Penulis Blog ini, Hisemudin Kasim juga merupakan Pengarang Bahasa Mandarin. Menerbitkan DVD Asas Belajar Bahasa Mandarin

Klik sini http://www.ebookmandarin.com/ untuk mendapatkan keterangan lanjut
”smile”/
Terdapat 8 keping DVD
Dengan 80 bab pelajaran
Harga RM90.00

Saturday, March 30, 2013

Pembinaan Terowong Pulau Pinang Dari Sudut Teknikal


Kos pembinaan terowong serta sistem penyuraian trafik yang merangkumi tiga lebuhraya di Pulau Pinang menelan belanja RM6.3 billion.  Mengikut kos asal yang diumumkan pada tahun 2011 ialah ialah RM4.08 billion. Perbezaan kos yang dinyatakan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng ialah kerana “typing error”.  Ini mungkin sama dengan kes CEC DAP yang “counting error”. Namun dalam kes pembinaan terowong janganlah ada “design error”.

Di sini saya tidak akan menyentuh polemik berkenaan dengan kos, pemberian kontrak kepada sebuah konsortium atau kewajaran pembinaan terowong ini kerana ia telah banyak diperkatakan oleh penulis-penulis lain. Tetapi tulisan saya hanya lebih kepada aspek teknikal yang jarang ditonjolkan oleh orang lain.

Dikatakan juga pihak konsortium memperolehi kelebihan kerana diberi kebenaran membuat “land reclaimation” bagi menambak tanah daratan di Pulau Pinang. Pihak kerajaan Pulau Pinang seolah-olah merahsiakan banyak perkara dari pengetahuan umum termasuklah dari aspek teknikal dan kejuruteraan.  Maka ramailah antara kita tercari-cari dimana letakkan logik pembinaan lebuhraya serta terowong tersebut. Serta apakah ia mengancam ekosistem perairan dan laluan kapal di dermaga Pulau Pinang.

Sebagai seorang yang pernah terlibat dalam pembinaan terowong untuk projek-projek yang lain, saya akan cuba untuk memberikan sedikit penerangan teknikal walaupun tidak secara jelas tentang aspek-aspek kejuruteraan awam. Ianya adalah satu pengetahuan am yang “general” dan tidak terlalu teknikal untuk difahami oleh kebanyakan orang.

Sebelum kita menjengah ke topik asal dengan lebih lanjut, saya ingin mengajak anda untuk mengetahui sejarah pembinaan terowong dasar laut serta sejarah pembinaan terowong di Malaysia di mana terdapat penglibatan yang serius oleh anak-anak tempatan.

Pembinaan terowong dasar laut untuk kegunaan pengangkutan yang paling terkenal ialah terowong Eurotunnel yang menghubungkan Perancis dan England di mana terowong tersebut sejauh 50.5KM dibina di bawah dasar  laut Selat Inggeris. Terowong tersebut yang siap pembinaannya dalam tahun 1994 telah mengambil masa selama 5 tahun untuk disiapkan.  Bagaimanapun terowong terpanjang di dunia merentasi laut ialah terowong Seikan di Jepun sejauh 53.85 KM.
 

< Klik > di sini untuk ke www.cikgumatematik.com.my


Di Malaysia, penyertaan anak-anak tempatan dalam pembinaan terowong yang diterajui oleh firma-firma pembinaan antarabangsa ialah semasa pembinaan terowong Menora di Lebuhraya Ipoh - Kuala Kangsar, di mana ia di bina oleh firma dari Korea Selatan. Kepakaran yang diperolehi mereka dalam bidang letupan dinamit ke atas batu-batan dalam projek ini telah digunakan untuk kerja-kerja pembinaan lebuhraya utara-selatan (PLUS) kemudiannya.

Namun demikian, penyertaan yang begitu signifikan oleh para jurutera, geologist dan juruteknik tempatan ialah semasa projek Hidro Elektik Sungai Piah, Sungai Siput. Projek ini diterajui oleh firma dari Taiwan untuk membina terowong lebih 20 Km bagi mengalirkan air dari kawasan pergunungan untuk disalirkan ke janakuasa elektik. Saya adalah salah seorang daripada jurutera batch ini yang kemudiannya telah terlibat sama dalam projek-projek yang lain pula. Sebahagian daripada rakan-rakan saya kemudiannya telah berkhidmatan untuk projek Pergau Hidro Elektrik Projek, di Kelantan. Selebihnya telah menurunkan skill masing-masing dalam projek pembinaan terowong KLCC.

Kemuncak penyertaan anak-anak tempatan ialah dalam pembinaan terowong bagi projek-projek LRT dan SMART Tunnel yang merupakan terowong pertama di dunia bagi menggabungkan dua fungsi iaitu sebagai laluan kenderaan dan sistem pencegahan banjir di Kuala Lumpur.  Inilah pertama kali kerja-kerja pengorekan terowong menggunakan Tunnel Boring Machine (TBM). Kini kita memasuki fasa terbaru dengan pembinaan terowong untuk projek MRT dari Sungai Buluh Ke Kajang.

Pembinaan terowong bagi mengalirkan air dari Sungai Semantan, anak Sungai Pahang ke Logi Rawatan Air Langat 2 adalah hampir menyerupai projek terowong Sg. Piah.

Maka kini Malaysia tidak ketandusan pakar-pakar dalam pembinaan terowong di daratan malah telah mengeksport kepakaran kita ke luar negara. Namun demikian, pembinaan terowong di bawah air di Pulau Pinang adalah yang pertama. Walaupun dari segi teknikalnya hampir sama, tetapi risikonya lebih tinggi.

Saya tidak mempunyai data-data atau apa-apa teknikal informasi secara terus daripada projek pembinaan terowong di Pulau Pinang ini, namun demikian, sebagai seorang jurutera yang pernah terlibat dalam projek terdahulu, saya lakarkan beberapa gambarajah untuk penerangan. Cuba lihat dulu gambarajah yang saya sertakan.  Selesai melihat gambarajah barulah anda meneruskan pembacaan, jika tidak anda akan hilang fokus !

Pembinaan terowong Pulau Pinang sepanjang 6.5 Km bermula dari Persiaran Gurney, Georgetown di bahagian pulau ke Bagan Ajam, Butterworth di Seberang Prai. Tidak diketahui berapa saiz kelebaran terowong tersebut dan berapa jalur laluan untuk kenderaan.  

Dalam pembinaan terowong, kebiasaannya dilakukan dari arah yang bertentangan dan akan bertemu di pertengahan jalan.  Pembinaan dari dua arah dibuat bagi memendekkan masa untuk menyiapkannya. Namun demikian ada juga terowong yang dikorek dari satu arah sahaja.

Tidak seperti terowong yang dibina di atas permukaan bumi sama ada ianya berbatu-batan ataupun tanah-tanih.  Kerja-kerja pengorekan akan dilakukan dengan cara konvensional ataupun teknik mesin pengorek TBM. Cara konvensional ialah dengan meletupkan batu-batan dengan menggunakan alat peledak dinamit. Cara penyusunan dan berapa banyak dinamit yang akan digunakan bagi setiap letupan bergantung kepada jenis-jenis batu. Biasanya ia adalah gandingan para geologist dengan pereka letupan.




 
Contoh cara-cara TBM bekerja

Malaysia Smart Tunnel Construction


Bagi kerja-kerja terowong Pulau Pinang, saya percaya ia menggunakan teknik TBM. Namun demikian mungkin akan menggunakan teknik konvensional di sana sini.

Teknik pengorekan di bawah air memerlukan kepakaran yang lebih. Ini kerana tanah akan menjadi lebih lembut dan mudah runtuh strukturnya. Inilah risiko yang terpaksa dihadapi. Sebab itulah pembinaan terowong terpaksa dilakukan di bawah lapisan batu-batan atau bed rock.  Ataupun jika tiada pilihan, maka terowong terpaksa melalui batu-batan tersebut. Ini kerana lapisan batu-batan itu akan menjadi satu penampan bebanan dari atas dan resapan air laut terhadap tanah tidak mudah berlaku.

Manakala asas foundation terowong mungkin akan berlaku mendapan, maka kerja-kerja penstabilan tanah perlu dilakukan terlebh dahulu bagi mengelakkan kegelinciran panel concrete dalam jangkamasa yang panjang yang akhirnya berlaku mendapan yang serius. Jika ini berlaku, resapan air yang semakin banyak dari atas akan meruntukan terowong dalam satu jangkawaktu yang panjang.

Apa akan terjadi jika di atas jajaran terowong tidak ada lapisan batan-batan ? Inilah yang amat ditakuti. Kerja-kerja pengorekan akan menghasilkan gegaran, dan jika gegaran terlebih kuat sehingga meruntuhkan struktur tanah, dan ditambah dengan tanah yang lembut disebabkan resapan air yang berlebihan, disertakan juga dengan tekanan air laut dan bebanan tanah itu sendiri, maka dikhuatiri tanah akan runtuh.  

Sebagai rujukan, kejadian tanah runtuh atau jerlus pernah berlaku semasa pembinaan SMART Tunnel di Kuala Lumpur. Namun demikian ianya dapat diatasi dengan membuat kerja-kerja penstabilan tanah serta membuat "batu rekaan" yakni menyalurkan cecair yang akan mengeras ke dalam tanah melalui pengorekan lubang dari permukaan tanah. Namun demikian, jika ianya berlaku semasa pembinaan terowong Pulau Pinang, apakah para jurutera atau pihak kontraktor dapat melakukan perkara yang sama di tengah laut ? Tambahan pula dalam masa yang kritikal itu apakah kejadian tanah runtuh tidak akan bertambah parah ? Jika berlaku secara serius maka satu malapetaka banjir besar akan berlaku di daratan. 

