan Eng masih tidak mahu mengaku berbuat salah.

 Desakan dari akar umbi agar Lim Guan Eng mengadakan pemilihan baru dan menganggap pemilihan yang lama tidak sah dan melanggar peraturan parti dan tidak pernah dibuat oleh mana-mana parti politik di Malaysia sebelum ini. Mengata orang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Akibat tidak mahu mendengar suara akar umbi maka Naib Pengerusi Cawangan Ladang Paroi, Negeri Sembilan, A David Dass telah membuat laporan kepada ROS.  Kemudiannya diikuti oleh beberapa individu lain pula.
  
Lebih parah parah terkeluarlah berita dalaman yang mengatakan terdapat 753 orang yang layak mengundi tetapi tidak dibenarkan mengundi.  Ini merupakan kesalahan menurut Seksyen 16(1) di bawah Akta pertubuhan 1966 yang dihantar kepada Lim Guan Eng. Tindakan itu dibuat mengikut Seksyen 3A Akta Pertubuhan 1966. ROS masih lagi menjalankan siasatan dan dalam masa yang sama tidak mengiktiraf AJK Pusat yang bersidang dalam tahun 2012.
  
Pada pentafsiran awal DAP, dengan tidak mengiktiraf AJK Pusat maka ia akan melibatkan penggunaan logo roket dan pengharaman DAP. Sebagai pilihan alternatif,  maka siang-siang lagi Lim Kit Siang telah melutut dengan Pas dan PKR agar membenarkan penggunaan lambang Pas oleh calon DAP di Semenanjung dan lambang PKR di Sabah dan Sarawak. Atas kesepakatan dalam PR, maka Pas dan PKR sedia membenarkan penggunaan lambang-lambang mereka. Yang lucunya di hari penamaan calon, ahli-ahli DAP membawa dua surat watikah, satu dari DAP sendiri dan satiu lagi dari Pas atau PKR. Itu satu sejarah pilihanraya !
  
Namun demikian, kerajaan melalui ROS tidak bertindak kejam. Walaupun sehari sebelum penamaan calon, Lim Guan Eng dalam satu sidang akhbar mengatakan DAP dianiaya dan dinafikan hak untuk menggunakan lambang sendiri. Sebenarnya ia hanyalah helah untuk mendapatkan simpati kononnya kerajaan sengaja untuk menguburkan DAP dengan cara yang tidak demokratik.Namun demikian ia menyerlahkan bahawa DAP amat tertekan lantaran batas waktu yang terhad dan terpaksa pula berhadapan dengan krisis yang diciptanya sendiri.
  
Walaupun episod warkah pencalonan sudah selesai kerana SPR menerima lambang roket bagi mewakili DAP, namun demikian yang menanti ialah selepas PRU 13 nanti, DAP pasti akan menerima bahana juga. Sudah pasti DAP akan terpaksa mengadakan pemilihan AJK pusat yang baru dan jika tidak berbuat demikian, ia mungkin berhadapan dengan pengharaman oleh ROS seperti yang pernah terjadi kepada Umno dahulu.

 Berbalik kepada senario hubungan antara parti-parti DAP, Pas dan PKR, ia masih lagi diselubungi kepentingan akar umbi dan penguasaan kerusi.  Pembahagian kerusi antara ketiga-tiga parti ini di Semenanjung  dan  parti-parti tempatan di Sabah dan Sarawak tidak dapat dimuktamadkan sehinggalah ke hari penamaan calon.  Maka terjadilah kecelaruan dan pertembungan antara satu sama lain. Pas bertembung dengan PKR manakala PKR bertembung dengan DAP. Begitu juga dengan lain-lain parti.  Sesungguhnya ia amat menguntungkan Barisan Nasional. Kenyataan Anwar Ibrahim yang sering menyatakan bahawa pembangkang telah 90% menyelesaikan masalah pembahagian kerusi, hanya 10% sahaja yang menjadi pertikaian. Namun melihatkan kepada suasana ini, ia hanya satu pembohongan !

 Krisis DAP yang melibatkan percaturan kerusi dan mobiliti calon serta calon-calon mana yang tersenarai dan mana yang tercicir telah menggamatkan suasana di hari penamaan calon.  Ramai calon-calon terutamanya penyandang kerusi tidak berpuas hati lalu bertindak menjadi calon bebas. Kes yang menonjol ialah Jenice Lee dari dari DUN Teratai, Selangor.

Sila Klik Berita terbaru Jenice Lee dipecat dari DAP
  
Congak Lim Kit Siang ingin ke Gelang Patah mungkin merasakan gegarannya diikuti oleh Anwar Ibrahim yang dikatakan turut keluar dari kepompong di Permatang Pauh. Ini bermakna kedua-dua panglima ini tidak takut mati keluar dari kawasan selesa. Ia seterusnya akan membentuk satu gelombang “dari utara ke selatan”.  Namun demikian, setelah Lim Kit Siang diisytiharkan ke Gelang Patah, Anwar Ibrahim yang diuar-uarkan akan ke Tambun, Perak tiba-tiba buat U turn balik Permatang Pauh. Maka terpaksalah Lim Kit Siang “lone ranger” berhadapan dengan Ghani Othman. Mungkin pada awalnya pun Lim Kit Siang tidak terfikir yang akan menjadi lawannya ialah seorang “giant killer”, tetapi perahu tidak boleh diundur lagi.
  
Namun demikian, Lim Kit Siang ke Gelang Patah ingin mencari kubu baru, tetapi Ghani Othman mempertahankan kampong halaman, saudara mara dan kubu yang dibinanya sepanjang menjadi Menteri Besar Johor sejak tahun 1995 lagi. Apakah orang Johor khasnya orang-orang Melayu  mahu melihat Ghani Othman gugur di kampong sendiri ? Sedangkan Lim Kit Siang dalam sepanjang hidupnya tak pernahpun berpolitik di Johor walaupun beliau anak kelahiran Batu Pahat, Johor. Apakah di hujung sisa-sisa talian hayat politiknya ingin mencari “suaka” di negeri kelahiran sendiri ? Anak Johor tidak memerlukan sentuhan Lim Kit Siang bagi memajukan Gelang Patah yang gah dalam peta Iskandar Malaysia.
  
Karier politik Lim Kit Siang berada di penghujung ufuk, jika ia tenggelam bersama mega senja maka ia akan menggegarkan DAP. Apatah lagi selepas PRU 13 nanti DAP akan berhadapan dengan surat tunjuk sebab ROS, maka krisis DAP tidak akan berakhir sebegitu mudah. Apakah dalam PRU 13 ini nanti, DAP benar-banar “loket yatuh” !

  
Ditulis oleh : Hisemudin Kasim
21.04.2013