Biasanya selepas sahaja kerja-kerja pengorekan secara konvensional, ianya dilakukan sokongan dengan concrete lining serta steel lining bagi mengukuhkan struktur dinding dan atas terowong.  Bagi pengorekan terowong yang menggunakan teknikTBM pula, concrete precast panel yang telah siap dibawa masuk ke dalam terowong dan dipasang menggunakan kaedah hydraulic dan vacum pada sekeliling terowong. Ini dilakukan secara berseterusan dan selari dengan pembinaan terowong. Sila rujuk video mengenai pembinaan SMART Tunnel untuk mendapatkan lebih kefahaman.  

Jika kerja-kerja pengorekan dilakukan dengan alat peledak dinamit, ia dikhuatiri akan memberi impak terhadap struktur batu-batan yang mengakibatkan rekahan. Pengalaman kami terhadap projek di Sg Piah mendapati, rekahan batu-batan akan menyebabkan lebih banyak air yang keluar dari perut bumi, inikan pula terowong terletak di bawah dasar laut.

Manakala gelombang gegaran yang terlahir semasa letupan akan menyebabkan berlaku seperti gempa bumi setempat yang lemah. Ia mungkin akan menyebabkan hidupan laut terutamanya ikan dan udang yang amat sensitif terhadap gelombang gegaran bumi akan berpindah ke tempat lain. Ia akan mengubah ekosistem perairan tersebut. Secara tidak langsung ia akan mengancam kehidupan dan pendapatan nelayan pantai.

Dikatakan jajaran terowong ini adalah berhampiran dengan pelabuhan. Dikhuatiri kerja-kerja mendalamkan pelabuhan tidak dapat dijalan di masa akan datang bagi memberi peluang kapal-kapal yang lebih besar untuk berlabuh.  Maka apakah kedalaman terowong perlu diubahsuai  dan begitu juga  jajarannya perlu diubah bagi mengambilkira perkara ini.

Saya rasa hanya itulah aspek teknikal yang dapat saya paparkan, jika terlebih mendalam, dikhuatiri tidak difahami oleh kebanyakan orang. Ia hanya mungkin dapat dikongsi oleh mereka yang betul-betul terlibat dalam projek serta yang arif tentang teknik pembinaan terowong.

Ditulis oleh : Hisemudin Kasim

30.03.2013


Nota :

Terdapat 5 artikel yang berkaitan kejuruteraan awam di dalam blog ini. Sila Klik pada imej utk ke catatan tersebut

”smile”/

”smile”/

”smile”/

”smile”/

”smile”/


Petikan dari Akhbar The Star 07.10.2013
Published: Monday October 7, 2013 MYT 12:00:00 AM
Updated: Monday October 7, 2013 MYT 8:09:29 AM

Lim: Expressway to be completed before undersea tunnel is ready

  
Email

Facebook
17

GEORGE TOWN: Three expressways to ease traffic flow in the state will be completed before the 6.5km undersea tunnel is ready.
This was revealed by Chief Minister Lim Guan Eng after the signing of a preliminary agreement for the construction of a few major traffic-related projects yesterday.
Under the state’s comprehensive package of traffic management projects totalling RM6.3bil, the 12km Tanjung Bungah-Teluk Bahang paired road is scheduled to be ready by 2018, followed by the 4.6km bypass connecting the Tun Dr Lim Chong Eu expressway with Bandar Baru Air Itam by 2019, and the 4.2km bypass connecting Gurney Drive to Tun Dr Lim Chong Eu Expressway in 2022.

The tunnel connecting Gurney Drive and Butterworth’s Bagan Ajam will be completed by 2025.
Lim said these projects would not only improve Penang’s economy, but also benefit all Malaysians.
“Apart from the multiple job opportunities, the contractors are committed in awarding contracts to Malaysians, especially Pe­­nangites,” he said after inking the agreement with Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd, China Railway Construction Corporation Inter­national (CRCC), and Beijing Urban Con­struction Group.
During the ceremony, Zenith also separately signed two agreements with CRCC related to detailed project design, engineering, materials procurement and construction of the tunnel and the three toll-free expressways.
Lim emphasised that although the agreement has been signed, these projects must comply with the recommendations for construction im­pact mitigation following detailed environmental impact assessments (DEIA).
For this, Penang would appoint an independent company to conduct the DEIA on the four projects.
Meanwhile, Lim added that Barisan Nasional must accept Pakatan Rakyat’s offer to set up a three-person committee to implement reforms that will stop the abuses highlighted in the annual Auditor-General’s Report.
According to him, only a high-powered committee, with the Deputy Prime Minister as chair, as well as the Opposition leader and the Auditor-General, would be able to “put fear into the hearts of those who betray the public trust given to those acting as a custodian of public funds”.

Thursday, March 28, 2013

Dedikasi Untukmu Tun Dr Mahathir Mohammad













MAHATHIRMOHAMMAD

M alaysia gagah perkasa
A  tas kelahiran sebutir bintang
H  ari ini masih gah di persada
A  kan terus bersinar walau
T  akkala dirimu dimamah usia
H  ati seorang perwira digenggam bara
I   ngatlah wahai anak-anak Malaysia
R  ahmat kita hari ini adalah pengorbananmu
M aju mundurnya negarabangsa dan bila
O  mbak dan badai dihadapi bersama
H  anya untuk kita ditinggalkan satu wawasan
A  kan kita kotakan segala janjimu
M ana mungkin anak-anakmu memungkiri
M anakan jua kita cari gantinya walau
 da berjuta bintang di langit takkan sama
D  engan dirimu Tun Dr Mahathir Mohammad




Nukilan : Hisemudin Kasim


19.03.2013

Perdana Menteri Malaysia NAJIBRAZAK


Perdana Menteri Malaysia NAJIBRAZAK
(Bagi mengingati perwira di Lahad Datu)

N egara dipertahankan
A tas titisan darah perwira yang mengalir
J asamu dikenang hingga ke akhir hayat
I ngatlah wahai anak-anak perwira
B apamu berjuang demi negara kita Malaysia
R ayumu rayuku kita bersatu
A tas satu tekad
Z ikirmu adalah doa
A kan mengiringimu
K ejayaan yang pasti akan tiba

Hisemudin Kasim
19.03.2013


Di sebalik Lahad Datu, apa kita harus tahu (IV)



Siri IV dalam Di sebalik Lahad Datu, apa yang kita harus tahu…….!!! saya ingin mengajak anda untuk sama-sama memikirkan dua persoalan nasional iaitu :

1. Kedaulatan negara dari pencerobohan asing,
2. Perpaduan nasional dari ancaman anasir dalam dan luar negara

Dalam persoalan kedaulatan negara dari pencerobohan asing, kita ...akan menyingkap pencerobohan asing pertama ke atas tanahair yang merdeka iaitu pencerobohan gerila Indonesia dalam insiden Pencerobohan Kalabakan, yang disifatkan sebagai “Ganyang Malaysia” oleh Seorkarno dalam era Konfrantasi di tahun 1963 yang akhirnya mengujudkan Markas 5 Briged, Kem Lok Kawi, Askar Melayu Diraja di Sabah. Ia juga mempunyai persamaan yang akan dikaitkan dengan insiden pencerobohan tentera kesultanan Sulu ke atas Lahad Datu.

Manakala dalam isu perpaduan nasional dari ancaman anasir dalam dan luar negara, kita akan membincangkan kes peristiwa 13 Mei, 1969 sebagai titik tolak perpaduan nasional. Rantaian daripada itu kita akan mengaitkan kes pencerobohan Lahad Datu yang membangkitkan semangat patriotisme di kalangan rakyat dalam mempertahankan negara.

Sebagai rakyat kebanyakan (civilian) kita tidak mampu untuk menggalas senjata seperti yang dilakukan oleh pasukan keselamatan yang menjadi benteng pertama di perbatasan, namun keperihatianan rakyat dalam menyuarakan hasrat telah diluah secara aktif dan fizikal melalui demonstrasi terhadap pihak-pihak yang dikaitkan secara langsung atau tidak langsung dalam kes ini. Ia juga tampak menonjol dalam laman sosial Facebook terutamanya, apabila ia menjadi ruang siber yang paling aktif untuk mendapatkan informasi dan percambahan ilmu .

Sudah tentunya kes Naib Presiden PKR, Tian Chua yang telah di hadapkan ke mahkamah dan seorang guru, Mohd Lotfi Nor yang kini dalam siasatan polis serta tindakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia akan menjadi topik perbincangan.

Kedaulatan Negara Dari Pencerobohan Asing :

Mungkin secara sengaja atau tidak sengaja, peristiwa 50 tahun lalu iaitu pada 12hb April, 1963 ( kes Lahad Datu berlaku pada 12 hb Februari 2013), iaitu persamaan tarikh 12hb, pasukan sukarelawan perang dan gerila Indonesia mula menyelinap masuk ke sempadan lalu menyerang Balai Polis Tebedu, Sarawak tetapi akhirnya dapat dipatahkan. Ketika itu Sarawak masih dalam pentadbiran British Borneo dan dalam proses kemasukan ke dalam Persekutuan Tanah Melayu yang akhirnya bersama Sabah dan Singapura bersama negeri-negeri Semenanjung bagi membentuk negara Malaysia pada 16 September 1963.

Manakala pada 29hb Disember 1963, gerila perang khususnya Tentera Republik Indonesia (TNI) telah melancarkan serangan mengejut ke atas pos tentera di Kalabakan, Tawau, Sabah. Serangan mengejut ini dilakukan ketika anggota tentera daripada Kompeni C, Rejimen ke-3 Askar Melayu Diraja yang sedang bersiap-siap untuk solat Isyak. Serangan ini telah ditentang oleh Askar Melayu Diraja Malaya dan menyebabkan tentera Indonesia berundur ke sempadan mereka. Serangan itu mengorbankan 7 orang termasuk ketua pemerintahnya, Mejar Zainal Abidin bin Haji Yaacob dan mencederakan 16 yang lain.

Pada pandangan kita umumnya, kes Lahad Datu merupakan yang pertama berlaku bagi Malaysia dicerobohi oleh pasukan bersenjata asing. Sebenarnya ia adalah SALAH. Kes Lahad Datu adalah merupakan kes yang KEDUA. Namun demikian, ia tidak meninggalkan impak yang besar kepada negara yang ketika itu sedang menghadapi konfrantasi dari regim Seorkarno.

Di sebalik pencerobohan Kalabakan itu, terselit satu persoalan besar di peringkat serantau dan antarabangsa. Sabah menjadi rebutan antara Indonesia dan Filipina. Seorkarno mencemburui pakatan Sabah dan Sarawak serta Semenanjung Malaysia yang dikatakan sebagai kolonial baru tajaan British selepas ia meninggalkan rantau ini. Ini juga dilihat sebagai menyaingi kekuasaan Seokarno untuk merealisasikan konsep Melayu Raya yang meliputi Malaysia, Indonesia dan Brunei. Di pihak Filipina pula ia berkehendakkan Sabah berdasarkan sejarah kesultanan Sulu yang pernah memilikinya sebelum menyerahkannya kepada syarikat British pada tahun 1878.

Maka pada 12hb Feb. yang lalu, pencerobohan oleh tentera kesultanan Sulu yang pada mulanya dianggap sebagai “tentera asing” tetapi kemudiannya ditakrifkan sebagai “pengganas” telah diperakui oleh Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina, Albert del Rosario yang membuat kenyataan bersama dengan Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman di Kuala Lumpur. Maka dengan itu kita tidak tertakluk kepada Konvensyen Geneva yang mana takrifannya ialah peperangan antara negara dengan negara atau perang saudara dalaman tetapi tentera kita berperang dengan pengganas yang ingin membuat kekacauan yang berselindung di sebalik tuntutan negara. Dengan ini jelas bahawa peperangan kita adalah untuk menumpaskan pengganas di peringkat antarabangsa yang boleh disamakan dengan memerangai al-Qaeda.

Perpaduan Nasional Dari Ancaman Anasir Dalam Dan Luar Negara :

Sejarah negara terpalit dengan detik-detik hitam semasa peristiwa 13 Mei, 1969 di mana perpaduan kaum telah jatuh ke paras yang paling bawah sekali. Nilai-nilai kemanusiaan dan perasaan muhibah antara orang-orang Melayu khasnya dengan orang-orang Cina dipenuhi dengan kecurigaan dan dendam darah dibayar darah. Negara telah terjerumus dalam kancah persengketaan dengan darurat diisytiharkan dan tentera telah mengambilalih kuasa yang akhirnya MAGERAN menguruskan pentadbiran negara.

Selepas peristiwa 13 Mei itu, maka lahirkan RUKUNEGARA. Ia menjadi ideologi negara yang menjadi acuan bagi pembentukan satu negarabangsa yang perlu diikuti oleh setiap rakyat yang cintakan keamanan.

Namun demikian konsep kepercayaan kepada Tuhan yang memberi kekebasan kepada semua rakyat mengamalkan ugama masing-masing tetapi dalam konteks ugama Islam sebagai ugama rasmi negara, ia tidak ada komprominya. Ini sering dicabuli oleh penganut ugama lain yang mengakibatkan berlaku pergeseran dan perpaduan nasional semakin goyah. Kes terbaru ialah tentang permintaan Lim Guan Eng agar kerajaan memberi kebenaran bagi penggunaan kalimah Allah untuk orang-orang kristian.

Kesetiaan kepada raja dan negara telah diperkotak-katikkan. Oleh kerana raja adalah payung kepada bangsa Melayu yang menjadi penduduk asal di rantau ini, maka penderhakaan terhadap raja juga merupakan pengkhianatan kepada bangsa Melayu. Kecenderungan untuk menghapuskan keistimewaan orang-orang Melayu dan beberapa artikel dalam Perlembagaan tentang hak-hak Melayu telah membangkitkan kemarahan orang-orang Melayu. Secara tidak langsung telah melonggarkan perpaduan nasional.

Konsep kesopanan dan kesulisaan yang menjadikan rakyat Malaysia berbudi bahasa serta saling hormat-menghormati telah dibuang jauh-jauh. Ini terutamanya dilakukan oleh mereka yang tidak pernah tahu bagaimana untuk menghargai jasa-jasa dan pengorbanan orang lain.

Dalam kes Lahad Datu, kerajaan masih tercari-cari siapakah pihak ketiga yang terlibat seperti yang dimaksudkan dalam satu laporan oleh perisikan Manila. Apakah anasir-anasir ini datangnya dari dalam ataupun luar negara. Begitu juga dalam nota diplomatik yang digodam oleh Wikileaks telah menyebut paranan Anwar Ibrahim yang dikatakan sebagai “kawan lama” kepada Nur Misuari. Kita juga berharap kerajaan segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja atau mengeluarkan Kertas Putih bagi menjelaskan kepada rakyat apa yang sebenarnya terjadi di Lahad Datu.

Naib Presiden PKR, Tian Chua yang mengeluarkan kenyataan dalam akhbar Keadilan mengatakan bahawa kes tembak-menembak di Lahad Datu adalah konspirasi Umno yang seolah-olah untuk menakut-nakutkan rakyat terutamanya semasa PRU akan diadakan tidak lama lagi. Ini telah menaikkan suhu kemarahan rakyat terhadap beliau yang tidak menghormati perjuangan para perajurit di medan perang serta keluarga mereka yang terkorban dan cedera. Pendakwaan beliau di bawah Akta Hasutan 1948 telah menjadi klimaks terhadap kemarahan seluruh rakyat Malaysia.

Secara tidak langsung ia telah meningkatkan semangat patritisme rakyat bagi menyokong angkatan persenjataan negara dan sebaliknya menghentam mana-mana individu yang dilihat memperlekehkan tugasan polis dan tentera di Lahad Datu dan Semporna. Ini tidak terkecuali seorang guru, Mohd Lotfi Nor di Kelantan yang memperlekehkan polis sebagai anjing dan kematian anggota polis dianggap sebagai anjing mampus ! Apakah ini yang kita ingin tonjolkan sebagai pendidik bangsa. Maka kita berterimakasih kepada polis dan Kementerian Pelajaran Malaysia yang akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap beliau.

Sesungguhnya kes Lahad Datu juga memperlihatkan semangat perpaduan yang semakin utuh di kalangan rakyat pelbagai kaum, ugama dan fahaman politik.

Bagi Tian Chua dan Mohd Lotfi Nor, saya sediakan pantun untuk anda berdua :

Cikgu Lotfi kencing berdiri,
Biadap kepada polis tentera,
Murid Tian Chua kencing berlari,
Sebab mulut badan binasa.

Murid Tian Chua kencing berlari,
Sebab mulut badan binasa,
Mulut celupur tangan bergari,
Masuk mahkamah taulah dia.

Mulut celupur tangan bergari,
Masuk mahkamah taulah dia,
Padan muka tak sedar diri,
Elok hantar Lahad Datu pula.

Padan muka tak sedar diri,
Elok hantar Lahad Datu pula,
Umpan pengganas masuk ke guni,
Jadi habuan si Kiram durjana.

Umpan pengganas masuk ke guni,
Jadi habuan si Kiram durjana,
Tenguklah siapa tunjuk berani,
Akhirnya terpaksa berputih mata.


Nota ; Artikel ini telah disiarkan di FB saya pada 15.03.2013

Di sebalik Lahad Datu, apa kita harus tahu (III)



Ini adalah kesinambungan bagi siri I & II atas tajuk yang sama. Dalam siri I, saya telah mengupas mengenai sejarah pemberontakan orang-orang Islam di Acheh, Selatan Thailand serta Selatan Filipina bagi mendapatkan konsesi pemerintahan yang lebih adil daripada pemerintah pusat . Manakala siri II memaparkan sejarah kesultanan Sulu serta b...agaimana Borneo Utara terlepas ke tangan Malaysia lalu dan dinamakan Sabah.

Manakala dalam siri ke III ini, saya akan menumpukan perbincangan dari aspek perundangan, politik, perhungan antarabangsa dan taktikal ketenteraan dalam menyelesaikan kes pencerobohan ini. Di samping membuat perbandingan terhadap kes Lahad Datu dengan kes Al-Ma’unah di Sauk, Perak. Juga saya akan selitkan apa yang terjadi dengan lirik, “Tanya sama Anwar, ngapa Sabah tidak hilang…… Nanti jawab ……………..”

Dikatakan bahawa pihak Wisma Putra, ATM dan polis terpaksa berhati-hati bagi menangani kes ini sejak di hari pertama lagi. Selain daripada mengambilkira soal-soal keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam yang di bawah tanggungjawab polis dan soal keselamatan negara dari pencerobohan dalam dan luar negeri yang digalas oleh ATM, kita harus juga mengingatkan bahawa kita terikat dengan beberapa perundangan antarabangsa dan protokol yang perlu diikuti. Salah satunya ialah Konvensyen Geneva.

Konvensyen Geneva mengandungi empat perjanjian yang dibuat di Geneva, Switzerland, yang mana Malaysia turut menandatangani nya pada 24 Ogos 1962 dan merupakan negara ke 89 mengesahkannya.

Semua negara telah setuju :

a. Menjaga mereka yang cedera, sama ada kawan atau musuh.

b. Melindungi orang awam , menghormati maruah mereka, hak keluarga dan hak agama mereka.

c. Mengharamkan penyiksaan, kekejamam, pembunuhan, pengambilan tawanan sebagai tebusan, membuang negeri serta memusnahkan harta-benda orang awam

d. Membenarkan wakil-wakil dari JAPM melawat tawanan perang dan berbincang dengan mereka tanpa saksi ditetapkan dalam piawai bagi undang-undang antarabangsa berkaitan kemanusiaan.

Di samping itu kenyataan Setiausaha Agong PBB, Ban Kin-moon yang mahukan usaha “damai” telah di”veto” oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak sebagai reaksi tegas bahawa Malaysia tidak inginkan sebarang campurtangan asing dalam kes ini.

Oleh kerana pada awal pencerobohan ini, penceroboh telah ditaksirkan sebagai “tentera” iaitu tentera kepada kesultanan Sulu yang mungkin dikaitkan dengan sebahagian daripada tentera negara Filipina. Maka ia boleh mengundang kepada pencerobohan kuasa negara asing terhadap sebuah negara berdaulat.

Dan jika peperangan berlaku, maka ia akan disabitkan dengan Konvensyen Geneva. Musuh yang ditangkap akan ditakrifkan sebagai “tawanan perang”. Inilah yang cuba dielakkan oleh Malaysia tambahan pula ia melibatkan negara Asean yang terkandung juga pemuafakatan dan kesetiakawanan Asean.

Selepas diselidiki oleh perisikan tentera dan polis serta kenyataan daripada Manila, mereka didapati adalah tentera kesultanan Sulu yang tidak diiktiraf oleh Manila. Maka pendekatan ketenteraan terpaksa menjadi sekunder, manakala akta-akta polis bagi menjaga ketenteraman awam dan keselamatan dalam negeri lebih praktikal.

Tambahan pula terdapat beribu-ribu rakyat negara kita terdedah dalam zon peperangan yang luas dan keselamatan mereka perlu diambil kira terlebih dahulu sebelum apa-apa tindakan ketenteraan dilakukan. Kesukaran dalam mobilisasi penduduk dan kerosakan harta benda harus dielakkan. Mereka tidak boleh dijadikan perisai dan mangsa konflik atau dijadikan tebusan oleh pihak musuh.

Disamping itu kerajaan sedaya-upaya untuk mengelakkan pertumpahan darah sesama Islam dan merumitkan lagi permasalahan etnik Suluk di Sabah yang sekian lama menjadi duri dalam daging terhadap keselamatan negara. Sebab itulah strategi ‘berunding” tanpa kekerasan dimulakan terlebih dahulu dan memakan masa yang agak lama.

Jika perlaku tangkapan semasa operasi, maka mereka ditakrifkan sebagai “tahanan” polis dan tidak “tawanan” tentera. Sebab itulah polis terpaksa dikerahkan terlebih dahulu sebelum bantuan tentera dihantar kemudiannya. Tentang takrifan “penceroboh” yang akhirnya diklasifikasikan sebagai “pengganas” telah dipersetujui oleh Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina, Albert del Rosario yang membuat kenyataan bersama dengan Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman di Kuala Lumpur. Maka caj yang akan dikenakan nanti adalah tertakluk kepada kesalahan keganasan dan bukan kesalahan perang di Malaysia.

Tentang pendakwaan yang yang bakal dikenakan kepada penceroboh termasuk Jamalul Kiram III, sehingga kini pihak pendakwaan masih menganalisa kes ini. Bagaimanapun Manila telah terlebih dahulu mengumumkan akan mengambil tindakan berasaskan undang-undang negaranya kepada mereka yang terlibat dan yang masih berada di Filipina.

Kemudian bergantunglah kepada persetujuan bersama Malaysia-Filipina samada untuk mengekstradisi Jamalul Kiram III ke Malaysia. Kerana Malaysia dan Filipina tidak mempunyai perjanjian ekstradisi namun mungkin jika dilakukan ialah menerusi saluran semangat Asean. Contoh yang pernah dibuat menggunakan kaedah ini ialah semasa pentadbiran Presiden Gloria Aroyo agar Nur Misuari yang ditangkap kerana memasuki Sabah diekstradisi ke Filipina dalam tahun 2001 boleh diaplikasikan.

Apa yang berlaku di “medan perang” berlainan pula yang berlaku di “medan politik” tanahair. Apa yang jelas kes Lahad Datu dijadikan modal politik oleh pihak pembangkang untuk memburuk-burukkan pihak berwajib dan menteri yang terlibat lantaran terlalu banyak masa diberikan untuk berunding. Sampai ke satu tahap pembangkang memperlekehkan cara penghantaran askar-askar ke Lahad Datu dengan menggunakan penerbangan komersial yang dianggap sebagai permainan politik yang kurang matang. Lebih dahsyat lagi Naib Presiden PKR, Tian Chua sanggup melabelkan insiden tembak-menembak ini adalah konsiparasi UMNO yang dilakunkan. Ia amat menjijikkan !

Dari segi taktikal ketenteraan dan kerahsiaan di lapangan perang bukanlah menjadi isu kerana pihak ATM dan polis lebih arif dengan tugasan mereka. Pihak pembangkang terutamanya tidak seharusnya menunjuk pandai padahal mereka sendiri tidak pernah menunjukkan semangat patriotik terhadap pengorbanan anggota keselamatan yang berkorban demi keselamatan kita.

Dengan terkorbannya 8 orang perwira dan beberapa orang anggota yang cedera serta para isteri menjadi balu dan anak-anak menjadi yatim, sudah cukup untuk kita menilai apakah “lakunan” sedemikian semata-mata demi mengejar populariti politik peti undi dalam PRU akan datang.

Bagaimanapun kita juga mengakui bahawa dengan kes pencerobohan ini, telah menelanjangi beberapa kelemahan keselamatan negara terutamanya di sempadan perairan negara yang luas dan panjang sejauh 1400 Km di timur Sabah. Daripada strategi perang, kita juga mendapat pengalaman yang mungkin tidak terfikir oleh pihak perisikan dan perancang taktikal ketenteraan bahawa pihak musuh menggunakan taktik perang gerila yang sungguh licik dalam kumpulan yang kecil.

Contohnya apabila semua ketumbukan tentera tertumpu di Lahad Datu, tiba-tiba yang meletus pertempuran ialah di Semporna. Selain daripada itu timbul persoalan di manakah ketua kumpulan pengganas iaitu Raja Muda Azzimuddie Kiram berada ketika ini. Mungkinkah beliau telah meloloskan diri dan bersembunyi di Filipina sebelum serangan ketenteraan dilakukan. Dan beliau berhubung dengan orang kanannya, iaitu Jeneral Haji Musa melalui telefon satelit setelah komunikasi gelombang darat ke darat disekat oleh tentera.

Perbezaan antara kes Al-Ma’unah di Sauk, Perak dengan kes Lahad Datu:

Kes pencerobohan nekad ke atas Kem Batalion 304 Rejimen Askar Wataniah Temenggur, Grik pada subuh 2 Julai 2000 oleh kumpulan Al-Ma'unah yang diketuai oleh Muhammad Amin Mohamed Razali dan melarikan sejumlah besar senjata api daripada stor persenjataan telah menggemparkan seluruh rakyat Malaysia.

Ia merupakan kejadian pertama dilakukan oleh segelintir ahli-ahli kumpulan tersebut yang menyamar sebagai pegawai tentera serta menggunakan kenderaan yang dicat seakan-akan kenderaan tentera bagi merampas senjata di kem tersebut. Kumpulan tersebut yang hanya terdiri daripada 29 orang kemudiannya mendirikan pangkalan rahsianya di kawasan hutan Bukit Jenalik, berhampiran perkampungan di Sauk, Negeri Perak dan bersedia untuk melancarkan serangan terhadap kerajaan.

Sepasukan polis dihantar mengepung Bukit Jenalik untuk menyekat pergerakan mereka. Dalam radio komunikasi yang digunakan oleh kumpulan itu, mereka memaklumkan bahawa mereka akan menyerang Kuala Lumpur sekiranya tuntutan ke atas Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad untuk meletakkan jawatan dalam masa 24 jam tidak dipenuhi.

Pada pagi 5 Julai 2000, seorang anggota Al Ma'unah telah ditembak oleh pasukan keselamatan. Sebagai tindak balas, Amin dan rakan-rakannya bertindak membalas tembakan. Kumpulan Al-Ma'unah kemudiannya menyerah diri, dan dianggarkan tiga orang telah terkorban dan ia hanya melibatkan pengepungan oleh 59 anggota polis dan tentera.

Sungguh menghairankan kerana ada bekas pegawai tertinggi angkatan bersenjata negara yang menyertai pembangkang ketika ini cuba mengaitkan kes Al-Ma’unah dengan kes Lahad Datu. Mereka mengatakan bahawa dalam kes Al-Ma’unah, pihak polis dan tentera cuma mengambil masa empat hari sahaja untuk menumpaskan pemberontakan itu tetapi mengapa kita terpaksa mengambil masa yang terlalu lama untuk mengusir pengganas di Lahad Datu.

Daripada keterangan dan fakta-fakta yang saya utarakan di atas telah menjawab semua tuduhan itu. Sesungguhnya kes Al-Ma’unah adalah kes menangkap seorang ketua militant pengganas iaitu Muhammad Amin serta 28 orang pengikutnya sahaja dan mereka hanya berkubu di sebuah bukit yang terkepung.

Apakah layak untuk dibandingkan dengan kes Lahad Datu ini. Itulah mentaliti pembangkang yang sentiasa membangkang walaupun ianya melibatkan keselamatan negara. Jadi apakah mereka layak untuk dipertaruhkan kepercayaan untuk memimpin negara jika benar-benar negara diancam oleh tentera asing. Fikir-fikirkan lah !

Tanya sama Anwar, ngapa Sabah tak hilang …… nanti jawab Hisemudin Kasim …….

Apakah selepas kejadian Lahad Datu ini Anwar akan mengulangi lagu “Tanya sama Najib, apa sebab goyang …..”. Tetapi lagu itu akan berbalik kepadanya, “Tanya sama Anwar, ngapa Sabah tak hilang…..”. Sesungguhnya dengan kes Lahad Datu akan menambahkan kepercayaan dan sokongan rakyat mencanak naik, ditambah lagi selepas lawatan turun padang Perdana Menteri ke medan perang Lahad Datu, menjenguk sendiri kesiapsagaan pasukan keselamatan tanpa menghiraukan keselamatannya sendiri seperti yang telah ditunjukkannya semasa berada di Gaza dahulu.

Semangat rakyat terhadap kecintaan kepada negara diluahkan dalam pelbagai cara samada melalui media-media sosial facebook dan twitter dan sebagainya. Manakala cemuhan yang tak terhingga dari pelbagai lapisan masyarakat serta tunjuk perasaan membantah kenyataan biadap Tian Chua semakin lantang. Secara tidak langsung pakatan yang diterajui oleh Anwar akan menerima padah yang amat besar terutamanya di peti undi dalam PRU akan datang. Rakyat Sabah sudah tentunya akan menyanggah hasrat Anwar itu, dan menyanyikan lagu…… Sabah tak hilang.

Tanya sama Anwar, ngapa Sabah tak hilang,
Nanti jawab Anwar, Kiram yang halang.

Tanya sama Kiram, ngapa buat halang,
Nanti jawab Kiram, Misuari yang dalang.

Tanya sama Misuari, ngapa jadi dalang,
Nanti jawab Misuari, Anwar nak belakang.

Oleh : Hisemudin Kasim
11.3.2013 8.00 pm

 
Nota : Artikel ini telah disiarkan dalam FB saya pada 11.03.2013

Di sebalik Lahat Datu, apa kita harus tahu ( II )



Tulisan ini adalah lanjutan dari Di sebalik Lahat Datu, apa yang kita harus tahu …..!!! (Siri I)  yang telah saya postkan pada 3hb Feb yang lalu. Ia juga bukanlah nokhtah bagi siri ini, diharap akan ada siri III dan seterusnya bagi mencungkil permasalahan dari perspekfik sejarah, geopolitik, pertahanan dan hubungan antarabangsa.

Sehingg...a hari ini (9.3.2013 jam 9.00 malam) telah dikenalpasti terdapat 53 orang penceroboh telah terbunuh manakala 79 orang ditahan untuk siasatan polis. Pihak penceroboh kini bergerak dalam kumpulan kecil setelah terperangkap dalam kepungan di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu. Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata kawalan ketat yang dilakukan di lokasi berkenaan sejak Op Daulat dilancarkan bagaimanapun tidak memungkinkan penceroboh bersenjata itu memboloskan diri.

Melihat dari senario pencerobohan yang dilakukan oleh pihak yang mengaku sebagai tentera Kesultanan Sulu bagi menuntut Sabah sebagai sebahagian daripada jajahan takluk kesultanan Sulu, kita harus menoleh ke belakang tentang sejarah akar umbi bagaimana ianya berlaku. Apakah benar kesultanan Sulu yang kini memang tidak diiktiraf oleh Manila sendiri sejak tahun 1974, mampu untuk memperolehi sebarang kejayaan samada dari segi ketenteraan maupun melalui saluran diplomatik antarabangsa iaitu dengan melancarkan tuntutan terhadap mahkamah timbangtara antarabangsa (ICJ).

Daripada perspektif sejarah, kesultanan Sulu telah ujud sezaman dengan kesultanan Melaka lagi. Selepas melalui beberapa generasi dengan penguasaan Sepanyol terhadap Filipina, namun kesultanan Sulu masih utuh. Malah kekuasaannya telah bertambah dengan kemasukan sebahagian Bornoe atas anugerah dari kesultanan Brunei kerana membantu menamatkan pemberontakan.

Bagaimanapun pada 22hb Jan 1878, telah ditandatangai satu perjanjian antara Sultan Sulu dengan pihak syarikat British (Alfred Dent dan Baron von Overback), yang mana Borneo Utara telah diberikan pajakan kepada syarikat British dengan bayaran sebanyak 5000 “Malayan Dollar” setiap tahun. Ini diperjelaskan dalam transkrip perjanjian seperti di bawah :

….. do hereby lease of our own freewill and satisfaction to...all the territories and lands being tributary to [us] together with their heirs, associates, successors and assigns forever and until the end of time, all rights and powers which we possess over all territories and lads tributary to us on the mainland of the Island of Borneo, commencing from the Pandassan River on the west coast to Maludu Bay, and extending along the whole east coast as far as Sibuco River on the south,..., and all the other territories and states to the southward thereof bordering on Darvel Bay and as far as the Sibuco River, ..., [9 nautical miles] of the coast

Dalam tahun 1903 telah ditandatangani satu dokumen tambahan seperti berikut :


 On 22 April 1903 His Majesty Sultan Jamalul Kiram signed a document known as "Confirmation of cession of certain islands", under what he either grant and ceded or leased additional islands in the neighbourhood of the mainland of North Borneo from Banggi Island to Sibuku Bay to British North Borneo Company. The sum 5,000 dollars a year payable every year increased to 5,300 dollars a year payable every year.

Kedua-dua perjanjian inilah yang menjadi titik-tolak kepada penyerahan Borneo utara kepada syarikat British yang kemudian diberikan kepada kerajaan British. Sebelum British meninggalkan Borneo Utara, satu pungutan suara telah dilakukan bagi memberi peluang kepada rakyat Borneo Utara memilih kerajaan sendiri setelah gagasan pembentukan Malaysia akan dilakukan. Dalam pungutan suara itu, rakyat Borneo Utara telah memberikan 2/3 undi majoriti untuk menyokong kemasukan dalam gagasan itu. Setelah itu Borneo Utara ditukar nama menjadi Sabah dan bersama Sarawak dan Singapura serta negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu membentuk negara Malaysia.

Oleh kerana negara Malaysia menerima pewarisan terhadap Sabah melalui perjanjian pajakan dan memerlukannya membayar wang pajakan setiap tahun, maka pejabat kedutaan Malaysia di Manila akan membuat pembayaran tersebut kepada waris-waris kesultanan Sulu yang berhak walaupun ianya tidak lagi diiktiraf oleh kerajaan Filipina. Ini diterangkan dalam transkrip seperti di bawah :

Every year, the Malaysian Embassy in the Philippines issues a check in the amount of 5,300 ringgit (US$1710 or about 77,000 Philippine pesos) to the legal counsel of the heirs of the Sultan of Sulu. Malaysia considers the amount an annual “cession” payment for the disputed state, while the sultan’s descendants consider it “rent". The sultan's descendants demands that the payment be increased to 1Billiion USD in 2010, Malaysia has however ignored the issue.

Dalam terma perjanjian itu terdapat definasi yang berbeza dari pihak kerajaan Malaysia yang menganggap bahawa wang RM5300 itu adalah sebagai ganjaran pajakan tahunan, manakala di pihak pewaris kesultanan Sulu menganggapnya sebagai sewaan. Oleh kerana ianya berbentuk sewaan, maka ia haruslah dilihat dari perspektif ekonomi dan nilai semasa dan patut dinaikkan kepada 1billion USD dalam tahun 2010, namun demikian kerajaan Malaysia tidak mengendahkannya.

Maka kini sudah terang lagi bersuluh bahawa sebahagian daripada agenda pencerobohan itu ada berkaitan dengan permintaan waris-waris kesultanan Sulu agar Malaysia menimbangkan permintaan mereka agar kantong mereka dipenuhi. Bagaimanapun penentuan pewarisan yang layak untuk menerima wang pajakan dan “takhta” kesultanan Sulu itu sendiri masih dipertikaikan dari kalangan pewaris-pewaris sendiri.

Ini berlaku takkala sultan Sulu yang terakhir, Jamalul Kiram II mangkat dalam tahun 1936 tidak meninggalkan pewaris. Seterusnya British telah menghentikan pembayaran pajakan tersebut. Namun demikian setelah waris-waris kesultanan Sulu membawa perkara ini ke penghakiman maka ia dikembalikan kepada pewaris-pewaris. Namun demikian Jamalulu Kiram III tidak diiktiraf sebagai pewaris “yang 9 orang” yang layak untuk menerima pembahagian wang pajakan itu dalam satu penghakiman yang dibuat oleh Hakim Besar Borneo Utara, Hakim Macaskie dalam tahun 1939.

Dalam tahun 2011, pewaris kedua kepada “yang 9 orang” telah mendapat pengiktirafan dari mahkamah Sulu bahawa mereka adalah pewaris yang sah. Sekali lagi Jamalul Kiram III tidak tersenarai. Maka dengan itu dakwaan Jamalul Kiram III sebagai pemilik takhta kesultanan Sulu dipertikaikan oleh kerabat diraja kesultanan itu sendiri. Secara tidak langsung ia dianggap sebagai sultan palsu dari segi teknikal dan undang-undang antarabangsa. Namun demikian, ia masih dianggap sebagai sultan yang “sah” oleh pengikutnya kerana simbol kesultanan itu melambangkan ujudnya kesinambungan kerajaan Melayu Kesultanan Sulu walaupun ianya tidak membawa makna dalam arena politik Filipina sendiri apatah lagi di pentas antarabangsa.

Mungkinkah dengan cara pencerobohan ke atas Sabah dan berjaya mengingatkan kepada Manila, dan Jamalul Kiram III beranggapan juga bahawa beliau harus diangkat sebagai sultan yang sah disisi undang-undang Filipina dan berhak mendapat apa jua keistimewaan diraja. Kerana pihak kerajaan Filipina tidak lagi mengiktiraf maupun memberi ganjaran kepada keluarga “diraja” itu.

Daripada berita-berita yang dilaporkan bahawa keluarga Jamalul Kiram III sendiri tidaklah mempunyai kekuatan dari segi kewangan untuk membiayai tentera sendiri, apatah lagi untuk misi menceroboh sebuah negara berdaulat Malaysia. Maka timbul persoalan dari mana timbulnya askar-askar mereka itu dan siapa pula yang membiayai pencerobohan itu. Apakah mereka itu adalah sebahagian daripada bekas tentera gerila dari puak MNLF yang diterajui oleh Nur Misuari. Atau mungkin juga anggota kumpulan Abu Sayap yang mendiami kepulauan Jolo. Atau mungkin mereka dari kumpulan lanun-lanun yang berkeliaran di perairan Sulu. Semuanya adalah kemungkinan.

Begitulah kupasan yang dapat saya paparkan berdasarkan fakta-fakta sejarah dan politik semasa. Untuk siri seterusnya, saya akan memaparkan permasalahan taktikal dan pendekatan yang diambil oleh polis dan tentera dalam menangani kes pencerobohan ini. Bagaimana Wisma Putra, polis dan tentera cuba mengelak diheret ke kancah antarabangsa serta tidak mahu terpalit dengan Konvensyen Geneva. Serta perbandingan antara kes Lahad Datu dengan kes Al-Ma’unah di Sauk, Grik, Perak. Akhir sekali kita nak tonjolkan akibat dari, “Tanya sama Anwar, ngapa Sabah tak hilang….nanti jawab Hisemudin Kasim …….”.

Oleh : Hisemudin Kasim
9hb Mac 2013 : 11.20 pm



Nota ; Artikel ini telah disiarkan di FB saya pada 09.03.2013

Di sebalik Lahat Datu, apa kita harus tahu ( I )



Al Fatihah untuk Allahyarham Ins Zulkifli Mamat dan Allahyarham Koperal Sabarudin Daud yang gugur di medan perang demi mempertahankan maruah negara dari pencerobohan asing. Ketika kita masih menyayat hati dengan pemergian kedua-keduanya, kita dikejutkan dengan berita enam lagi anggota keselamatan yang terkorban di Semporna. Moga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan syuhada yang berjuang demi bangsa, ugama dan negara yg tercinta.

Menyingkap kembali kronologi dan mengapa kes pencerobohan ini tidak ditangani lebih awal, saya percaya ramai di antara kita telahpun disebarkan di internet tentang fakta-fakta mengapa pihak tentera dan polis terpaksa menunggu hingga ke saat-saat akhir baru melakukan serbuan bagi menamatkannya. Oleh itu tidak perlulah saya untuk memanjangkannya di sini.

Bagaimana pun saya ingin mengajak anda untuk berkongsi ilmu berdasarkan senario dan perpsektif geopolitik dan perhubungan antarabangsa khasnya yang melibatkan percaturan kuasa di kalangan negara-negara ketiga serta melihat apakah permasalahan akar umbi yang dihadapi oleh puak-puak atau golongan-golongan ini dalam memperjuangkan identiti sendiri yang akhirnya banyak menumpahkan darah.

Secara umumnya perbincangan ini akan melibatkan tiga negara yang menghadapi masalah yang hampir sama iaitu Filipina, Thailand dan Indonesia. Persamaan yang ada ialah orang-orang Islam menuntut kehidupan yang lebih baik dan konsesi politik yang memihak kepada mereka. Di Filipina dan Thailand memperlihatkan penentangan orang-orang Islam terhadap pemerintahan yang berlainan ugama. Manakala di Indonesia yang melibatkan Acheh adalah penentangan terhadap kerajaan pusat di Jakarta yang berugama Islam. Walaupun kini Acheh telah memperolehi autonominya, tetapi adalah lebih baik bagi kita cuba menyingkap sejarah penentangannya bagi merungkaikan dan mengaitkan ketiga-tiganya dalam satu skop.

Walaupun di Filipina dan Thailand pernah dikaitkan dengan sejarah pemerintahan Islam Melayu, yakni Kesultanan Sulu yang memerintah sebahagian Filipina hingga ke Borneo dan Kesultanan Patani yang memerintah Patani, Narathiwat, Yala, Songkla dan Satun, namun dalam senario politik hari ini adalah mustahil bagi mereka untuk mendapatkan apa-apa hak jika dituntut di mana-mana mahkamah timbangtara antarabangsa. Bagitu juga dalam kes Acheh, mereka tidakpun mengaitkan Kesultanan Acheh dalam tuntutan mereka terhadap Jakarta. Namun penentangan mereka terhadap pemerintah mempunyai satu persamaan iaitu berkisar kepada ugama Islam sebagai asas perjuangan.

Perjuangan persenjataan pejuang-pejuang ini pada peringkat awalnya mendapat tajaan Muammar Gaddafi yang menjadikan Libya sebagai kilang “independent fighters” bagi seluruh dunia. Ia bukan sahaja menaja persenjataan dan kewangan bahkan melatih pejuang-pejuang gerila. Contohnya, pejuang-pejuang gerila Rhodesia telah dapat menumbangkan kerajaan Apartied yang pertama di dunia dengan bantuan Libya. Akhirnya Rhodesia telah merdeka lalu menukar nama kepada Zimbabwe yang terkenal dengan presidennya iaitu Robert Magabe. Kemudian diikuti oleh parti ANC pimpinan Nelson Mandela bagi membebaskan Afrika Selatan. Di Asia Tenggara pula ialah Gerakan Acheh Merdeka (GAM) pimpinan Hassan Tiro dan Moro National Liberation Front (MNLF) pimpinan Nur Misuari. Malah Nur Misuari telah tinggal dalam buangan di Libya untuk menggerakkan perjuangannya dari sana.

ACHEH, INDONESIA :

Gerakan pembebasan di Acheh telah bermula sejak Indonesia mencapai kemerdekaan lagi. Namun kemuncak penentangan bersenjatanya terhadap Tentera Nasional Indonesia (TNI) berlaku ketika Gerakan Acheh Merdeka (GAM) pimpinan Hasan Tiro yang menggerakkannya dari Sweden, tempat suaka politiknya. Kedudukan geografi Acheh yang terletak di penghujung Sumatra dengan kesepakatan penduduk Acheh yang menyokong GAM serta mempunyai organisasi yang tersusun, maka tuntutan mereka akhirnya termeterailah perjanjian Helsinki dalam tahun 2005 yang menyaksikan Acheh mendapat taraf autonomi dari Indonesia. Bagaimanapun Hasan Tiro tidak dapat menikmati erti kebebasan wilayah yang diperjuangkannya lantaran ia meninggal dunia sehari selepas beliau mendapat taraf kewarganegaraan Indonesia.

SELATAN THAILAND :

Orang-orang Islam di selatan Thai adalah berketurunan Melayu dan mereka yang mendiami wilayah Narathiwat, Yala dan Songkla merupakan kelompok majoriti. Namun pemerintahan Thailand adalah dari kaum Thai serta asimilasi dari bangsa-bangsa lain yang berugama Budha. Penduduk Islam tidak mendapat konsesi politik yang diharapkan serta pembangunan di selatan Thai tidak serancak di utara yang didiami oleh kaum Thai. Maka penduduk islam telah menggerakkan perjuangan persenjataan untuk memperolehi autonomi dari Bangkok.

Namun demikian, penentangan mereka tidak seperti di Acheh yang memperlihatkan hanya satu organisasi sahaja iaitu GAM. Di selatan Thai, para pejuangnya tidak bersatu dan diketuai oleh kelompok-kelompok tertentu. Yang peliknya, ketua-ketua pejuang berselindung dan sukar untuk diketahui siapa sebenarnya ketua mereka. Walaupun kumpulan-kumpulan ini pernah disatukan dalam Patani United Liberation Organisation (PULO), namun keberkesanannya tidak diketahui secara nyata.

Baru-baru ini begitu galak dilakukan penentangan bersenjata terhadap tentera kerajaan. Ini mungkin juga ingin menaikkan suhu penentangan dengan harapan mendapat perhatian yang lebih besar dari Bangkok dan antarabangsa. Mungkin mereka telah mencium cadangan kerajaan Thailand ingin berdamai dan meminta Kuala Lumpur menjadi pengantara seperti yang dilakukan di Filipina.

Akhirnya termeterailah perjanjian persetujuan untuk menggerakkan proses perdamaian di selatan Thai. Ini adalah satu inisiatif dan bukanlah perjanjian penamat. Kumpulan pemberontak diwakili oleh Ketua Pejabat Perhubungan Barisan Revolusi Nasional (BRN) di Malaysia, Hassan Taib. Apakah Hassan Taib akan dapat menjejaki Hasan Tiro yang membawa Acheh ke arah autonomi. Walaupun kedua-dua anak Hasan ini mempunyai satu matlamat, namun autonomi selatan Thai masih jauh di persimpangan.

SELATAN FILIPINA :

Seperti di Thailand, penduduk di selatan Filipina majoritinya adalah berugama Islam. Sejak dahulu lagi mereka mengatakan kawasan tersebut adalah jajahan takluk kesultanan Sulu yang merangkumi sebahagian Borneo dan selatan Filipina. Dan yang nyata ialah Sabah. Namun demikian, kesultanan Sulu telah memberi pajakan kekal Sabah kepada Inggeris dalam satu perjanjian pada tahun 1878. Mengikut takrifan undang-undang, pajakan kekal bermakna tidak boleh diambil balik. Kemudiannya Inggeris telah menyerahkan Sabah kepada Persekutuan Tanah Melayu yang akhirnya membentuk Malaysia selepas melalui satu pungutan suara. Yakni ia tidak melalui kekerasan tetapi mandat dari rakyat Sabah sendiri.

Keujudan pejuang-pejuang Islam di selatan Filipina banyak dibayangi oleh MNLF yang diketuai oleh Nur Misuari. Mereka pernah menandatangani perjanjian Tripoli tajaan Libya dalam tahun 1987 untuk pemberian semi autonomi bagi bangsa Moro. Namun demikian pentadbiran Nur Misuari yang agak lemah dan dipenuhi dengan skandal kewangan dan akhirnya ia disisihkan oleh Manila sendiri. Perjanjian ini sejak dari awalnya memang mendapat tentangan dari sebahagian komander MNLF sendiri. Akhirnya menyaksikan MNLF berpecah dan salah seorang komandernya Hashim Selamat membentuk kumpulannya sendiri yang dinamakan Moro Islamic Liberation Front (MILF). Setelah Hashim Selamat meninggal dunia, anak didiknya Murad Ebrahim mengambil alih tampuk MILF sehingga berjaya menandatangani perjanjian dengan Aquino di Manila yang disaksikan oleh Dato Seri Najib Tun Razak atas peranan Malaysia sebagai pendamai bagi MILF dan Manila.

Dalam rangkakerja perjanjian ini tidak dimasukkan terma peranan dan keujudan kesultanan Sulu. Memang pun kesultanan Sulu telah tidak diiktiraf selepas tahun 1974. Ia hanya tinggal menjadi simbol kebanggaan bangsa Sulu sahaja, dan ianya samalah dengan status Sultan Humengkubuwono di Indonesia yang hanya dilantik sebagai gabenor. Oleh yang demikian, jika pihak kesultanan Sulu tidak mengambil apa-apa inisiatif maka mereka tidak akan mendapat apa-apa habuan yang sewajarnya selepas perjanjian akhir MILF dengan Manila serta pembentukan wilayah Bansamoro nanti.

Mahu tidak mahu, kesultanan Sulu terpaksa mencari helah untuk “menonjolkan diri” kepada Manila, Kuala Lumpur dan antarabangsa tentang keujudan kesultanan Sulu serta survival bangsa Sulu. Maka modal yang ada ialah dengan cara menuntut Lahad Datu walaupun tidak keseluruhan Sabah. Mereka juga menyedari tidak akan berjaya untuk menawan Sabah dengan hanya kekuatan 180 orang, tetapi cukup untuk membuat provokasi dan jika keadaan terpaksa maka yang 180 orang ini adalah “korban nyawa” demi perjuangan kesultanan Sulu.

Selain daripada itu, dengan menghangatkan tuntutan Lahad Datu yang kecil, mereka akan cuba untuk memperolehi laba yang lebih besar dari Manila. Mungkin dengan cara ini Manila akan menilai kembali tuntutannya terhadap Sabah. Maka secara tidak langsung, provokasi mereka ini mendapat “restu” dari presiden Filipina. Sebagai ganjarannya, tuntutan, peranan dan pengiktirafan kesultanan Sulu dalam rangkakerja perjanjian antara MILF dan Manila tentu akan mendapat perhatian yang lebih baik.

Mereka juga bijak untuk membuat perhitungan apabila melakukan pencerobohan ini takkala Malaysia akan mengadakan PRU. Lazimnya setiap kali PRU, isu Sabah kembali bergema. Oleh itu ia akan tumpang sekaki dalam suasana kehangatan itu bagi menaikkan lagi suhu PRU. Cakap-cakap mengatakan terdapat beberapa pertemuan antara pihak pembangkang di Malaysia dengan wakil kesultanan Sulu dan Nur Misuari dengan Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI). Namun tidak dapat dipastikan apakah butiran perbincangan mereka itu. Memanglah dalam istilah perisikan, kertas conteng yang dibuang dalam bakul sekalipun akan dijadikan bukti, inikan pula gambar terang lagi bersuluh. Maka pelbagai spekulasi akan berterbangan.

Untuk membabitkan peranan Nur Musuari dengan sokongannya terhadap pencerobohan itu memang berasas. Ini kerana Nur Misuari adalah dari pihak yang tersisih dari pentadbiran Manila kerana Manila memihak kepada MILF yang menjadi seteru politik MNLF. Dalam kes tuntutan ke atas Sabah, jika benar seperti yang dikatakan oleh perisikan, Nur Misuari akan mencari dahan berpijak yang baru di Malaysia lantaran dia juga tidak dilayan oleh Kuala Lumpur. Oleh itu dia mengharapkan pembangkang Malaysia akan menang PRU dan isu Sabah sudah tentu menyebelahinya. Secara tidak langsung dia akan mendapat laba yang tidak sedikit hasil dari percaturannya itu.

Daripada risikan tentera terhadap keupayaan tentera penceroboh, memang mereka adalah terdiri dari warga emas dan ada yang muda. Namun demikian perlu diingat kemungkinan besar mereka adalah veteran perang gerila yang menganggotai MNLF atau MILF. Mungkin juga mereka terdiri daripada anggota kumpulan Abu Sayap yang mendiami kepulauan Jolo. Sebab itulah mereka agak mahir dalam kehidupan dan taktikal perancangan perang dalam hutan walaupun hanya mempunyai keanggotaan yang kecil.

Kesimpulannya, pencerobohan tentera kesultanan Sulu ke atas Lahad Datu bukan hanya satu provokasi atau tunjuk berani mati, tetapi ia terkandung muslihat yang lebih besar !

Oleh : Hisemudin Kasim
2hb Mac 2013 11.00 pm


Nota : artikel ini telah disiarkan di Facebook saya pada 02.03.2013


Wednesday, March 27, 2013

Rahsia Orang-orang Cina Bijak Mathematik



Anda boleh "SHARE" artikel ini kepada rakan-rakan Facebook anda. Klik "Send" terus ke kotak mesej Facebook rakan anda




 
Apakah benar ada rahsia di sebalik orang-orang Cina bijak dalam mathematik ? Saya akan cuba mengupas persoalan ini dari perspektif ilmiah dan pengalaman saya sendiri sebagai penerima pendidikan Cina selama lebih 20 tahun samada di dalam negeri ataupun semasa menuntut di universiti di negeri China dahulu dan kemudiannya bergaul dalam masyarakat Cina sehingga ke hari ini.

Tidak seperti tulisan-tulisan ilmiah saya yang lain biasanya disiarkan di akhbar-akhbar khususnya di Utusan Malaysia, tulisan saya kali ini hanya menemui anda di laman Facebook sahaja. Ini adalah kerana kekangan akhbar berbahasa Melayu tidak mempunyai perisian editor yang boleh menaip tulisan-tulisan Cina yang menjadi sumber asas tulisan ini. Walaupun saya tidak mengharapkan anda memahami karektor tulisan-tulisan Cina tersebut, tetapi ia adalah penting untuk rujukan ilmiah.

Bagi membincangkan rahsia di sebalik orang-orang Cina bijak dalam Mathematik, kita haruslah menoleh ke belakang sejarah tamaddun China yang lebih 5000 tahun yang lalu. Orang-orang China punyai tamaddun dalam menulis angka-angka yang menjadi asas kepada ilmu mathematik atau ilmu kira-kira atau ilmu hisab. Mereka sebaris dengan tamaddun Mesir kuno, Mesopotamia, Arab dan Maya di Amerika Selatan.

Tamaddun China telah mempunyai bentuk evolusi tulisan yang diklasifikasikan dari enam jenis etymology. Mengikut kamus, etymology bermaksud , the derivation of a word. Synonyms: word origin, word source, derivation, origin. A chronological account of the birth and development of a particular word or element of a word, often delineating its spread from one language to another and its evolving changes in form and meaning. Synonyms: word history, word lore, historical development.

Kenam-enam jenis etymology bentuk tulisan Cina ini kebanyakannya berasaskan kepada bentuk asal sesuatu objek, bunyi, sifat atau karektor alam semesta dan sebagainya. Oleh kerana dalam tulisan ini kita akan membincangkan perkaitan antara bentuk tulisan Cina itu sendiri. dengan bagaimana ia mempengaruhi minda orang-orang Cina dalam ilmu mathematik, maka kita terpaksa menyentuh sejarah tulisan Cina itu sendiri.

Tidak seperti tulisan Roman yang menjadi asas kepada kebanyakan tulisan-tulisan yang dipraktikkan oleh kebanyakan negara-negara di dunia, tulisan Cina mempunyai bentuk yang unik dan kadang-kadang didefinasikan sebagai logographic. Sesuatu huruf itu biasanya mempunyai satu atau lebih makna, begitu juga mempunyai satu sebutan atau lebih dari satu sebutan. Untuk mencapai sesuatu maksud yang lebih banyak, maka cantuman dua, tiga atau empat huruf diperlukan bagi menerangkan sesuatu.

Sebelum kita membincangkan lebih lanjut tentang contoh-contoh tulisan Cina, saya ingin menerangkan bahawa sebutan dalam setiap tulisan Cina telah diRomanisekan bagi memberi peluang kepada penutur bukan dari kalangan orang-orang Cina untuk mempelajari sebutan dalam bahasa Cina. Kemudiannya ia juga dijadikan cara penyebutan yang diterimapakai oleh kebanyakan orang. Ianya dikenali sebagai 汉语拼音 [Hànyǔ pīnyīn ]. Tulisan dalam kurungan [Hànyǔ pīnyīn ] bukanlah disebut dalam bahasa Inggeris, tetapi haruslah dibaca dalam sebutan Latin / Roman. Manakala dalam tulisan ini saya akan memberikan sebutan yang seakan-akan dalam bahasa Melayu yang dibuat dalam kurungan ( ) dan sebutan yang ditanda “ “ adalah sebutan yang salah. Maka [Hànyǔ pīnyīn ] disebut ( han yui phing ying ) dalam bahasa Melayu.

Dalam contoh yang sering kita lihat ialah 恭喜发财 [Gōngxǐ fācái] disebut ( kong si fa cai ) dan bukannya disebut “gong hi fa cai” atau “gong si fa cai”. Selain itu kita selalu menyebut sebuah bandaraya terkenal di China 广州 [Guǎngzhōu] sebagai “guang zhau”, tetapi perlu disebut ( kwang chou).

Dalam tulisan Cina, angka-angka asas ditulis 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 一 二 三 四 五 六 七 八 九 十 [ yī' èr sān sì wǔ liù qī bā jiǔ shí ] manakala dalam bahasa Melayu disebut ( yi er san sye wu liew ci pa chiw shekh ). Di sinilah terletaknya satu daripada rahsia bagaimana orang-orang Cina dapat menyebut dan menghafal angka-angka lebih cepat daripada sebutan dalam bahasa Melayu. Ini kerana dalam bahasa Cina dan bahasa Inggeris (kecuali seven), angka-angka asas ini disebut dalam satu sukukata sahaja. Tetapi dalam bahasa Melayu ia disebut antara dua dan tiga sukukata. Maka orang-orang yang menghafal sifir dalam bahasa Cina lebih cepat dua kali ganda daripada mereka yang menghafal dalam bahasa Melayu.

Contoh angka-angka asas 1 – 10 :

1 sa-tu  (2 sukukata)  one    一   [yi] (yi)  (1 sukukata)
2 du-a   (2 sukukata)  two    二   [er] (er)  (1 sukukata)
3 tiga  (2 sukukata) three     三   [san] (san)  (1 sukukata)
4 em-pat  (2 sukukata)  four     四   [si] (sye)   (1 sukukata)
5 li-ma   (2 sukukata)  five    五   [wu] (wu)  (1 sukukata)
6 e-nam  (2 sukukata)  six      六   [liu] (liew)  (1 sukukata)
7 tu-juh   (2 sukukata)  se-ven    七   [qi] (ci)  (1 sukukata)
8 la-pan  (2 sukukata)  eight     八    [ba] (pa)  (1 sukukata)
9 sem-bi-lan   (3 sukukata)  nine     九    [jiu] (chiw)  (1 sukukata)
10 se-pu-luh  (3 sukukata)  ten       十    [shi] (shekh)  (1 sukukata)

Begitu jaga bagi angka-angka yang lebih besar :

100             se-ra-tus    one-hundred   
一百   [yi bai] (yi pai)
1,000          se-ri-bu     one-thou-sand  一千   [yi qian] (yi chen)
1,000,000   se-ju-ta     one-mil-lion    百万    [bai wan] (pai wan)

Dalam mathematik, sifir merupakan perkara asas yang perlu kita hafal. Cuba kita bandingkan antara sifir dalam bahasa Melayu dengan sifir dalam bahasa Cina. Kita lupakan perkataan “darab” atau “kali” bagi memudahkan sebutan.

2 x 4 = 8 du-a em-pat la-pan (8 sukukata) [er si ba] (3 sukukata)
3 x 7 = 21 ti-ga tu-juh du-a pu-luh sa-tu (10 sukukata)  [san qi er shi yi] (5 sukukata)
5 x 8 = 40 li-ma la-pan em-pat pu-luh (8 sukukata) [wu ba si shi] (4 sukukata)

Kita dapati bagi menghafal sifir dalam bahasa Cina lebih cepat dua kali ganda daripada bahasa Melayu kerana bahasa Melayu mempunyai sukukata yang lebih panjang. Maka tidak hairanlah ramai yang telah mencipta sesetengah formula bagi menghafal sifir dalam bahasa Melayu bagi mengurangkan sebutan sukukata tersebut. Ada yang memendekkan sukukata seperti satu disebut sa, dua disebut du, manakala tiga disebut ga. Tetapi adalah amat janggal jika dipraktik dalam kehidupan seharian. Saya pun tidak tahu sejauh mana ianya berkesan. Mungkin anda boleh memberikan pandangan.

Bagi mereka yang menghafal sifir dan angka-angka dalam bahasa Cina akan mempraktikkan dalam kehidupan seharian, tak kiralah orang Melayu atau India yang berpendidikan Cina akan melakukan perkara yang sama. Bagi saya sendiri, sehinggakan nombor telefon, kad pengenalan, atau mana-mana angka akan diingati dalam bahasa Cina. Jika anda bertanyakan nombor telefon saya, secara spontan saya akan menterjemahkan nombor-nombor yang dalam ingatan ke dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Namun demikian ia dilakukan dengan pantas dan bukanlah terjemahan menjadi halangan pula.

Jika ditafsirkan dari segi sains dan teknologi serta kita kaitkan sistem ingatan otak dengan sistem storage dalam komputer. Asas pembentukan ASCI Code dalam memori komputer dengan logical binary yang menggunakan nombor 01010101, 11010101 dan sebagainya. Jika dikatakan angka lapan yakni la-pan dengan menggunakan dua suku kata. Ia telah menggunakan “dua tempat” untuk penyimpanan sebutan itu di dalam otak, manakala dalam bahasa Cina, ia hanya memerlukan “satu tempat” sahaja bagi menyebut angka lapan yakni [ba] (pa). Maka storage yang diperlukan ialah separuh sahaja.

Sebab itulah jika orang-orang Cina yang membuat ingatan untuk nombor-nombor asas dan mana-mana sebutan dalam bahasa Cina, ia akan menjimatkan hampir separuh daripada storage otaknya berbanding mereka yang mengingatinya dalam bahasa Melayu. Secara tidak langsung ia boleh menambah ‘capacity” ingatan bagi benda-benda yang lain pula, padahal bagi mereka yang mengingati dalam bahasa Melayu telah “full capacity” storagenya.

Oleh kerana teknik menghafal dalam bahasa Cina lebih cepat, maka tidak hairanlah pelbagai jenis sifir telah dicipta dalam bahasa Cina. Yang paling terkenal ialah sifir yang digunakan dalam papan sempua atau abacus. Ia juga menggunakan teknik hafalan dan congak serta dipraktikkan di atas papan sempua. Selain itu banyak teknik mental arithmetic yang pada asasnya ialah memendekkan sukukata dalam hafalan. Teknik yang diasaskan oleh Toru Kumon dari Jepun yang terkenal dengan sistem Kumon berkemungkinan besar ditiru dari pendekatan sistem tulisan Cina, kerana Jepun pada asasnya telah mengadaptasikan sistem kehidupan, budaya, tulisan China dan falsafah Confucian sejak beribu-ribu tahun dahulu.

Selain daripada sebutan yang pendek telah memudahkan dalam hafalan sifir, bentuk tulisan Cina itu pula telah memberi satu cabaran yang bukan mudah bagi mereka yang ingin mempelajari bahasa Cina. Sesungguhnya tulisan Cina adalah salah satu tulisan yang tidak mudah untuk dipelajari. Apatah lagi jika ingin mendalami selok-belok bahasa, sastera, sejarah, budaya dan sosio politik serta struktur masyarakatnya.


Penulis Blog ini, Hisemudin Kasim juga merupakan Pengarang Bahasa Mandarin. Menerbitkan DVD Asas Belajar Bahasa Mandarin
Klik sini http://www.ebookmandarin.com/ untuk mendapatkan keterangan lanjut
Terdapat 8 keping DVD
Dengan 80 bab pelajaran
Harga RM90.00



Saya ingin menerangkan bagaimana bentuk tulisan Cina memberi satu kelebihan dalam teknik hafalan bagi menggerakkan otak supaya bekerja dengan kritis. Bagi tulisan rumi, kita menulis dari kiri ke kanan. Setiap sebutan boleh dieja. Kita tidak perlu mengingati bentuk perkataan yang ingin dieja. Seperti perkataan “makan”. Kita tidak perlu mengingati bagaimana rupa perkataan “makan”, Kita hanya mengingati asas sebutan, iaitu bunyi “ma’ dan “kan”. Ini kerana tulisan rumi berasaskan “ejaan”.

Namun demikian, ia tidak berlaku pada tulisan Cina. Kita perlu mengingati rupabentuk tulisan “makan” itu, ianya ditulis [chi] (che). Jika ditulis makan nasi, ianya menjadi 吃饭 [chifan] (che fan). Di sinilah letaknya teknik menghafal yang perlu dilakukan oleh mereka yang mempelajari bahasa Cina. Ini kerana ia perlu memberi perhatian kepada bentuk tulisan itu yang tidak ditulis secara lateral (macam ejaan rumi dari kiri ke kanan) tetapi ia mempunyai “stroke’pada posisi tengah, atas, bawah, kiri dan kanan kerana tulisan Cina berbentuk “kotak”. Jadi setiap huruf perlu diingati dalam hati berapa “stoke” kesemuanya dan menulis dengan tangan huruf-huruf tersebut. Ia perlu daya ingatan sebelah otak. Kombinasi dua deria otak dan tangan serta daya imiginasi membuatkan sel-sel otak bekerja lebih pantas.

Makin banyak huruf-huruf yang perlu diingati, makin galak otak dikerah untuk mengingatinya. Secara tidak langsung, dengan mengingati huruf-huruf Cina yang banyak akan menyebabkan otak menjadi lebih kritis. Dan berpandukan beberapa kaji selidik di barat mendapati, mereka yang mempraktikkan menulis dalam tulisan Cina mempunyai daya ingatan dan imiginasi yang lebih baik kerana otak dipaksa untuk bekerja kiri kanan atas bawah serta bersilang. Bayangkan bagi kami yang perlu mengingati beribu-ribu huruf dan rangkaian huruf-huruf serta setiap huruf pula mempunyai sebutan yang tersendiri. Maka apalah sangat bagi menghafal sifir yang dianggap perkara kecil.
 
Setelah beribu-ribu tahun orang-orang Cina mempraktikkan tulisan mereka serta membuat hafalan secara berterusan, maka lahirlah “gen”dalam keturunan mereka yang diwarisi dari satu ke satu generasi. Secara tidak langsung, purata orang-orang Cina akan lebih baik ilmu Mathematik mereka jika dibandingkan dengan kita orang-orang Melayu. Jika diasah lagi, maka mereka akan memperolehi keputusan yang lebih baik. Sebab itulah kita rata-rata mengatakan lepasan sekolah Cina lebih baik ilmu Mathematik mereka.

Kesimpulan yang dapat saya berikan ialah, orang-orang Cina bijak mathematik bukan hanya kerana usaha mereka lebih, tetapi asas keturunan, teknik penulisan bahasa Cina dan hafalan sifir yang membuatkan mereka lebih menonjol. Cuba bayangkan dengan sifir yang dipraktikkan dalam bahasa Cina boleh memendekkan pengiraan separuh daripada masa yang digunakan dalam bahasa Melayu, maka secara praktikalnya tentulah mereka akan lebih cepat dapat menyelesaikan soalan mathematik di dewan peperiksaan.

Nota : artikel ini telah disiarkan dalam FB saya bertarikh 21.03.2013






Hisemudin Kasim